google analytic

Nuffnang

Monday, September 8, 2014

Melaka trip 2014 - Wana Riverside Hotel Review

Almost every year, keluarga kami memang akan ke Melaka.
Sebabnya, Abang Edi akan lawat Mak Teh (ibu saudara Abang Edi) di Alor Gajah.
Tahun ni tidak terkecuali.
Bulan Syawal yang lepas kami tidak dapat ke Melaka untuk buat kunjungan raya ke rumah Mak Teh.
So, ambil kesempatan selepas raya pula.
Dalam masa yang sama, kami mau melawat kubur Mak Long Abang Edi. 

Terlanjur ke sana, terus la bawa anak-anak jalan ke town Melaka.
Macam biasa, tugas bok hotel ialah di atas bahu jemala patik.
Abang Edi punya syarat ialah: cari hotel dengan price not more than RM300.
Being cheapo as always, aku jimatkan lagi duit Abang Edi dengan mencari bilik hotel yang less than RM200 dan wajib ada bath tub. 

Dan last minute, hari Sabtu (6/9/2014) mau ke Melaka, hari Jumaat (5/9/2014) baru la terhegeh-hegeh survey hotel mana yang berkenan. 
Ini sebab kami tidak sure samada mau hantar Addin ke Kem Robotik atau tidak pada hari Ahad.
Rupanya geng Addin tidak dapat pergi sebab balik kampung, so Addin pun tidak mau pegi la juga.

Survey punya survey, aku terberkenan dengan Wana Riverside Hotel Melaka. 
Harga boleh tahan murah untuk bilik superior RM180++ saja. 
Aku rasa, kalau guna government rate, mesti bilik deluxe boleh dapat harga sekitar tu juga. 

So, untuk dapat harga government rate, kena la booking melalui telefon.
Ni la first time aku rasa pelik, bila aku tanya pasal goverment rate, aku kena pass ke bahagian sales.
Orang reservation tu fikir aku mau buat kursus ke hape.  
Dan orang yang sales tu pun tolong aku buat booking, mungkin menyedari bahawa bahagian reservation sudah buat silap, dan bagi aku harga deluxe room pada RM185.60 plus RM2 untuk heritage fee. 

Hari ditunggu dah tiba.
Anak-anak excited sebab dapat tidur hotel walaupun aku sudah announce awal-awal yang hotel tu tiada swimming pool.
Cross my finger ja sebab baca review dari agoda, booking.com, tripadvisor, blog orang - semua bagi reviem macam bagus.
  • View cantek. 
  • Bilik luas. 
  • Boleh amik cruise dari depan hotel saja.
  • Parking percuma dan senang. 
Perjalanan dari Seri Kembangan ke Alor Gajah sudah bikin boring.
Ada 3 eksiden dari Nilai ke Senawang.
Nasib baik traffic tidak standstill tapi slow moving. 
Bikin potong stim. 

Perjalanan diteruskan ke Bandar Melaka ikut Alor Gajah.
Sebab Abang Edi mau singgah ke restoran ronai canai kawannya di Bachang.
Aku suruh call dulu dia tidak mau. 
Konon kalau kawannya tiada pun, kami singgah ja makan sana.
Sekalinya, restoran kawannya tu cuti. Huhu. 
Kawannya pun teda sebab ke kenduri.
Saya sudah boring + lapar. 

Jadinya, kami singgah makan ke sebuah restoran yang biasa-biasa saja.
Dan teruskan perjalanan ke Wana Riverside Hotel Melaka.

Masuk ke lobi area, tiada rasa welcoming ambience. 
Aku rasa macam mau keluar semula, tapi mungkin Abang Edi tidak sependapat dengan aku. 
Jadi aku biarkan saja perasaan itu dan buang jauh-jauh.

Pergi ke reception counter, mau check-in dan bagi nama aku. 
Dan orang tu cakap, namaku teda.
Erkkk... I feel like what?? 
Dia tanya pula siapa yang booking untuk aku.
Aku cakap orang sales, dan aku tidak tau nama orang tu. 
Dia tanya lagi, berapa harga aku dapat.
Aku jawab RM185.60 untuk bilik deluxe.
Dia jawab dia boleh bagi aku deluxe room pada harga RM182.
Okeh, ini sudah baik. I get cheaper. 
So, selesai urusan isi borang sikit dan verify credit card untuk deposit, maka kami pun naik ke bilik.

Dapat bilik 711.
Masuk ja bilik, rasa macam.. erk.. ini hotel ka? 
Very the basic. Langsung tiada rupa macam dalam website.

Pasang aircond, aircond tidak jalan.
Tv tiada channel dari no 1 hingga 7. 
Orang maintenance datang, dia fix sikit, aircond terus on, dan bgtau ada benda terjatuh.
Pasal hal tv pula, dorang akan betulkan dari bawah (dari server la kot).
Aku siap boleh tanya "Bilik ni sudah lama tidak occupy kah? Takkan la sebelum ni tiada komplen pasal aircond?"
Mamat maintenance tu hanya mampu tersengih saja.

Aku sekali lagi terasa mau check out tapi terpaksa pendam hasrat dalam hati.
Sebab Abang Edi terus mau landing. Kepenatan merempuh jam.
Addin dan Zara terus mau masuk bathtub. 
So, aku rasa, kalau check out sekarang amatlah tidak sopan.

Pastu tidak lama, Addin komplen air yang keluar dari shower tu berkarat.
Cover toilet yang tutup air pam tu retak dua. 
Dan stopper bath tub tu tidak fit masuk lubang.
Sudut glass divider dan bath tub berkulat.
Aku buat bodo ja. 

Jam pun sudah menunjukkan jam 4 petang.
Aku pula saja tidak bawa sejadah, sebab ye la. Hotel owner melayu kan. Takkan la tiada sejadah.
Aku call minta sejadah.
After 3 kali call, baru la dapat sejadah pada jam 5.30. 
What???
Sabar saja la.

Abang Edi lepas bangun tidur, pegi mandi.
Keluar bilik air komplen water heater tidak jalan.
Ahh.. another complaint. 

Jam 5.45 kami keluar.
Menuju ke Klebang. Aku mau try Coconut Shake yang terkenal itu kunun.
Jalan pun jam.
Sampai saja sana, dorang sedang mengemas mau tutup.
Kami pun masuk que untuk tapau ja.

Perbarisan mendapatkan coconut shake. 
Mau kata sedap tak hengat tu tiada la.
Sebab yang aku rasa biasa-biasa saja - aku boleh rasa serdak isi kelapa muda yang tidak berapa muda (tekstur sudah hampir kepada kelapa tua). 
So not smoothy. 
Ditambah dengan faktor jam, rasanya inilah kali pertama dan terakhir kami ke sini. 

Lepas tu dinner di Asam Pedas Claypot Klebang.
Order asam pedas daging tetel dan telur ikan.
Tapi sayur kubis bagi sikit ja, aku minta tambah lagi sayur kubis tu. 
Kesedapan? Boleh la, asal makan. 

Anak-anak pula bising mau naik rivercruise.
Route dari Waze dan Google Map amatlah tidak bole pakai.
Jalan jam yang amat sebab di area dekat Jonker Walk tu dorang sedang buat perarakan tanglung.
Nasib baik Abang Edi reti guna jalan lain dan sampailah kami ke Taman Rempah.
Satu jam lebih dalam kereta.
Warghhhh...

Dalam kereta sambil tensyen layan jam dan ngomelan si Addin dan Zara yang tidak kesabaran mau naik river cruise tu, aku buat keputusan.
Aku cakap sama Abang Edi, mau minta tukar bilik. 
Aku tidak mau duduk bilik 711 tu sebab aku rasa cam tiada feeling hotel, at least sama yang ditunjukkan dalam gambar di website.
Abang Edi setuju supaya kes ini diutarakan kepada pihak berwajib. 
Yes!! Inilah yang kita mau.
At last, aku dan Abang Edi berada di satu muka surat yang sama. 

Legakan hati dengan naik river cruise.
RM10 untuk dewasa, RM5 untuk kanak-kanak (Harga untuk Malaysian). 

Lepas river cruise, kami kembali ke hotel.
Kami luahkan ketidakpuashatian kepada En. Aminuddin, manager di sana. 
(Well, I think he is the manager, sebab dia pakai blazer segala).
Dan dia janji untuk tukarkan bilik kami.
Mula-mula, kami dapat bilik 726 konon. Tapi dia cakap dia mau cek dulu.
Lepas tu, En. Amin datang semula, dan kata kami dapat bilik 712.

Good effort En. Amin dan En. Faizal yang bertugas malam tu. 
Really appreciated it. 

Aku terfikir, adakah aku dapat bilik 711 tu sebab di muka aku terpancar kekecewaan yang nampak macam taek thus minah di reception tu bagi aku bilik yang macam taek?
I dunno. Wallahualam. 

Tiada gambar bilik 711 sebab aku terlampau frust, dan rasa macam mau check-out cari hotel lain.
Tapi aku takut mau ambil gambar pun sebab aku rasa bilik tu ada 'something'. 
Kurafat. Buduh.

Alhamdulillah. Bilik 712 ni better than bilik 711.
Kami siap dapat extra single bed lagi. 
Thanks to En. Amin dan En. Faizal.
Can't thank you enough!

Ada tv,
Tapi tiada remote. Boleh?
Dua kali call pun, sampai ke pagi remote tu tidak pandai datang.
Tapi tidak apa, small matter.
Kami tekan ja la button di tepi tu kalau mau tukar channel.
Nasib baik channel tv semua sudah ok. 
Dorang guna hypptv.
So, kalau mau bercuti hujung minggu dan tengok EPL, hotel ini memang bukan tempatnya. 
(TV adalah penting untuk kami sebab Addin dan Zara memang jenis suka tengok tv).

Ada hairdryer.

Bathroom amenities.


Cover toilet yang ok. Bilik 711 tu retak dua. 

Ada bathtub. Point for my kids.
Tapi kecil ja la pun.
Boleh la daripada tiada. 

Tang ni la aku cakap pasal glass divider untuk bathtub tu.
Kalau di bilik 711 tu berkulat. 
Yang ni Addin cakap ok. 

Dapat 3 towel. Pasal ni bilik triple.

Ada almari pakaian. Dalam tu ada safe box.  

Air mineral pun bagi tiga.

Yang ni aku tidak suka. Sebab tingkap boleh buka.
Dan selak untuk tingkap tu pun rosak.
Punya la seriau. Takut kalau anak-anak keluar dari tingkap kan.
Tapi untuk Abang Edi, ini adalah benefit in disguise. 
Sebab boleh smoking suka hati.


View menghadap sungai.

 
Kunci bilik manual.
Mau buka pintu pun kena ada skill.
Tensyen aku.

Ketika tidur, aku perasan aircond tu pandai terberenti sendiri. 
Ohh... dorang set auto off kah?
Sempat juga la aku kepanasan, sampai terasa mau buka tingkap yang tidak berkunci tu.
Penat punya pasal, niat tinggal niat saja.
Bangun pagi, aircond sudah ada semula.
Mungkin auto off tu sekejap saja. 

Breakfast time was ok and beyond expectation.
Mula-mula, semua meja di tepi tingkap full.
Tapi lepas tu ada kosong cuma belum dikemaskan.
Addin dan Zara sudah sedap makan cereals di meja asal kami yang lebih ke dalam dekat dinding.
Aku mau tukar, tapi Abang Edi malas mau layan peel aku.

Alhamdulillah juga, En. Amin tu nampak drama kami laki bini ni, offer untuk kami tukar meja dan suruh orang di cafe tu untuk kemaskan meja tu dulu.
En. Amin tu siap tanya Abang Edi "How was your room last night?"
Abang Edi bagitau pasal kes remote tu, tapi small matter.


Enjoy our breakfast. View tepi sungai.

Makanan pun kira orait.
Brakfast voucher adalah untuk 2 dewasa saja.
Untuk Zara free sebab bawah 5 tahun.
Untuk Addin, kami kena top-up RM12++. 

Banyak juga la pilihan. Ada bubur. Ada egg station.

Lepas breakfast, kami sempat jalan-jalan ambil angin tepi sungai.

Pemandangan di lobi.

Komen banyak pun tidak guna kalau tidak disampaikan ke saluran yang betul.
Semoga hotel ini dapat menambahbaik perkhidmatan mereka dan terus maju.
Extra point to Mr. Aminuddin. 

Ambil gambar tu depan hotel sebagai bukti :)


Ada 3 point yang perlu dipuji:
1. Walaupun servis dorang ni macam harem, tapi semua pekerja ramah tamah. 
2. Di antara semua staff, Mr. Amin layak mendapat pujian. Juga kepada En. Faizal (di reception counter), pakcik di lobi yang pakai baju merah dan pakcik yang berada di kawasan parking.
3. Free wifi di tingkat 7 adalah terbaik. Zara boleh streaming tengok Upin Ipin tanpa gangguan.  

Perjalanan kami dari Melaka town ke Alor Gajah berjalan lancar.
Tidak banyak lampu merah sebagaimana dari Alor Gajah ke town Melaka. 
Lawat Mak Teh. Dapat pisang.
Dan balik semula ke rumah manis rumah.
Di highway PLUS pun jem juga sebab ada eksiden. 
Tapi aku tidak terasa sangat sebab pengsan lepas kenyang makan cucur udang Menggong yang tiada udang :)


Luahan rasa:

This Wana Riverside Hotel experience, by far, is not our worst. Paling teruk sekali, kami pernah check-out sejurus lepas check-in sebab nampak rambut atas katil (which aku masih boleh tutup mata) dan terjumpa seluar dalam lelaki dalam drawer di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah. Tapi time tu malas mau diblog.

Aku setuju dengan statement "What you pay is what you get". Aku tidak expect bayar RM180++ tapi berharap dapat servis harga RM500++. (Tapi kalau boleh, apa salahnya kan. Semua orang suka macam tu. Bukan aku ja). Aku cuma expect, bila aku menginap di hotel, aku hanya mau menginap di bilik sekian sekian dengan aman dan tanpa sebarang komplen apa pun. 

Maknanya, murah atau mahal sesebuah hotel itu, kebersihan kena tip top. Kalau ada tv, biarlah ada remote di tempat kejadian. Kalau tiada remote, dan sememangnya tiada, buat lah notis "TV ni tiada remote, sila guna butang di tepi untuk tukar channel". Jadi, tiada la kejadian minta remote sampai pagi pun tidak dapat. 

En. Amin ada bagitau yang bangunan hotel sudah berumur 20 tahun. Mungkin dengan harapan kami memahami keadaan serba kekurangan hotel tersebut. Tapi hotel tu baru beroperasi 2 tahun. Aku rasa macam tidak sesuai - buka hotel, tapi biarkan keadaan hotel dalam keadaan sedia ada tanpa penambahbaikan atau renovation what so ever. 

At least, tukar la karpet ka, buat baru bagi mana-mana bahagian yang pecah, total makeover, own hotel identity etc. Memang la aku senang cakap/taip, mau buat sendiri susah. Tu pasal aku tidak buka hotel. Aku menginap di hotel ja. Orang yang buka hotel kena fikir macam ni. Jangan la pasal Melaka tu bandar pelancongan, orang lain buka hotel, kita pun join juga. Tapi orang lain kena puji, hotel kita kena kutuk. 

All the best to Wana Riverside Hotel. Semoga lebih maju pada masa akan datang. 


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...