google analytic

Nuffnang

Tuesday, May 4, 2010

Happy 6 months birthday Zara!!


Jarangnya aku memblog pasal si Zara ni... amat jarang...

Aku mau simpan la peristiwa penting dalam 6 bulan pertama Zara including milestone, personality, sakit, etc – untuk panduan dan bacaan kalau-kalau aku terindu time Zara masih little baby..



1 Bulan dan 2 bulan

I hardly remember, tapi biasalah baby zaman sekarang.. lahir-lahir saja sudah pandai buka mata, senyum....

Perkara yang aku paling heran ialah si Zara banyak bintik merah macam jerawat dan ada melia di mukanya – kununnya ini memang normal di kalangan newborn... tapi time si Zizou dulu tiada pula (Adakah kerana si Zizou dilahirkan secara caesarean?)

Zara telah memecahkan rekod Zizou. Zizou naik flight ketika berumur 1 bulan, tapi Zara naik flight ketika berumur 10 hari.

Perkara yang paling aku ingat, everytime kalau aku kiss si Zara, mesti dia akan senyum... macam tau-tau ja ada orang sayang..

Kesian Zara – baru lahir ja pun sudah kena ruam yang teruk. Mengikut kata Dr. Ong (ni antara doctor yang paling glemer di Labuan), Zara kena sebarrhoic dermatitis. Kulit Zara sangat sensitive ... fizikal Zara yang tembam dan semangat – memudahkan ruam terjadi di celah lipatan leher, luar telinga dan di tangan.. sampai bernanah lagi tu... oleh itu, aku dinasihatkan untuk tidak memandikan Zara dengan kerap – takut kulit kering.. lepas tu no bedak, no normal soap..

Zara amat pandai menyusu.. aku ja yang macam bunguk2 jadi buduh kadang2 tidak pandai menyusukan Zara sebab aku psycho dengan kesakitan episiotomy... (aku masih lagi phobia sampai sekarang..huhuhuhu.. oo kepada bakal-bakal ibu... jangan pula ter psycho dengan kephobiaan aku ini.. sesungguhnya time kena gunting dan jahit tu tidak sakit... sakit lepas balik rumah saja... hehehehe)..


 

3 bulan

Time ni kami sudah balik ke KL, sebab aku mau berkursus – jadi tiada istilah mau sambung cuti menjaga anak.

Zara sudah pandai berborak dengan bahasa baby.... Kooo... Kaaa... Oooo.. Aaa... kalau aku pasang loud speaker bagi dia bercakap dengan nenek dan aunty dari Labuan pun, Zara boleh layan bercakap.. amat menghiburkan...

Zara mempunyai personality yang mudah mesra dan tidak banyak songeh... hantar pi nursery pun ok ja... try guna botol pun tiada masalah..

Seingat aku time ni, Zara sudah pandai mengiring...


 

4 bulan
Setelah lama berkursus, aku pun kembali ke opis..
Time ni, Zara sudah pandai meniarap.. ini adalah antara moment yang amat ditakuti oleh aku dan Abang Edi... takut2 kalau Zara terjaga tengah malam, meniarap tapi tidak pandai pusing balik... kepenatan dan muka tersembam... nauzubillah... so, aku dan Abang Edi memang tidak boleh tidur mati...

Selama aku berkursus tu, boleh pula sihat walafiat ja si Zara... bila aku sudah kembali ke opis, pandai pula jadi batuk-batuk dan selsema.. (macam tau-tau saja mummy tidak boleh bercuti sepanjang kursus, mau study lagi, exam lagi..)

Kesian Zara, oleh kerana kerap batuk dan selsema, berat badan Zara tidak membanggakan.. atas garis kuning ja.. huhuhuhu...


 

5 bulan

Sekarang ni, Zara sudah pandai berguling-guling dengan yakin... jadi, Abang Edi selalu mengambil precaution dengan meletakkan 'kubu' atau bantal-bantal di sekeliling Zara supaya si Zara tidak jatuh tersembam dari tilam... ooo.. untuk pengetahuan, selepas kami berpindah ke rumah sewa baru, kami tidak lagi memasang katil sebab aku tidak mau kes jatuh dari katil berlaku kepada Zara mahupun si Zizou..

Stok BM aku sudah habis... dan pada 5 April 2010, buat kedua kalinya, Zara minum susu formula NAN 1. (Kali pertama ialah ketika Zara berumur 3 hari – BM belum datang, Zara pula meragam tak hengat sebab tidak dapat susu, aku pun tension sebab sakit episiotomy – tapi Zara pun minum NAN 1 lebih kurang 2 ounces sahaja... huhuhuhuh)...

Walaupun bekalan susu Zara di top up dengan susu formula, tapi aku masih lagi bagi bekalan BM ke nursery. 9 ounces BM + 6 ounces NAN 1.
Zara juga sudah pandai pegang toys... amat suka main henpon aku... selain itu, Zara juga suka menarik rambut terutamanya rambut aku dan Zizou.

Malang tidak berbau, Zara diserang sakit cirit-birit... kesiannya... mengikut kata paed Dr. Cheng, si Zara kena food poisoning.. probably berlaku kerana Zara minum air yang tidak masak or not boiled enough, memasukkan toy yang kurang bersih dalam mulut atau terjangkit dari baby lain yang cirit di nursery... hmm... aku pun malas mau menuduh siapa2 sebab kes tu pun mungkin bermula dari rumah...

Kesian Zara kena cirit-birit almost for 2 weeks... lengkap dengan batuk berkahak dan selsema lagi.. paed pula nasihat untuk tidak bagi Zara minum susu formula dan breastmilk (?????).. aku amat heran pada mulanya.. tapi selagi lagi aku kena faham... breastmilk can be the culprit yang memburukkan situasi cirit birit Zara.. ibu yang breastfeed anak yang sedang cirit-birit tidak boleh minum makanan yang berangin dan bergas dan yang berunsurkan susu lembu.. jadinya, Zara kena minum susu Similac LF... nasib baik Zara bole terima...
Tapi, walaupun Zara kena diarrhea, alhamdulillah, Zara tiada masalah dehydration.. Zara masih boleh bermain, minum susu pun berselera... cuma cirit yang kerap .. itu saja..

Zara yang semakin bijak juga sudah pandai memilih orang... sometimes akan menangis jika ditinggalkan.. jika dikenalkan dengan orang baru atau jarang jumpa, Zara buat muka biasa dan tidak senyum...


p/s: Zara belum habis cirit birit, abang Zizou pula kena chicken pox... mummy pun sampai naik segan asyik minta cuti ja mau jaga anak... time2 macam ni la aku berfikir, kan bagus kalau ada maid... ini la 'price' yang perlu dibayar untuk menjadi seorang ibu... oh no... sekali lagi, aku bukan merungut... aku hanya mengharapkan Zizou dan Zara, dua-dua sihat.. Amin...
 

6 bulan 2 minggu (to date)

Kebolehan berguling Zara semakin terserlah.. kalau si Zara terlanding atas lantai.. senyuman si Zara akan melebar sebab dia rasa macam sejuk dan rata ja (kan kalau tilam lembut dan warm)..kunun new territory to conquer..

Zara juga mau belajar merangkak... tapi setakat ni Zara pandai gostan sahaja... sometimes, Zara akan mengangkat punggungnya tinggi-tinggi..

Aku sudah letak Zara dalam walker... pasal dia boring atas tilam... mula2 masuk dalam walker, Zara macam hilang punca... pasal duduk saja.. Sekarang dia sudah pandai bawa kaki mau ke kiri dan ke kanan...

First solid Zara ialah nestum Beras (without milk)...

Dan yang paling menyedihkan aku, Zara kadang-kadang tidak mau direct breastfeeding... huhuhuhuhuh... she prefers to drink from bottle...






No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...