- mama dan Tasha bersama si Hana datang KL untuk cuti-cuti Malaysia (tapi si Tasha tidak jadi datang sebab husbandnya tiba-tiba kena chicken pox a day before flight)
- sejak berpindah, belum berkesempatan lagi buat house warming
- sejak Zara lahir, belum berkesempatan buat majlis aqiqah
So, kesimpulannya, kami buat 3 majlis dalam 1.
Keputusan untuk buat open house dirancang agak lewat. Kelam kabut juga cari catering service sebab mau jemput jumlah tetamu yang agak besar dan rasanya tidak larat untuk masak sendiri, mengemas etc sambil melayan tetamu. Moral: Kalau mau buat catering, better book awal.
Nasib baik ada Al-Ameen Catering (kalau nak cari dalam Facebook dorang guna nama Kambing Panggang Malaya) yang setuju untuk buat catering walaupun sudah ada majlis pada hari yang sama (tapi masa berlainan dan lokasi pun tidak jauh sangat). Aku pilih Al-Ameen Catering sebab dorang pernah beurusan dengan abang ipar aku 2 kali sebelum ni. Makanan terbukti sedap. Facebook dorang pun agak aktif dan ada post testimonial yang positif daripada pelanggan.Ini menunjukkan yang catering dorang ni boleh dipercayai. Alhamdulillah, sepanjang berurusan dengan Pn. Syima selaku owner, servisnya memang ok sangat. Setiap call dan sms akan dilayan dengan suara yang lembut dan penerangan yang jelas. Harga pun reasonable.
Buffet spread
Ada coklat Daim dan nut candies, sate, nasi briyani, kek lapis
Yang tidak best pula, banyak nasi briyani masih berbaki apabila menjelang petang. Ramai jemputan yang tidak dapat hadir - long weekend so ramai yang balik kampung, bertindan dengan jemputan open house dan kenduri kawin, musim hujan, tidak sihat etc. Tambahan pula staff Al-Ameen bagitau, kalau dah ada kambing golek dan ornaments yang lain seperti salad dan mushroom soup, memang tetamu tak pandang makanan lain dah :)
Tapi tu memang impian aku sejak dulu lagi untuk buat majlis di rumah dengan hidangan kambing golek. Aku memang penggemar tegar lamb. Dan aku suka tengok kambing tu bergolek, macam sedap ja kelihatannya :) Kalau di majlis orang, terpaksa berebut dengan orang lain. Kalau beli di bazaar ramadhan atau di restoran, mahal pula dan kering pula tu sebab dipanggang dalam masa yang lama. Kalau di majlis sendiri, boleh makan puas-puas :)
Moral: Next time kalau buat open house, mungkin boleh skip makanan berat. Tumpukan kepada makanan ringan seperti nasi impit dan sate, lemang dan rendang, mee kari, laksa etc sebab kebanyakan tetamu akan spare perut untuk memenuhi jemputan open house yang lain.
Ini lah kambing golek terangkat yang disebut-sebut tu
Alhamdulillah, semua ahli keluarga dan kawan sekolah serta kawan sepejabat yang rapat dengan keluarga kami datang. Ada juga jemputan yang aku tidak sangka datang tapi datang juga. Aku amat berterima kasih sebab pada aku, kalau dorang datang tu, means dorang sudah set priority yang tinggi untuk datang open house rumah aku over jemputan open house yang lain. Maknanya, kalau ada jemputan dari mereka-mereka ni di masa hadapan, aku juga mesti set priority yang tinggi dan berusaha juga untuk datang.
Doa selamat
The crowd at the first hour. Crowd lepas tu tiada gambar di atas sebab-sebab yang hanya photographer saja yang mengerti.
Nasib baik ada kawanku share gambar di Facebook
Terima kasih daun keladi, insyaAllah kalau ada event akan datang kami jemput lagi. Tapi tiadalah pasang khemah segala. Cuma, Abang Edi ada cakap, kalau ada rezeki lebih, boleh la berkambing golek lagi. Wink wink!
Nasib baik juga bff aku si Liean ada ambil gambar kami anak-beranak (tapi si Addin pula tiada dalam gambar pasal dia sibuk tengok kartun).
Open house tips:
- Dalam aqad aqiqah, nama anak akan disebut berbintikan nama ibu. Oooo.. saya baru tahu..
- Seekor kambing aqiqah yang gemuk hanya bertahan lebih kurang sejam saja untuk 'dibaham' oleh penggemar kambing tegar. Hohohoho..
- Untuk 400 cucuk sate, cukup sekadar disediakan 12-15 ketul nasi impit saiz besar. Lebih daripada tu, memang membazirlah jawabnya.
- Untuk memudahkan masak nasi impit, guna electric rice cooker dan isi air banyak-banyak sehingga nasi impit tenggelam. Masak selama 60 hingga 90 minit. InsyaAllah, nasi impit masak cantik dan tidak hangus.
- Pasang cerita kartun di TV ketika open house. Ini memudahkan budak-budak duduk diam tengok kartun sambil ibu bapa menjamu selera :)
- Walaupun guna servis catering, pastikan tuan rumah ada backup disposable plates, cups dan utensils.
- Sediakan juga drinking water. Tetamu anda mungkin tidak suka minum air manis.
* Thanks to Mama yang datang dari Labuan siap bawa kek lapis sarawak pelbagai rupa. Thanks Nurul dan Lina yang banyak menolong. Thanks to family member sebelah Abang Edi yang datang. Thanks to Kak Long yang sediakan rendang ayam kegemaran Addin dan puding santan. Thanks to all friends. Love you guys..
salam bole bagi no tel mr pativen khemah tu..i pon tgh mencari khemah murah2 nih..thanks sbb berkongsi tips house warming hehe
ReplyDeleteSalam mama hafiy :)
ReplyDeleteNo Mr Pativen tu ada dlm hp husband saya :(.. nanti saya try tgk then saya bagi ye..
thx kerana singgah blog saya :)
I suka baca blog u especially tang tips2..keep on writing eh :)
ReplyDeletethx mama hafiy :) tak sia2 saya tulis tips2 tu sume.. (sbb saya jenis org suka cari tips).. ada gak org yg nak baca.. hehe
ReplyDeleteno mr pativen : 0132366239
easy to deal with.. cumanya khemah yg saya dpt hari tu tidaklah cantik sgt mcm standard kenduri kawin :)
Thx Naddea..susah2 carikan no phone tu ye..Moga u sentiasa dirahmatiNya..it's okay tak cantik mcm kenduri kahwin..janji ada rupa hehe..nanti i try call..tgh kelam kelibut mcm2 nak settle hehe..btw thanks again!
ReplyDeleteno sweat Mama Hafiy.. i tanya je my husband ;)
ReplyDeletegood luck with ur majlis!
Salam sis..just search utk kenduri aqiqah..bump to ur blog..bole dpt contact al-ameen.tqvm sis
ReplyDeleteSalam Ayu
ReplyDeleteContact no Al-Ameen Catering 0192863734
atau boleh juga refer Facebook https://www.facebook.com/alameencatering.sgbuloh