google analytic

Nuffnang

Wednesday, September 3, 2014

Open House Merdeka Pasca Raya 2014

Salam alls :)

Alkisah.
Abang Edi memang sudah lock tarikh 31 Ogos 2014 untuk buat open house walaupun sudah terlajak ke Zulkaedah.
Semangat Hari Kebangsaan. Dan juga mungkin semangat hari jadi Abang Edi pada yang jatuh pada 29 Ogos :)

Aku layankan juga. Walaupun pada mulanya aku sedikit membantah.
Sebab 31 Ogos 2014 tu kena pada hari Ahad.
Risau mungkin ramai jemputan tidak dapat datang.
Ya lah.. ramai orang KL mungkin bepergian bercuti keluar sempena cuti hujung minggu yang panjang.
Dan mesti ramai yang berkenduri kawin.

Mula-mula, Abang Edi suruh aku booking kanopi. Ramai jemputan katanya.
Lagipun rumah kami kecil ja. Kalau 10 orang sekali datang, mesti sempit dan tidak selesa.

So, langkah pertama, buat carian di mudah.my.
Aku order dengan En. Naza Canopy (019-2673786). Harga terbaik di pasaran.
RM400 sahaja untuk kanopi jenis arabian berscallop, 5 meja bulat (beralas), 40 kerusi, 2 meja buffet (beralas dan skirting), lampu dan kipas.
Kalau dengan competitor lain, rata-rata charge RM350 untuk pakej arabian canopy.
Tapi meja buffet caj lain ye. Kurang-kurang pun RM50 untuk satu meja buffet lengkap beralas dan skirting.
Pertanyaan dibuat melalui panggilan telefon dan disusuli dengan perbualan whatsapp untuk pengesahan.

Urusan makan-makan pula, well, kami hanya order dan sub pada yang lebih arif :)

  • Nasi Arab Ayam dan Kambing Kabsah - dari Restoran Ahmad Albab, Putrawalk (belakang rumah saja. Amatlah senang berurusan dengan tokeynya).
  • Rendang daging dan masak lodeh - minta tolong wife kawan Abang Edi tolong masak. Abang Edi suka rendang dan masak lodeh kakak tu. Saya okey je. Tak jeles ;p.


Lain-lain makanan

  • Kek besday Abang Edi - satu-satunya kek yang available untuk dibeli di Cakes De Lemari pada hari Sabtu, 30 Ogos 2014 (sebelum hari kejadian). Aku beli ja. I'm bored with Secret Recipe already.  
  • Lemang - 3 batang ja kami order dengan kawan Abang Edi. 
  • Nasi impit - aku yang sediakan. Masak guna rice cooker saja.
  • Minuman - air sirap grenadine dan sirap pisang diimport khas dari Labuan. 
Tiada di Key Hel.

  • Buah-buahan - Epal merah + Epal hijau yang dicampur dengan kisaran kulit limau serta grapefruit (aku ingat buah oren sunkist biasa)
  • Agar-agar - biras sulung aku bawa. Kak Long aku memang rajin masak. Thanks Kak Long :)
  • Lasagna daging dan ayam - tiba-tiba aku rajin masak selepas subuh pada hari kejadian. Sebab aku tau member aku yang datang mesti akan tanya "Kau masak apa?". Jadi adalah jawapan yang sedap untuk didengar. Hehe. 
  • Sate - ????? Ada cerita yang bikin panas. Sebab sedara sesama Islam punya pasal, jadi malas mau kecoh-kecoh dalam dunia maya. Aku yakin, peniaga sombong belagak macam tu mesti ada 'makan' dia nanti. 

6 hari sebelum open house, Abang Edi upah orang Pakistan yang selalu datang mesin rumput di rumah kami untuk tanam pokok yang baru dibeli di Pasar Borong Selangor. Haha. 
Kesian garden kami ni. Setahun sekali baru bermaintain.

Tiga hari sebelum kejadian, Abang Edi pasang Jalur Gemilang.
Zara salutes baek punya.

Dorang datang jam 9 pagi pada hari kejadian. Abang Edi cuak ja takut dorang tidak sempat. 

Kek besday Red Velvet Abang Edi. Small in diameter tapi tinggi. 
RM70. Orang kata mahal. 
Tapi apa ada hal. Yang penting sedap. 
Aku memang suka beli kek di Cakes de Lemari. 
Semua sedap menepati citarasa.

Shawl KL Skyline duckscarves yang aku order online seminggu sebelum sambutan kemerdekaan.
Aku rasa rekaan shawl si Vivy Yusof ni amat brilliant! 
I love the quality of the kain.
Tapi mahal punya pasal aku risau ja time mau handle semua makanan dan minuman. 
Takut terpercik, nanti tinggalkan stain. Haha. 

Abang Edi dan Zara bersama family Pak Ngah.

Aku dan kawan-kawan sekolah SMSL dulu.

Crowd time awal-awal kenduri.

Aku dan Kecik, kawan zaman UM. Lama sudah tidak jumpa. 
Look at my sunburn skin.
Ohhoo..

Bergambar dengan kawan zaman SMSL juga.

Sebenarnya, aku tiada time bergambar pun.
Semua dari kamera kawan-kawan aku. LOL. 

Di tepi rumah, Abang Edi pasang playground kecil dan trampolin.
Hasilnya, kebanyakan kanak-kanak yang datang tidak makan, hanya main ja. Haha.
(Tiada pula gambar).

Alhamdulillah, the open house went well.
Walaupun ramai kawan aku tidak dapat datang sebab ada urusan masing-masing, tapi ramai juga yang datang dan memeriahkan kenduri kami. 
Ukhuwah merdeka bak kata bos aku :)

Dan yang ramai, mestilah saudara-mara dan kawan-kawan Abang Edi.
Oleh kerana kami ada kejadian tidak cukup pinggan, cawan, ais dan drinking water, maka terpaksa la aku jadi runner. 
Nasib baik kawasan rumah kami dekat dengan kedai :)

Hasil pemerhatian:
Lasagna habis dalam masa setengah jam.
Epal habis dalam masa sejam. 
Minuman kena top up kurang-kurang 6 kali.
Ais, sirap dan air mineral kena beli extra 2 kali.

Memang failed la aku ni jadi katerer.
Minta maaf sekiranya ada kelemahan. 

Tips buat open house:
  1. Sediakan pinggan, cawan, sudu dan garfu polisterin tiga kali ganda daripada jumlah bilangan jemputan. Contoh: Kalau jemputan anda seramai 50 orang, maka pinggan kenalah beli 150 keping. Especially, kalau ada banyak jenis hidangan. Sebab jemputan akan guna different pinggan for different dishes. 
  2. Kalau jemputan 50 orang, jangan order nasi arab ayam untuk 30 orang dan nasi arab kambing untuk 20 orang. (Terpakai juga untuk kes nasi beriani, atau nasi lain yang guna nasi sama, tapi lauk lain). Instead, order la nasi untuk 50 orang, ayam 50 orang, kambing 50 orang. Kecuali kalau anda buka satu lauk pada satu masa (tunggu ayam habis dulu, baru buka kambing).
  3. Sediakan air gula, air panas, air mineral banyak-banyak. Buat siap-siap banyak-banyak. Lambat habis. 
  4. Kalau boleh, beli dan pasang lilin penghalau lalat untuk mententeramkan hati tuan rumah dan jemputan. 
  5. Sediakan sejadah dan telekung sembahyang untuk kemudahan jemputan menunaikan solat. 

2 comments:

  1. Air pisang dari labuan. Takkan jumpa di tempat lain. Saya mohon meminjam gambar sirap tersebut untuk blog saya resepibrunei.com

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...