google analytic

Nuffnang

Friday, September 28, 2012

Halal western cuisine @ Madalind's Bite

Aku sudah pernah dinner 4 kali di sini.
Adik aku si Nurul, lebih daripada 4 kali. Dia cakap dia kadang-kadang pi makan di restoran ni sorang-sorang.
Aku pun mula-mula, bila dengar dia pi sana makan sorang-sorang tu macam "What?? Makan di restoran sorang-sorang... macam kesian"
Tapi lepas difikir semula, serasa tidak heran (sama ja kes macam aku selalu makan sorang-sorang di Sushi King)

Reason kami selalu makan di sana
1 - Dekat dengan rumah. Tidak sampai 5 minit sudah boleh sampai. Parking kereta pun senang. 
2 - Memang sedap. Amat suka!!!! Rasanya standard. Tidak berubah.
3 - Affordable. Good portion size.
4 - Tidak ramai orang. Jadi tiada masalah mau control ayu. Mungkin kerana restoran ni masih baru jadi belum ramai yang tahu. Somemore, kedudukan agak tersorok dari jalan besar. Tapi senang cari (agak dekat  dengan Giant Seri Kembangan dan Klinik Qistina).
5 - Free wifi. Addin memang suka sangat.
6 - Halal. Makan tanpa was-was. 

Menu yang kami sudah cuba
1 - Barbecue chicken. Setiap kali si nurul datang sini, ini ja la menu yang dia selalu order. Love the sauce and the whipped potato. The whipped potato is soooooo fine and smooth.

 Nurul and Addin and the delicious BBQ chicken

2 - Lamb cutlet. Amat sedap. Abang Edi's favorite.
3 - Fish goujon and chips - Kid's menu.

Fish Goujon and chips for my kids

4 - Spagetti Carbonara
5 - Chicken chop
6 - Rosemary chicken
7 - Caliph chicken (ada butter rice)
8 - Caesar salad - Salad with caesar dressing and beef bacon + crouton + cheese sprinkle)

 Aku order caesar salad ja. Bajet mau diet :)

(mungkin lepas ni boleh jadi lebih adventurous dengan order menu lain pulak).

Tapi yang paling kami suka ialah the focacia bread and anchovies butter (roti akan diberi mengikut bilangan pax di meja). Hidangan complimentary yang dihidangkan sebagai appetizer. Selalunya, kami mesti akan order second round sebab first round saja memang tidak cukup. Addin, choosy eater, akan makan roti ja. Kalau si Zara, memang tidak akan cukup sekeping roti ja. Paling kurang pun dia akan makan 2 keping roti dan anchovies butter tu akan disapu dengan genorously atas roti. Kalau roti sudah habis, dengan selambanya dia akan makan ja butter tu sampai licin bekas butter.

Sampai begitu sekali.

Ni la anchovies butter kegemaran sefamily. Roti sudah habis dibaham.

Dan selalunya, lepas habis makan, mesti akan rasa kenyang yang ngam-ngam. Tidak rasa kosong dan tidak rasa full sangat. Alhamdulillah.

Wish them all the best!

p/s: To know more about them, sila singgah ke https://www.facebook.com/madalindsbite 

Wednesday, September 26, 2012

80's blues

Tiba-tiba, terasa macam mau jadi kanak-kanak balik.
Mungkin pasal kepala aku pening sekarang ni, memikirkan writing aku yang macam tiada kesudahan.
Terasa kebengapan yang hebat.
So, sedikit pelencongan di sini untuk mengurangkan tahap stress.

Semalam cerita pasal Moero Attack.
Hari ni aku mau recall cerita lain.

Dulu, time aku kecil, tv memang akan banyak dikontrol oleh mama aku.
Every weekdays, jam 6 petang (ka 7 petang tu?) kami mesti tengok cerita kantonis di TV2.

Sebelah malam pula, aku memang ingat sangat yang mama akan tengok US gameshow, contoh:
Wheel of Fortune (macam Roda Impian)
Supermarket Sweep  (cari barang yang betul ikut clue, siapa yang terer berbelanja paling banyak)
Sampai sekarang, kalau aku mau speed shopping di supermarket, aku mesti menjerit dalam hati "Supermarket Sweep!"
Lose or Draw (lukis dan teka)


Dan kami adik beradik amatlah suka tengok cerita hitam putih especially cerita si P. Ramlee.
Bapa akan rekod cerita dalam tape guna PVR, dan kami akan selalu replay cerita tu sampai kami hafal dan ada cerita baru yang lain atau bosan.

Selain daripada tu, cerita kartun Disney pun jadi kegemaran. Kami paling ingat lagu dan dialog dari cerita Cinderella (contoh: Sing Sweet Nightangle) dan The Little Mermaid (contoh: Under the Sea). Lagu Someday Out There pun aku ingat (dari cerita American Tail).
Aku masih ingat cerita Fantasia (by disney). Lagu Zip-A-Dee-Doo-Dah.. Klasik betul.
Mama pun rajin kasi tape kami cerita kartun Disney classic yang ada di tv.

Hari tu aku beli dvd cerita Cinderella dan The Little Mermaid mau bagi si Addin dan Zara tengok.
Dorang tengok sekali ja..
Huuu.. sekarang kan zaman Disney Junior.. banyak kartun dari korea masuk..

Tuesday, September 25, 2012

Somersault berpusing


Mari karaoke sama2

Ini la drama bersiri jepun yang selalu 'menghasut' aku supaya tuang sekolah sesi petang (samada SK atau sekolah agama). Nasib la arwah bapa aku jenis strict yang amat, maka jangan mimpi la kalau kami dapat ponteng sekolah tanpa alasan yang munasabah. Tahap strict bapa aku tu sampai kalau aku demam pun aku boleh tidak sedar. Jangankan sakit perut, pening kepala pun aku tidak sure apa rasanya sampailah aku masuk asrama time Form 1 (pasal sudah kena jaga diri sendiri). Kalau aku sakit, bapa dan mama yang suruh aku berehat di rumah, aku mengikut arahan ja :)

Cumanya, jeles la sama jiran-jiran yang sebaya dengan aku bila dorang dibenarkan untuk ponteng sesi petang especially kalau sesi petang tu adalah sekolah agama. Maybe kalau sekolah kebangsaan susah sikit mau ponteng pasal dorang anak cikgu. (Waktu aku kecil kami tinggal di kuarters guru). Malu la kalau kedapatan ponteng kan.. huhuhu..  

Apa ja yang tidak famous pasal si Moero Attack time aku kecil tu? Nama watak utama si Chun. Terkenal dengan skill summersault berpusing, pakai reben rambut yang ada logo arnab, dan selalu mimpi pasal mama dia yang sudah meninggal. Soundtrack pun semua orang hafal. Siap ada transalation BM lagi. Mengikut perspektif aku yang baru sekolah rendah time tu, aku rasa cerita tu macam sudah jadi fenomena yang melanda kanak-kanak di Malaysia.

Semua la mau main bola tampar. Aku pula mati-mati fikir Jepun la negara yang paling terer sekali main bola tampar. Sekalinya bila tengok olimpik di tv, tiada pula orang buat summersault berpusing tu. Heran. 
 
Kenapa la dulu-dulu tiada fungsi PVR? sigh.. wahahaha.. Kalau ada, sure aku tidak banyak ketinggalan.  Tapi nasib baik juga kawan aku tu boleh ponteng, pasal dorang selalu record dalam tape. Jadi, bila balik sekolah, aku pinjam ja la tape dorang.

Ni kalau kena tayang balik di tv ni sekarang, entah aku mau tengok lagi ka tidak. Adakah si Addin dan si Zara pun akan tergila-gila cerita ni. Pasal cerita tu memang old school, semua pun mesti nampak cam klasik ja. Cerita jepun lagi tu, sekarang ni kan demam korea. Tapi dulu pun kena alih suara.

Maybe aku tengok. Sebab aku memang suka layan cerita lama :)

Kalau ada Rinhanekoma dan Oshin pun macam siok juga. 

Tuesday, September 18, 2012

Open house 2012 + House warming + Aqiqah Zara

Last weekend, 15 September 2012, kami sepakat buat open house sebab

- mama dan Tasha bersama si Hana datang KL untuk cuti-cuti Malaysia (tapi si Tasha tidak jadi datang sebab husbandnya tiba-tiba kena chicken pox a day before flight)
- sejak berpindah, belum berkesempatan lagi buat house warming
- sejak Zara lahir, belum berkesempatan buat majlis aqiqah
So, kesimpulannya, kami buat 3 majlis dalam 1.

Keputusan untuk buat open house dirancang agak lewat. Kelam kabut juga cari catering service sebab mau jemput jumlah tetamu yang agak besar dan rasanya tidak larat untuk masak sendiri, mengemas etc sambil melayan tetamu. Moral: Kalau mau buat catering, better book awal.

Nasib baik ada Al-Ameen Catering (kalau nak cari dalam Facebook dorang guna nama Kambing Panggang Malaya) yang setuju untuk buat catering walaupun sudah ada majlis pada hari yang sama (tapi masa berlainan dan lokasi pun tidak jauh sangat). Aku pilih Al-Ameen Catering sebab dorang pernah beurusan dengan abang ipar aku 2 kali sebelum ni. Makanan terbukti sedap. Facebook dorang pun agak aktif dan ada post testimonial yang positif daripada pelanggan.Ini menunjukkan yang catering dorang ni boleh dipercayai. Alhamdulillah, sepanjang berurusan dengan Pn. Syima selaku owner, servisnya memang ok sangat. Setiap call dan sms akan dilayan dengan suara yang lembut dan penerangan yang jelas. Harga pun reasonable.

Buffet spread
Ada coklat Daim dan nut candies, sate, nasi briyani, kek lapis

Hidangan di open house aku juga sedap. Ramai tetamu yang memuji masakan dorang especially kambing golek - tidak hamis, juicy, dimasak ala kebab. Anak ex-jiran aku (jiran rumah lama) yang amatlah choosy dalam bab makan ni, boleh pula tambah makan kambing golek lebih 3 round sebab kesedapan. Sedangkan, anak ex-jiran aku ni tidak pernah merasa makan lamb pun sebelum ni. Sampai begitu sekali penangan kambing golek Al-Ameen. Syukurlah.

Yang tidak best pula, banyak nasi briyani masih berbaki apabila menjelang petang. Ramai jemputan yang tidak dapat hadir - long weekend so ramai yang balik kampung, bertindan dengan jemputan open house dan kenduri kawin, musim hujan, tidak sihat etc. Tambahan pula staff Al-Ameen bagitau, kalau dah ada kambing golek dan ornaments yang lain seperti salad dan mushroom soup, memang tetamu tak pandang makanan lain dah :)

Tapi tu memang impian aku sejak dulu lagi untuk buat majlis di rumah dengan hidangan kambing golek. Aku memang penggemar tegar lamb. Dan aku suka tengok kambing tu bergolek, macam sedap ja kelihatannya :) Kalau di majlis orang, terpaksa berebut dengan orang lain. Kalau beli di bazaar ramadhan atau di restoran, mahal pula dan kering pula tu sebab dipanggang dalam masa yang lama. Kalau di majlis sendiri, boleh makan puas-puas :) 

Moral: Next time kalau buat open house, mungkin boleh skip makanan berat. Tumpukan kepada makanan ringan seperti nasi impit dan sate, lemang dan rendang, mee kari, laksa etc sebab kebanyakan tetamu akan spare perut untuk memenuhi jemputan open house yang lain.

 Ini lah kambing golek terangkat yang disebut-sebut tu

Pakej khemah dan meja pula kami ambil dengan Mr. Pativen dari Taman Universiti. Harga pakej khemah pun agak murah juga (less than RM300). Dalam pakej tu ada khemah lengkap dengan scallop, kipas, lampu, 5 meja bulat, 40 kerusi dan 2 meja buffet. Walaupun scallop yang disediakan berkedut tapi aku pun tidak kisah sangat, yang penting semua tu ada. Buat open house ja pun, bukan majlis kawin. Murah pun kan..  Mama aku cakap "Ada rupa, ada harga"..

Alhamdulillah, semua ahli keluarga dan kawan sekolah serta kawan sepejabat yang rapat dengan keluarga kami datang. Ada juga jemputan yang aku tidak sangka datang tapi datang juga. Aku amat berterima kasih sebab pada aku, kalau dorang datang tu, means dorang sudah set priority yang tinggi untuk datang open house rumah aku over jemputan open house yang lain. Maknanya, kalau ada jemputan dari mereka-mereka ni di masa hadapan, aku juga mesti set priority yang tinggi dan berusaha juga untuk datang.   
 Doa selamat

 The crowd at the first hour. Crowd lepas tu tiada gambar di atas sebab-sebab yang hanya photographer saja yang mengerti.

 Nasib baik ada kawanku share gambar di Facebook

Terima kasih daun keladi, insyaAllah kalau ada event akan datang kami jemput lagi. Tapi tiadalah pasang khemah segala. Cuma, Abang Edi ada cakap, kalau ada rezeki lebih, boleh la berkambing golek lagi. Wink wink!

Nasib baik juga bff aku si Liean ada ambil gambar kami anak-beranak (tapi si Addin pula tiada dalam gambar pasal dia sibuk tengok kartun).


Open house tips:
- Dalam aqad aqiqah, nama anak akan disebut berbintikan nama ibu. Oooo.. saya baru tahu.. 
- Seekor kambing aqiqah yang gemuk hanya bertahan lebih kurang sejam saja untuk 'dibaham' oleh penggemar kambing tegar. Hohohoho.. 
- Untuk 400 cucuk sate, cukup sekadar disediakan 12-15 ketul nasi impit saiz besar. Lebih daripada tu, memang membazirlah jawabnya.
- Untuk memudahkan masak nasi impit, guna electric rice cooker dan isi air banyak-banyak sehingga nasi impit tenggelam. Masak selama 60 hingga 90 minit. InsyaAllah, nasi impit masak cantik dan tidak hangus.
- Pasang cerita kartun di TV ketika open house. Ini memudahkan budak-budak duduk diam tengok kartun sambil ibu bapa menjamu selera :)
- Walaupun guna servis catering, pastikan tuan rumah ada backup disposable plates, cups dan utensils. 
- Sediakan juga drinking water. Tetamu anda mungkin tidak suka minum air manis.

* Thanks to Mama yang datang dari Labuan siap bawa kek lapis sarawak pelbagai rupa. Thanks Nurul dan Lina yang banyak menolong. Thanks to family member sebelah Abang Edi yang datang. Thanks to Kak Long yang sediakan rendang ayam kegemaran Addin dan puding santan. Thanks to all friends. Love you guys..

Friday, September 14, 2012

Selamat hari raya 2012!!

Hi alls!




1. Maaf zahir batin

My Addin is having a rough understanding of the zahir batin thing.
Bila dia tanya aku, apa tu zahir dan batin, aku pun tidak tau mau jawab semudah yang boleh untuk budak umur 5 tahun lebih, aku cakap, zahir tu luar, batin tu dalam.
So, isu pemahaman si Addin tu adalah mostly berpunca daripada penerangan mummynya yang tidak semengah langsung.

One day, si Addin cakap macam ni, "Kita sekarang dalam rumah, so kita cakap Selamat hari raya batin, cousin mummy yang datang tu kena cakap Selamat hari raya zahir pasal dia kat luar rumah.."
Aku terpana dengan tahap kelurusan anak aku.
Tapi lepas tu aku gelak ja.
Someday in the future, when my son is more matured, boleh bezakan dosa fizikal dan rohaniah, then I'll explain to him.


2. Where's Atuk? 

Tahun ni kami raya di Labuan.
Semua adik aku pun di Labuan except for Nurul yang balik pada raya ke-3 sebab terpaksa bertugas pada raya pertama dan kedua.
Sampai di airport Labuan, mama dan adik aku Jakir yang menjemput kami.
Sebaik saja si Zara jumpa mama, her first question is "Nenek, atuk mana?"
Hmm.. dia masih belum faham..


3. Sunat dan Khatan

Pengalaman berpuasa di Labuan menggembirakan si Addin sebab dia berpeluang berbuka awal sejam daripada time buka puasa di KL :)
Bila aku ajak Addin bersedia untuk sungkai jam 6.30, Addin sungguh excited.
Tapi dalam excited, Addin boleh mengeluarkan kerisauan;
"Mummy, bagus la kan kita buka puasa awal sebab sunat cepatkan buka puasa.. tapi Addin tanak buka puasa cepat, nanti kena sunat.. Addin tanak kena sunat sebab sunat tu tak best"....
Ohohohohoh... once again, aku ketawa lagi..
Part yang ni pun aku sukar mau explain hukum sunat tu adalah berbeza konsep sama sekali dengan berkhatan :) 


4. Family tradition dan priority setting 

Aku bersyukur sebab kami semua adik-beradik ada di Labuan menemani mama beraya. 
Honestly speaking, tahun ni memang terasa sangat tidak cukup korum :(
Selalunya, setiap kali raya sebelum ni, lepas bapa balik dari solat sunat hari raya dan menziarah kubur, kami akan start mengunjung ke rumah abang bapa yang paling tua dahulu, lepas tu baru lah ke rumah abang dan kakak bapa yang lain. (sebab nenek sudah tiada, jadi priority jatuh kepada rumah Tua (similar to Pak Long) dahulu).
Jadi tahun ni, walaupun bapa sudah tiada, kami masih meneruskan tradisi yang sama cumanya without mama pasal mama masih dalam tempoh berkabung empat bulan 10 hari.

Tua bagitau kami, kalau anak buah yang lain, selalunya akan berkunjung ke rumah bapa dan saudara yang lain dulu. Tapi kami, anak-anak bapa, wajib jadikan rumah beliau yang pertama untuk dikunjungi.

Aku tidak sure samada statement beliau tu menunjukkan beliau terharu dengan amalan kami atau kerana beliau teringat sama arwah bapa. Kami beritahu beliau, kami sudah terbiasa begini kerana teladan yang ditunjukkan oleh bapa.

Arwah bapa ialah seorang yang amat menghormati orang tua. Dia asuh kami untuk selalu menjenguk datuk dan nenek (sekarang hanya tinggal nenek di Ranau sahaja) serta ibu dan bapa saudara yang lain. Sekiranya ada perselisihan faham di antara beliau dan saudara yang lain, kami dilarang untuk masuk campur dan terikut-ikut. Buat seperti tiada masalah yang berlaku kerana itu semua tiada kaitan dengan kami.


5. Tips mengunjungi tanah perkuburan

Dalam kegembiraan beraya bersama, kami tidak lupa menziarah kubur bapa.
Aku siap found a new tip. Kalau ke kubur selalunya banyak nyamuk kan. Amatlah tidak best.
What I did is:pakai baju terang, elakkan warna gelap, dan sapu minyak kayu putih ke tangan dan kaki. Alhamdulillah, tips menjadi.  



6. Baju melayu

Addin: Addin tanak pakai baju melayu ni mummy... besar sangat..
Mummy: Mana ada besar.. ngam la tu.. tu baju raya tahun ni.. mesti pakai..
Addin: Besar la mummy.. tengok seluar dia ni panjang..
Mummy: Kalau pakai baju melayu mesti la seluar dia panjang..
Addin: Tapi selalu Addin pakai baju melayu tu seluar dia pendek je..
Mummy: (Ketawa)

Hohohohoh.. kesiannya anakku..
Biasalah budak cepat membesar.. memang cepat la sebarang baju jadi mengecut dan seluar jadi semakin senteng..
Sebab si Addin ni kurus kering, baju melayunya masih muat dipakai tapi part seluar ja jadi senteng sampai atas buku lali.. so, kadang-kadang, baju tu lah akan dipakai di nursery sebelah petang untuk aktiviti solat dan mengaji.. mesti dia ingat cara pemakaian tu yang normal.. hohohoho.. poor son..


Monday, September 10, 2012

Trip to Kidzania Part 2 (Photos)

Continue dari Part 1

Siap pakai surgical mask. Kunun-kunun bedah jantung orang. 

Siuk pula ni.

 Masuk jail konon. Pagar tu boleh lentur sesuka hati. Tiada pintu khas dan tiada siapa akan ditangkap untuk dimasukkan ke sini :)

 TNB technician. Mereka diajar tentang bagaimana tenaga elektrik terjadi. Nice. 

 Roleplay firefighter ni pun popular juga. 
Yang best main ni ble naik firefighter truck pastu sembur air ke 'hotel terbakar'. 


 Jadi CSI detective. 

 AirAsia pilot. The most popular and rewarding job in term of payment (15 kidzos) and self satisfaction. Tapi barisan menunggu punya la panjang. Dua kali pi Kidzania means dua kali juga la si Addin main flight simulator ni. 

Tips: Pegi Kidzania jam 11 pagi, terus pi beratur jadi pilot. Sure belum ramai kanak-kanak pasal newbie akan survey di lower floor dulu. Flight simulator ni di tingkat atas.


Seronok jadi mekanik.


Nippon painter. 

 Posmen yang hensem.

 Not allowed to take car license and drive pasal ketinggian tak cukup.
So, keja jadi honda designer saja la.

Kerja kilang air mineral. Botol yang buat sendiri boleh bawa balik rumah. Sampai sekarang masih simpan :)

Jadi Dell engineer. Dorang kena ajar macamana mau assemble sume parts dalam notebook.

UniFi installer. Besarnya uniform dan toolbox :)

Time ni dia ble tanya "Kalau pegang, kena karen tak?"

Polis comel.
Ni pekerjaan idaman Addin. Sanggup pass jadi surgeon dulu sebab mau jadi attendan pam minyak.


 Ni pun pekerjaan idaman juga. 
Aktiviti yang dia paling suka. Beratur simpan duit gaji (called kidzos).

Then pegi ATM cek baki. Account balance tu valid sampai bila-bila.
Boleh diguna di Kidzania Jakarta. Kalau banyak duit, boleh beli mainan di Kidzania.
Tapi mainan yang best, mahal yang amat.
Maknanya kena la pegi Kidzania ni banyak kali untuk dapat gaji dan menyimpan lebih.
Kalau anak ramai pun sesuai juga, so lebih banyak kidzos (dapat 50 kidzos setiap kali masuk Kidzania).
Tapi kena la berebut satu mainan.

Sebenarnya, Addin tidak pernah peduli pun pasal duit gaji kidzos dia ni. Asal dapat gaji ja, terus aku simpan. Dia reti mau main ja. Ni idea aku suruh dia bergambar guna 'money fan'. Kalau mau dapat gaji terus dikreditkan dalam ATM card pun bole. 












Trip to Kidzania Part 1

Went there twice!

Mula-mula dapat 2 free coupons hasil mendaftarkan nama Addin dan Zara as AirAsia Skyrider members. Pay RM25 each dan dapat tiket free ke Kidzania valued RM55.. untung ka tidak untung tu.. do your math :)

(tapi amat la geram dan tidak seronok sebab tidak lama lepas aku register, Skyrider buat better promotion, register a member can get 4 Kidzania coupons.. warrgghhh... amatlah tidak adil kepada orang yang lebih awal jadi member macam anak-anak aku ni.. nda pa la.. bukan rezeki la tu namanya)..

Personally, I love Kidzania. Kalau tanya Addin pun, dia akan cakap Kidzania adalah di antara tempat yang dia paling suka. Belum bawa Zara lagi sebab games untuk budak below 4 years old amatlah terhad. Ditambah pula keraguan aku dalam mengendalikan Addin dan Zara dalam masa yang sama. Handle si Addin sorang ja pun sudah penat. Inikan pula kalau bawa si Zara yang for sure akan meragam mau short nap dan menyusu.

Aku suka sebab Kidzania
- bagi budak-budak peluang enjoy role-playing
- bagi aku hint macamana hensemnya anak aku bila dia berpakaian seragam jadi pilot, surgeon, police - hohoho...
- mengajar budak-budak the realistic part of adult life iaitu cari duit - kena beratur, wait for their turn, kerja dan dapat gaji.

Tapi paling la aku kurang berkenan bila
- ada budak sekolah yang lebih besar berasak-asak potong que, kadang-kadang didorong oleh ibu bapa mereka sendiri - are you teaching your kids to be kiasu?? wth...
- ada ibu-bapa yang boleh tolong que bagi pihak anak dorang supaya anak dorang boleh enjoy role-playing di tempat lain dulu.. konon mau cop tempat la tu konon... Sedangkan sudah ada signage yang memaklumkan ibubapa tidak perlu terhegeh-hegeh untuk berbaris bagi pihak anak mereka. Buta agaknya. Atau tidak faham bahasa. Tolong la... kesian la sama anak orang lain yang terpaksa bersusah payah menunggu dengan boringnya. (Selamba ja aku sound parents yang macam ni. Well, aku pun kena la mempertahankan right anak aku).

Pegi Kidzania untuk satu hari saja la memang la tidak cukup. Addin sudah pegi 2 kali pun (dari jam 11 pagi hingga 4.30 petang) masih belum round habis Kidzania tu. Masa di sana banyak dihabiskan dengan menunggu dalam que, session (paling kurang pun 15 minit untuk satu session), round Kidzania.

Bersedialah untuk menjadi ibu yang setia menunggu anak-anak anda bermain di sana. Makan kat sana (banyak tempat makan), solat (surau pun ada), berehat (ada lounge khas untuk adult, budak-budak tidak dibenarkan masuk), nursery (untuk baby dan toddler).  Tiket pun mahal, mesti la digunakan seoptimum mungkin.

Walaupun sudah 2 kali ke sana, aku rasa macam masih belum cukup. Banyak juga game yang Addin belum main - masak-masak jadi chef, melukis, kerja di Media Prima, dentist. Next time, mau bawa si Zara. Mungkin Zara sesuai dengan role-play jadi kontraktor susun bata, lap tingkap, cat dinding :)

For photos, continue to Part 2 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...