google analytic

Nuffnang

Friday, September 19, 2014

Cuti-cuti Mabul 2014 (15 September 2014 - Bye-bye Mabul!)

Macam semalam juga, hari ni aku bangun awal :)
Bangga dengan diri sendiri.
Selalu kalau bercuti, memang susah la dapat subuh on time.
Oh malu. Berdosanya diriku. Astaghfirullah. Ampunkan hambaMu ini Ya Allah.

Tapi, cuaca tidak menyebelahi kami.
Hujan la pula.
Tidak disyorkan untuk orang yang snorkel ni.
Sebab keadaan laut yang bergelora.
Kalau dive ok ja. Sebab dorang masuk dalam laut.

Zara yang selamba bermain sorang-sorang tengah hujan.

Addin yang busy dengan ipadnya.

Yang bestnya duduk sini ni, aku dan Abang Edi selamba ja rehat-rehat dalam bilik.
Walaupun tiada aircond. Hujan juga bah kan. Sejuk.
Addin dan Zara bebas berlari-lari di Billabong tu bermain dengan staff Billabong.
Rileksnya dunia. 
Best kan. Aku selonot bercuti, orang lain masuk opis sebab hari ni hari Isnin. Hehe.

Aku yang jeles dengan team diver.

Seronotnya dorang. 

Lepas lunch tu hujan reda sekejap.
Terus aku, Addin dan Zara ambil peluang mandi laut kali terakhir di Mabul ni.

Tapi mandi dekat area Billabong ja la. 

Jam 3.30 petang, masa untuk meninggalkan Mabul :(

Bergambar kenang-kenangan dulu dengan Ana dan abang snorkeling instructor yang sentiasa rajin melayan Addin dan Zara.

Bye!!!!!! Ada rezeki kita jumpa lagi!


Gigihnya budak-budak Bajau Laut ni mencari rezeki.
Selamba ja berdiri tengah laut yang sedang surut untuk tangkap ikan. 

Zara yang pengsan dipegang Abang Edi.

Kami menuju balik ke Semporna merentasi Laut Celebes.

Sampai jeti di Semporna, pegi naik opis Billabong, dan baru la settle payment segala.
Kena bayar baki RM1408 lagi. 
Mula-mula aku mau bayar kad kredit, tapi sebab ada caj 3%, terus aku buat online transfer guna Maybank2u ja. 
Thanks Mimi. She's so nice.

Dan kami menuju ke Bandar Tawau dengan naik teksi Pakcik Shamsuddin sekali lagi.
Mula-mula dapat harga RM150. Pastu Mimi minta kurang dapat RM130.
Tapi pasal Pakcik Shamsuddin ni baik sangat, Abang Edi bagi lebih RM10 :)

Perjalanan ke Tawau ambil masa almost 2 hours. 
Apa lagi, tidur ja la kami. 


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...