Pagi ni macam biasa hantar Zizou ke sekolah (nursery)... sekalinya bila bawa Zizou ke sekolahnya tu, cikgunya boleh bagitau "Akak, hari ni Addin masuk sekolah yang depan tu"... aku pun membalas "La.. ye ke... semalam tak cakap"... cikgu dia "Hari ni ada baby baru masuk, Addin pun dah besar kan"...
Berkecai hati aku... satu pasal, cikgu si Zizou ni semalam nda bgtau hari ni Zizou start masuk sekolah depan.. dua, sekolah depan tu actually Tadika untuk 2 tahun ke atas... ye la, Zizou pun sudah 2 tahun lebey kan..
Time hantar Zizou ke sekolah depan tu... fikiran aku macam kacau... dan sedih.. pasal menghantar Zizou ke environment yang baru (all of sudden pulak tu)... macam ni la kot perasaan ibu bapa yang menghantar anak pi sekolah pada first day agaknya... patut la selalu ramai yang ambil cuti..
Ada cikgu sambut (of course, i dunno know her).. aku cakap lagi "Cikgu Addin ni semalam tak bgtau saya yg hari ni dia start sekolah sini".. cikgu dia "La ye ke... semalam lagi kitaorang dah bgtau tu suruh bgtau akak"... "Ye la"... sambil aku menghanded Zizou ke cikgu baru a.k.a strangers pasal Zizou tidak kenal... Zizou nangis... huhuhuhuhu...
Kesiannya aku nengok si Zizou... tapi nengok gaya cikgunya ni bagus orangnya.. pasal dia pujuk Zizou..
My top concerns – ni tadika... Zizou la kira paling junior sini for the time being... adakah dia akan dibuli? Can he cope with the environment? Tapi aku berfikiran positif, Zizou lagi suka kawan dengan budak yang lagi besar dari dia daripada kawan dengan budak sebaya..
Lepas tu, aku belum pernah berpeluang lagi round2 tengok sekolah baru dia ni.. di mana dia akan makan, dimandikan, tidur... makan macamana? Schedule dia macamana? Kalau time bermain tu, adakah dia akan berebut2 dengan kakak2 dan abang2 yang lagi besar daripada dia? Adakah cikgu dia akan biarkan ja? Independent la kunun... dia akan start belajar ABC, 123 ka? Siapa cikgu2 dia?
Petang ni aku mesti tengok...
Emosi aku bercampur baur, kalah kerabu mangga dan nasi campur dan Air Batu Campur... anak aku sudah besar!
Aku gembira sebab dia akan belajar lebih banyak perkara baru.. tapi sedih sekiranya dia akan lebih dibiarkan bersendirian hidup di tadika tu (berdikari la konon – malas betul aku term ni mau diajar untuk budak2)... terus aku terfikir mau cari maid... tapi tamau la maid dari Indon... maid orang Malaysia ada ka?
Nevermind... tunggu dan lihat...
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment