google analytic

Nuffnang

Friday, June 24, 2011

Legend International Water House @ Port Dickson

Last friday, kami ke cuti-cuti Malaysia.. ehsan Abang Edi
Mula-mau terfikir mau naik ke Genting.. tapi rasa macam sudah banyak kali ke sana.. bahan hiburan untuk budak umur Addin dan Zara pun agak terhad..
Jadi, datanglah pula idea untuk turun ke PD.. tidaklah jauh sangat dari KL..

Kali ni, kami decide untuk menginap satu malam di Legend International Water House
Ni dapat idea dari abang ipar aku yang pernah menginap di Legend Water Chalets.. kira adik-beradik la dua tempat peranginan ni.. tengok gambar dan baca review pun macam ok ja..
Harga pun boleh tahan, sebab ada promotion kalau book secara online..
Pakai government staff rate pun belum tentu dapat harga murah macam promotion rate tu..
tapi kena pergi hari Jumaat.. kalau mau tunggu Sabtu, alamat tiada la room rate yang mampu disewa..

Yang seronoknya hotel ni, sebab ada chalets atas laut..
tapi tiada private beach.. So, kalau mau bercanda di pasiran pantai, memang tidak ngam la pegi hotel ni..
unless kalau mau drive sendiri pergi ke pantai berhampiran..
Lepas tu, every room di Legend International Water House ada private swimming pool dalam hotel room..
itu yang bikin excited terlebih mau pegi sana..

kami sewa bilik Garden Pool Villa.. di LIWH, bilik yang paling murah ialah Deluxe Pool Villa, tapi ada 1 king bed ja.. antara semua bilik di LIWH ni yang ada 2 king bed, bilik Garden Pool Villa ni la yang paling murah.. tapi bilik aku bukan menghadap garden.. bilik kami menghadap tembok yang penuh dengan fauna yang menjalar :)

 masuk-masuk bilik ja terus tengok swimming pool..

 
 Si Addin yang teruja sebab ada Disney Channel.. ada 12 channel Astro yang disediakan..

tengok tv sambil duduk di atas katil yang luas

Zara yang sudah tidak sabar mau masuk swimming pool sambil melihat Abang Edi yang berendam.. pintu ni berat, budak-budak tidak dapat tolak pintu ni tanpa bantuan orang dewasa.. bagus juga.. risau juga aku kalau anak-anak aku tiba-tiba melompat masuk swimming pool tengah malam..

 Private pool ni amat sesuai untuk orang-orang yang suka swimming tapi mau privacy.. Dengan kedalaman 4 kaki dan keluasan lebih kurang 20'x7'.. gila sejuk airnya.. agak kurang seronok sebab ruang yang agak gelap dan tertutup.. totally not children friendly pool.. kalau datang honeymoon sini sesuai la.. 

melayan anak-anak di "river bank" sahaja.. seb baik ada tangga..

 siap ada pantry..

quite generous...


 Oleh kerana private swimming pool dalam bilik tidak mesra young children, jadi kami bawa Addin dan Zara ke kids pool untuk kepuasan mereka yang maksimum.. mau berendam dalam bilik pun tiada bath tub (pasal sudah ada swimming pool agaknya?).. dari pemerhatian aku, swimming pool untuk kanak-kanak ja yang meriah.. adult swimming pool agak lengang sebab semua orang berendam di bilik ja agaknya.. 

 Water chalets area

 Abang Edi mengambil 'oksigen' berdekatan dengan area water chalets..


 Kids playground pun ada :)

Kids playground ni berada di tengah-tengah kawasan garden villa.. garden villa ada 2 tingkat.. next time, kalau mau stay di Garden Pool Villa LIWH, boleh la request untuk dapat tingkat atas.. sebab villa tingkat atas lebih luas berbanding yang villa tingkat bawah... dan private swimming pool villa tingkat atas open air, jadi tidak la rasa macam rimas dan terkurung.. kekurangannya mungkin satu, kena naik tangga :) 


 bersiar-siar menghirup udara petang di garden

pokok kelapa pendek..

 pagi keesokkan harinya, sebelum pegi breakfast di tower building.. aku tidak ambil gambar breakfast food sebab tiada yang luar biasa pun.. breakfast spreadnya biasa-biasa ja.. 

untuk orang yang malas, penat atau tidak larat berjalan ke bilik masing-masing, boleh minta tolong hotel staff untuk hantar guna buggy ni.. ada juga bilik di bangunan hotel, tapi sebab kami mau merasa kelainan dan harga yang lebih murah, tu pasal ambil garden villa..

sebelum balik, Addin request mau jadi "driver" lagi.. layan ja la..
Testimonial:
  1. Sebenarnya aku ada high expectation dengan LIWH ni, tapi bila tidak mencapai piawai expectation aku tu, macam rasa kecewa pun ada.. 
  2. Masa check-in yang pantas dan diuruskan oleh check-in staff yang kurang mesra.. (kami pun sampai lebih kurang jam 4.30 petang.. lambat sudah tu)
  3. Walaupun aku ambil bilik yang paling murah, tapi aku rasa macam aku terlebih bayar.. Bayaran satu malam tu aku rasa kebanyakkannya adalah untuk private pool maintenance.
  4. Ada private pool dalam bilik pun tapi anak-anak aku tidak dapat fully utilize it.. dan nampaknya private pool tu tidaklah dapat menarik minat aku untuk berendam lama-lama.. rasa macam tidak heran pun ada.. tapi sekurang-kurangnya dapat la juga aku merasa swimming pool sebumbung dengan bilik sendiri ni :) 
  5. Di luar pintu private pool dalam bilik tidak disediakan door mat untuk menyerap air di kaki yang basah.. heran juga aku.. bukan itu common sense ka? 
  6. Aku baca dari review orang kononnya hotel akan charge for additional request of towels, bottled water dan coffee+tea yang 3 in 1 tu.. jadinya aku bawa la bekal siap-siap maggi in my mug, biskut, milo dan coffee 3 in 1 untuk kegunaan kami..   
  7.  Breakfast spread pun boleh la... betul ka hotel ni 5 star? Aku ingat kalau hotel 5 star kurang-kurang pun kena ada yogurt waktu breakfast tu? huhuhuh..
  8. Abang Edi suka dengan hotel ni sebab
    • ada 2 katil king bed size
    • area bilik yang luas
    • tidak kedekut towel
    • boleh smoking depan private pool.. huhuh..
    • rekabentuk dalaman yang menarik 
  9. Overall, aku bagi 3 dari 5 bintang..

Tuesday, June 21, 2011

Kan bagus kalau semua orang macam ni

Dipetik daripada Utusan Malaysia,  Ruangan Forum, 14 Jun 2011

 

Terima kasih Khairul, Azman dan syabas Balai Polis Seri Kembangan


PADA 9 Jun 2011, saya ke Balai Polis Seri Kembangan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak polis. Ketika itu sudah hampir pukul dua pagi.
Sebuah kereta peronda polis dengan dua orang pegawai iaitu Khairul dan Azman di dalamnya menemani saya ke Puncak Jalil. Tujuannya adalah untuk memastikan keselamatan saya tidak terancam apabila menguruskan satu masalah keluarga.
Kenderaan polis itu dipandu dengan perlahan atas permintaan saya disebabkan keuzuran kereta dan usia yang meningkat. Saya juga tidak biasa dengan kawasan itu.
Dua orang penghuni di sebuah rumah dihubungi melalui telefon untuk keluar dari rumah. Dengan kebijaksanaan dua orang pegawai polis itu, kemusykilan itu dapat diselesaikan dengan baik tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Jam ketika itu menunjukkan hampir pukul empat pagi.
Namun begitu, dua orang pegawai polis itu sanggup menghabiskan masa yang agak lama untuk berbincang dan memberi nasihat serta tunjuk ajar yang berguna kepada saya untuk tindakan susulan kelak.
Mungkin disebabkan terlalu terharu dengan jasa baik dua orang pegawai polis itu, tiba-tiba saya menghulurkan RM40 kepada mereka, RM20 untuk setiap seorang, untuk 'minum kopi' kononnya.
Di luar sangkaan saya, kedua-dua pegawai polis itu menolak dengan serius. Selepas beberapa kali menghulurkan wang tersebut, Khairul pun menghalakan jari telunjuknya ke atas sambil berkata bahawa beliau berkhidmat untuk Maha Kuasa di atas.
Pemberian berupa wang secara ikhlas itu telah ditolak bulat-bulat oleh Khairul dan Azman.
Sebagai seorang bekas pendidik, saya berasa amat malu ke atas perbuatan saya itu. Terbukti ada sesuatu nilai murni yang tidak ada pada diri saya.
Terima kasih Khairul dan Azman.
Maafkan saya dan syabas kepada Balai Polis Seri Kembangan yang mendapat perkhidmatan kedua-dua pegawai polis yang berhemah tinggi itu. Ramai lagi insan kerdil yang perlu belajar daripada kamu berdua. Moga-moga banyak pahala yang akan disusuli kelak.



Aku amat terharu baca entry ni. Sampai terkeluar la juga air mata aku (nda tipu.. aku memang senang emosi kalau baca pasal orang baik macam ni). I am deeply touched because the entry shows that honesty and integrity still exist!

Frankly speaking, semakin aku membesar dan meningkat umur, semakin la aku ni jadi cynical dan prejudice. Aku rasa bukan aku ja - orang lain pun macam tu. Aku rasa mesti ramai di kalangan orang kita ni ada negative thinking. Contoh: politician gila kuasa, penguatkuasa makan suap, penjawat awam kerja lembab, korporat cekik darah, agensi sekian-sekian bagi servis teruk, dan lain-lain.

Jadinya, bila aku baca entry tu, semakin terbuka la hati aku untuk menjadi less cynical, less prejudice. Kagum bah bila baca yang pegawai polis tu tidak ambil tu duit walaupun penulis tu mungkin mau bagi dengan ikhlas atas dasar berterima kasih. Tambah lagi bila pengirim tu tulis yang pegawai polis tu boleh buat hand gesture yang dorang ni buat kerja semata-mata kerana Allah Yang Esa, terus aku jadi insaf.

Kan bagus kalau semua orang di dunia ni berintegriti tinggi - especially di negara aku sendiri, tidak kiralah orang tu pemimpin rakyat, penjawat awam, pekerja swasta hatta orang perseorangan sekalipun, tidak kira apa bangsa. Kalau semua ada nilai murni tu, maka amanlah dunia.

Semoga sesiapa ja yang baca tulisan En. Hsu Kon Poh tu juga akan mendapat pengajaran daripada ceritanya. Amin.

p/s: Harus-haruslah En. Khairul dan En. Azman tu dapat APC tahun depan. Syabas dari saya juga! Sudahlah balai polis tu dekat dengan rumah aku, terus aku rasa selamat :)

Mobile Template is on!

Aku adalah seorang pengguna internet phone yang tegar.
Kalau aku mau beli henpon baru, ciri-ciri paling penting yang ada sama henpon tu mestilah boleh berinternet (selain fungsi utama boleh buat call dan sms). Lepas tu baru la aku tengok feature yang lain - camera, music, etc.

Aku guna internet di phone aku almost for everything - facebook, blog hopping, baca forum, baca news, googling, email, internet banking.

Jadinya, aku amat la suka kalau laman-laman web yang aku browse tu adalah dalam mobile version - easier and faster to load.
Contoh website yang ada mobile version ni - Facebook, Maybank2u, Google, Gmail, Yahoo Mail, AirAsia.

Dan kadang-kadang, adalah amat letih, boring dan mendukacitakan kalau mau access website dan blog orang tapi lambat dan susahnya la mau loading sebab website dan blog tu ada macam-macam application, widget, background picture yang sarat - nda payah pandang jauh, blog aku pun macam tu.

So, baru-baru ni aku ada ternampak info dari Blogger ni which kita boleh activate mobile template supaya blog kita ada mobile version.
Mau buat setting tu amatlah senang!

Langkah-langkahnya ialah

Pegi Setting --> Email & Mobile -->




Pastu pada Mobile Template (beta)

Show mobile template

Klik pada Yes. On mobile devices, show the mobile version of my template.




Kalau mau tengok macamana la rupanya blog kita dalam mobile version, boleh klik Mobile Preview.


Mobile template ni amatlah senang untuk load di mobile device kita (using smartphone and tablet pc) sebab tiada unsur-unsur blog yang sarat - yang ada hanya logo, text dan image dari entry post dan profile kita ja. 

Bah apa lagi, kasi activate la mobile template ni. Untuk kesenangan blog visitor kita juga. Kalau mobile visitor tu tidak suka baca blog kita dalam mobile template (maybe pasal simple sangat), dorang boleh ja klik pada link Web version.

Monday, June 20, 2011

Syukur

Gembiranya la aku..

Pagi tadi punya la main awal aku sampai UKM (awal la kunun, sedangkan ada kawan aku datang lagi awal dari aku..)
Semangat berkobar-kobar lepas cuti hujung minggu baru-baru ni - pegi check-in di PD dan lepas tu melawat ibu saudara Abang Edi di Alor Gajah.

Sampai ja di meja aku, terus aku on pc, buka internet dan terfikir untuk check result exam aku semester lepas. Balik-balik sudah aku check, tapi belum lagi keluar tu result.. Jadi, hari ni mau try lagi..
Lepas masukkan id, password dan klik pada Keputusan Peperiksaan - yeay!!!!!

Totally unexpected!
Alhamdulillah.. serunutnye...
Lepas aku sebarkan berita last semester exam result sudah keluar kepada kawan-kawan aku - semua pun dapat keputusan yang gembira!

Syukurlah usaha kami tidak sia-sia.. Syukur sebab usaha kami diberkati..

p/s: Aku masih ingat lagi time aku sit for final paper tu, buka ja question book, terus rasa macam mau menangis - tawakkal ja la.. Aku risau ja kena repeat paper tu.. huhuhuh.. nasib baik dapat result ok! Fuh.. Ok la tu.... it definitely gives me a boost of motivation for my writing..

Thursday, June 16, 2011

Struggling

Sepatutnya, sekarang ni aku sudah kena come out with a solid proposal for my thesis.
I have prepared one but.. hmmm....

I have this one big idea.
But then, I have to be realistic.
Sesuai ka tajuk tu untuk aku carry for my thesis as a mix-mode master student?
Cukup ka masa aku nanti?
Aku tidak mau bila sudah diarah kembali bertugas, thesis aku belum selesai lagi.
Kalau sudah masuk kerja, mana ada masa mau mengarang lagi.

Kena make sure yang tesis aku sudah disubmit before aku masuk opis.
Belum viva pun tidak apa, yang penting tesis siap - with very very very few corrections to be made, kalau zero error... lagilah bagus..

Yang penting, disiplin.
Kalau tiada disiplin, sendiri mau ingatlah.. huhuhu..

Tuesday, June 14, 2011

Kuku kaki dan tanganku

Tadi aku pigi buat manicure and pedicure.
Inilah first time aku buat dua benda alah ni.

Tentiba ja hari ni aku terasa rajin. Opss... setakat drive pegi kedai lepas tu bagi orang buat dan bayar tu sebenarnya bukanlah rajin. The right words are : terbuka hati. 

Sebelum ni pun memang sudah lama berniat mau buat manicure and pedicure, tapi sebab aku rasa cam mahal ja, terus aku batalkan niat sebab rasa macam membazir.
Tapi lately ni, hasrat untuk membelai tangan dan kaki ni bagai melonjak-lonjak.
Especially kerana tumit kaki ku yang sudah pecah-pecah. Erkk....
Mau buat sendiri, tidak tau cara la pula.

So, tadi pun aku rajin la mensurvery 2 kedai nail spa dekat area rumah.
Selepas buat price comparison, aku pun pegi la kedai satu ni.

Rebs Nail Bar & Body Spa (pic ehsan nendoroiz.com)



Oleh kerana aku first time datang sana, aku ambil la first trial package, manicure + pedicure @ RM50 only. Normal price is RM68.
Murah la kali kan.
Hantam saja la.

Siok la juga bila dilayan ni.
Oleh kerana aku tidak buat colouring, so kuku aku kena kasi shining ja.
Berkilat sudah kuku kaki dan tangan aku ni.
Cantik terbentuk (kunun... time aku datang tu, kuku aku memang sudah aku potong pendek, sudah la kuku aku memang jenis ciput ja, jadi tidak la nampak terbentuk sangat pun..)
Siap bau wangi lagi, bau apa ni aaa.. bau strawberry mungkin.
Tumit aku pun licin sudah.. tidak la rasa awkward kalau pakai open toe and open heel shoe lagi :P

As for my first experience, aku rasa ok ja.
Mau kata berbaloi pun aku tidak sure, sebab aku belum experience nail treatment di kedai lain.
Tapi aku rasa servis di kedai tadi tu ok.
The ambiance is good, interior design pun cantik ala-ala english style, siap pasang dvd lagi.
Magazine spreads yang disediakan pun ok.
Owner kedai tu pun peramah.
Bila membayar tadi, aku kena bagi RM5 voucher lagi. Suruh datang lagi la tu. :)
InsyaAllah kalau ada rezeki lagi, aku datang.

p/s: Sekarang ni tangan aku bau bawang putih sudah sebab aku sediakan bahan-bahan marinade grilled lamb untuk dinner malam nanti. Di rumah pun tiada plastic glove yang boleh diguna untuk menggaulkan lamb dan bahan marinade tu, so guna ja la tangan anugerah Tuhan ni  :)

Astro Beyond - After 10 days

Sudah masuk 10 hari sejak Astro Beyond kena install di rumah kami.

Setakat ni, ok la.

Dapat 11 HD channels tambahan dan Tayangan Hebat. Tapi aku tidak pernah pun tengok Tayangan Hebat tu sebab tajuk cerita yang kurang menarik.

Sejak ada channel HD ni, aku suka la tengok perbezaan pada visual antara channel biasa dan channel HD.
Contoh HBO dan HBOHD. Pada pendapat aku, ada la beza sedikit kalau guna HD.
Tambah pula hari tu aku tengok movie Avatar.
Lagi la nampak perbezaan especially bila ada part flora dan fauna yang berputar-putar dan berkerlipan. 

Lepas tu, sekarang aku sudah ada favorite channel tambahan.
Suka betul aku tengok channel 706. Ada saja rancangan memasak yang bagi aku idea baru.
(Tapi aku ni suka tengok rancangan masak ja, masaknya sendiri tidak).

Pagi tadi pun ada hujan lebat sekejap. Tapi still ok.
Kalau guna Astro biasa yang dulu, hujan belum sampai ke rumah aku pun sudah ada gangguan siaran Astro.
Kalau jadi macam tu, itu tandanya hujan lebat mau turun.

Cuma aku boring ja sebab
  • Aku tidak dapat set favorite channel banyak sangat. Favorite channel boleh set sikit ja. Tapinya favorite channel aku banyak la pula. Tujuan sebenar aku set favorite channel tu as a filter. Bosan la mau scroll over channel yang banyak amat dalam channel list Astro ni. 
  • Aku tidak boleh turn the volume up or down guna remote Astro aku. Sepatutnya boleh la kunun tapi kena buat setting sikit. Berabis suda aku follow manual yang disertakan pun still tidak berjaya. Bosan.

Biar la. Alah bisa tegal biasa.
Yang penting, kalau ada problem apa-apa, aku boleh call ja Astro suruh fix sebab Astro yang hold warranty.
Kalau servis lembab, siap (atau naya!)

Monday, June 13, 2011

Unclaimed Moneys

Lanjutan dari kisah aku mau tutup akaun simpanan yang telah tidak aktif sejak tahun 2003.

Lepas melayari laman web Akauntan Negara Malaysia, aku try call Registrar of Unclaimed Moneys.

Aku pun bagitau cerita aku. Then, pegawai tu minta nombor ic aku. Lepas check, pegawai yang attend phone call aku tu bagitau yang nama aku masih belum ada dalam list want yang tidak dituntut lagi.

Tahukah anda terdapat kira-kira RM1.5 billion wang yang tidak dituntut terdapat dalam rekod Registrar of Unclaimed Moneys, dan jutaan ringgit bertambah setiap tahun? (Nampaknya nama aku masih belum ada dalam statistik dorang lagi ni)

Jadi, dia advise aku supaya call lagi dorang dalam masa 2 bulan. Kemungkinan besar, pada masa tu, list terbaru sudah dikeluarkan oleh bank berkenaan beserta dengan wang yang tidak dituntut. Kalau nama aku sudah ada dalam list, aku hanya perlu isi borang UMA-7, bagi salinan ic, buku bank akaun yang mahu ditutup dan salinan muka depan akaun bank yang masih aktif. So, pihak Registrar of Unclaimed Moneys boleh transfer wang yang aku tuntut tu ke akaun aku yang lain secara EFT (Electronic Fund Transfer).

Dan yang paling bagusnya, aku tidak perlu pun ke pejabat tu. Aku boleh ja download borang UMA-7 tu dari laman web ANM. Borang dan semua dokumen sokongan tu aku boleh hantar dengan menggunakan pos sahaja. Pegawai tu siap pesan, untuk memastikan dokumen yang aku hantar selamat sampai ke tangan dorang, maka bolehlah diposkan dengan menggunakan perkhidmatan pos laju atau pos ekspress.

It's a relief. Nasib baik aku ikut nasihat Abang Edi supaya call dulu. Kalau hari tu aku buta-buta ja ke Menara Maybank, mesti aku jadi palui-palui sebab aku memang sah tidak akan dapat duit aku pun hari tu.

Pengajarannya di sini ialah sentiasa pastikan akaun bank anda aktif. Kalau memang tidak mau guna pun akaun tu, might as well tutup sahaja.

Kononnya boleh saja check samada nama kita ada atau tidak dalam rekod secara online yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan swasta http://www.umaca.my.
Tapi aku prefer untuk bertanya kepada Registrar of Unclaimed Moneys tu sendiri. Rasa lebih yakin.

Friday, June 10, 2011

Day out with Addin at Bangsar

Hari ni aku ada urusan yang lama aku tangguhkan.
Kena pi bank di Jalan Telawi, Bangsar sebab mau tutup akaun simpanan.
Ada berapa duit dalam akaun tu pun aku tidak sure.

Pasal tidak mau boring kalau pegi sorang, jadi aku import la si Addin escort aku.
Jadi, hari ni aku tidak hantar si Addin ke sekolah.
Dia di sekolah pun bukan buat apa, sekarang school break kan.

Pigi Jalan Telawi Bangsar ni memang susah mau cari parking.
So, the best way is, aku parking ja di Bangsar Village.
Bukan jauh pun dari bank tu.

Punya la semangat aku pegi bank.
Sekalinya, orang bank tu bagitau akaun aku tiada dalam system sudah... huhuhu...
Aku kena tuntut duit aku di Registrar of Unclaimed Monies di Menara Maybank..
Sebabnya akaun aku tu has been inactive for more than 7 years..
Sebenarnya last year aku sudah try mau close account.
Tapi kononnya kalau mau close account, kena pegi ke branch bank yang aku buka akaun tu dulu which is di Bangsar.
Tangguh punya tangguh, hari ni baru la terbuka hati aku mau pegi.
Tau-tau, jadi macam ni pula..
Kalau aku buat juga last year, mungkin tidak jadi macam ni.. huhuhuhuh...

Aku pun  aku call Abang Edi, dia advise aku call dulu Registrar of Unclaimed Monies ni.
Daripada buta-buta aku ke sana, tapi mana la tau urusan aku tu tidak dapat diteruskan (due to incomplete documents, etc)
Sudah la aku tidak familiar jalan mau drive ke sana, dengan bawa si Addin lagi.
(baru ni aku mau check pasal Registrar of Unclaimed Monies ni, laman web Akauntan Negara Malaysia down la pula..)

Motif utama ke Bangsar tidak tercapai.
Singgah le kejap ke Restoran Davi's Bangsar.
Time study di UM dulu selalu aku dan member-member baik aku makan di sini.
The best meal ever... CAPATI!!!!

sudah terngap sedikit... yum yum...

Capati yang lembut dihidangkan bersama sambal sardin, kentang masak apa ntah aku pun tidak tau (tapi sedap juga) dan kari kacang hijau.

ok ja si Addin ni asal ada milo ais..

Si Addin yang picky eater selalu menolak makan roti canai dan capati pun suka makan capati Restoran Davi's ni.
Mula-mula aku order satu ja, tapi pasal tidak cukup, order lagi satu.

Lepas makan capati, kembali ke Bangsar Village.
Singgah The Loaf. Beli 2 biji Cranberry Cheese (ni memang favorite!!!) dan 1 biji Caramel Cream bun.

Cranberry Cheese yang sudah dingap sebelum diambil gambar

Lepas tu masuk toilet jap.
Aku baru mau masuk toilet, keluar la pula Eric Leong dari male toilet.
Sebab aku tau Mr. Eric Leong ni memang jenis ceria dan baik orangnya, aku pun selamba minta dia ambil gambar sama si Addin.
Hehehehe... tapi dia pun memang sporting.
Dia siap pesan suruh aku upload gambar tu dan tag dia di Facebook lagi.
Memang baik si Eric Leong ni.

Ni la Mr. Eric Leong yang baik hati

Lepas tu, pusing-pusing lagi.
Kali ni aku ternampak Dato' Dr. Sheikh Mudzaffar pula.
Nasib baik dia jauh, kalau tidak sure aku minta ambil gambar dengan dia juga.
Serius hensem Dr. SMS ni.. bertuah Dr. Harlina tu.

Jalan punya jalan, terjumpa la pula Bisou.
Apa lagi, tanpa berlengah-lengah, aku beli 2 biji cupcake Red Velvet.
Balik nanti mau makan sama si Zara. Dia memang suka ni makan kek.

Kenapa la aku rasa Red Velvet cupcake di Bisou KLCC macam lagi cantek ja dari yang di Bangsar Village ni.. :P

Kalau bawa si Addin jalan-jalan ni, tidak normal rasanya kalau anak aku tu tiada permintaan.
Mula-mula request mau masuk Kizsports.
Sudah la mahal entry fee time cuti sekolah ni (about RM30 per entry.. mahal la tu bagi aku.. kalau pi playground dekat rumah, free ja).
Lepas tu berapa lama sangat la aku mau biar dia main di sana.

Jadinya, untuk menenangkan hati si Addin yang gundah gulana, aku pun bawa la dia ke Toys R Us.
Kebetulan aku ada voucher RM10.
Akhirnya, tercapai la hasrat si Addin yang selama ni mahukan pistol Nerf.
Puas hati si kawan..


Nerf gun pojaan hati si Addin

Aku juga la yang tidak tercapai objektif lagi ni.
Abang Edi cakap kalau setakat RM10 ja dalam akaun tu, nda payah la susah-susah mau claim.
Kalau ikut aku pula, selagi tidak susah, try ja la.
Bukan duit orang, duit aku.
RM10 pun bernilai apa.

Apa yang penting?
Addin and I had a great mother-son time together.
(Walaupun si Addin tidak habis-habis merungut dalam kereta on the way home pasal tidak dapat masuk playground mahal. Bila aku respon dengan statement "Nanti Mummy hantar tu Nerf gun balik pegi kedai", terus geleng kepala dan diam)..

Wednesday, June 8, 2011

We are disUNIFIed

Hari tu, yo-yo-oo ja aku bercerita kami subsribe UNIFI kan..
kunun mau install bulan 11 lagi kunun..
sekalinya dapat sms kunun aku ada hutang dengan TM lagi gara-gara aku tidak terminate tu DialUP 1515 service...
(bukannya kunun tu, semuanya betul-betul kejadian)

Lepas beberapa hari aku berkunjung ke TMPoint Cyberjaya untuk terminate akaun dialup aku tu, aku merajinkan diri google review orang pasal Unifi..
ramai yang puji - download movie, drama, and almost anything - laju gila, berdesup...
tapi ada juga yang menyumpah - especially bila servis down, tapi TM tidak bagi servis yang diharapkan..
ada juga yang puzzled sebab lepas pasang Unifi kononnya bil api rumahnya meningkat 3 kali ganda..

Aku pun jadi berbelah bagi.. (Kerja review dan membaca testimonial orang ni memang salah satu cara aku dalam buat keputusan - bajet terhad kan, jadinya kena la buat keputusan bijak untuk perkara-perkara yang betul-betul berbaloi untuk dibelanjakan).

Aku tanya pendapat kawan baik aku pula.. Dia kata ok ja.. Lagipun dia memang kaki online 24 hours - for personal reason and for working purposes.. memang bahagia la kalau mau mendownload, streaming segala...

Lepas aku fikir-fikir..
I ask myslef, whom I want to please by installing the UNIFI and pay about RM149 every month for the next 2 years?
Aku bukan kaki download pun.. aku prefer tengok movie dan sitcom di TV ja.. kalau aku copy dari orang pun, belum tentu aku mau tengok..
Same as Abang Edi, dia bukan kaki internet..
Takat mau berinternet biasa-biasa, aku punya wireless broadband pun ok ja..
Kalau dicampurkan bayaran fixed line dan bil internet aku sekarang, tidak sampai RM149 pun.. Kalau aku terminate dalam tempoh kontrak 2 tahun, aku kena penalti RM500.
Malas la aku mau berkontrak bagai ni kalau servis ntah hapa-hapa..
Tapi kalau dibuatnya servis tu tidak bagus dan down for more than a week, bolehkah aku kurangkan bayaran yuran bulanan?
Takat ada HyppTV tu, aku rasa pakai aerial RM50 pun ok jugak.. sama ja, asal boleh tengok TV..
Lagipun sekarang ada Astro Beyond (itupun aku ada terfikir mau kasi kurang pakej juga tu)..
Mau tengok ManUtv pun kena bayar RM3 sebulan.. ceh.. duit lagi..
All in all, kalau semua orang ada, aku pun wajib kena ada juga ka?
Tunggu la semua orang ada, time tu mesti sudah jadi lebih murah.. hehehe..


Senang cerita, tidak mau bagi pening kepala, aku call TM, aku cancelkan ja UNIFI tu..
Nasib baik aku tidak kena caj apa-apa..
Terus aku rasa cam aman ja sekarang..
Alhamdulillah..
And for sure, bil TMNet yang aku bayar hari tu, aku akan simpan resitnya untuk claim income tax aku next year..



 Memopad with fridge magnet yang kena bagi ari tu pun, aku simpan je la.. hehe..


p/s: Teringat quote si Nanny McPhee "When you need me but you don't want me, then I'll stay. When you want me, but you don't need me, I'll go"..

Tuesday, June 7, 2011

Zara tumbuh gigi taring

Lately ni, air liur si Zara drooling ja...
Patut la pun, 2 gigi taringnya sebelah atas sudah mau keluar..
Alhamdulillah, kali ni, tiada pula si Zara demam dan meragam ketika tidur..
Sebelum-sebelum ni, kalau dia mau tumbuh gigi ja, mesti demam.. time tidur ja mesti gundah gulana..

My Zara is showing her not-so-obvious-latest-addition-member of her tooth set.. The baby canine

Si abang Addin la dulu.. tumbuh gigi pun diam-diam ja..
Tau-tau ja, ada sudah giginya..
Demam tiada, meragam pun tiada..

Anak-anak, mana ada sama..
Walaupun datang dari perut yang sama, benihnya dari parents yang sama..

Bak kata mama aku "Kalau ada 10 orang anak, 10 jenis tabiat la mau kena layan tu.."
Ni baru 2 orang... :)

Sunday, June 5, 2011

Jumpa En. Ultraman Mebius

Event : Ultraman Mebius Showdown (Ultraman Mebius & Ultraman Cosmos Meet and Greet Session)
Date : 5 June 2011 (Sunday)
Time : 1.00 pm
Venue : Concourse level, Sg. Wang Plaza


Info:

Ultraman Mebius & Ultraman Cosmos Meet and Greet Session
  1. Session ni ada pada 3, 4, 5, 10, 11 dan 12 Jun 2011.
  2. Ada 3 sesi dalam satu hari - jam 1 tengahari, 4 petang dan 7 petang.

Pass
  1. Have to buy a pass at RM10 to meet and take a picture with the Ultraman (ikut nasib, Ultraman Mebius dan Ultraman Cosmos tu take turn amik gambar).
  2. Kalau tak nak beli pass tu, boleh juga redeem the ticket FOC dengan syarat, kena berbelanja di Sg. Wang Plaza for at least RM200.
  3. Only 100 passes will be given away daily. Jadi, kena la cepat.
  4. Kalau tidak mau beli pun boleh, tengok ja la dari bawah stage tu tanpa dapat bergambar personally dengan Encik Ultraman.
  5. I personally cannot afford to do that - sebab melayankan kehendak si Addin yang teringin mau jumpa Encik Ultraman. He knows about it since yesterday. Pagi tadi, time dia tengah seronok layan Ultraman Mebius di TV2 jam 9 pagi, iklan pasal promosi Ultraman Mebius di Sg. Wang Plaza ni kena siarkan lebih 4 kali. Iklan itu hanya menaikkan semangat si Addin untuk pergi.
  6. Untuk rekod, si Addin memang penonton setia Ultraman Mebius di TV2 jam 9 pagi setiap Ahad. Aku pun kadang-kadang layan juga - raksasa dalam cerita Ultraman Mebius selalunya kelakar.


Berbaris

  1. Lepas beli tiket, kami pegi lunch dulu. Lepas balik dari lunch jam 12.30 tengahari, tegezutnya aku! Gilaks!!!!!!!!! Ramainya sudah orang depan stage.
  2. Barisan orang yang beli tiket mau jumpa Ultraman ni pun gila panjang. Punya la panjang barisan - dari restoran McD sampai kedai BodyShop di Consourse Level. Itu pun barisan tu sudah kena atur susun double line.
  3. Gilaks eh!!! Aku ingat aku ja yang excited layan anak aku datang mau jumpa Ultraman ni, rupanya ramai lagi. Kuat juga pengaruh Ultraman ni rupanya.
  4. Nasib la aku ada bawa bekal biskut tiger. Nda juga boring anak-anak aku menunggu. 



Ni queue belakang kami

 Ni queue depan kami

 makan biskut dulu

ramainya orang depan stage



 dekat sudah ni..





Ambil gambar
  1. Lepas sejam lebih berbaris, baru dapat jumpa Ultraman Mebius. Encik Ultraman tu mana ada bercakap pun, dia posing ja. (Berapa la agaknya Encik Ultraman Mebius dan Ultraman Cosmos ni kena bayar satu hari.. mesti lemas duduk dalam costume tu).
  2. Sesi bergambar tu kena buat cepat, sebab ramai yang menunggu.
  3. Untuk satu tiket, berapa ramai pun boleh masuk dalam gambar. Satu tiket untuk satu gambar.
  4. The event organiser is good enough to take picture by using our own camera.
  5. Lepas bergambar, boleh la ambil gambar yang berukuran 4R (after 30 minutes).   


 ni gambar guna camera kami sendiri.. si Zara yang either hairan or takjub

ni gambar 4R yang aku scan

Conclusion
  1. Si Addin puas hati. Aku rasa si Zara pun puas hati sebab dia kelihatan amat takjub melihat Encik Ultraman live depan mata.
  2. Aku dan Abang Edi - lenguh kaki.
  3. Aku amat takjub melihat betapa ramai parents yang sanggup datang ke sesi promosi tu sebab mau melayan anak lelaki dorang.
  4. Ni last la ni, lepas ni tiada la aku mau berbaris lagi macam ni pasal mau melayan Ultraman. 
  5. Si Addin ada request mau jumpa En. Ultraman lagi. Abang Edi cakap nanti dia beli costume Ultraman, posing di rumah ja.. Si Addin hanya berkerut dahi mendengarkan respon daddynya..
    
 Si Addin yang gagah depan bunting Ultraman.. dekat Ultraman tadi takut-takut la pula..

Friday, June 3, 2011

Bola kayu dan Baby Boy

Situasi 1: Bola Kayu

Aku sedang bersiap-siap, kami sekeluarga mau keluar.

Addin: Mummy, nanti Addin nak beli mainan.
Aku: Tak boleh beli mainan, Mummy dah tade duit nak beli mainan.
Addin: Addin tak minta Mummy, Addin minta Daddy je.
Aku: Eh.. ingat Daddy tu banyak duit ke nak beli mainan Addin?
Addin: Daddy banyak duit. Mummy tade duit.
Aku: Daddy tu mana ada banyak duit. Dia selalu main bola kayu je. (Abang Edi punya hobi, bermain snooker. Addin punya term is Bola Kayu).
Addin: Addin nak main bola kayu macam Daddy la..
Aku: Eh, kenapa pula nak main bola kayu?
Addin: Supaya Addin banyak duit syiling macam Daddy...
Aku: Duit syiling??? Akakakakakakakaka....
Tiba-tiba ada suara Abang Edi dari kejauhan... "I dengar tu..."

Kelakar la aku rasa... Anak aku pikir, pasal daddy dia main bola kayu la tu coins daddy dia banyak. Abang Edi cakap, tu maybe pasal si Addin selalu nampak daddy dia ja masuk duit dalam tabung, aku tidak pernah masuk duit dalam tabung.

And then, si Addin pikir pula kalau coins tu banyak, jadi cukup la untuk beli toys... ahahaha... kelakar kelakar...

 gambar ihsan blog orang..

p/s: Aku pun kena start tunjuk aku pandai simpan duit juga. Kepimpinan melalui teladan..


Situasi 2: Baby Boy

Addin: Mummy, Addin nak baby boy..
Aku: Hmmm???? Nanti la Mummy ambil baby boy orang..
Addin: Mana boleh.. nanti orang nangis baby boy dia dah kena ambil..
Aku: Camtu nanti Mummy ambil satu kat hospital la..
Addin: Tak boleh.. itu baby boy orang... (eheh.. pandai pula anak aku ni)..
Aku: Dah tu? Nak ambil kat mana?
Addin: Dekat perut Mummy laa....
Abang Edi: (ketawa berdekit-dekit sambil memandang aku)
Aku: Tanak la.. nanti bukannya Addin nak tolong jaga baby boy tu..
Addin: Addin jaga... Addin jaga dua-dua sekali (means Zara and the baby boy)...

Amboi.... pandai pula request mau ada baby boy... Jadinya, kalau si Zara sudah pandai bercakap nanti, dia pula request may baby girl...

Huhuhuuhu.... siapa la ajar anak aku mau ada baby boy ni... huhuuhuhu..

Rezeki

I am so ..... (I don't know how to put the right words..)

Adalah lumrah kebanyakan manusia kadang-kadang jeles dengan pencapaian materialistik orang lain.

Aku jarang (amat jarang) untuk jeles dengan benda-benda seperti kasut, handbag, baju, kereta, mekap, henpon etc - I don't blame myself. Aku hanya fikir sesiapa yang mampu pakai barangan yang jauh mahal dan berjenama daripada yang aku pakai, itu rezeki mereka. Mereka mampu pakai. Dan aku hanya pakai apa yang aku mampu beli tanpa menyakitkan poket dan simpanan aku.

Selayaknya sebagai orang yang makan gaji tanpa sebarang komisyen, maka aku tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan. Mungkin juga kerana taste aku yang tidak tinggi - again, kerana aku sedar diri aku hanyalah seorang marhain dan kebanyakan.

Malah Abang Edi juga pernah hairan dengan taste dream car aku yang sekadar - sebuah Mini Cooper warna kuning. Bukan Merc, BMW, Ferrari bagai. Pasal aku rasa itu yang paling realistik plus, Mini Cooper adalah comel, secomel kereta Kelisa Kuning yang aku trade-in dulu. Huhu.

Aku jeles dengan orang yang ada rumah besar dan cantik. Rumah aku pun besar, tapi ini rumah orang, aku sewa ja.. haha..

Aku jeles dengan orang yang pergi percutian ke Eropah - tidak kisah la samada secara mewah atau backpacking. Terutamanya kalau pergi bersama family. Bukan bersama rakan-rakan. Aku rasa pergi bersama suami dan anak-anak adalah lebih fun.

Kadang-kadang aku pandai jeles kalau tengok stroller anak orang lain yang fancy-fancy. Anak aku pakai stroller Mydear ja.. hehe.. tapi Abang Edi mematikan semangat jelesku dengan buat statement "Bagus duit tu simpan dalam akaun anak".

Aku sedar, kesemua pencapaian yang orang lain dapat tu tidak mungkin dorang dapat capai tanpa kesusahan dan masalah mereka sendiri. Lazimnya, besar rumah, maka besarlah pinjaman. Besar pinjaman, maka besarlah installment. Orang itu mungkin mampu bayar installment yang tinggi tiap-tiap bulan, aku pula mungkin akan tercungap-cungap untuk membayarnya. Bak kata pepatah "Besar periuk, besarlah keraknya".

So, adalah lebih besar jeles aku kepada orang-orang yang hidup bersederhana tapi tetap bahagia. Tanpa rumah besar, kereta mahal, baju berjenama - dorang tetap nampak happy bersama dengan anak-anak yang sihat dan baik akhlaknya.. They are blessed!

Itulah namanya rezeki - tapi orang-orang yang alpa macam aku ni selalu lupa dan take for granted..


Oleh itu, wahai diriku... (dan kepada aundience yang sudi baca ni)
Berbelanjalah ikut kemampuan. Jangan jadi hamba duit. Sedar diri. Simpan duit untuk masa depan. Beringat semasa senang.
Tapi tidak perlu jadi kedekut. Selalu memberi. Mama aku cakap, kalau kita menderma atau berkongsi barang seringgit atau seratus dua tidak akan menjadikan kita lebih miskin.  Tangan yang memberi kan lebih baik dari tangan yang menerima.
Tapi janganlah terlalu over memberi sangat. Anak di rumah juga perlu dilunaskan keperluannya.
Yang penting, niat dan cara itu Lillahi Taala.

Bak kata Syawal (P. Ramlee) dalam Ahmad Albab "Jangan buat sombong, takbur.. Ingat pada Allah, insyaAllah hidup ente selamat... Rezeki datang dari Tuhan. Bukan dari bapak.." (bapa aku tiada kena mengena sama bapa mertua si Syawal dalam Ahmad Albab)

p/s: Mudah-mudahan aku akan jadi orang yang lebih memberi.

Thursday, June 2, 2011

Till the next appointment

Next monday adalah hari untuk ortho appointment aku yang seterusnya.
Di hari-hari terakhir sebelum next appointment adalah hari-hari yang agak kurang selesa.
Pasal gigi aku akan semakin rapat menyebabkan archwire itu akan berlebihan (tersisa) di hujung belakang gigi.
Lebihan archwire itu akan mencucuk-cucuk gusi dan dinding pipi aku dari sebelah dalam.
Kalaulah aku ada playar yang boleh potong lebihan archwire ni macam yang dentist guna tu, lama sudah aku potong sendiri.
Aku ada terasa mau potong sendiri pakai gunting kecil, tapi bolehkah? Sanitized ka?

Aku tunjuk sama Abang Edi, dia kata sikit ja tu. Memang la mata dia nampak sikit, tapi dalam mulut aku terasa macam panjang ja tu lebihan hujung archwire.

Boringnya la amat.
Mau cantik punya pasal.Cantik ka? huhuh..

p/s: Aku selalu tidak minta apa-apa dari Abang Edi di kala hari kebesaran kami (birthday aku dan wedding anniversary). Abang Edi tunjuk "Tu bracelet I dah bagi", tapi aku balas dengan "Ini pasal I tak minta untuk 3 event berturut-turut".
Lepas tu Abang Edi menambah "Tu besi kat gigi tu I ada sponsor".. terus aku terasa seperti terpana dan tersentak sambil terpacul perkataan "Kurang asyam" (tapi hanya di dalam hati). Wow!! I've never thought of that.. How sweet! Betul juga, bukan la cikai2 pun kos pasang braces ni.. huhuhuh.. You are right Abang Edi. I heart you. :)

Terminator 2

Lepas cerita aku menterminate TMNet 1515 aku, aku check pula bil Digi aku yang sudah lama tidak dipedulikan.
Tiap-tiap bulan aku bayar bil Digi, tapi aku tidak pernah tengok pun online bill yang dihantar.
Selagi servis jalan, henpon boleh dipakai, boleh call out, sms dan internet surfing, aku rasa ok ja..

Sekalinya, bila aku check semalam, rupanya ada RM200++ lagi outstanding.. gilaks!!!
Bila diteliti, baru la aku terperasan yang selama aku bayar ni, aku bayar bil henpon ja..
Tapi aku tidak consider bayaran untuk supplementary Digi Broadband yang aku buka untuk kegunaan si Nurul belajar dulu... Bilnya RM33/bulan...
Bayangkan ja RM33 tu dicarry forward sampai cecah RM200 lebih...
Membazirnya... sudah la aku nda guna pun Digi Broadband tu.. lupa pula aku mau claim tax... membazir membazir..

Jadi, pengajarannya sekarang, kalau tidak mau guna lagi, kena la tutup akaun tu..
Aku call Digi Helpline, dorang kata aku kena pegi Digi Center.
Digi Center yang boleh handle Account Closure ni bukannya banyak. CS tu bgtau yang paling dekat dengan aku ada di Kajang, tapi aku mana reti area Kajang ni.
Jadi aku pun pegi Digi Center di Sunway Pyramid, servis down la pula... Ya Ampun....

Untuk buang masa menunggu servis tu up balik, aku pun pegi la buang masa..
Mula-mula, aku pegi round F.O.S. Berhasil merembat 2 tights dan 1 long sleeve t-shirt untuk si Zara for RM30. (Comel-comel belaka!)
Lepas tu, cucuk duit di bank.
Beli cupcake pula di Chic Cupcake. Beli 2 jenis cupcake, Red Velvel dan Fatal Atrraction. (Dua-dua pun sodap!!)
Round Daiso. Pusing punya pusing, aku pun beli Oil Absorbent Pad, penutup kipas, fail clearholder, payung transparent ala Jepun, blackhead masque, bebola washing machine, straw bercorak... wahhh... banyaknya benda..

tengok kipas duduk aku sudah ada baju.. aku beli ni sebab si Zara suka buat stunt kasi masuk jari di tengah-tengah frame kipas tu.
 si Addin cakap aku pakai masque hitam ni macam hantu

fancy straw, interdental toothbrush dan bebola washing machine.

pad penyerap minyak masak terpakai.. (senget la pulak gambar ni)


Lepas aku buang masa dan buang duit tu, check balik Digi Centre, servis ok sudah.
Ambil nombor, tunggu sejam sepuluh minit (aku kena tunggu 5 orang), then aku kena attend tidak sampai pun 10 minit.
Bukankah bagus kalau urusan untuk aku terminate supplementary data plan tu tidak perlu dibuat di Digi Centre? Kenapa tidak boleh dibuat by call ja?
Bukannya dorang ambil pun simcard aku tu.

Nasib la. Yang penting, aku tidak perlu bayar RM33 setiap bulan buta-buta lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...