google analytic

Nuffnang

Friday, March 25, 2011

Penunggu

Siapa suka tunggu lif yang bertebiat (lambat)? Pernahkah tengok orang yang picit butang lif dengan harapan lif tu jadi lebih cepat tapi sebenarnya tindakan orang tu tiada impact pun? Semua orang suka lif yang cepat kerana itulah motif lif dicipta iaitu untuk mencepatkan masa turun naik. Guna tangga kan lambat. Jadi kalau lif pun lambat, baik guna tangga ja. Tapi sebenarnya, orang guna lif sebab malas mau naik turun tangga. Walaupun sebenarnya kena naik atau turun 1 tingkat saja pun, seboleh mungkin mau guna lif juga.

Sebenarnya bagus naik tangga. Percaya ka tidak kalau aku bagitau ada seorang pegawai rank tinggi (memang tinggi, bukan alang-alang pangkat) di ofis aku suka naik tangga sebab dia mau jaga kesihatan? Sampai sekarang aku nampak dia hensem ja, mungkin sebab dia sihat suka naik tangga tu.


Eh... Aku sebenarnya mau cerita pasal lif.

Ada satu hotel tinggi ni. Hotel ni terima banyak komplen pasal lif dorang yang bertebiat. Tidak seronok la kan, hotel macam canggih, mahal pula tu sewanya, tapi lif macam hampeh. Jadinya, hotel ni buat pelbagai cara untuk mengurangkan masalah lif lambat tu. Apa ja belum dibuat lagi. Pendek kata, semua cara pun sudah dicuba.

Lepas dorang buat kajian, baru la hotel ni dapat tahu yang sebenarnya lif dorang ni memang cepat ja. Cuma, yang bikin masalah tu ialah pasal orang-orang yang mengomplen tu ialah orang yang tiada kesabaran. Dorang expect lif tu kena lebih cepat daripada masa yang sepatutnya.

Pihak hotel pun mencadangkan alternatif untuk mengurangkan masalah manusia ni (human problem not machine problem) dengan memasang cermin panjang di pintu lif. Jadi, customer yang menunggu ada aktiviti (killing time). Yang perempuan boleh belek-belek muka dan rambut, yang lelaki boleh jadi tukang tengok yang perempuan-perempuan ni. Sambil belek-belek, lif pun sampai. Dan cara ni berjaya mengurangkan komplen pasal lif yang lambat. Pasang cermin ja - murah, tidak perlu buat lif lagi satu!

Jadi, kalau anda perasan, ada macam-macam cara yang orang guna sekarang supaya anda tidak bosan untuk menunggu - tv, buku, majalah, tampal lukisan, pasang lagu rancak. Kadang-kadang, ada organisasi yang go extra mile dengan menyediakan kemudahan buat air panas, tempat kanak-kanak bermain - ni semua untuk distract perhatian customer yang menunggu.

Kesimpulannya, aku bukan mau cerita pasal lif. Tapi aku mau cerita bagaimana masalah lif yang besar itu boleh diselesaikan dengan hanya pasang cermin dengan syarat, kita tau masalah sebenar - dalam kes ni, the real problem is perceived waiting time atau masa menunggu yang dijangka oleh customer.

That is, tuan-tuan dan puan-puan, the art of problem identification. Dan jangan jadi penunggu. Jadilah orang yang buat lif. Lagi masyuk.

p/s: I still need to do my problem identification skill. Symptoms and problems are two different things.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...