google analytic

Nuffnang

Wednesday, March 23, 2016

Bulan Madu 2016 di Turki (Hari ke-2 - 10 Mac 2016 - Istanbul)

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-10 untuk aku dan Abang Edi!
Alhamdulillah.
Semoga kami kekal bahagia hingga ke syurga.
Semoga pandangan dan hati kami dilindungi daripada perbuatan dan perasaan yang merosakkan hubungan kami.
Semoga hubungan kami dilindungi dan diberkati Allah.
Amin.

Breakfast pagi jam 7.30 pagi.
Kelaparan sudah kami ni.
Punya la tamak, banyak betul makanan yang kami ambil.

Breakfast di tingkat atas sekali Hotel Ambassador.
Nice view.

Aiseh, dorang siap bagi ni lagi kunun.
Semua yang stay di sini dorang bagi macam ni pada hari pertama.
Rasa dihargai la kunun kan.
The bulat2 thing is a turkish tart.
Not to my liking. 

Lepas makan, kami ambil gambar di roof terrace pula.
Hotel ni dekat ja dengan tram station Sultanahmet.

Belakang aku tu ialah menara Masjid Firuz Aga.
Masjid ni masjid kecil ja.
Tapi kalau time solat jumaat, melimpah juga la jemaah hingga kena pasang tikar di laman masjid ni.
Ada kubah yang belakang lagi tu ialah Masjid Biru atau Sultanahmet Mosque.

Bangunan merah belakang Abang Edi tu ialah Hagia Sophia.
So kalau anda mahukan pengalaman breakfast yang amat feeling Istanbul Aku Datang, Hotel Ambassador lah tempat yang amat sesuai.

Lepas breakfast, kami terus membawa diri ke Hagia Sophia yang jaraknya setakat 5 minit ja dari hotel kami.
Bergambar dulu depan tram yang sedang bergerak kunun.
Belakang tram tu ialah Sultanahmet Meydani.

Kami sampai Hagia Sophia ni around jam 9 pagi begitu.
Orang masih belum ramai.

Di sini, kami beli Museum Pass Istanbul yang berharga 85TL setiap satu.
Museum pass ni laku selama 5 hari dan boleh digunakan untuk masuk Hagia Sophia, Topkapi Palace, Topkapi Palace Harem, Hagia Irene dan beberapa muzium lain di Istanbul dengan percuma.
Yang penting lagi, tidak perlu berbaris panjang dengan pemegang tiket normal yang lain. 

Tips untuk beli tiket muzium di Istanbul:
Kalau anda datang ke Istanbul sekitar masa yang bukan peak season seperti timing kami ni dan berkemampuan untuk datang sebaik muzium buka di awal pagi, dan,
anda memang berhasrat untuk pergi muzium Hagia Sophia dan Topkapi Palace saja, maka tidak payah la beli muzium pass tu.
Tidak balik modal. 
Kalau mau balik modal 85 TL, kena pergi muzium yang lain juga sebagaimana yang disenaraikan dalam laman web dorang contoh Chora Museum dan Museum for the History of Science and Technology in Islam.


Gambar wajib di Hagia Sophia.

It's so bizarre.. Ada Allah Muhammad juga sana, ada juga gambar Jesus with trinity sana.

Lepas meround di tingkat bawah, kena la naik tunnel untuk ke tingkat atas.
Mengah juga la aku.

Gambar dari tingkat atas pula.

Iya, aku pun tidak paham sebenarnya ini gambar apa.
Pasal kami tidak sewa audio guide.

Kucing di Hagia Sophia yang gemok, sihat, buntal dan besar.


Lepas penat round Hagia Sophia, kami singgah ke Basilica Cistern pula.
Ini memang sudah masuk dalam must see list aku.
Aku pernah ternampak tempat ni dalam hollywood movie mana ntah.

Dalam Basilica Cistern ni ada tiang dengan kepala medusa terbalik.

Nikmatilah pemandangan yang hening dan lembab dalam kawasan simpanan air bawah tanah di tengah bandar lama Istanbul. 

Depan Basilica Cistern tu ada rumah kayu warna kuning.
Very the unique one. 
Apparently, ini adalah pejabat Tourist Police.
Sungguh menarik bukan?

Sambil berjalan-jalan di area Sultanahmet tu, Abang Edi pun singgah ke satu kedai yg jual jaket kulit.
Memang dari KL suda dia ni pasang angan-angan mau beli jaket kulit di Turki.
Tapi tokey kedai ni offer harga mula-mula 800 Euro.
Lepas tu kurang jadi 500 Euro.
Harga terberak betul.
Aku dengan anggunnya memainkan peranan sebagai isteri mithali memujuk Abang Edi supaya tidak terikut dengan nafsu sendiri.
Bukan ada duit sangat pun.
Apa kata kita round lagi, cari yang lebih murah.

Lepas round sekejap, kami kembali ke hotel.
Lunch dengan nasi impit dan berlaukkan serunding daging dan sambal bilis yang aku bawa dari KL.
Sedapnya sambal bilis aku ni..
Terasa betul nikmatnya makan di Kota Istanbul kan.

Lepas lunch kecil-kecilan tu, kami afternoon nap.
Inilah namanya honeymoon yang berkualiti.
No definite tour plan, no kids, no fuss.
Kalau penat, tidur.

Dalam jam 2 petang macam tu, kami keluar lagi.
Sebelum keluar, kami book Bhosporus Cruise untuk malam wedding anniversary kami dengan Miss Nuray di reception desk.
Harga sebenar ialah 50 Euro.
Tapi kami dapat diskaun 45 Euro seorang.
Dalam pakej Bhosporus Cruise tu ada servis jemput dan hantar semula ke hotel, persembahan kebudayaan, tarian gelek, dinner dan naik cruise.
Kira orait la, dapat cross Bhosporus Cruise daripada checklist kami.

Seterusnya, tujuan kami adalah ke Grand Bazaar.
Hanya 15 minit berjalan kaki dari hotel. 

Jalan punya jalan, termasuk kedai kulit Prens.
Salesman yang melayan Abang Edi ni pun baik.
Pandai buat kelakar.
Jaket tu dari harga 770 Euro jadi 300 Euro ja.
Aku sempat check dalam tripadvisor, kedai ni dapat banyak bintang.
Maksudnya reliable lah kan.
At last, membeli la jugak Abang Edi dengan blessing aku.
Yeah. Aku tidak beli.
Aku tiada duit dan nafsu mau berjaket kulit ni.
Standard pakai jaket Uniqlo ja la aku.

Kembali ke tujuan asal.
Kami pergi ke Grand Bazaar dulu sementara tunggu kedai tadi tu alter tangan jaket Abang Edi. 

Banyak betul manusia dalam Grand Bazaar ni.
Orang Malaysia pun ramai juga.
Nasib la kalau terjumpa orang Malaysia yang ramah dan mau menegur mesra.
Kebanyakkannya memang nan hado.

Di kedai ni cenderamatanya lebih murah daripada kedai lain.
Sempat la aku menyambar snow globe satu sebab aku memang collect snow globe.
Cara cari kedai souvenir yang murah di Grand Bazaar, kalau dia ada gantung kertas Sales 50% tu, dan pengunjung pun ramai, kira murah la tu. 
No more tawar-tawar.

Kerja alteration masih belum siap.
Aku pun sudah rimas mau meround Grand Bazaar.
Ya la, orang tiada nafsu dan duit mau shopping kan.
Jadi kami singgah isi perut dulu kunun.

Kebab kambing share dua orang.

Sedang kami sedap menikmati kebab kambing, ada ja tokey karpet berhampiran yang beramah mesra tanya kami orang Malaysia.
Lepas tu paksa masuk kedai karpet.

Since that moment, aku jadi bijak sikit.
Kalau ada peniaga ka salesman ka yang buat teka-teka More Jutaria "Are you from Malaysia?".
Aku tidak mengaku.
Sebab dengan orang Malaysia, dorang suka buat mulut manis, paksa masuk kedai, pujuk beli.
Tapi kalau tidak beli pun tiada masalah.
Orang Malaysia di Istanbul ni baik sangat dan banyak duit mengkali.
Senang terpengaruh dengan pujukan.

Jadi aku cakap aku orang Brunei.
Terus peniaga-peniaga ni tiada modal mau beramah mesra.
Hoho.
Sori orang Brunei, aku akun jadi orang negaramu.
Mau kurangkan sasak nya orang.
Minta mahap ye.

On the way balik hotel, kami terlimpas ada satu restoran ni yang tunjuk football.
Kebetulan Abang Edi memang berhasrat untuk tengok game Fenerbahce dan Manchester United.
So, balik hotel, minta jasa baik dorang untuk postpone cruise ke besok malam.
Sebab malam ni kami candle light dinner sambil tengok bola ja.
Hoho.

Lepas isyak, dalam kedinginan malam dan hujan, kami menuju ke restoran ni.
Restoran Faros.

Alkisah sebab semua pun macam mahal semacam, maka kami pun order kecil-kecilan sajalah. 

Ramai juga customer restoran ni.
Ramai yang sedang layan game Champions League Fenerbahce vs Braga. 

Kami order pizza chicken with mozzarella ni.
Bole2 la.

And hot chocolate.

Sekalinya, bila game Man United ni, macam Abang Edi sorang ja yang meliat.
Kesian eh. Hehehe..

Ok.. done story for our first day in Istanbul.




2 comments:

  1. Kucing2 turki memang sihat gitu ke semuanya, geram tgk..

    Tahniah. Selamat ulang tahun perkahwinan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Turki penyayang kucing. Pandai dorang jaga :)

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...