google analytic

Nuffnang

Friday, September 19, 2014

Cuti-cuti Mabul 2014 (Jalan-jalan Bandar Tawau dan balik KL)

Selesanya tidur walaupun ada rasa sejuk sikit.
Aku berebut selimut dengan Addin.
Macam kecil pula selimut tu.
Abang Edi share katil dengan Zara.

Selamat Hari Malaysia, Tawau!
Pemandangan dari dalam bilik.
Nampak laut dan bandar Tawau.



Penimbang berat yang rosak.
Apa kejadah aku 8kg ja.

Breakfast dulu.
Untuk Addin kena bayar extra, RM18 untuk rate budak-budak.


Cafe@7 Promenade Tawau

Makanannya? Bole la.
Yang penting Addin makan bertambah.
Nasi lemak with kari ayam, donut dan croissant. 


Jam 12.00 tengahari, kami checkout.
Dan ambil teksi ke Pasar Tanjung. Bayar teksi RM10. 

Sebenarnya Pasar Tanjung ni ada 4 tingkat rasanya.
Gambar bahagian pasar sayur ni ja aku sempat gambar.
Lepas tu kami jalan kaki ke Pasar Gantung.
Sebab aku mau cari rantai mutiara :)
Lebih kurang 200 meter sahaja.

Dari Pasar Gantung, kami ambil teksi ke Restoran IndoCafe yang glemer ni.
Time kami sampai tu, pemandu teksi tu terkejut sebab restoran tidak penuh.
Pacik tu bagitau, kalau hari kerja, orang sampai beratur tunggu meja kosong.
Wow!


Kalau tengok keadaan kedai, macam tiada special apa pun.

Kami order Nasi lalap, nasi ayam penyet dan nasi goreng ikan masin.
Review aku: boleh la. Habis juga kami makan.
Tapi si Addin macam tidak berapa mau. Tidak kena dengan tekak dia la tu.

Mango sago. Sedap delicious kebabom!

Tujuan aku datang Tawau pasal mau rasa sanggar cheese ni.
Review aku: Sedap tu sedap. Tapi sedap lagi aku rasa yang adik aku si Tasha buat. 
Haha. Mungkin sebab Tasha guna gula melaka yang diparut.
Tapi dorang ni guna gula perang.
Dan kulit pisang goreng dorang ni ada tebal sikit. 

Yang penting, habis.
Si Zara sampai mengikis pinggan lagi.
Habis semua crumb dikikisnya.

Masa masih awal lagi. 2.30 petang.
Kami patah balik ke hotel, simpan barang hasil belian tadi dan masuk ke Eastern Mall.

Kami sekeluarga gunting/cuci rambut di salon.

Pastu baru lah ke airport. 
Dan masa untuk pulang.

Hanya ada 2 beg ja. Dua-dua masuk cabin.
Pandai betul aku pack light untuk cuti kali ni.

Jumlah kalori Nasi Tomato kurang daripada Nasi Kari Ayam Hijau.
Jadi kali ni aku makan nasi tomato la. 

Sedap. Tapi sayur kubis tu aku tidak makan sebab macam hangus.
Gambar blur sebab sedang turbulence. 


Sesampai di klia2.
Punya la main jauh gate dengan tempat luggage claim.
Jauh macam di airport Gatwick.
Tapi klia2 ni memang cantik. 

Kami balik pun dijemput oleh Nurul. 
Jimat duit transport :)

Hasil rampasan kami:

Amplang. RM5 sebungkus.
Aku minta diskaun dapat la RM4.50 sebungkus.
Aku rasa bole dapat kurang lagi kalau aku orang Tawau.
Tapi malas la aku mau diskaun sangat.
Beli di Pasar Tanjung.

Baju Addin dan Zara. RM15 sepasang.
Beli di Pasar Gantung.

Satu set rantai dan bracelet mutiara air tawar.
Harga RM50.
Beli di Pasar Gantung.

Perhiasan lepa-lepa Semporna.
Harga RM40.
Beli di Pasar Gantung.

Congkak dengan kulit siput.
Permintaan si Addin.
Harga RM20.
Beli di Pasar Gantung.

Tiga item di atas: set mutiara, lepa-lepa miniature dan congkak tu aku minta tawar dari macik peniaga ni jadi RM100 ja. 
Semoga makcik murah rezeki :)

Review aku tentang Tawau:
Sebuah bandar yang besar.
Bandar ketiga terbesar di Sabah selepas KK dan Sandakan.
Makan seafood yang murah. Best!
Tidak akan hesitate sekiranya dapat berkunjung ke Tawau lagi.

Review aku tentang Cuti-cuti Mabul 2014:
Alhamdulillah, kami selamat.
Seronok sungguh dapat sampai dan snorkel di Mabul dan Kapalai.
Dan aku bersyukur juga sebab kami ditemukan dengan orang yang baik-baik selama kami Semporna, Mabul dan Tawau. 
Tiada pula aku terasa aku dapat layanan yang sombong daripada dorang-dorang yang kami jumpa ni.
Semua pun aku rasa memberikan layanan mesra yang ikhlas saja.
Oh.. kecuali ada sorang staf di receptionist Promenade Tawau ni. Aku rasa dia sedang senggugut mungkin. 

Till next time. Bye!


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...