google analytic

Nuffnang

Wednesday, February 19, 2014

Monster University

Ini adalah salah satu kartun kegemaran si Addin dan Zara.
Dorang punya tahap gemar tu, sampai aku pun boleh tau banyak benda pasal kartun ni.

Sehinggalah aku terjumpa ini.
Dan masuk contest ini.


 Senang ja. Pasal aku sudah tau jawapannya hasil 'ulangkaji' bersama si Addin and Zara.
Tapi tidak tau la ada rezeki ka tidak.
Bole la main sekejap sebelum waktu ofis bermula sambil breakfast depan pc.
Ini cerita zaman bila. 
Rasanya dari hujung tahun lepas lagi.

Tup tap. Waktu sebelum maghrib hari Isnin baru-baru ni ada orang call.
Kunun dari Astro.
Dia cakap dorang ada hantar parcel. Tapi sebab tiada orang di rumah, parcel kena return ke dorang balik.
Parcel Monster University kunun. 

Oooo... ya la.. patut la hari tu ada ternampak memo suruh tuntut parcel.
Aku pula mana ada expect kiriman daripada sepa-sepa. 
So, bolayan ja la. Di KL lagi ofisnya. Nda ku bekarih. 

Jadi dia minta aku confirmkan alamat.
Aku bagi alamat opis. Sebab di opis ja aku konpiden ada orang boleh tolong terima. 
Excited sudah aku ni.
Tidak pernah menang any contest dalam Facebook. 
Hatta contest magazine mana pun.
Sebab aku bukan jenis orang yang rajin mau tulis slogan segala.


 Awal pagi datang opis semalam, aku terus check ni apps.
Rupanya, ada nama aku sana jadi pemenang kecil-kecilan.
Boleh la. Siapa mau bagi? Hehehe. Syukur.

Aku expect mesti hari Rabu akan terima.
Tapi punya la efisyen dorang ni. Petang semalam (Selasa) jam 4 posto datang.
Wah!

Bawa balik rumah, tunjuk pada Addin dan Zara.
Excited betul dorang.

 Dapat topi Mike Wazowski.
Tidak menyempat, topi ni dipakai oleh Addin dan Zara (ikut turn) pi dinner di luar.

 Selipar raksasa. Abang Edi ja yang ngam.
 Dapat shopping beg.
Awat la tebalik gambar ni bila masuk blog. 
Tolong terbalikkan skrin anda. Hehe.
View dari depan. 
 
 View belakang.
Kecantikan beg ini menyebabkan si Zara bawa ke tadika menggantikan beg Hello Kitty yang sudah boring diguna.

 
 Authentic Disney merchandise. 
Abang Edi bagitau beg ni mesti mahal sebab guna recycle material. 
Dia tau la sebab dia buat banyak job souvenir item ni. 
Ada pengalaman suda. 

 Ini pun tebalik juga.
Satu set alat tulis.

Nice. 
Good experience. :)

Friday, February 14, 2014

Makanan di opis

Aku suka bawa bekal ke opis.
Dulu sebab, makanan cepat sangat habis di cafe.
Sedangkan, baru pukul 1 tengahari. Duh. Apakah?

Satu lagi sebab, aku rasa makanan tengahari di cafe office aku ni mahal.
Selalunya harga nasi campur yang aku kena bayar, lebih kurang RM5.
Dan juga, oleh kerana nasi dan lauk cepat habis, jadi aku kena opt for other food option.
Yang lebih mahal. Contoh: Nasi Ayam, Chicken chop, Nasi kukus, Nasi goreng.
(By the way, makanan western di cafe kami - diusahakan oleh dua budak muda - memang sedap. Saya suka!)

Jadi dulu, suka hati la mau bawa bekal apa pun.
Selalunya, bekal yang aku bawa tu mestilah apa yang ada dalam peti ais dan kabinet pantri makanan.
Kek, biskut, roti, sausage, etc.
Atau makanan dinner sebelum yang tidak habis.

Membazir bah kalau buang begitu ja.
Bagus aku makan. Jimat belanja.

Sekarang, aku bawa bekal sebab aku mau pastikan makanan yang aku makan tu sedap dan sihat.
Mungkin kurang sedap, sebab aku sendiri masak.
I am definitely not a cooking goddess. Hohoho!
Tapi confirm, lebih sihat. Sebab aku sukat kuantiti karbo, mesti ada protein, banyakkan sayuran, kurang garam, kurang gula dan kurang minyak.

Jadinya, aku akan pastikan ada stok air putih di pejabat.  
Kalau dulu bawa milo 3 in 1, sekarang aku bawa green tea siap brewed dari rumah.
Bekal buah juga mesti ada. Siap potong. Boleh jadi snack.

Hari ni bawa pisang dan 3 biji pitted prunes. 
Kulit pisang ja yang tinggal.
Prune sudah masuk dalam perut.

Kadang-kadang makan sedikit kacang-kacangan, juga sebagai snack. 

  Makanan tengahari hari ini.
Suhun, wakame seaweed, brokoli, lobak merah, lemon dan salmon. 
Suhun direndam sehingga lembut.
Dried wakame direndam sehingga kembang.
Brokoli dicelur sekejap.
Lobak merah dipotong mentah.
Salmon, diperap dengan kicap manis (ala teriyaki sauce konon), digoreng atas non stick pan tanpa minyak. Sebab salmon itu sendiri sudah berminyak. Ada omega 3 :)
Lemon - pengganti dressing. Tiada masa mau buat dressing pagi ni.
Sedap! 
Jumlah kalori. No idea. Tapi maybe tidak sampai 300.

Selamat berusaha Nadia!
Apa yang penting - wasatiah (bersederhana) dan istiqamah (konsisten).

Thursday, February 13, 2014

Azam 2014 - Get rid of the 5kg fat

I am in serious need to get rid of my lemaks!!!
Especially, lemaks yang setia menghuni di kawasan pinggang, punggung dan paha.
Rasa amat berdosa kepada badan sendiri.
Tolong!!

Mula perasan diri ini gemuk sejak aku payah-payahan pakai jeans kegemaran.
Dan tidak boleh pakai jaket yang Abang Edi beli, saiz S.
Gilaks!!
Sedangkan saiz S tu la saiz aku sebelum ni.
Tengok cutting juga la. Kadang-kadang, kena pakai saiz XS.
Last year punya cerita ni. Awal bulan 6.

Tapi, tu la.
Lepas perasan perut mengembang pun, masih lagi aku buat bodo.
Aku macam berserah dengan keadaan gemuk sendiri.
Abang Edi cakap, jadikan la jaket itu sebagai motivasi untuk mengempiskan perut.
Tapi aku cakap - biar la. Aku redha. Buduh!

Sekarang jaket tu dibiar tergantung tanpa tuan.
Tuannya macam invisible.
Aku mau let go, Abang Edi sentap pula.
Mau tak sentap, payah2an beli jauh dari London kunun.. Huhu.

Kebuduhan aku terhenti, about end of 2013.
Sebab aku rasa kebuduhan telah menjerat diri.
Baju kurung pun makin sempit.
Beli baju baru pun kena beli saiz L.
Tidak boleh beli saiz lebih kecil, sebab boleh nampak ada tayar lebihan dan tidak boleh butang di di bahagian perut.
Kalau dulu jeans pinggang 24, sekarang suda 28.
Sedangkan aku masih ketot. Jadi sekarang aku rasa macam penguin.

Naik tidak banyak. 5kg ja. Sekarang aku 45kg.
Berat ideal 40kg. Ini adalah saiz badan aku yg ngam-ngam.
Aku pernah hit 36 - 37 kg. Which time ni aku macam rangka tengkorak hidup.
So means, kalau aku mau kelihatan normal, aku kena turun balik ke berat 40kg.
Dan aku juga lebih memahami badan sendiri.
Pertambahan dan pengurangan walau 2-3kg sahaja (inikan pula 5kg) mempunyai signifikan yang amat besar perbezaan bentuk badan aku.

Azam tahun 2014.
Aku kena turunkan berat badan dari 45kg ke 40kg dan maintain.
Hujung tahun mesti dapat 40kg.
Paling awal bulan 10. Sebab bulan 11 aku ada konvo.
Wah... buduh di situ juga. Baru tahun ni mau konvo.
Siapa suruh betebiat siapkan tesis. Tidak sempat pula mau konvo last year.
Amik ubat. 

Kenapa target sampai hujung tahun? Kenapa tidak ASAP?
Sebab, aku mau melatih perut supaya menjadi lebih kecil.
Rasa cepat kenyang walau makan nasi segenggam cuma.
Mau melatih badan supaya menjadi lebih cergas.
Melatih nafsu supaya tidak gila dengan makanan yang banyak lemak, berkalori tinggi dan manis.

Membuat perubahan dalam masa singkat, akan merosakkan badan.
Jadi, apa kata buat strategi slow and steady.
Pertambahan berat badan ini pun bukan dalam masa singkat.
Ada la setahun lebih lamanya dari 40kg jadi 45kg.
Jadi, turun berat badan pun kena la ambil masa lebih kurang macam tu.

So, di sini aku mengumumkan untuk ingatan diri sendiri, azam tahun 2014 ialah - kurangkan 5kg ja.
Tidak lebih, tidak kurang.

Oh, dan azam lain (ada 2 azam ja), simpan RM1000 setiap bulan.
Harap-harap azam tercapai. Amin.


Wednesday, February 5, 2014

Gegirl short getaway (Tips and review)

Melalui observation, aku rasa kota Jakarta dan Bandung memang mempunyai potensi besar untuk menjadi destinasi shopping yang digilai wanita Malaysia. Untuk meningkatkan tahap kepuasan shopping tu, maka syarat-syarat berikut mestilah dipatuhi
  • Kalau boleh, elakkan bawa kategori orang yang berikut. 
    • anak kecil 
    • anak besar yang banyak songeh dan cepat boring kalau dibawa berjalan-jalan tanpa hala tujuan.
    • kaum lelaki dewasa yang bukan gila shopping (termasuklah suami).
Mind: Waktu ibu window shopping, belek membelek dan sesi tawar menawar lebih daripada 10 minit ditakrifkan oleh kategori orang di atas sebagai masa senggang, tiada hala tuju and totally boring. Kalau bawa juga, ada harapan anda tidak fokus -- saiko -- fed-up -- blah awal -- tiada hasil.
  • Sebelum shopping, buat shopping list dulu. Supaya tidak terlupa apa yang dihajati. Dan tidak terpengaruh dengan anything yang bukan dalam list. Macam aku, aku hanya target mau merasa makanan Indonesia, cari cotton, telekung cantek, tudung aku dan Zara dan baju basahan Addin. Ada tersasar sedikit daripada target awal sebab kami ubah plan dari Bogor ke Bandung. So, terbeli Kartika Sari dan bath rug Calvin Klein.
  • It's better kalau bawa geng yang sudah biasa dengan kawasan yang kita mau pegi. Supaya tidak senang kena tipu oleh pemandu teksi dan sesiapa ja. Better still, on waze atau any gps apps so kita ble pi tempat yang dituju dengan cepat.
  • Paling penting kena satu kepala. Tiada la kes, kita mau pegi tempat kelas, kawan-kawan lain mau pegi tempat hampeh. Kita mau shop till we drop, kawan-kawan lain mau ke tempat 'window shop ja la yang ko mampu'.
  • Sentiasa simpan small note atau wang eceran. Senang untuk urusan jual beli. Harga servis di sana memang murah. Or better yet, suruh ja dorang keep the change. Anda akan disukai ramai :)
  • Bawa ja RM notes. Sesuai digunakan sebagai tips. 
  • Bila keluar, jangan bawa semua duit yang telah ditukar dari Malaysia. Buat bajet. Dan tidak perlu bawa passport. Just bawa debit dan credit card. Pasport, segala kad dan duit yang tidak dibawa sila simpan dalam kotak besi keselamatan di bilik hotel. 

Itu ja la yang terfikir setakat ini.

Gegirl short getaway- Jakarta (4th Day)

Hari untuk kembali ke KL!!
Rindu bangat sama Abang Edi, Addin dan Zara.
Tapi sebelum tu, kena pecah otak dulu.
How on earth to pack all my hasil rampasan dalam dua buah luggage sedia ada?
Packing punya packing, adjust punya adjust, nasib baik muat.

Tapi Liean ada kesukaran. Sebab dia bawa beg kecil ja.
Hasil rampasan pula banyak.
So, kena beli beg baru di Sarinah (dekat dengan Akmani Hotel).

Tips: Idea dicetuskan oleh adikku si Nurul. Kalau overpacked, bagus beli ja beg cina. Banyak dijual di jalanan di Tanah Abang. Masuk semua hasil rampasan di sana, especially item yang berunsurkan kain. Untuk lebih selamat, guna servis plastic wrapping yang disediakan di airport Sukarno Hatta at a very affordable price. 

Tepat jam 11 pagi, kami check out dari hotel. 
Luggage yang beranak subur. 

Lepas tu, terus libur ke Plaza Indo untuk sesi salon. 
Tapi, lapar la pula. 
Mungkin sebab tension packing tadi. 

Makan dulu di food court.
Sempat jumpa Nasi Kucing.
Kelakar. Small size. Tapi sedap.

Bandeng tu ikan.
Ada kerisik kelapa, telur dadar, isi ikan dan sambal yang pedas ya ampun.
Rp 15,000 per pack.

 Aku order sate dan set nasi serta gado-gado.
Liean order soto betawi dan cendol durian. 
Review: 
Sate kurang kesan bakar. Lean meat. Kuah sate rasa macma peanut butter cair.
Gado-gado tu macam pecal. Sedap.
Cendol durian juga sedap. 
Soto betawi pun sedap tapi sikit ja portionnya.
Nasib baik ada nasi kucing :)

 Cantik kan food court ni. 
Macam di garden pula.

Lepas sesi makan, baru la pegi hair saloon.
Mereka ada bilik khas untuk orang yang mau executive treatment. 
Sesuai untuk muslimah yang berhijab.
Aku ambil pakej Hair creambath (Rp 100,000) dan back therapy massage (Rp 41,000).
Sukanya.. murah banget.

Lepas habis salon session, kami terkocoh-kocoh ke hotel semula untuk ambil luggage yang telah dititipkan (disimpan).
Nasib baik la di luar Plaza Indo tu berbaris blue bird cab menunggu.

Sesampai ja di hotel, supir kami sudah lama menunggu.
Konon janji jam 3.30 petang. Tapi kami sampai jam 4.
Ampun pak. Kami nggak sengaja.
Dengan bayaran Rp 300,000 untuk supir dengan kereta avanza, kami gerak ke bandara.
Supir tu kami baru book pagi sebelum check out. Bellboy di hotel tu yang tolong adjust.
Kalau kami book lebih awal, paling lewat pun 5 jam sebelum masa yang diminta, boleh dapat teksi besar Blue Bird dengan kos Rp 350,000.

Flight ke KL jam 7.25 petang.
Kami sampai airport jam 5.
Tiada kiosk untuk membantu kami check in dengan lebih efisien.
So, baris la panjang-panjang di sana.

Boleh kata kemudahan di airport Jakarta kurang canggih kalau mau dibandingkan dengan KLIA.
Tapi, orangnya peramah.
Plus point di situ.

Touch down di KLIA jam 10.30.
Tamatlah cuti-cuti gegirl di situ.
Thx Faiz! Thx Liean! Thx Oneal!
Next time kita buat lagi :)

Thx Abang Edi sebab bagi permission!
Thx anak-anak sebab cool ja melepaskan mummy bersuka ria!
Alhamdulillah.

Gegirl short getaway- Jakarta (3rd Day)

Awal pagi, lepas breakfast terus ke Tanah Abang.
Dari Hotel Akmani ke Tanah Abang naik Blue Bird cab hanya ambil masa tidak sampai 10 minit.
Less than that maybe.
Mungkin kerana faktor orang keluar kota, dan juga faktor pemandu Blue Bird cab yang boleh dipercayai. So tidak banyak pusing kota untuk tujuan tipu meter di situ.

Seawal jam 9 kami sudah sampai ke Tanah Abang.
Dan perkara pertama ialah cari ATM BII dulu.
Tapi maybankard aku warna kuning tidak boleh buat pengeluaran.
Duh. Siapa suruh aku being so yesterday sangat.
I dunno why I dun want to change to debit card. Just don't have any valid reason.
Penyelamat ialah si Faiz. Pinjam duit Faiz Rp 2,000,000.
Dan minta tolong Tasha untuk transfer duit ke akaun Faiz RM576.
Rate pada hari itu ialah Rp 1 Juta = RM288. Mahai!!!

Item pertama untuk shopping secara berjemaah - french cotton telekung :)
 Aku berhasil beli telekung french cotton harga Rp 225,000.
Sarat bangat embroiderynya. Design pun cantek.
Kain pun sedap.
Banyak juga pilihan yang murah-murah, tapi aku rasa, apa salahnya sesekali bergaya untuk solat.
Solat di rumah ja pun. Bukan untuk tujuan riak tunjuk pada orang. 
Juga tidak lupa beli telekung warna putih bersulam untuk Zara, Rp 75,000. 
Aku tidak gemar telekung budak-budak yang fancy colourful segala.
Too many distraction.

Lepas tu kami pegi gerai jual cotton, tudung budak, kain sari, handbag (untuk oneal), tudung bawal dan kain pasang siap sulam.
Semua mampu milik. 
Semua kelihatan seperti murah saja.

Kalau ada kedai yang bagi harga mahal (tidak masuk akal, lebih kurang harga KL) dan tidak sudi bagi diskaun, kami blah ja.
Contoh, ada satu kedai jual tudung bawal, bagi harga more than Rp 120,000.
Apa kes? Lebih kurang harga KL?
Di kedai lain, aku tanya, ble dapat Rp 45,000 untuk yang sulam bunga.
Dan Rp 50,000 yang berbatu di tepi.
Jauh beza tu. Kain pun sedap.

Item yang dibeli semakin bertambah.
Nasib baik tangan ada 2 saja. 
Kalau tidak kami boleh jadi sotong. 

Certain part of Tanah Abang panas. Ada juga yang sejuk.
Tiada siapa daripada kami yang berani masuk toilet :)
Foodcourt di atas sekali. Dan kami semua order set gurami bakar. Rp 46,000/set.

Shop sikit lagi. Then balik ke hotel. Masa untuk ke spa!!
Faiz ajak kami berspa di Martha Tilaar.
Quite pricey but bit cosy.

Pilih pakej Dewi Sri.
Lengkap dengan scrub, steam, massage, masker dan berendam dalam hot tub.
Harga pakej Rp 560,000. 
Memang mahal. Tapi murah la dari di KL :p

Aku boleh siap tertidur lagi dalam kotak steam tu. LOL.

Sebelum berspa, kami kena entertain dengan minuman dulu.
Yang berkaki tinggi dan bercover tu ialah lemongrass ice.
Yang dalam cawan tu ialah ginger tebu.

Faiz dan aku siap dulu.

Habis semua sesi spa jam 8 malam. 
Balik hotel naik bajaj (serupa tuk tuk di Thailand)
Pacik bajaj tu kesian kami susah dapat bajaj waktu malam.
So, dia offer kami semua 4 orang naik satu bajaj. LOL.

Lepas sampai hotel, terus cuci muka, berus gigi, tukar baju dan mekap-mekap.
Tidak perlu mandi sebab sudah bersiram di spa. 
Mau pegi HRC Jakarta, Pacific Place pula.

 Tujuan ke sini untuk cari baju Abang Edi.
Aku belum lagi beli untuk Abang Edi apa-apa pun.
Kalau beli batik jawa, nanti dia marah pula :p
Dan beli t-shirt yang dikirim oleh si Nurul.

 Tapi mo dinner di HRC Jakarta kena waiting list.
Kunun kena tunggu 1 to 2 hours.
Seb baik tidak lama kami tunggu.  15 minit ja.

Aku order chicken salad ja. Look healthy kan? 
Tapi portion besar. Ke laut la calories consumption aku. 




 Makan good food bersama kawan dari zaman hingusan sambil mendengar live band :)

 Tepat jam 12 malam, balik ke hotel.
Ambil gambar dengan gitar besar dulu.

Sampai ja bilik, terus tidur.
Capek bangat. Mau packing pun tidak larat.

Tuesday, February 4, 2014

Gegirl short getaway- Jakarta (2nd Day)

Masa Jakarta lewat sejam dari masa KL.
Tapi aku tegezut, jam 5.30 pun sudah terang benderang.
Dalam tv indon, sibuk buat sambutan imlek, atau tahun baru cina.

Pemandangan dari bilik aku.

Breakfast dulu.
Makanan kira orait.
Setiap hari akan ada nasi goreng, noodles, buah, roti, bubur nasi, dim sum, etc.
Egg, pancakes station, yogurt pun ada.

Sepatutnya, hari ni kami ke Bogor.
Itu request si Oneal dari KL lagi. Konon mau borong handbag.
Tapi disebabkan rayuan gombal aku dan si Liean yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Bandung.
Kunun mengidam Kartika Sari segala.
Terpaksa la si Oneal mengalah.
Supir yang si Faiz sudah booking naikkan harga dari Rp 750,000 kepada Rp 1,000,000 sebab kami tukar rancangan.
Naik avanza dan selesa.
Tapi skill supir ni macam pelesit. Bukan sikit. Banyak.
Sebab cara pemanduannya yang macam pelesit tu la, kami dapat sampai ke Bandung dalam tempoh 3 jam. 
Walaupun macet. Sebab ramai orang berlibur ke Bandung sempena cuti hujung minggu yang panjang.

Sampai ja Bandung, tempat pertama ialah Kartika Sari.
 Oneal cakap, Liean mesti borong 10 brownies sebab dia tidak pergi Bogor.
Tapi Liean hanya borong 8 brownies. Dan layak untuk dapat kotak :)

Tempat yang menjadi igauan aku dan Liean. Hoho. 
Tengok la plastik yang besar dibandingkan dengan aku yang kemetot.

 Persinggahan kedua, factory outlet Rumah Mode.
Damage = Rp 269,700.
 Hanya beli pakaian Addin dan Zara saja.

Lepas Rumah Mode, kami ke Jalan Riau pula.
Sini pun banyak FO. 
Di The Secret, aku siap beli 3 bath rugs Calvin Klein @ Rp 95,000.
Shawl Kashka dari Dubai yang cantek.
Lepas tu pegi Heritage, borong baju Addin dan Zara lagi.
Tiada baju untuk aku dan Abang Edi. Aku pening. 
Too many good things make me dizzy.

Sempat menikmati Cencol Keraton di Heritage.

Sepanjang di Jalan Riau ni, aku sayu tengok budak-budak yang sebaya Addin dan Zara terpaksa bekerja untuk mencari sesuap nasi.
Rasa macam mau menangis pun ada bila aku bagi duit kecil.
Rasa macam menyesal pun ada sebab bagi duit kecil sangat.
Semoga anak-anak aku dijauhkan dari kesusahan sebegini.

Lepas sesi shopping di Jalan Riau, kami sudah sedia untuk balik ke Jakarta.
Jam sudah 8 malam. 
Dengan skill pelesit supir kami juga, kami dapat sampai ke Jakarta around 10.30.

Inilah hasil kerosakan.
Habis Rp 1,500,000 yang aku bawa dalam masa satu hari.

Aku sempat minta jeans aku dari room service.
Tidak larat untuk makan lagi.
Makan ja bolen pisang si Liean beli. Dan epal yang aku seludup dari breakfast tadi.
Dan tidur. 

Gegirl short getaway- Jakarta (1st Day)

First time naik KLM.
First time merasa ke luar negara dari terminal antarabangsa KLIA. Sebelum ni dari LCCT ja.
First time ke luar negara dengan kawan-kawan perempuan.
First time dilayan oleh cabin crew yang kurang muda.
Banyak betul first time.


Flight jam 5.00 petang.
Selama 2 jam perjalanan dari KL ke Jakarta, aku duduk diapit oleh Faiz dan seorang lelaki Indonesia yang berbau ketiak.
Oneal yang duduk belakang kami bgtau lelaki tu dari Amsterdam. Tu la busuk.
Tapi tidak mengalahkan tahap busuk mat saleh yang duduk sebelah Oneal.
Nasib baik tidak muntah.
Sampai airport Jakarta lebih kurang jam 6.10 petang waktu Jakarta.
Que imigresen panjang. Sedikit lama dan agak tidak cekap di situ.
Menunggu bagasi, juga lama. Dan terasa panas. Aircond tidak function mungkin.
Tunggu teksi blue bird, juga lama. Walaupun dikerumun oleh pemandu kereta sapu, kami tetap menonong ikut ja si Faiz mana dia pegi sampai kami dapat teksi.




Perjalanan dari airport ke Hotel Akmani. Faiz cakap kalau tidak macet, setengah jam atau 40 minit boleh sampai.
Tapi sebab ada macet banyak di area Mangga 2 dan banjir pula tu, jadi la lebih sejam.
Seumur hidup aku, first time aku merasa macet dan banjir.
Tambang guna meter lebih kurang Rp 170,000 ++.


Sampai hotel lebih kurang jam 9 malam.
Leganya bila sudah sampai hotel.
Liean satu bilik dengan aku. Faiz dan Oneal satu bilik.
Harga 2 bilik untuk 3 malam lebih kurang Rp 6,600,000.

 Ok juga hotelnya. 
Tapi aku rasa tidak sesuai untuk keluarga yang ada anak dengan tahap curiosity yang tinggi.
Sebab anak kita boleh tarik langsir dan tengok apa yang jadi dalam bilik air :p

 Dan tiada channel kartun.

 Kalau anak aku, sure tidak suka. Sebab tiada bathtub.

Tapi toilet amenities semua orait.


 Untuk mengisi perut yang berkeroncong, kami pegi makan di Restoran Garuda.
Dekat ja dengan hotel.
Ada la amik 5 lauk tidak termasuk sambal merah dan sambal hijau. 
Bil makan malam kami, Rp 185,000. Murah!

Oleh kerana kami semua uzur time ni, jadi tidak perlu kejar masa untuk solat.
Tapi aku la pula kebocoran sedikit di seluar jeans.
Basuh sikit kawasan kotoran dengan sabun mandi, dan berhasrat untuk hantar laundry hotel ja.
Sepasang jeans, cuci dan kering dalam masa satu hari, Rp 25,000 sahaja.

Aku pun ada pinjam iron. Sempat bagi tips RM2 untuk room service tu. 
Faiz kata, RM2 tu besar juga nilai di Jakarta.
Bole la beli makanan tepi jalan.

Gegirl short getaway- Jakarta (Persediaan)

First time cuti ke luar negara (hatta dalam negara sekalipun tidak pernah) tanpa Abang Edi dan anak-anak tapi dengan kawan-kawan pompuan semata.

Oleh kerana Jakarta tidak pernah ada dalam list of my dream holiday destination, jadi aku kurang excited.
Aku hanya excited for the fact yang kami akan pergi berempat, semua perempuan.
Mau berjalan-jalan baca blog orang tentang pengalaman mereka ke Jakarta pun aku macam tiada semangat. 

Punya la aku bersahaja, hinggakan wang rupiah pun aku beli just before aku bertolak ke KLIA.
Tidak perlu banyak fikir, sebab itinerary, accomodation, transportation semua diuruskan oleh Faiz, Duta Sri Petaling ke Jakarta. Hoho.
Kekerapan si Faiz ni ke Jakarta boleh kata - amat kerap.
Macam balik kampung. 

I dunno what to expect. Boleh kata motto percutian ini ialah "Surprise Me!"
Aku just bawa 4 juta rupiah dengan kadar RM279 bagi setiap 1 juta rupiah (di Giant Seri Kembangan). Mahal!
Si Faiz dapat pada kadar RM271 ja di Midvalley.

Walaupun aku tidak expect apa-apa, tapi aku tidak mau underestimate keupayaan ringgit dan lambakan tawaran murah di Indonesia.
Ditambah dengan pengaruh rakan sebaya, kegilaan aku berbelanja mesti kena stretch sebanyak mungkin. 
So, aku bawa dua buah beg.
Satu beg kanvas extra large brand CAT dan satu cabin luggage Samsonite.
Tidak mahu menanggung risiko beli beg baru. Biar aku bagi beg tu beranak siap-siap.

Persediaan sebelum ke Jakarta

Call Digi untuk activate international roaming. 
Rupanya memang sudah lama activate pun.
Mustahak. Kena ada. Supaya aku senang berhubung dengan Abang Edi.
Tidak perlu beli simcard baru. Aku pun tidak tau sama ada nanosim ditawarkan oleh telco Indonesia di Jakarta. Kalau tiada,satu kerja lagi mau kena potong sendiri segala. Too risky.
Pada kadar RM36 untuk unlimited data sehari, dengan syarat, setkan henpon guna Indosat secara manual, aku rasa amat berbaloi.
Tapi pastikan guna Indosat. Kalau set automatic ja, cellular server tu boleh tertukar ke telco lain contoh, Excelcom yang akan RM38 per MB (bukan per day hokey).  

Call Maybank untuk activate international withdrawal.
Sebenarnya, boleh juga dibuat sendiri di mesin atm semasa masih di Malaysia.
Lepas activate, bolehlah withdraw duit di mesin atm BII di Jakarta.
Tapi bila sudah sampai Jakarta, baru aku tau rupanya hanya kad debit ja boleh withdraw.
Kalau kad kuning Maybankard yang lama tu, kirim salam. Hampesan.
So, aku just pinjam duit si Faiz. Lepas tu transfer ke akaun Maybank si Faiz guna Maybank2u. 

Juga jangan lupa bawa charger henpon dan international adapter.
Kalau ada henpon tapi teda bateri, maka lebih baik bawa botol air rupa henpon.

Percutian ke Korea - Ole-ole dari Seoul!

Aku ada satu habit dalam urusan percutian.
Sebelum sampai tempat kejadian. aku suka survey dulu apa yang aku boleh beli sebagai ole-ole.
Selalunya, sesuatu yang mesra poket, bermakna dan unik. 
Jadi, post ini juga dibuat untuk membantu pembaca blog yang mungkin ada curiosity macam aku ni.



Ini lah kuih yang kami beli Namdaemun.
Ada keras sikit (sebab baru keluar peti ais). 
Dan memang kena masuk peti ais sebab takut cair.
Dalam tu ada inti coklat, kacang atau almond (pilih mana yang anda suka) dan bijan. 
Memang sedap. Kononnya adalah dessert di zaman raja Korea dulu-dulu.
Dua dari kiri - inti almond (5000 won sekotak), dua tengah - inti kacang (5000 won sekotak), dua dari kanan - inti coklat (7000 won sekotak).

 Hasil tangkapan di kedai kosmetik bebas cukai.
Snail mask - 10000 won/10 keping.  
Snail cream - 38000 won untuk 2 x 50ml
Aloe vera cream - 4900 won 
Orthia collagen ampoule dan Orthia eye patch - tatau. Abang Edi yang beli ;p
Pencuci muka cucumber dan sample pencuci muka yang lain - dapat percuma.
Kecuali collagen mask yang warna purple beli di Myeungdeong street (2500 won/10 keping).


Ada 2 kedai cenderamata di Tingkat 5, Doota!, Dongdaemun.
Satu nama Arirang, satu lagi tak perasan pula.
Souvenir yang dijual di sini memang lebih murah daripada tempat lain yang kami survey.
(Limited survey actually - hanya setakat di RnR dekat Seorak dan area Namdaemun). 
Jadi, dua kedai ni memang compete.
Pandai-pandai la pilih mana yang lebih murah.
Orang memang ramai sangat shopping souvenir di sana sampai berpeluh ketiak walaupun ada aircond.
Pekerjanya boleh bercakap bahasa Indonesia. 

 T-shirt kanak-kanak.
Warna putih - 11000 won sepasang (kedai sebelah Arirang)
Warna pink - 10000 sepasang (kedai Arirang)
Sekarang baju putih tu sudah jadi putih bersih sebab logo "I love Seoul" tu tanggal lepas masuk dryer. Bengong. 
Baju pink masih selamat. Bagi sama si Hana anak si Tasha.

 T-shirt dewasa kain cotton lembut sedap dipakai.
5000 won (kedai sebelah Arirang)

 Nail clipper. 
Harga 8500 won utk 10 pcs (di kedai sebelah Arirang).
Yang sebelah lain design tu beli di Namdaemun bawah tanah pada harga 10000 won/10 pcs.

 Fridge magnet material stainless steel. 8000 won/4 pcs

 Fridge magnet material silikon. 7000 won/4 pcs

Sudah lupa harga. Minta mahap.

 Tiga dalam satu. Boleh jadi pembuka surat, cucuk sanggul dan penanda halaman buku.
1500 won/pc.

 Ni pun aku lupa suda. 
Tapi yang set cawan kotak oren tu beli di Arirang sebab lebih murah.

Ni pun beli di Arirang. 8000 won/4 pcs

 
 Kind of mahal juga. Abang Edi yang beli ni. Tatau harga.

 
 Ni pun tatau. Abang Edi beli juga.

 Aku rasa Abang Edi beli 15000 won gitu. Mahai.

 Jam kunun. 12000 won.

 Ni semua beli di Namdaemun area subway. 
Stokin K-Pop 2000 won sepasang.
Stokin yang bukan K-Pop, rasanya 1000 won ja sepasang.
Stokin macam kasut, 2000 won sepasang.

 Ni beli di Namdaemun.
Kerongsang bentuk Hello Kitty, epal pink dan bunga hitam - 5000 won sebentuk.
Dua kerongsang yang kureng cantek sikit tu - 3000 won sebentuk.

 Beli di souvenir shop dekat airport.
Memang tidak murah. 
Tapi beli sebab kesian tiada apa yang kami beli untuk Addin dan Zara selain t-shirt. Huhuhu.

 Kimchi yang kami borong di kedai Kimchi. 12000 won sebungkus. Sedap!

 Seaweed kering beli di Pasar Ikan Daepohang.
Lebih kurang 3000 won.
Kalau beli 4, 10000 won ja.

Kesimpulan: 
Ole-ole dari Korea bagi aku, tidak murah. Mungkin sebab dorang claim 'Made in Korea'?  Mungkin.
Oleh itu, jangan ikut hati, nanti koyak poket.


link berkaitan cuti-cuti winter sonata Korea!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...