Adik aku si Nurul, lebih daripada 4 kali. Dia cakap dia kadang-kadang pi makan di restoran ni sorang-sorang.
Aku pun mula-mula, bila dengar dia pi sana makan sorang-sorang tu macam "What?? Makan di restoran sorang-sorang... macam kesian"
Tapi lepas difikir semula, serasa tidak heran (sama ja kes macam aku selalu makan sorang-sorang di Sushi King)
Reason kami selalu makan di sana
1 - Dekat dengan rumah. Tidak sampai 5 minit sudah boleh sampai. Parking kereta pun senang.
2 - Memang sedap. Amat suka!!!! Rasanya standard. Tidak berubah.
3 - Affordable. Good portion size.
4 - Tidak ramai orang. Jadi tiada masalah mau control ayu. Mungkin kerana restoran ni masih baru jadi belum ramai yang tahu. Somemore, kedudukan agak tersorok dari jalan besar. Tapi senang cari (agak dekat dengan Giant Seri Kembangan dan Klinik Qistina).
5 - Free wifi. Addin memang suka sangat.
6 - Halal. Makan tanpa was-was.
Menu yang kami sudah cuba
1 - Barbecue chicken. Setiap kali si nurul datang sini, ini ja la menu yang dia selalu order. Love the sauce and the whipped potato. The whipped potato is soooooo fine and smooth.
Nurul and Addin and the delicious BBQ chicken
2 - Lamb cutlet. Amat sedap. Abang Edi's favorite.
3 - Fish goujon and chips - Kid's menu.
Fish Goujon and chips for my kids
4 - Spagetti Carbonara
5 - Chicken chop
6 - Rosemary chicken
7 - Caliph chicken (ada butter rice)
8 - Caesar salad - Salad with caesar dressing and beef bacon + crouton + cheese sprinkle)
Aku order caesar salad ja. Bajet mau diet :)
(mungkin lepas ni boleh jadi lebih adventurous dengan order menu lain pulak).
Tapi yang paling kami suka ialah the focacia bread and anchovies butter (roti akan diberi mengikut bilangan pax di meja). Hidangan complimentary yang dihidangkan sebagai appetizer. Selalunya, kami mesti akan order second round sebab first round saja memang tidak cukup. Addin, choosy eater, akan makan roti ja. Kalau si Zara, memang tidak akan cukup sekeping roti ja. Paling kurang pun dia akan makan 2 keping roti dan anchovies butter tu akan disapu dengan genorously atas roti. Kalau roti sudah habis, dengan selambanya dia akan makan ja butter tu sampai licin bekas butter.
Sampai begitu sekali.
Ni la anchovies butter kegemaran sefamily. Roti sudah habis dibaham.
Dan selalunya, lepas habis makan, mesti akan rasa kenyang yang ngam-ngam. Tidak rasa kosong dan tidak rasa full sangat. Alhamdulillah.
Wish them all the best!
p/s: To know more about them, sila singgah ke https://www.facebook.com/madalindsbite
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment