google analytic

Nuffnang

Friday, September 19, 2014

Cuti-cuti Mabul 2014 (13 September 2014 - KL ke Tawau ke Semporna ke Mabul & Billabong Scuba Mabul)

Perjalanan hari ni kita start seawal jam 7.30 pagi bergerak dari rumah ke klia2.
Minta aunty Nurul yang day off untuk hantar ke klia2 guna kereta aku.
Jimat di sana. Hehe. Thanks again Nurul!

Oleh kerana tiada luggage yang perlu dicheck-in (rugi 80kg luggage allowance di situ), kami pun bermalas-malasan breakfast ala kadar di The Loaf dulu.

Eiseh.. bergaya dengan sunglass Daiso RM5

Budak ni sebenarnya tengah tunjuk perasaan. Aku pun lupa pasal apa. 


Black Beauty yang menjadi kegemaran Addin, Zara dan Abang Edi.
Aku tidak pernah makan ni jadi tidak dapat komen.
Ruginya la aku tidak tunjuk kad privelege The Loaf aku.
Kalau tidak, boleh suda dapat 10% discount. 

Selain excited mau pigi Mabul, aku juga excited naik AirAsia dari klia2.
Ni first time la kami depart dari sini.

Kagum aku. Toilet banyak, seat banyak, surau pun banyak.
Nurul bagitau, pengumuman waktu solat pun ada di klia2.
Tiada alasan untuk meninggalkan rukun Islam yang ke-2 ni.

Addin dan Zara yang kejakunan first time boarding di klia2.

Jauh gilak gate J20 ni. 

Seperti biasa, kalau naik flight Air Asia, aku memang akan buat pre-booked meal.
Aku tidak suka menunggu untuk beli dalam kapal lepas orang yang prebook makan dulu.
Dan aku boring bila terpaksa layan Addin yang bising sebut "Lapar, lapar" sebab tercium bau makanan orang lain. 
Serta aku tidak suka menghadapi risiko makanan kegemaran habis sebab orang di seat lebih depan suda borong sebelum aku.
Lagipun, prebooked meal adalah lebih murah dan in-flight meal oleh Brahim's memang sedap. 

Budak 2 orang ni memang suka makan Nasi Lemak Pak Nasser

Aku pula suka makan Nasi Kari Ayam Hijau.
Untuk Abang Edi aku order Nasi Tomato dan Ayam Percik. Sedap juga la.
Tidak menghampakan.


Akhirnya, kami sampai di Tawau!!


Wah.. best betul boleh tulis nama dan karikatur sendiri atas aircraft kan. 
*di badan aircraft ada nama Pahamin

Oleh kerana tiada luggage yang perlu dituntut, maka kami pun berjalan lenggang kangkung ke balai ketibaan. 
Kami dijemput oleh pacik teksi nama En. Shamsuddin.
Mimi dari Billabong Scuba yang settelkan.
Aku just call Mimi ja minta ada transfer dari Tawau airport ke Semporna.
Kosnya hanya RM100/kereta untuk one way.
Kalau naik van, satu kepala RM30/pax.
Sebab aku kena fikir 4 kepala, maka naik teksi adalah pilihan lebih bijak. 

On the way ke Semporna, Pacik Shamsuddin ni menerima panggilan daripada si Mimi.
Mimi offer aku kalau-kalau kami mau check-in terus ke Mabul malam ni.
Sebab kebetulan ada 10 orang dari KL (satu flight dengan kami) yang mau terus masuk ke Billabong Scuba hari ni juga. 
Dan aku tidak perlu bayar extra untuk bot. Yieha!!!

Pucuk dicita ulam mendatang, aku dan Abang Edi ok ja.
Addin dan Zara pun memang tidak sabar mau bersnorkel.
Down betul dorang bila aku kata malam pertama kami kena stay di Semporna dulu dan snorkel kena tunggu besok.  

Satu jam setengah dalam teksi dengan Pacik Shamsuddin memang tidak bikin boring.
Orangnya pun peramah.
Bercerita pasal pelancongan di Semporna, kata Pacik Shamsuddin, kalau dulu, sebelum tragedi di Lahad Datu, MH370 dan recently, penculikan di Semporna, kurang-kurang 3 trip dari Tawau airport ke Semporna.
Sekarang ni, 1 trip ja dapat. Itupun kadang-kadang. Memang terasa sangat. 
Kalau dulu ramai pelancong dari China. Sekarang ni, susah sudah mau dapat. 
Kalau dulu, memang susah mau book penginapan di Mabul kalau lambat buat tempahan. Sekarang ni, bilik kosong di mana-mana.
Kesian betul.
*sokong pelancongan dalam Malaysia

Sampai ja di Semporna, akhirnya berjumpa la aku dengan Mimi dan Sue. *Tapi tidak sempat pula ambil gambar sama-sama dengan dorang.
Dengan tidak menyempatnya untuk urusan pendaftaran, terus naik bot.
Urusan pendaftaran dan bayaran selebihnya akan diuruskan lepas kami check-out.


Belakang Abang Edi dan Addin tu ialah Dragon Inn Floating Resort Semporna.

Perjalanan bot dari Semporna ke Mabul mengambil masa selama 45 minit.
Boring juga la menunggu lama-lama tu. Hoho.

Sebelum sampai ke Billabong Scuba Mabul, akan lalu Uncle Chang's yang femes dulu. 

Lepas tu Spherediver. Dan adalah juga homestay yang lain. 
 (*gambar ini dan di atas diambil pada hari kami kembali ke Semporna)


Sampai ja kami ke Billabong Scuba Mabul, kami disambut dengan penuh meriah oleh staff di sana.
Walau tiada hot towel dan welcome drink segala, aku rasa seronok juga.
Lapar pun ada, maka kami makan lunch dulu.
Masakannya bole la. Tidak la tidak sedap, dan tidak la sedap sangat.
Yang penting kami boleh makan, Addin yang fussy pun boleh makan.

Dan kami dibawa ke bilik kami: New Comfortable Chalet.

Ada 2 single bed. Aku kasi sambung tu katil so aku, Addin dan Zara boleh tidur guling-guling dengan selesa.
Extra tilam disediakan untuk Abang Edi tidur di bawah. 
Towel disediakan.

Sinki basuh tangan. 
Pintu sudah tercabut.
Dalam tu ada extra pintu ke toilet dan bilik air.

Ada aircond disediakan. *gambar separuh ja.

Pintu yang tercabut ada diletakkan menyandar di pintu ke toilet. 
Flush toilet rosak. Tapi aku ok ja. Yang penting tidak tersumbat.
Siap ada water heater.
Tekanan air amatlah mengagumkan. 
Tiada toilettries disediakan.

Meja solek yang sedikit rosak. 
*Macam la kami mau guna pun.


Bilik kami ada balkoni.

Pemandangan chalet Billabong. Warna oren tu Big John Scuba kalau tidak silap. 

Chalet depan bilik kami. 

Tidak lama lepas kami masuk bilik, geng yang bersepuluh tadi tu mau pegi dive sudah.
Dorang tanya kami mau join snorkel ka tidak.
Tapi kami pass la dulu.
Plan petang ni mau jalan-jalan pusing kampung ja.

Budak ni sudah tidak sabar mau masuk air.

Hari semakin senja.


Jalan melintasi lorong kecil dari Billabong Scuba ke kampung di Mabul. 
Sampah di mana-mana.

Mahal juga rate untuk massage tu.

Budak-budak main atas bot. 

Time kami pusing-pusing kampung ni la aku mau si Addin dan Zara tengok bagaimana budak lain yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan menjalankan kehidupan dorang seharian.
Main permainan tradisional. Tiada permainan elektronik.
Ada yang berbaju, ada yang tidak.
Supaya Addin dan Zara, tidak dilupakan aku dan Abang Edi lebih bersyukur dengan kehidupan kami sekarang. 

Aku mau round kampung ni kunun mau cari pisang goreng.
Tapi tidak jumpa pun.
Aku sempat tanya orang kampung cara jalan ke Sipadan Water Village.
Nasib baik ada pekerja SWV sedang berjalan dalam perjalanan ke sana.
Kami ikut ja la. 

Tidak sah kunjungan ke Mabul kalau tidak melawat gong besar di Sipadan Water Village ni. 


Tengok coral di jeti SWV.

Singgah ke mini mart ni untuk beli air mineral sebab si Addin dahaga.
RM4 sebotol. Amik kau.

On the way balik, ada 2 orang budak sedang memancing.

Kami masuk ke kawasan Sipadan-Mabul Resort. 
Dari sini ke Billabong dekat ja.
Maka lalu la juga kami kawasan sekolah dan perkuburan orang kampung di Mabul.

Makan malam jam 7.30 malam.
Time makan tu, ada team polis datang makan di Billabong Scuba.
Terus aku rasa selamat :)

Seawal jam 8.30 malam, kami tidur suda kepenatan.
Ready to wake up early tomorrow.

3 comments:

  1. Salam. Menarik baca percutian ke Mabul ni. Sy & wife akn ke Mabul juga next month & bercadang menginap di Billabong. Cuma tidak faham sikit dgn sistem booking chalet dorg (x perlu deposit). Boleh kongsi info berkenaan ni dgn sy?

    Terima kasih,
    kata_kan_tak_nak@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Salam En. Sharfiq

    Saya dulu ada bagi gak deposit RM200. Tapi tu sebelum ada kes MH370 dan penculikan di Semporna. So, org yg nak ke Mabul lebih ramai dan kiranya kitaorg bg deposit tu supaya confirm dapat chalet tu kat Billabong.

    Tak sure plak skg system mcmana. But you can always liaise thru email or phonecall with Mimi or Su. Dan mereka mmg akan kenal customer sebab naik bot nak ke Mabul dihantar, balik Semporna dijemput. Jadi, urusan bayaran tu mmg akan dibuat sebelum atau selepas stay di Mabul.

    Selamat bercuti di Mabul En. Sharfiq!

    ReplyDelete
  3. Hai Mummy Zizou & Zara

    Percutian ke mabul sgt menarik kan?
    kebetulan awk nya tajuk post sama dengan pakej yg kami tawarkan iaitu Cuti Cuti Mabul. cuma pakej kami menginap di homestay lain.

    Pada sesiapa yang yg ingin mendapatkan pakej percutian ke mabul dgn harga bajet, boleh hubungi kami

    Boleh juga melawat di page kami
    http://www.facebook.com/cutimabul

    thank you

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...