google analytic

Nuffnang

Tuesday, March 29, 2011

Hana in the house!!!

Who's Hana? She is my sister's first daughter, formerly known as Myra. Sekarang nama dia sudah jadi Nur Hana.

What's the story? Ini adalah kerana si Hana kena jaundis yang agak teruk (aku pun tidak tau mau describe teruk macamana pasal aku tidak faham bacaan jaundis tu) maka si Tasha dan husbandnya telah dinasihatkan untuk menukar nama si baby tu, kononnya nama Myra tu mungkin agak berat atau tidak sesuai dengan si empunya badan.

My sister, want all the happiness and healthy life for her first newborn pun memutuskan untuk kasi nama Hana yang bermaksud; rezeki dan kegembiraan. Untuk bagi sweet nama tu, dia kasi tambah Nur di depan (lebih kurang macam nama si Nur Zara).

Myra or Hana - orangnya masih sama, masih comel. Kerupaan cina (chinese look) amat kuat kerana both her parents ada darah cina. Si Tasha ada 1/4 darah cina (dari nenek sebelah mama kami) dan babahnya ada 1/2 darah cina (dari ibu husband si Tasha). Jadinya, Hana atau Leng Loi amoi comel ada  3/4 darah cina. Yang penting, 1 Malaysia.. :)

Aku doakan Nur Hana sentiasa sihat dan jadi anak solehah. Amin.

Only babies are allowed to wear 'snow cap' at Labuan (super hot island)

Tiket free balik kampung

Semalam, aku call JPA untuk bertanya mengenai kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal. Kalau ada kawan-kawan yang tidak tau, kemudahan TMWA tu adalah salah satu faedah yang diberikan oleh Kerajaan kepada penjawat awam yang bertugas di luar wilayah asalnya. Kemudahan TMWA diberi dalam bentuk tiket kapal terbang kepada si penjawat awam beserta keluarganya sekali dan tiket ni diberi setiap tahun. (Mula-mula dulu 2 tahun sekali, tapi sejak announcement bajet 2009, kekerapan tiket tu diberikan adalah setahun sekali. Maknanya, tiap-tiap tahun pun bole mohon.)

Contohnya: Orang KL yang posting di Sabah boleh minta tiket dari jabatannya untuk balik kampung, jadi dia akan dapat return ticket BKI-KUL-BKI. Contoh paling dekat, aku ni la. Orang Labuan, tapi bertugas di Putrajaya. So, every year aku memang tidak akan miss balik Labuan at least setahun sekali sebab aku ada tiket free ni. Alhamdulillah, tiket tu aku apply sekali untuk Abang Edi, Zizou dan Zara. Tiada alasan untuk tidak balik kampung.

Balik cerita asal. Jadi, semalam aku kontek orang JPA, konon mau apply tiket balik kampung ni la untuk raya bulan 8 nanti. Lepas tu aku dukacita dimaklumkan bahawa tiket tu hanya layak untuk pegawai yang bertugas sahaja. Macam aku yang sedang cuti belajar ni tidak layak untuk apply. Kalau aku sudah kembali bertugas masuk opis, baru boleh apply serta-merta. Huhuhuhuhuhuh...

Aku dengan selamba pun bertanya soalan bengong kepada CC (Chief Clerk) yang bertanggungjawab menerangkan hal yang sedemikian kepada aku "Jadi CC, tahun ni saya kena beli tiket sendiri le yer" (Ahhh... tiada ka soalan yang lagi bengong wahai diriku?) Dan CC itu hanya ketawa mendengarkan soalan bengong ku itu..

Sebenarnya, aku agak kuciwa. Tapi, mau tidak mau, aku tetap harus bersyukur pasal bukan ramai orang boleh dapat peluang cuti belajar bergaji penuh macam aku. So, tidakkanlah pasal tidak layak untuk mohon tiket free balik kampung aku mau melenting pula kan.  

Nasib baik la ada AirAsia "Everyone can fly". Mau menunggu tiket murah MAS untuk 4 sekeluarga adalah ibarat bulan jatuh ke riba. Dan serta merta aku teringat kepada husband adik aku yang bekerja di AirAsia itu. Adakah harga tiket murah untuk extended family seperti patik pacal yang hina ini? Huhuhuhuhu...

Bak kata Mama aku "Tidak apa la itu.. beli ja tiket AirAsia. Yang penting lepas exam ni kau balik, tengok anak si Tasha".

Yes, InsyaAllah, aku mesti balik. Bagi anak-anak aku jumpa dorang punya first cousin at their mother's side.

Friday, March 25, 2011

Penunggu

Siapa suka tunggu lif yang bertebiat (lambat)? Pernahkah tengok orang yang picit butang lif dengan harapan lif tu jadi lebih cepat tapi sebenarnya tindakan orang tu tiada impact pun? Semua orang suka lif yang cepat kerana itulah motif lif dicipta iaitu untuk mencepatkan masa turun naik. Guna tangga kan lambat. Jadi kalau lif pun lambat, baik guna tangga ja. Tapi sebenarnya, orang guna lif sebab malas mau naik turun tangga. Walaupun sebenarnya kena naik atau turun 1 tingkat saja pun, seboleh mungkin mau guna lif juga.

Sebenarnya bagus naik tangga. Percaya ka tidak kalau aku bagitau ada seorang pegawai rank tinggi (memang tinggi, bukan alang-alang pangkat) di ofis aku suka naik tangga sebab dia mau jaga kesihatan? Sampai sekarang aku nampak dia hensem ja, mungkin sebab dia sihat suka naik tangga tu.


Eh... Aku sebenarnya mau cerita pasal lif.

Ada satu hotel tinggi ni. Hotel ni terima banyak komplen pasal lif dorang yang bertebiat. Tidak seronok la kan, hotel macam canggih, mahal pula tu sewanya, tapi lif macam hampeh. Jadinya, hotel ni buat pelbagai cara untuk mengurangkan masalah lif lambat tu. Apa ja belum dibuat lagi. Pendek kata, semua cara pun sudah dicuba.

Lepas dorang buat kajian, baru la hotel ni dapat tahu yang sebenarnya lif dorang ni memang cepat ja. Cuma, yang bikin masalah tu ialah pasal orang-orang yang mengomplen tu ialah orang yang tiada kesabaran. Dorang expect lif tu kena lebih cepat daripada masa yang sepatutnya.

Pihak hotel pun mencadangkan alternatif untuk mengurangkan masalah manusia ni (human problem not machine problem) dengan memasang cermin panjang di pintu lif. Jadi, customer yang menunggu ada aktiviti (killing time). Yang perempuan boleh belek-belek muka dan rambut, yang lelaki boleh jadi tukang tengok yang perempuan-perempuan ni. Sambil belek-belek, lif pun sampai. Dan cara ni berjaya mengurangkan komplen pasal lif yang lambat. Pasang cermin ja - murah, tidak perlu buat lif lagi satu!

Jadi, kalau anda perasan, ada macam-macam cara yang orang guna sekarang supaya anda tidak bosan untuk menunggu - tv, buku, majalah, tampal lukisan, pasang lagu rancak. Kadang-kadang, ada organisasi yang go extra mile dengan menyediakan kemudahan buat air panas, tempat kanak-kanak bermain - ni semua untuk distract perhatian customer yang menunggu.

Kesimpulannya, aku bukan mau cerita pasal lif. Tapi aku mau cerita bagaimana masalah lif yang besar itu boleh diselesaikan dengan hanya pasang cermin dengan syarat, kita tau masalah sebenar - dalam kes ni, the real problem is perceived waiting time atau masa menunggu yang dijangka oleh customer.

That is, tuan-tuan dan puan-puan, the art of problem identification. Dan jangan jadi penunggu. Jadilah orang yang buat lif. Lagi masyuk.

p/s: I still need to do my problem identification skill. Symptoms and problems are two different things.

Thursday, March 17, 2011

Nice lullaby - Ba Ma De Hua

Addin dan Zara memang suka lagu ni.



Lagu yang si Jackie Chan nyanyi kepada baby yang comel dalam cerita Rob-b-hood. Suara si Jackie Chan tu tiada la best sangat, tapi aku rasa sangat soothing. Or maybe lagu tu yang memang sedap?

Aku ingat lagi ketika first time si Addin tengok cerita Rob-b-hood. Time tu dia baru masuk 3 tahun. Si Zara masih baby lagi. Ada adegan yang penjahat tu baling si baby comel dari tingkat atas ke tingkat bawah, si Addin terus menjerit pasal dia takut baby tu jatuh. Lepas tu, terus dia pegi peluk si Zara. Pandai juga dia sayang si Zara ni.

Lagu ni pun ada keluar dalam cerita Spy Next Door.

Si Addin sudah dengar lagu ni berulang kali, sampai dia boleh hafal korus. Si Zara pula suka dengar suara baby menangis dan ketawa dalam lagu tu.

We like!

Lirik lagu Ba Ma De Hua (credit to JackieChanKids.com)

dào tiān míng bù gǎn qù shuì
dān xīn nǐ hàn liú jiá bèi
kàn zhù nǐ kě ài dào liú lèi
wàng jì le zì jǐ pí bèi

bǎo bèi bǎo bèi ài nǐ yī bèi
bù qiú nǐ yǒu shěn me zuò wèi
jiàn kāng kuài lè gěi nǐ zāi péi
zhǐ quí nǐ wèn xīn wú kuì

jiāng jiāo ér bào zài huái xīn suān nán le
wèi niáng wǒ yǒu huà duì nǐ yún

bǎo bèi bǎo bèi zǒu chū bǎo lěi
nǐ yào zì jǐ xiǎo xīn fáng bèi

zhuàn de qián gěi nǐ huā fèi
dān xīn nǐ niàn shū tài lèi
dào yī tiān nǐ zǒu chū shè huì
dān xīn nǐ yǒu fǒu jī huì

bǎo bèi bǎo bèi ài nǐ yī bèi
bù qiú nǐ yǒu shěn me zuò wèi
jiàn kāng kuài lè gěi nǐ zāi péi
zhǐ quí nǐ wèn xīn wú kuì
jiāng jiāo ér bào zài huái xīn suān nán le
wèi niáng wǒ yǒu huà duì nǐ yún

zhè shì jiè rú cǐ diān pèi
qián wàn bié bàn tú ér fèi
qián xīn wàn kǔ bǎ nǐ zāi péi
bà mā de kǔ zhī dào méi

Parent Song

Even as the dawn breaks, I can not sleep
Because I worry that you will become ill as you sleep.
When I look at you, I see how lovely you are and tears come into my eyes
I forget my own fatigue.

My darling, my treasure, I love you forever
I only hope that you are healthy and happy and that I can nurture you
and you will have no regrets.

I hold you in my arms and I feel happiness but I also feel worried
As though I were your mother, I have something to tell you
My darling, my treasure, one day you will leave home
Please take care of yourself.

We earn money so you can spend it
We worry that you’ll be too tired for studying
One day you will go out into society
We worry about whether you will have a good chance in life

My darling, my treasure, I love you forever
I only hope that you are healthy and happy and that I can nurture you
and you will have no regrets.

I hold you in my arms and I feel happiness but I also feel worried
As though I were your mother, I have something to tell you
My darling, my treasure, one day you will leave home
Please take care of yourself.

This world is so chaotic
Don’t give up too easily
Because we tried our best to nurture you
Can you understand what we’ve done for you?

Knowledgeable or wisdom?

Tahukah anda, sekiranya anda berpengetahuan (knowledgeable) tidak bermakna anda bijaksana (wise)?

Ini adalah kerana, dari perspektif hierarki knowledge (pengetahuan atau ilmu), tahap wisdom (kebijaksanaan) adalah lebih tinggi dan lebih sukar untuk difahami daripada tahap pengetahuan (Nunamaker et al, 2001). Tahap paling rendah ialah data, seterusnya maklumat dan diikuti oleh ilmu dan kebijaksanaan.

Walaupun ilmu penuh di dada, itu tidak bermakna seseorang itu bijaksana. Seseorang yang bijaksana ialah orang yang menggunakan ilmu yang ada dan mengamalkan ilmu tersebut dengan prinsip yang benar.
Seperti contoh, seseorang itu mungkin seorang pakar kunci. Namun, jika kepakaran itu digunakan untuk memecahkan rumah orang lain untuk tujuan mencuri, bermakna kepakaran itu adalah sia-sia kerana si tukang pakar tidak bijaksana untuk menyalurkan kepakarannya ke arah jalan yang baik.

Friday, March 11, 2011

Addin dan berus gigi

Bercerita pasal Addin dan lawatan ke Klinik Pergigian An-Nisa dua minggu yang lepas, aku teringat bagaimana pengalaman awal si Addin dan berus gigi.

Mau mengenalkan amalan memberus gigi untuk kanak-kanak ni bukan senang. Especially untuk kanak-kanak yang terrified to almost everything, macam anak aku si Addin. Dulu, punya la susah mau berus gigi dia. Mau berus gigi si Addin bolehlah disamakan macam sesi bersilat atau pegi berperang di perbatasan atau sesi mendera anak. Hahaahaha... penuh dengan adegan memaksa, menjerit, mengejar (ni aku la), menangis, meraung dan berlari (si Addin la tu). Kalau mau diingatkan balik, memang kelakar.

Gigi Addin tidak diberus hingga menyebabkan nafasnya jadi berbau dan gigi kacip atasnya jadi kehitaman. Malu aku kalau orang nampak. Starting from that point, aku tau, mau tidak mau, mesti juga mau paksa si Addin ni berus gigi.

(FYI, peristiwa ni berlaku pada tahun 2009. Time tu aku sedang berpantang lepas melahirkan si Zara. Balik Labuan for 2 months, si Addin baru mau umur masuk 3 tahun)

Mama aku memahami masalah aku ni. Mama aku nampak aku sudah sampai tahap tension pasal gagal memujuk si Addin untuk berus gigi. Mama aku, merangkap seorang guru besar di sekolah kebangsaan (primary school) yang sudah berkhidmat sebagai guru more than 29 years. Jadi, sebagai guru, mama aku pun menggunakan kelebihannya iaitu - psikologi.

Mama aku suruh adik-adik aku yang besar panjang, si Nurul dan si Lina, untuk berlakon bagi menjayakan sesi berus gigi ni.

Mama: Murid-murid, baris di sini. Pegang berus gigi masing-masing. (Macam di sekolah la konon-konon ni)

Nurul dan Lina berbaris. Si Addin pun jadi excited. Dia ingat ni macam main sekolah-sekolah.

Mama: Ok murid-murid. Hari ni kita belajar cara-cara memberus gigi. Mari kita sama-sama nyanyi dan ikut cikgu berus gigi ya...

Semua pegang berus gigi, including si Addin. Lepas tu mama aku berus gigi dia sendiri diikuti oleh si Nurul dan si Lina sambil menyanyi lagu ni,

    Pagi pagi berus gigi.. berus gigi.. berus gigi..
    Mari kita berus gigi.. setiap hari...


Dan, dengan tidak aku sangka, si Addin pun mengikut!!!! Wahhhh... kagumnya aku!!!! Tidak sia-sia mama aku jadi cikgu. Respek aku. Pandai betul mama aku psiko si Addin ni. Sejak hari tu, kalau kami mau berus gigi si Addin, kami mesti nyanyi lagu tu. (Tapi sekarang tidak lagi.. Pandai sudah berus gigi sendiri.)

Kalau susah sangat juga, mungkin intervention dari golongan profesional adalah sangat  membantu. Bolehlah melawat ke klinik pergigian yang mesra kanak-kanak contohnya Klinik Pergigian An-Nisa or also known as Poliklinik An-Nisa. (The dentist is super nice. So, it's great if you can bring your young children to get a dental care session from this clinic)

Sayangi gigi anak-anak anda sebagaimana anda menyayangi gigi anda sendiri. Kalau tidak sayang pun, please sayang for your childrens's sake - for various reasons - their dental health, aesthetic, eating convenience wise. Kalau tidak sayang gigi, jadi la macam aku yang kena pakai braces ni... Wahhh... tapi sebenarnya pemakaian braces juga banyak dipengaruhi atas sebab-sebab genetik atau keturunan.. selalunya orang yang mempunyai gigi yang bersimpang siur, jongang, underbite etc adalah sebab parents dorang pun mcm tu. Jadi aku kena berusaha keras supaya anak aku tidak mengikut jejak aku ni.

p/s: Terima kasih, Mama!!! You are the best!

Tuesday, March 8, 2011

Kiss the bottle good-bye lah

Hari ni, masuk 5 hari si Zizou sudah tidak minum pakai botol lagi. Good job Zizou!

Ketika awal transition (botol susu to cawan), ada juga si Zizou minta untuk dibuatkan susu guna botol. Tapi lepas tu dia sendiri yang cakap "Eh, tak payah la mummy.. nanti gigi rongak".. wah.. berkesan betul nasihat dentist hari tu.

Sedangkan sebelum tu, macam-macam cara la aku mau meyakinkan si Addin supaya dapat bercerai dengan botol susu, tai semua tidak menjadi. Contohnya macam ni:
  • Iklan susu dalam tv tunjuk budak-budak minum susu guna cawan. Jadi aku akan cakap "Tengok kawan Addin tu minum susu guna cawan.. pandai kawan Addin tu kan.. Addin minum susu pakai cawan nak?"
  • "Kalau Addin minum susu guna botol, nanti gigi Addin jadi tak cantik macam gigi Mummy pakai besi.."
(aku ni memang tiada bakat jadi cikgu.. tidak pandai meyakinkan budak-budak).

Alhamdulillah, usaha taska si Addin tidak terbuang sia-sia. Tapi yang sedihnya, si Zizou kurang gemar pula mau minum susu guna cawan. Minum pun lambat ja habisnya. So, untuk membuatkan dia mau minum susu, aku kena tunjuk dia cara aku bancuh susu tu. Susu Dutch Lady perisa Vanilla + perisa coklat. Jadi la susu coklat. Still, lambat betul dia mau habiskan.

Selalunya, kalau dia tidak mau minum susu bancuh, dia akan request untuk minum susu fresh milk dari peti ais. Semalam, aku belikan dia susu kotak Dutch Lady for Kids. Masalahnya, si Zara pun jeles dan dia pun mau minum susu kotak juga, tapi sebenarnya mau main straw ja.

My Addin is doing just great. Ramai kawan-kawan Addin di sekolah pun sudah meninggalkan botol susu for good. Ada juga yang mau upgrade, tapi tidak mendapat dorongan padu daripada parents sebab budak tu request mau beli cawan baru, then the parent cakap "Guna je la botol susu tu". Ada juga yang bersemangat, tapi terpaksa menyerah kalah ketika masuk tidur, mau minum guna botol juga.

Aku bersyukur si Addin akhirnya say bye-bye secara sukarela kepada botol susunya, walaupun aku dan abang Edi sudah lama memujuk Addin untuk meninggalkan habitnya tu. Tapi sedih juga sebab sekarang Addin sudah kurang minum susu. Kalau boleh, aku mau anak-anak aku amalkan tabiat minum susu sampai bila-bila.

Selain minum susu, aku pupukkan tabiat minum air masak. Addin dan Zara, masing-masing ada botol air yang berisi air masak. Setiap kali dorang haus, dorang sendiri akan capai botol air dorang tu.

Si Zara pun pandai sudah minum guna straw seawal umur dia satu tahun. Minum pakai cawan pun ok, tapi banyak bermain ja. Macamana la pula nanti kalau time si Zara kena bercerai dengan botol ni? Adakah akan jadi sesenang abangnya (walaupun sebenarnya tidak senang)? I really hope so.Harap-harap tidak payah la mau pegi jumpa dentist baru mau berhenti hisap botol.

p/s: Bersyukur kerana both Zizou and Zara jenis yang terus lepaskan botol kalau susu dah habis hatta semasa sedang tidur, jadi kurang la kejadian karies gigi.

Monday, March 7, 2011

Little Kawaii Pancake

Aku suka buat pancake untuk breakfast. Senang dan tidak guna masa yang lama.

Bahan-bahan untuk pancake
*Tepung gandum
*Susu segar
*Telur
Sedikit Butter/Margarine/Minyak masak
Sedikit baking powder (optional)
Sedikit gula
Sedikit garam

Semua bahan-bahan yang ditanda dengan *, agak-agak ja. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.Adunan yang cantik ialah apabila disudukan ke atas kuali, akan membentuk bulatan yang cantik ngam-ngam, tidak terlalu keras dan tidak terlalu runny.

Untuk lebih menyenangkan, mix semua bahan menggunakan mixer (Oleh kerana aku tiada mixer, aku guna blender ja).

Kalau mau memasak pancake, gunalah frying pan rata yang non-stick supaya adunan tidak melekat. Tidak perlu menggoreng menggunakan minyak kerana dalam adunan pancake tadi sudah ada butter/margarine/minyak masak.

Pastikan api dapur tidak terlalu panas. Bagi sederhana ja. 

Masak pancake tidak memerlukan masa yang lama. Sebaik adunan tepung bergelembung dan bercorak seperti jerawat atau muka bulan, terbalikkan pancake itu sehingga masak.

Masa penyediaan adunan: 3 minit
Masa memasak: 3 minit
Masa ngap: Less than 3 minit (sebab aku suka buat pancake yang comel-comel.. sekali ngap ja)

Cara penyediaan: Boleh di"ngap" bersama maple syrup atau sos strawberry. Dengan whipped butter pun bole.. sebijik macam McDonald punya breakfast.

Ada yang tidak bulat sekata tu pasal adunan agak cair. Jadi aku adjust supaya dapat bentuk bulat.

3 for 2!

Last saturday, beli buku baru di MPH Midvalley. Ada sales.


Buku budak-budak tu, beli 3 tapi bayar dengan harga 2 buku yang paling tinggi nilainya. So, buku yang termurah considered free. 
Buku Beep, Vroom, Zoom for my dearest Zizou at RM4.99
Buku Toys for my dearest Zara and newbaby of Tasha at RM8.99 each
Buku Conversation with Mahathir Mohamad for the parents at RM79.90. Sebenarnya boleh dapat 20% discount, tapi untuk MPH member ja. Huhu.. unfortunately, I am not.

  some few pictures from the book Beep, Vroom, Zoom. Basically, buku ni pasal names of transportation ja. Dah si Zizou tamau buku lain.. layan kan ja la.. 


Buku yang aku beli untuk si Zara dan cousinnya ni memang sesuai untuk budak-budak yang baru mengenal buku. Ada gambar budak-budak (bole di"relate"kan dengan budak-budak), gambar pun besar, ayat pun simple ja.  Pastu boleh dibuka lipatannya.
Yang ni paling best. Ada cermin. Jadi si Zara memang suka tengok muka dia guna cermin tu.


Buku Conversation with Mahathir ni basically berkenaan opinion si journalist dari US, Tom Plate yang pernah buat buku pasal Lee Kuan Yew. Setakat yang aku baca, ada beberapa opinion (termasuk dari orang lain yang pernah affected oleh cara pemerintahan Dr. M). Ada yang suka, dan banyak juga yang object. Mau komen banyak pun tidak guna. Belum baca habis. What matter is "Nobody is perfect". Belajar dari kesilapan.

Friday, March 4, 2011

A visit to the dentist

Semalam, taska si Addin Zidane ada buat lawatan ke klinik gigi, Poliklinik An-Nisa.

I really love this!

Sebenarnya, aku memang ada berhasrat untuk bawa si Addin berjumpa dentist time aku appointment hari Selasa ari tu, supaya dapat bagi early exposure about dental care sama si Addin.

Tapi lepas dapat surat dari cikgunya yang dorang juga akan ke klinik gigi (tapi klinik lain la), so aku batalkan dulu hasrat tu. Aku rasa adalah lebih baik kalau si Addin punya first dental experience bersama dengan kawan-kawannya. More relaxing and fun!!!

Aku dan Abang Edi pun excited bagitau si Addin yang dia akan jumpa dentist. Aku siap pesan sama si Addin supaya dia volunteer untuk kena cek gigi. Gigi si Addin pun ok lagi.. belum rongak.. tapi ada berlubang sikit di gigi geraham..

Petang semalam, time jemput si Addin dari taska, cikgunya bagitau yang anak bertuah aku ni tidak mau jadi patient, dia mau jadi doktor.. Huhhh?? Rupanya, dentist tu bagi peluang sama si Addin dan kawan-kawannya untuk buat role-playing.. berlakon jadi dentist dan patient.. bagusnya... aku rasa cara ni memang amat berkesan untuk mengajar kanak-kanak macam si Addin untuk lebih bersemangat untuk menjaga gigi dorang.

Sampai di rumah, aku cek dalam beg Addin ada kena bekalkan berus gigi kanak-kanak. (Simpan dulu berus gigi baru tu, lepas berus gigi sedia ada si Addin suda buruk, baru tukar). Si Addin siap "ajar" aku cara berus gigi.. (sedangkan, aku sudah ajar dia macamana berus gigi yang betul, tapi anak aku ni ja yang selalu degil mau ikut cara dia sendiri)

Si Addin siap bagitau aku dan Abang Edi yang dia tidak mau minum susu guna botol lagi sebab dentist bagitau nanti gigi cepat rosak (Ya.... si Addin masih minum susu guna botol lagi).. part yang tu pun aku suda ajar si Addin supaya berhenti guna botol, minum susu pakai cawan ja.. tapi biasalah.. susah betul mau berubah.. sekali doktor cakap, terus mau ikut. Kalau aku dan Abang Edi cakap, tidak mau percaya.. huhuhu..

Kesimpulannya, aku gembira yang taska si Addin ni ada effort untuk buat lawatan ni. Memang bagus.. Tadi pun time hantar Addin ke taska, cikgu si Addin bagitau, semua budak yang pegi lawatan semalam, tidak mau hisap botol lagi.. Good kids!!!

Overall, I am proud of them - the teachers, the children and not forgotten, the good dentist!


p/s: Credit to Sinar Bestari Ceria for the pictures.

Berbaris tunggu mau masuk klinik

 What's with the teeth? Hehe.. 

Sessi pemeriksaan gigi

 Role-playing. Kawan-kawan Addin yang bersemangat.

My Addin berlakon jadi dentist

He looks cute in dentist robe. Hehe.. Tapi patientnya macam kesedihan. Huhuhu..

Kawan-kawan Addin diajar cara memberus gigi


 Upacara pengagihan belon

Semua kena bagi bekal air mineral dan berus gigi

Time to go home!

Berus gigi free.. Thanx doc!

Wednesday, March 2, 2011

There's No Harm in Asking (2)

Aku dapat bil SYABAS - SYABAS ada hutang aku -RM91.45.

Macamana boleh dorang hutang aku banyak tu? Adakah aku terlebih bayar?

Jawapannya - YA. Aku boleh tersilap masukkan jumlah RM100 instead of RM10 time buat payment menggunakan Maybank2U.

Bijaknya la aku. Abang Edi cakap - itu tiada hal. Next months punya bil tak payah bayar.

Masalahnya, bila masa la hutang SYABAS tu mau habis. Kurang-kurang pun 9 bulan lagi. Sudahlah rumah kami ni tidak banyak guna air. Plus, Kerajaan Negeri Selangor pun ada bagi rebat bil air (by the way, thanks PKR). Macam la aku mau duduk sini selama-lamanya pun (rumah ini hanya rumah sewa). Mana tau ada rezeki, boleh masuk rumah sendiri. Or worse, kena cari rumah sewa yang lain. (Minta dijauhkan.. malas suda mau pindah-pindah ni).

Aku pun nekad mau call customer service Syabas. Konon, mau minta balik duit yang terlebih bayar tu. Abang Edi tanya - boleh ka? Hmm... belum try, belum tau.

Setelah call, aku dimaklumkan, yang aku boleh buat surat kepada Unit Bil, SYABAS Cawangan Petaling Jaya untuk minta balik duit aku tu dengan disertakan salinan bil dan resit pembayaran.

Ini sudah bagus!

Untuk pengetahuan, Customer Service SYABAS amatlah efektif. Tiada arahan komputer yang berjela-jela, panggilan diangkat setelah tidak lebih dari 2 deringan, good interaction with customer - dan customer service officer itu juga amatlah mesranya. 5 bintang kepada SYABAS Customer Service (out of 5 stars juga la).

So, next step, mengarang surat. (bukan mengarang entry blog.. huhuh)

There's No Harm in Asking

Hari Isnin tu, aku terperasan yang aku ada unsettled balance pada Maybank credit card accounts aku. Heran jugak. Aku rasa aku baru settle last week. Sepatutnya, balance pada credit card aku ialah kosong. NADA (it is a spanish word, maknanya "nothing").

Rupanya aku kena Annual Fee Charges for my credit cards. Bukan la banyak pun sebenarnya. Kalau digabungkan semua caj, tidak sampai RM70 pun. Tapi terasa la jugak untuk "perahu kecil" macam aku ni. 

Mau dijadikan, macamana aku boleh ada kredit kad Maybank ni, ini semua pasal aku terpakai dengan promosi yang diuar-uarkan oleh ejen Maybank yang rajin menerjah ke opis aku dulu untuk promote credit card dorang. Ada promosi bagus punya untuk government servant. No annual fee for 5 years. Apply saja la. Lagipun, mau bayar pun senang, guna Maybank2U saja.

Sebelum tu aku ada guna Citibank (sebab mau tolong kawan husband yg jual credit card Citibank), tapi aku kasi berhenti, pasal bukan aku guna sangat pun.

Jarang aku guna credit card. Credit card hanya akan digunakan kalau aku mau membeli barang-barang yang berharga besar dan aku pula malas mau bawa cash. Bahaya bawa cash banyak-banyak, kalau kena curi, putih mata ja la. Kalau credit card kena curi, can straight away report sama bank minta kasi stop service.

Kembali ke cerita asal (aku ni suka melalut). Aku pun call la Maybank customer service. Menurut mamat customer service tu, aku sepatutnya kena bayar lebih daripada yang dicaj tu - tapi pasal aku ni good paymaster kunun, jadi ada diskaun la. (Ye la tu... aku pun tidak selidik, betul ka tidak tu..)

Mulut aku lancar bertanya "Tak boleh waive ke annual fee ni? Kalau Citibank, dorang boleh je waive annual fee.." (which is true... in terms of customer service, Citibank memang cemerlang. But, I just cannot simpan kad kredit banyak-banyak - tambah pula government sudah caj fee RM50 for each credit card every year... huhu)

To my delight, mamat customer service yang baik hati itu berkata "Saya boleh tolong request di dalam sistem kami tapi itu subject kepada approval daripada pihak bank. Sekiranya puan telah bayar, kami akan memulangkan semula jumlah pembayaran untuk annual fee tersebut".

This is good. Then aku pun jawab "Tolong la request kan".

And today, when I login to my Maybank2u, 3 suku daripada jumlah annual fee itu telah diwaive kan. Boleh la. Daripada tak dapat langsung kan.

Bagus betul. Pengajarannya, ringan-ringan kan lah mulut untuk bertanya "Boleh dapat diskaun ke?" Tapi sila jangan minta diskaun dari peniaga kecil yang telah memberikan harga yang cukup kompetitif, sesungguhnya - mereka pun cari makan juga. 

p/s: I learn this from Abang Edi.

Power Chain - Day 1

Masuk second day pakai powerchain.

Rasa tidak selesa ketika makan. Macam ada benda besar yang terselit di celah gigi.

Alhamdulillah, selepas 12 jam kena pasang archwire yang lebih tebal, tiada rasa ngilu dan berdenyut-denyut seperti ketika mula-mula pakai braces dulu. Tapi, gigi geraham atas sebelah kanan seperti agak bergoyang-goyang. It means, my damon braces is doing its' job.

Tuesday, March 1, 2011

Pasang powerchain pula

Today is my month 3 braces appointment. Aku baru balik dari dentist clinic ni.

Archwire aku kena tukar kepada yang lebih tebal. Aku sedang menunggu kedatangan rasa ngilu pada gigi aku, sama macam yang mula-muka aku rasa time aku start pakai braces dulu.

Sekarang belum sakit lagi. Bila maghrib menjelma, baru aku akan decide mau dinner apa. Harap-harap la tidak sakit.

Dentist aku pakaikan powerchain ke gigi kanan sebelah atas untuk memusingkan kedudukan gigi tu supaya align dengan gigi yang lain. Powerchain tu dipasang dari sebelah dalam dan transparent color.

Good news, aku tidak perlu pakai rubberband tu lagi. Rehat dulu. Bagusla.. boring bah pakai tu rubberband.. mau bercakap susah, mau makan pun susah.. mau pasang pun kena ada skill.

Yay!!!

p/s: No pic available.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...