google analytic

Nuffnang

Wednesday, March 28, 2007

Aku, Sengkuang Cina dan Longan Kering

Dalam haru biru aku yang semangat untuk menambahkan production susu, aku pakai lagi nasihat yang aku dapat dari Internet – minum air sengkuang cina dan air longan kering.

Images

So, adalah satu pagi tu, aku berkunjung ke Anjung untuk tapau breakfast. Sambil-sambil tu, aku sempat menyinggah ke kedai runcit, aku beli lah air sengkuang cina or in omputih, water chestnut drink.

Sedap juga la rasanya, macam rasa air tebu + teh bunga. Hasilnya? Boleh la dibanggakan. Tiada la banyak sangat. Tapi aku perasan la susu ada bengkak sedikit. Adalah bertambah 1 oz dari sesi pemerahan yang biasa-biasa aku buat.

Sebelah petangnya pula, on the way aku balik ke rumah, aku singgah sebentar ke kedai ubat cina. Aku pun tanya la singseh tu kalau2 ada longan kering. Dia kata ada. Excitednya aku. 100g untuk RM3.50. So, aku beli la 100g sahaja dulu.Dried_longan

Sampai rumah, aku rebus la kira2 50g longan kering tu, masukkan sedikit gula. Untuk minum, aku ambil sedikit air longan kering yang manis tu, aku bancuh lagi sedikit dengan air masak biasa. Sedap juga. Macam air longan yang aku mmg suka minum selalu. Aku siap makan lagi longan kering tu.

Hasilnya? Kira-kira jam 9.30 malam, aku perasan yang susu aku betul-betul bengkak. Aku jadi excited. Aku try bagi Zizou minum dia tidak mahu. Aku try perah, tapi tidak keluar. Aku jadi hairan. Susu ni betul2 bengkak sampai aku rasa sakit. Tuam pakai tuala panas pun tidak jalan.

Maka, malam tu aku tidur dalam kesakitan yang amat dan tidur yang tidak lena. Tidak lena kerana dada yang sakit dan bengkak. Ditambah pula dengan anak aku yang suka tidur sambil menendang kakinya nan lasak. Kesudahannya di sebelah pagi, husband aku tanya kenapa aku tidur di kaki katil. Aku kata sakit pasal Zizou suka tendang. Lepas tu, aku pula jadi demam. Kes naya.

Besoknya, aku decide jumpa doktor. Doktor tu bagitau yang susu aku sudah tersumbat dan beku. Dia ajar aku urut breast dan nasihat supaya tuam dengan tuala panas. Time doktor tu urut (nasib baik doktor perempuan), punya la aku mengerekot sambil mengalirkan air mata kerana kesakitan. Hari tu, aku dapat MC.

Sampai di rumah, aku buat sesi mengurut. Bengkak masih belum berkurangan tapi sakit tu ada lah kurang sikit. Nasib baik aku hantar Zizou ke rumah pengasuhnya, boleh la aku berehat sekejap menggantikan tidur aku semalam.

Dan sampai hari ini, susu aku masih bengkak sebelah. Apa la nasib. Aku akan tunggu sehari lagi. Kalau masih bengkak juga besoknya, aku akan call bidan untuk mengurut susu aku kot2 la tangan bidan yang mengurut ni mujarab. Ada orang kata letakkan kubis dekat susu boleh selesaikan masalah aku. Tapi dorang kata, kubis tu bagi kering. Takut juga la aku kalau kering.

Kesimpulannya, sengkuang cina dan longan kering memang mujarab menambahkan susu. Sampai terlebih-lebih. Sehinggakan suami aku melarang aku minum air longan kering lagi. Aku rasa la, aku ni saiz kecil, susu pula banyak sangat, tu la jadi sampai tersumbat. Macam bottle neck di Federal Highway, highway 3-4 lane ja, tapi kereta banyak sangat, tu pasal la jam. Milk_cow

Moralnya pula, semangat tu boleh tapi jangan sampai tamak. Berusaha la selagi termampu tapi jangan sampai extreme. Bak kata kawan aku, Tuhan tahu nawaitu kita untuk memberi yang terbaik to our children. Kalau kita bagi baby kita susu formula, itu tidak menjadikan kita ibu yang jahat.

Namun begitu, selagi boleh, carilah ilmu dan berikanlah bayi kita susu original. Jangan cepat memberi alasan. Hanya dengan ilmu itu maka kita tahu kita akan lebih bersedia untuk memberi yang terbaik kepada anak kita.Breastfeed

Kepada lelaki-lelaki di luar sana, galakkanlah isteri untuk menyusukan bayi kamu. Percayalah, galakan kamu itu akan membuat kamu lebih disayangi oleh isteri. Dan aku bersyukur, aku mendapat galakan yang tidak berbelah bagi dari suami dan mama aku (walaupun mama aku jauh di Labuan).

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...