google analytic

Nuffnang

Thursday, March 17, 2011

Knowledgeable or wisdom?

Tahukah anda, sekiranya anda berpengetahuan (knowledgeable) tidak bermakna anda bijaksana (wise)?

Ini adalah kerana, dari perspektif hierarki knowledge (pengetahuan atau ilmu), tahap wisdom (kebijaksanaan) adalah lebih tinggi dan lebih sukar untuk difahami daripada tahap pengetahuan (Nunamaker et al, 2001). Tahap paling rendah ialah data, seterusnya maklumat dan diikuti oleh ilmu dan kebijaksanaan.

Walaupun ilmu penuh di dada, itu tidak bermakna seseorang itu bijaksana. Seseorang yang bijaksana ialah orang yang menggunakan ilmu yang ada dan mengamalkan ilmu tersebut dengan prinsip yang benar.
Seperti contoh, seseorang itu mungkin seorang pakar kunci. Namun, jika kepakaran itu digunakan untuk memecahkan rumah orang lain untuk tujuan mencuri, bermakna kepakaran itu adalah sia-sia kerana si tukang pakar tidak bijaksana untuk menyalurkan kepakarannya ke arah jalan yang baik.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...