About 3 weeks ago, si Zizou yang kena.
Then, just last week, si Zara pula kena...
Ohooo.... amat kesian...
Zizou's version
sebenarnya demam, tapi macam sihat
Si Zizou ni terjangkit dari kawannya di nursery..
Aku tau ni pun sebab aku ternampak kawan si Zizou yang penuh berkeruping CP di muka sedang menangis kerana baru diterajang oleh abang kawan si Zizou tu...
Aku amat tergezut... tapi tidak berupaya untuk meng'express'kan apa-apa kerana time tu ibu budak yang sedang menangis itu berada di sana...
Oo ok...
Mula-mula, Zizou kena selsema dan batuk-batuk for 3 days... then...
Pada malam hari Sabtu nan busy kerana abang edi sibuk mau tingu lawan bola Man United menentang Spurs maka secara rasminya, aku akan melakukan semua aktiviti perumahan berseorangan, si Addin Zidane telah mengadu bahawa dia 'sakit' bontot...
Heran juga... apa yg sakit itu?
Rupanya, CP itu telah berhasil mengeluarkan bonjol berisi cecair di bontot anakku itu... sebelum tu, aku ada perasan bonjol berisi cecair di belakang leher dan perut si Zizou.. ketika itu, abang edi sudah bersuara "Ini mungkin si CP keparat itu!!!!" (ah tidak... abang edi tidak sebrutal ini...)
Sejurus selepas habis game yang bertuah tetapi tidak membawa apa-apa makna kepada penyokong Man United walaupun ManU menang 3-1, kami bergegas ke klinik 24 jam..
Sah!.. si Zizou kena 'ciken pop'!
CP yang menyerang si Zizou ni amatlah ganas – cepat betul naiknya...
Tapi si Zizou lebih ganas kerana berdegil tidak mau makan ubat demam, ubat gatal dan pakai calamine lotion... hatta bila dipukul-pukul manja dengan daun semambu oleh abang edi pun dia akan marah sambil menangis keliling ruang tamu... aku dan abang edi terpaksa menggunakan pelbagai taktik termasuklah beberapa teknik yang digunakan dalam WWF untuk lock si Zizou...
Hasilnya, Zizou cuti seminggu dari nursery...
Adik baby pun cuti juga sebab dia kena diarrhea masih belum habis..
Dan aku sudah berabis mau memisahkan si Zizou dan Zara daripada dekat satu sama lain utk mengelakkan terjangkit, tapi dorang kan budak-budak.. kalau aku nasihat sama si Zizou, sure si Zara pula yang akan datang dekat pada abangnya... Zara sudah pandai 'berenang' sekarang ni...
Mengikut kata paed yang merawat Zara time Zara kena cirit birit, ada kemungkinan Zara boleh kena CP.
Kemungkinan tidak kena pun ada kerana Zara masih menyusu badan. Therefore, antibody aku boleh dipindahkan kepada Zara thru penyusuan dan boleh meningkatkan imunisasi badan Zara.
Tapi kalau pakai teori tu, aku rasa Zara sure akan kena, sebab sepanjang si Zara kena cirit birit, Zara lebih banyak minum susu formula lactose free daripada minum susu ibu. Huhuhuhuhuh... dan pula, bukankah ketahanan badan Zara sedang berada pada tahap minimum kerana Zara sedang cirit-birit sekarang?
Zara's version
Mula-mula Zara start selsema dan batuk... (sama ja modus operandi macam si Zizou).. batuk Zara amat teruk sehingga Zara sukar tidur malam dan demam... (time ni Zara sudah sembuh dari cirit-birit)...
Oleh kerana aku mengikut pesan doctor, tok sah bagi baby makan ubat batuk dan selsema pasal tak elok... jadi aku biarkan... aku hanya guna petua orang tua2 ie sapu kunyit di hidung, sapu minyak garlic di dada untuk lapangkan pernasafan... time tu aku masih belum menyangka yang Zara juga sedang menunjukkan symptom kena CP..
Pada hari Isnin, demam Zara masih ada... so Zara cuti dari datang nursery... nasib baik aku pun demam, so aku boleh mc... (aku demam, batuk dan selsema, thanks to my children yang menjangkitkan penyakit kepada aku)...
Hari Selasa – Zara is supposed to get her 6 months immunisation today... tapi demam Zara terlalu tinggi sehingga doctor suruh bawa ke A&E hospital. Doctor suspect Zara kena H1N1.. aku menjadi suspen... bawa ke A&E Hospital Putrajaya... para nurses ambil darah Zara untuk diuji di lab dan Zara di spongebath kan... Alhamdulillah, mengikut kata doctor, nothing serious so aku boleh bawa Zara pulang...
Hari Rabu dan Khamis – Zara cuti lagi. Abang edi hantar Zara ke rumah nenek di PJ untuk dijaga.
Jumaat – Aku minta Nurul untuk jaga Zara. Zizou pun cuti sebab malas pegi sekolah. Aku sudah mula perasan ada bintik-bintik halus di badan Zara.
Petang tu, bintik-bintik CP sudah makin ketara. Aku ingat pesan paed, kalau Zara kena CP, di awal kemunculan CP tu, Zara boleh ambil antiviral untuk menghalang CP dari menjadi teruk. Oleh kerana, aku terperasan CP Zara di akhir malam hujung minggu, jadi mesti sudah terlambat untuk mengambil antiviral itu. Dan doctor di klinik dekat rumah aku ni cakap, klinik dia tiada antiviral dan dia kurang yakin untuk suggestkan antiviral sebab tanak suppress virus CP tu.. huhuhuhu lagi... sesungguhnya, CP yang tidak keluar habis berpotensi untuk keluar lagi dan mungkin boleh jadi kayap... itu lagi sakit..
CP Zara keluar agak lambat berbanding si Zizou. Keluar sikit, tapi terhegeh-hegeh. Mungkin kerana Zara belum pernah divaksin lagi.
Luckily, aku masih belum sihat. Jadi aku mc lagi untuk menjaga Zara.
Hari ni, abang edi pula ambil turn untuk jaga Zara.
I can sense that Zara is very not comfortable with her condition. Nasib baik Zara belum pandai melalak bising dan bersilat kerana tidak mau makan ubat.
Apa yang paling ditakuti ialah – demam yang on off. Jadi, aku kena control demam Zara. Aku tidak mau susah payah aku melahirkan Zara dengan normal menjadi sia-sia kerana demam panas yang tidak dikawal.
Kalau suhu badan Zara tinggi, aku bagi Zara ubat demam.
Other than that, aku bagi Zara makan ubat gatal.
Dan aku ada juga mandikan Zara dengan air suam yang dimasukkan oatmeal (ikut petua orang putih) dan sapukan badan Zara dengan bedak sejuk daun semambu yang aku buat sendiri.
Dan time-time macam ni la, baru la si Zizou juga terhegeh-hegeh untuk mandi daun konon... dulu tanak... cheh... anak mummy yang comel tapi dah tak berapa comel pasal ada parut CP yang dikopek-kopek ni..
p/s:
1. Gambar si Zizou kena CP amat tak ensem... tapi Zizou memang amat tabah... walaupun badan gatal-gatal, tak selesa dan demam on-off, dia tetap maintain cool dan ambil gambar gila-gila (contoh lidah terjelir, mata terbeliak, buat gaya otromen) kunun perasan comel macam rock star... tu yang aku malas mau letak gambar dia tu dalam blog ni...
2. Amat kesian tengok anak-anak menderita kesakitan. Tapi redha saja dengan cubaan Tuhan. Orang pun ada cakap, elok kena CP awal-awal ni. Kalau kena bila dah besar, buruk dan lebih teruk jadinya.. mana-manalah... janji anak-anak aku sihat... Amin...
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment