Jam 5 pagi mata sudah terkebil-kebil.
Ngam la tu, boleh solat subuh.
Malam semalam tidur lena.
Kecuali aku terperasan ada sekejap tu aircond berenti sendiri. Rasa panas kejap.
Then baru hari ni aku tau, rupanya dorang ada bagi off electric untuk sejam.
Lepas tu aku rilek-rilek di balkoni.
Konon mau tengok sunrise.
Nan hado. Kalau duduk di SWV tu, dapat tengok mungkin.
Area makan + orang ramai Billabong Scuba Mabul.
40 minit lepas tu, baru Abang Edi bangun.
Budak yang gembira bangun pagi.
Chalet kami view dari jeti.
Acara basuh kaki di jeti.
Lepas breakfast, jam 8.30 pagi kami pi snorkel di Mabul dulu.
Diver kena hantar terjun dulu, then baru giliran orang yang snorkeling.
Keluarga kami dengan 3 orang gadis dari China.
Addin dan Zara yang dijaga oleh snorkeling instructor.
Tapak sulaiman.
First time aku guna Dicapac casing ni.
Percaya ka tidak, aku tidak pernah pun test tu casing sejak kena delivered.
Bengong. Sib baik la iphone aku tidak masuk air.
Zara yang gembira main air.
Lepas habis sesi snorkel, Addin dan Zara posing dengan abang instructor dan girl from China.
Jam 11 sesi snorkel ke Kapalai pula.
Di sini, orang Billabong campak kami dekat Kapalai Resort ni ja.
Tidak perlu jauh-jauh :)
Kapalai ni sebenarnya pulau batu.
Kapalai resort tu dibina atas pulau batu tu.
Ratenya mahal ya ampun.
Tapi pemandangan dalam air adalah amat cantik Subhanallah.
Zara tidak habis-habis berkepit dengan abang instructor.
Ikan bilis menari-nari.
Peace yo!
Corals
Dekat bawah tangga tu lagilah banyak ikan pelik-pelik.
Zara lagi.
Di Kapalai ni la, si Addin start building his confidence in the water.
Dengan berbekalkan pelampung di tangan, dia boleh 'berenang' dengan jayanya.
Aku rasa, sekarang adalah masa terbaik untuk enroll dorang masuk kelas berenang.
(Dan untuk aku juga.. hoho).
Memang cantik Subhanallah pemandangan dalam laut di Kapalai ni.
Starfish berterabur. Ikan di sekeliling badan menari depan mata.
Tidak perlu tabur roti pun ikan tetap banyak. *tidak seperti di Perhentian.
Coral pelik-pelik.
Turtle beberapa kali menunjuk muka.
Tapi sayang...... aku tidak pandai swimming.
Jadi pengalaman terhad - terhad sebab aku hanya bergantung pada life vest dan tidak berani pergi jauh.
Lepas habis sesi di Kapalai, balik Billabong dulu, lunch.
Sambung snorkel di Mabul lagi jam 4 petang.
Di bekas air ni la diver simpan underwater camera dorang sebelum masuk laut.
Zara yang gembira dapat pegang starfish.
Sesi snorkel di Mabul petang ni aku tidak ambil gambar.
Sebab tiba-tiba rasa macam pening. Banyak tertelan air masin maybe. Hoho.
So, that's it!
Review DiCaPac WP-i10 Waterproof iPhone Case
Boleh tahan juga la iphone aku beraksi dalam air dengan bantuk Dicapac.
Dengan pelaburan RM75 untuk sebuah Dicapac, hasilnya tidak mengecewakan.
Si Nurul ada suggest aku beli GoPro atau SJ4000, tapi malas la aku.. aku bukannya orang yang terlibat dalam aktiviti lasak sangat. Macam membazir ja kalau aku beli.
Review snorkeling di Mabul
Untuk orang yang tidak pandai berenang macam aku, amatlah mengecewakan.
Sebab tidak banyak ikan pun. Maybe kalau aku pandai berenang, dan boleh berenang lebih jauh, lebih dalam, lebih banyak yang aku dapat lihat.
Dan mungkin juga atas faktor Pulau Mabul yang kotor, menyebabkan ikan pun tidak berapa mau ada.
Senang ja mau dapat plastik-plastik, botol, kotak rokok dan bekas makanan di laut Mabul.
Sedih :(
Mungkin, dorang patut ambil langkah pembuangan sampah macam di Perhentian.
Ada ja feri sampah yang angkut sampah dari Perhentian.
Review snorkeling di Kapalai
Amat lah best. Kalau mau dibandingkan dengan Mabul, memang la jauh panggang dari api.
Mungkin sebab kebersihan di sana terjaga.
Ni adalah contoh video yang aku amik dalam laut di Kapalai
Review kemudahan snorkeling dengan Billabong Scuba Mabul
Dorang tiada life jacket yang saiz kanak-kanak. Sian Addin dan Zara.
Seb baik aku bawa pelampung tangan dorang tu.
Sian untuk aku juga la sebab aku pun bukan besar sangat. Hoho.
Dan dorang tiada juga snorkel mask yang khas untuk kanak-kanak.
Next time, kalau kami mau cuti-cuti snorkel, aku mau beli snorkel mask khas untuk Addin dan Zara.
Tapi layanan snorkel instructor dorang ni memang bagus. Thumbs up!!
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment