Setiap kali kami bercuti yang ada flight itinerary, mesti ada mukadimah dan persediaan.
Tidak pernah tidak kami buat secara spontan.
Maybe we should do it next time.
Tapi kena la tunggu sampai Addin dan Zara sudah besar dan lebih berakal.
Tidak payah fikir mau pack extra clothes untuk dorang incase terkotor.
Lepas tu, cuti sekolah atau tidak pun kena tolak tepi.
Kalau mau bercuti dan dan tu juga ketika musim persekolahan, Addin dan Zara kena ponteng pula.
And then, kalau mau bercuti, takkan la sekejap ja.
Kena la kurang-kurang pun 3 malam.
Untuk bagi kos tiket penerbangan tu berbaloi.
Ah.. akhirnya.. kalau mau cuti spontan, kena la tunggu sampai Addin dan Zara pandai pegi sekolah sendiri.
So, aku dan Abang Edi boleh pegi cuti berdua sahaja.
Huhu..
InsyaAllah.
*monolog dalaman
Cuti-cuti Mabul ni diilhamkan sejak Februari 2014 lagi.
Dan kami pilih tarikh 28 hingga 31 Mei 2014.
Plan untuk musim cuti sekolah pertengahan tahun 2014 kononnya.
Tapi plan tinggal plan, sebab kami gantikan dengan percutian yang paling gempak untuk tahun ini iaitu ke Europe.
Nasib baik, tiket kami ni boleh ditangguhkan tarikhnya untuk sekali pindaan.
Sebabnya, kami guna free coupons yang diberikan oleh adikku cantek manis officer di Air Asia, Cik Nurul Huda.
Thanks Nurul!!!!! We love you!!!!
4 tiket kesemuanya - free seat, hanya bayar tax charges dan free 20kg untuk setiap seorang, dan boleh pinda 1 kali.
Kupon ni boleh diguna untuk penerbangan pergi balik ke semua destinasi Air Asia.
Paling jauh untuk 4 jam penerbangan iaitu Hong Kong.
Aku cadangkan untuk ke Hong Kong so boleh bawa Addin dan Zara round Disneyland di sana.
Tapi Abang Edi mau cuti-cuti snorkel ja kunun.
So, kami pilih untuk ke Tawau (lepas tu ke Semporna dan Mabul).
Tapi, tidak la kos penerbangan ni semuanya free.
Aku hanya perlu tambah kos pilih seat, insurans dan in-flight meals (sekiranya ada).
Kos penerbangan:
4 Tiket - FOC (Nurul punya staff coupon)
Flight tax and other fees - RM60 (Nurul sponsor)
Travel Insurance - 4 (orang) x RM18 (seorang) = RM72
Pre-booked meals - 2 (return flight) x 4 (orang) x RM12 (seorang) = RM96
Tukar seat - 2 x RM6 (per seat) = RM12 (ni kes assigned seat ketika web check-in tidak menepati citarasa)
Jumlah keseluruhan untuk kos penerbangan = RM180 sahaja.
Sekali lagi, terima kasih Nurul!!!
So, oleh kerana cuti kali ni kena stay di Mabul, aku pun survey beberapa tempat penginapan yang berkenan di hati dan di poket aku dan Abang Edi.
Mula-mula, baca blog orang untuk dapat review dan rough idea cuti-cuti di Mabual.
Lepas tu, baca tripadvisor untuk dapat online review pasal prestasi tempat penginapan di Mabul.
Berdasarkan invois yang diterima melalui email oleh tiga , berikut ialah senarai sebutharga untuk kami sekeluarga bagi 3 hari 2 malam.
Scuba Junkie:
RM760 (per pax) untuk 3 hari 2 malam bagi bilik Deluxe Aircond
Kos termasuk makan, snorkelling ke Mabul dan Kapalai dan transfer Semporna +Mabul +Semporna.
Kos keseluruhan untuk kami sekeluarga mungkin:
RM760 + RM760 + RM 380 + RM380 = RM 2280
*aku tulis di sini kos RM2280 itu adalah 'mungkin' sebab aku tidak follow up untuk dapatkan harga total bagi kami sekeluarga.
Sipadan Water Village:
(yang ni dapat daripada travel agent)
Package price:
Adults Rates:RM 1180 per person X 02 Adults =RM 2360
Child Rates : RM 590 per person X 02 Childs =RM 1180
Total Price :RM 3540.00(Cash), RM 3,647.00(Credit Card)
Package Includes:
• Twin Sharing accommodation with private sundeck.
• Airport meeting services in Tawau, return land transfer to semporna jetty and return speedboat transfer to resort
• Buffet breakfast, lunch and dinner.
• Non Diving Package includes ONE (1) boat snorkeling with equipment. Unlimited House Reef snorkeling from 8am to 6pm. (Extra boat snorkeling trip is chargeable at RM50 per person per trip)
• Child rates : room sharing with parents
***Unused portion of the package is not refundable or transferable
Billabong Scuba Mabul
Penginapan = RM900.00 *harga untuk bilik New Comfortable Chalet
Boat pergi dan Balik = RM300.00
Snorkeling 2 Hari Mabul/Kapalai (termasuk gear) = RM300.00
Tiket Jetty = RM8.00
Jumlah = RM1508.00
Semua termasuk penginapan, makan dan minum, boat pergi dan balik, jetty tiket dan snorkeling gear.
*harga tidak termasuk airport transfer Tawau - Semporna - Tawau RM200
Akhirnya, aku pilih Billabong Scuba Mabul. Sebab:
Harga paling murah, sebutharga yang senang difahami, gambar chalet yang memikat hati, dan tiada review pelik-pelik aku baca dalam tripadvisor.
Dan amatlah senang berurusan dengan Mimi dan Sue.
Kalau aku ada apa-apa pertanyaan dan kekeliruan, aku just call or email ja dorang.
Dorang ni pun sabar ja la melayan aku. Hoho.
Ok le tu.
Bayar deposit RM200 as early as bulan Februari 2014.
Gila lama letak deposit untuk tunggu sampai stay dalam bulan September 2014.
Yang penting percutian menjadi according to plans. Alhamdulillah!
Beberapa persiapan yang khas untuk cuti-cuti Mabul ni disediakan.
Sunblock Sunplay SPF 130+
Aku siap beli 2 botol lagi. Hasilnya, kulit tetap terbakar. Haha.
Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kalau kulit muka sunburn ja, mesti akan mengelupas 2-3 hari lepas tu.
Kali ni, baru aku teringat yang aku ada beli krim Aloevera di Korea tahun lepas kan.
Kononnya, aloevera membantu menyejukkan kulit.
Sehingga hari ini (3 hari lepas last snorkel) , kulit aku tidak mengelupas.
So, senang la pakai bedak muka.
Casing Dicapac untuk iphone 5 aku.
Ini kes malas membelanjakan duit beli underwater camera semata-mata untuk bawa snorkel yang mungkin hanya berlaku lebih-lebih pun 2 kali ja setahun.
Lepas baca review dan tengok sendiri di youtube, aku pun beli online di Shashinki.
Beli petang jam 4, besok jam 11 pagi sudah sampai.
Terbaik la Shashinki.
Harga, RM75 untuk iphone.
Sengaja pilih warna kuning.
Kalau hilang di laut pun senang mau cari :)
Itinerary asal:
13/9/2014 (Sabtu)
1005 - 1255 : Flight KUL - TWU
1300 - 1430 : Teksi dari airport Tawau ke Semporna
Malam : Menginap di Sipadan Inn 2
14/9/2014 (Ahad)
0730 - 0800 : Mendaftar di opis Billabong Scuba Mabul
0800 - 0900 : Bot dari Jeti ke Mabul
Siang : Snorkeling
Malam : Menginap di di Billabong Scuba Mabul
Siang : Snorkeling
Malam : Menginap di di Billabong Scuba Mabul
16/9/2014 (Selasa)
Siang : Snorkeling
1500 - 1600 : Bot dari Mabul ke Jeti Semporna
1600 - 1730 : Teksi dari Semporna ke airport Tawau
1855 - 2140 : Flight TWU - KUL
Aku amatlah tidak berkenan dengan itinerary asal kami ni.
Tapi disebabkan cuti tahunan yang semakin terhad, dan Abang Edi pun malas mau berada di sana lama-lama, so aku plan untuk 3 malam ja.
Tiada masa untuk ke Tawau. Huhu..
Terpaksa pula bermalam satu malam di Semporna sebab bot Billabong Scuba Mabul ni limit untuk sekali transfer ja.
8.30 pagi dari Semporna ke Mabul dan 3.30 dari Mabul ke Semporna.
Kalau mau arrange time lain kena bayar extra anggaran RM200 untuk satu perjalanan bot.
Extra cost di situ.
Soal keselamatan?
Kan di Pantai Timur Sabah sekarang masih dalam perintah berkurung.
Aku tanya Mimi dan Sue, dorang pun kata ok ja di Mabul.
Kononnya ada polis di sana.
Perintah berkurung tu untuk menghalang sebarang bot yang tiada permit berada di atas air pada waktu malam di perairan Pantai Timur Sabah (merangkumi enam daerah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau).
Cousin aku punya teori pula: Bagus la ada perintah berkurung tu.
Maknanya, pihak berkuasa lebih alert dan tahap keselamatan dipertingkatkan.
Betul juga.
Soal keselamatan?
Kan di Pantai Timur Sabah sekarang masih dalam perintah berkurung.
Aku tanya Mimi dan Sue, dorang pun kata ok ja di Mabul.
Kononnya ada polis di sana.
Perintah berkurung tu untuk menghalang sebarang bot yang tiada permit berada di atas air pada waktu malam di perairan Pantai Timur Sabah (merangkumi enam daerah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau).
Cousin aku punya teori pula: Bagus la ada perintah berkurung tu.
Maknanya, pihak berkuasa lebih alert dan tahap keselamatan dipertingkatkan.
Betul juga.
Ohh.. let it be.
Jangan banyak harapan.
Go with the flow.
Doa ja semuanya selamat (pastikan bawa medical card sekiranya ada) dan kami ditemukan dengan orang yang baik-baik.
Doa ja semuanya selamat (pastikan bawa medical card sekiranya ada) dan kami ditemukan dengan orang yang baik-baik.
Jom kita bercuti!
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment