google analytic

Nuffnang

Wednesday, February 5, 2014

Gegirl short getaway- Jakarta (3rd Day)

Awal pagi, lepas breakfast terus ke Tanah Abang.
Dari Hotel Akmani ke Tanah Abang naik Blue Bird cab hanya ambil masa tidak sampai 10 minit.
Less than that maybe.
Mungkin kerana faktor orang keluar kota, dan juga faktor pemandu Blue Bird cab yang boleh dipercayai. So tidak banyak pusing kota untuk tujuan tipu meter di situ.

Seawal jam 9 kami sudah sampai ke Tanah Abang.
Dan perkara pertama ialah cari ATM BII dulu.
Tapi maybankard aku warna kuning tidak boleh buat pengeluaran.
Duh. Siapa suruh aku being so yesterday sangat.
I dunno why I dun want to change to debit card. Just don't have any valid reason.
Penyelamat ialah si Faiz. Pinjam duit Faiz Rp 2,000,000.
Dan minta tolong Tasha untuk transfer duit ke akaun Faiz RM576.
Rate pada hari itu ialah Rp 1 Juta = RM288. Mahai!!!

Item pertama untuk shopping secara berjemaah - french cotton telekung :)
 Aku berhasil beli telekung french cotton harga Rp 225,000.
Sarat bangat embroiderynya. Design pun cantek.
Kain pun sedap.
Banyak juga pilihan yang murah-murah, tapi aku rasa, apa salahnya sesekali bergaya untuk solat.
Solat di rumah ja pun. Bukan untuk tujuan riak tunjuk pada orang. 
Juga tidak lupa beli telekung warna putih bersulam untuk Zara, Rp 75,000. 
Aku tidak gemar telekung budak-budak yang fancy colourful segala.
Too many distraction.

Lepas tu kami pegi gerai jual cotton, tudung budak, kain sari, handbag (untuk oneal), tudung bawal dan kain pasang siap sulam.
Semua mampu milik. 
Semua kelihatan seperti murah saja.

Kalau ada kedai yang bagi harga mahal (tidak masuk akal, lebih kurang harga KL) dan tidak sudi bagi diskaun, kami blah ja.
Contoh, ada satu kedai jual tudung bawal, bagi harga more than Rp 120,000.
Apa kes? Lebih kurang harga KL?
Di kedai lain, aku tanya, ble dapat Rp 45,000 untuk yang sulam bunga.
Dan Rp 50,000 yang berbatu di tepi.
Jauh beza tu. Kain pun sedap.

Item yang dibeli semakin bertambah.
Nasib baik tangan ada 2 saja. 
Kalau tidak kami boleh jadi sotong. 

Certain part of Tanah Abang panas. Ada juga yang sejuk.
Tiada siapa daripada kami yang berani masuk toilet :)
Foodcourt di atas sekali. Dan kami semua order set gurami bakar. Rp 46,000/set.

Shop sikit lagi. Then balik ke hotel. Masa untuk ke spa!!
Faiz ajak kami berspa di Martha Tilaar.
Quite pricey but bit cosy.

Pilih pakej Dewi Sri.
Lengkap dengan scrub, steam, massage, masker dan berendam dalam hot tub.
Harga pakej Rp 560,000. 
Memang mahal. Tapi murah la dari di KL :p

Aku boleh siap tertidur lagi dalam kotak steam tu. LOL.

Sebelum berspa, kami kena entertain dengan minuman dulu.
Yang berkaki tinggi dan bercover tu ialah lemongrass ice.
Yang dalam cawan tu ialah ginger tebu.

Faiz dan aku siap dulu.

Habis semua sesi spa jam 8 malam. 
Balik hotel naik bajaj (serupa tuk tuk di Thailand)
Pacik bajaj tu kesian kami susah dapat bajaj waktu malam.
So, dia offer kami semua 4 orang naik satu bajaj. LOL.

Lepas sampai hotel, terus cuci muka, berus gigi, tukar baju dan mekap-mekap.
Tidak perlu mandi sebab sudah bersiram di spa. 
Mau pegi HRC Jakarta, Pacific Place pula.

 Tujuan ke sini untuk cari baju Abang Edi.
Aku belum lagi beli untuk Abang Edi apa-apa pun.
Kalau beli batik jawa, nanti dia marah pula :p
Dan beli t-shirt yang dikirim oleh si Nurul.

 Tapi mo dinner di HRC Jakarta kena waiting list.
Kunun kena tunggu 1 to 2 hours.
Seb baik tidak lama kami tunggu.  15 minit ja.

Aku order chicken salad ja. Look healthy kan? 
Tapi portion besar. Ke laut la calories consumption aku. 




 Makan good food bersama kawan dari zaman hingusan sambil mendengar live band :)

 Tepat jam 12 malam, balik ke hotel.
Ambil gambar dengan gitar besar dulu.

Sampai ja bilik, terus tidur.
Capek bangat. Mau packing pun tidak larat.

1 comment:

  1. salam,saya nak tanya mungkin post awk ni dah lama kan.tp saya nk tumpang tnya dekat tanah abang ada jual kain sulam mcm kat bandung tu ke ye? terima kasih

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...