Si Addin sekarang, amat rajin bercakap.
Vocabs semakin boleh tahan. Kepetahan dalam kepelatan juga boleh tahan.
Thanks to his aunties dan uncle nya di Labuan yang rajin melayan si Zizou ketika kami balik Labuan last year (aku berpantang lepas melahirkan si Zara).
Dan ada juga beberapa kosakata yang dia belajar thru tv.
Boleh dikatakan, hari-hari aku akan menjadi ultraman gaban kerana terkejut + excited dengan penggunaan kosa kata yang memberangsangkan oleh si Zizou.
Kadang-kadang, ada juga statement si Addin yang aku dan abang edi kurang faham. Tapi, kami tahu, Addin sedang belajar.
Aku tidak mau lupa experience ni. Mesti simpan dalam blog. Untuk dibaca kemudian hari, sambil senyum kambing. Hehehe..
Situasi 1: TINGGI
Addin = Mummy, nak ambik menan pistol Addin kat bilik tu. (Mummy, tolong ambilkan mainan pistol Addin kat bilik)
Mummy = Addin ambil sendiri la sayang.. Mummy kan sedang menyusu adik baby ni.
Addin = Mummy la ambik. Addin tak tinggi pun..
Aku tergezut. Ni first time Addin guna perkataan TINGGI. Plus dia sudah tau gunakan alasan TINGGI untuk minta aku yang ambilkan mainan dia.
Aku ingat mainan tu atas almari ka, mana2 yang high place la.
Rupanya, dalam playpen si Zara. Patut la budak Addin ni tidak sampai mau ambil mainan dia.
Situasi 2: FACEBOOK
Addin = Mummy, Addin nak makan donat..
Mummy = Tade donat...
Addin = Ada!!!! Addin nak makan donat tu..
Mummy = Mana donat? Mummy tak tau pun..
Addin = Ada!! Ada donat kat facebook...
Mummy = Facebook? Mana Facebook? Sambil mengekori langkah si Addin.
Dengan selambanya si Addin melangkah menuju ke dapur sambil membuka pintu peti ais. Oooooo.... ice-box...
Mummy = Ooo... ini... Bukan facebook... ice-box...
Situasi 3: MANA DADDY DIA?
Aku dan Addin sedang menonton tv. Ada video klip "Kami Prihatin" sedang ditayangkan.
Addin = Mummy, tu kenapa adik baby tu dalam sampah?
Aku = Mummy dia buang adik baby dia. Jahat kan mummy dia tu?
Addin = Mummy dia buang? Mana daddy dia tak ambik adik baby tu?
Aku = *TERKEDU*
Aku ceritakan hal ni pada mama aku. Mama aku cakap, jangan kasi tunjuk lagi video klip tu pada si Addin. Merosakkan pemikiran kanak-kanak yang suci saja.
Situasi 4: SEDAP
Aku sedang makan pretzel perisa sour cream and onion.
Addin = Mummy, nak!!
Mummy = Tak payah la... Addin tak suka ni.. Mummy tau..
Addin = Ha??? Addin nak!!!
Mummy = Tak payah la... ni tak sedap ni... Addin tak makan pun nanti..
Addin = Hmm?? Tak sedap? Nampak macam sedap je...
Ohh hoo... sejak bila pula anak aku ni pandai mengulas pasal food ni tanpa perlu merasanya... I wonder.. huhuhu..
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment