google analytic

Nuffnang

Tuesday, June 14, 2011

Astro Beyond - After 10 days

Sudah masuk 10 hari sejak Astro Beyond kena install di rumah kami.

Setakat ni, ok la.

Dapat 11 HD channels tambahan dan Tayangan Hebat. Tapi aku tidak pernah pun tengok Tayangan Hebat tu sebab tajuk cerita yang kurang menarik.

Sejak ada channel HD ni, aku suka la tengok perbezaan pada visual antara channel biasa dan channel HD.
Contoh HBO dan HBOHD. Pada pendapat aku, ada la beza sedikit kalau guna HD.
Tambah pula hari tu aku tengok movie Avatar.
Lagi la nampak perbezaan especially bila ada part flora dan fauna yang berputar-putar dan berkerlipan. 

Lepas tu, sekarang aku sudah ada favorite channel tambahan.
Suka betul aku tengok channel 706. Ada saja rancangan memasak yang bagi aku idea baru.
(Tapi aku ni suka tengok rancangan masak ja, masaknya sendiri tidak).

Pagi tadi pun ada hujan lebat sekejap. Tapi still ok.
Kalau guna Astro biasa yang dulu, hujan belum sampai ke rumah aku pun sudah ada gangguan siaran Astro.
Kalau jadi macam tu, itu tandanya hujan lebat mau turun.

Cuma aku boring ja sebab
  • Aku tidak dapat set favorite channel banyak sangat. Favorite channel boleh set sikit ja. Tapinya favorite channel aku banyak la pula. Tujuan sebenar aku set favorite channel tu as a filter. Bosan la mau scroll over channel yang banyak amat dalam channel list Astro ni. 
  • Aku tidak boleh turn the volume up or down guna remote Astro aku. Sepatutnya boleh la kunun tapi kena buat setting sikit. Berabis suda aku follow manual yang disertakan pun still tidak berjaya. Bosan.

Biar la. Alah bisa tegal biasa.
Yang penting, kalau ada problem apa-apa, aku boleh call ja Astro suruh fix sebab Astro yang hold warranty.
Kalau servis lembab, siap (atau naya!)

2 comments:

  1. channel 706 juga feveret ku.. kalau setakat masakan dessert tu bulih jua dijadikan pedoman.. tapi atutah.. alum tebuat lagi.

    ReplyDelete
  2. ada satu casserole dish yang senang gila mau buat sendiri.. aku mau try la nanti bila balik labuan.. kau pun ada oven suda kan..

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...