google analytic

Nuffnang

Monday, March 7, 2011

Little Kawaii Pancake

Aku suka buat pancake untuk breakfast. Senang dan tidak guna masa yang lama.

Bahan-bahan untuk pancake
*Tepung gandum
*Susu segar
*Telur
Sedikit Butter/Margarine/Minyak masak
Sedikit baking powder (optional)
Sedikit gula
Sedikit garam

Semua bahan-bahan yang ditanda dengan *, agak-agak ja. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.Adunan yang cantik ialah apabila disudukan ke atas kuali, akan membentuk bulatan yang cantik ngam-ngam, tidak terlalu keras dan tidak terlalu runny.

Untuk lebih menyenangkan, mix semua bahan menggunakan mixer (Oleh kerana aku tiada mixer, aku guna blender ja).

Kalau mau memasak pancake, gunalah frying pan rata yang non-stick supaya adunan tidak melekat. Tidak perlu menggoreng menggunakan minyak kerana dalam adunan pancake tadi sudah ada butter/margarine/minyak masak.

Pastikan api dapur tidak terlalu panas. Bagi sederhana ja. 

Masak pancake tidak memerlukan masa yang lama. Sebaik adunan tepung bergelembung dan bercorak seperti jerawat atau muka bulan, terbalikkan pancake itu sehingga masak.

Masa penyediaan adunan: 3 minit
Masa memasak: 3 minit
Masa ngap: Less than 3 minit (sebab aku suka buat pancake yang comel-comel.. sekali ngap ja)

Cara penyediaan: Boleh di"ngap" bersama maple syrup atau sos strawberry. Dengan whipped butter pun bole.. sebijik macam McDonald punya breakfast.

Ada yang tidak bulat sekata tu pasal adunan agak cair. Jadi aku adjust supaya dapat bentuk bulat.

4 comments:

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...