google analytic

Nuffnang

Tuesday, January 29, 2008

Friendster

Access to friendster sudah kena block!!!! Hahahaha…. Gelakkan diri sendiri… tapi aku tak berputih mata.. I can still check my prenster account at home using my Edge.. dan aku tiada hasrat untuk buat akaun lain name it Tagged ke, Myspace ke, Facebook ke… apa2 la… penat le nak buat akaun baru… males nak maintain…

This a new beginning actually.. dulu, time mula2 kena block YM pun aku macam terkujat juga… macam janggal… tp lama2 ok ja… boleh hidup juga…


Muffins

Semenjak aku beli oven aku yang tak seberapa tu… rajin la aku cari resipi yang mudah2 untuk di try.. setelah 3 trial yang hampes… mula2 tak jadi langsung, second was lembab – pasal aku letak penuh2 dalam paper cup, third was bantat).. akhirnya aku macam mengalah.. aku buat kek batik… hahaha… habis la aku masukkan semua ingredient yang ada.. almond, cashew, kismis… tapi husband aku puji.. dia cakap setaraf macam brownies di Hard Rock CafĂ©… hahaha.. org opis aku pun cakap sedap…


Semua pujian aku ambil secara positif.. aku nak try bake lagi.. kali ni aku beli tepung segera… hahaha.. tapi aku mau lebih adventurous… aku try buat strawberry jam muffin… hasilnya, MENJADI!!.. still, laki aku cakap tak sedap, psl dia kata strawberry jam tu manis.. ah, tak kisah la.. yang penting, JADI! Nanti aku mau try buat yang ada cheese pula..

Dan aku semakin perasan, aku kembali kembang macam time mengandung dulu… nak kena maintain ni… keding tamau, kembang pun minta dijauhkan…

Jalan-jalan ke Aquaria

Last 2 weeks, kami pergi Aquaria… time tu Zizou belum pandai jalan.. sekarang sudah pandai… yeayyyy!!! Berapa umur Zizou sekarang ye… hmm.. dah 13 bulan lebey… apa yang ada di Aquaria? Banyak binatang… binatang laut ada, darat pun ada… angin ada ka? Hmm… Zizou paling suka tgk ikan and turtles…. Pasal dia ada toy turtles yang akan menyanyi sampai habis bateri kalau ditekan belakangnya..






Friday, January 11, 2008

Instant Puff

Setakat ni, aku suda try buat 4 jenis instant puff. Semuanya sedap dan mendapat pujian yang memberangsangkan daripada husbandku yang terchenta, anakku Si Zizou yang terchenta serta beberapa kawan opisku yang dihormati.

Macamana anakku boleh puji instant puff yang aku buat sedap? Well, aku try bagi dia apple puff yang aku buat. And he keeps coming back for more sampai habis satu puff dia makan. For me, it's a good compliment.

Husbandku pula cakap, ble bawa ke tengah, ble berniaga... ini adalah caranya memuji kalau satu2 food yg dia makan tu berkenan...

Kawan2 seopis pula tanya macamana aku buat. Aku dengan bangganya pun cerita la... (bangga kunun, bukan aku buat pun puff tu... inti saja yang aku buat)... hehehe... bila dorang tau aku buat senang gila, ramai la yang berhasrat untuk buat sendiri bagi dijamu kepada suami, isteri dan anak masing2...



sausage puff - pakai cheese sausage (dibahagi 4) , gulung dengan rota pharata instant yang dibahagi 4, disapu dengan kuning telur, bakar 40min 180 celcius


pizza gulung - sapukan pizza sauce pada roti phrata instant generously, letak cheese (aku pakai cheesedale keping saja), lepas tu taburkan sausage yang dihiris. gulung dan potong 4. letak pada paper cup.. (my aluminium foil suda habis). bakar 40min 180 celcius



sardine puff (yg 3 segi) - potong pharata 3 bahagian. bubuh sambal sardin. lipat dan kemaskan dengan garfu di bahagian tepi. sapu kuning telur. bakar.

apple puff - sama juga macam di atas. tapi bubuh inti apple (rebus apple yang dipotong dadu, letak sikit brown sugar, cinnamon sugar dan garam). sapu kuning telur. bakar.

semua sedap. tapi, aku ada peringatan. setakat ni aku guna phrata jenama Kawan dan Springhome. aku prefer guna jenama Kawan pasal hasilnya - lebih gebu, garing, flaky, kembang cantik, wangi. kalau jenama Springhome - tak berapa gebu, tidak garing, takde bau wangi, tak kembang, dan cepat lembek. (apple puff dan pizza tu aku pakai springhome)....

kalau mau bagi cantik lagi, kelar2 dulu puff sebelum sapu telur dan bakar... yang aku buat ni, semua tak cantik.. asal buat saja.. memang tiada seni...

cuba lah... senang dan sedap dan melatop... kalau tade oven, goreng pun sesuai.

projek lepas ni? aku mau buat cinnabon... letak cheese, tabur black raisin, cinnamon sugar dan gula halus sikit... lepas tu gulung... mesti nyaman...




Wednesday, January 9, 2008

Baki trial

Baking? Yezza…. Sekarang mummy Zizou sudah ada oven… beli last weekend di Giant Bukit Kinrara… (sudah survey di Carrefour Alamanda, tp macam tidak best ja pilihan… lepas tu ingat mau pegi Jusco depan rumah saja… tp time tu hujan pulak… Jusco tu sudah la tiada covered parking)…

Beli jenama Takada, kapasiti 17 liter at only RM109. Tatau la jenama tu elok ka tidak… yang penting, aku tidak mau membazir beli benda yang aku baru mau try guna… so, kalau beli murah pun… let say nanti jadi tukun ka, rosak ka.. so, aku tidak akan menyesal… apa2 pun, aku beli guna duit aku sendiri… tamau pakai duit husband… psl takut oven tu jadi 'gajah putih'… lepas tu aku akan disindir2 oleh tuan punya duit… lebih selamat guna duit sendiri… hehehe…

First try, buat chocolate oat cookies… hasilnya? Menjadi tapi macam manis sikit… me and my hubby tidak fancy benda yang manis2 ni… so, next time kalau aku mau buat lagi, aku akan kurangkan gula..

Second try, aku buat sausage puff… hasilnya, amat memuaskan… husband aku yang bukan penggemar sausage pun jadi suka.. amat lah simple… just guna instant phrata jenama Kawan, sausage cheese jenama Ayamas, lepas tu disapu dengan kuning telur… bakar selama 40 minit… memang sedap…

Lepas ni, aku mau try buat puff pakai inti sardine, inti karipap keledek dan inti apple pie pula… gambar? Nanti aku upload kan…

Nya orang brunei, nyaman eh….

Lack of Weight issue

Semalam, bawa Zizou ke klinik for medical checkup… lepas kena MMR jab last month, next appointment patutnya time Zizou 19 months… tp pasal Zizou punya berat badan ni just nice saja, so nurse tu mau buat thorough monitoring… berat Zizou sekarang hanya 8.4kg sahaja…

Zizou kena bagi ubat cacing dan multivitamin… lepas tu, aku dinasihatkan untuk bagi Zizou masakan yang berminyak dan berlemak…

Pening aku…

Monday, January 7, 2008

Si Zizou yang ensem

Aku sure setiap ibu pun mesti akan puji anak dia hensem, cantik, pandai, bijak, baik....

Bukan saja mau bangga diri... tapi every mother's words tu kan doa...

Ibu bangang saja yg akan cakap anak dia tak ensem, tak bijak...

Dan sesungguhnya, aku tidak bangang.... malah, aku amat berbangga dengan Zizou aku walaupun dia masih belum banyak kemahiran... umur baru 13 bulan...




Aku dan daddy si Zizou mmg suka bagi Zizou ni pakai sunglass




on the way ke rumah nenek untuk hari raya haji.. tapi Zizou tade mood... maybe psl mummy dan daddy bg dia pakai songkok...



lagi gambar Zizou gembira pakai sunglass...



Zizou ni masih tamau jalan... tp reti pula naik kuda beroda ni...

kain baju Zizou dan daddy.. satu kayu...

Friday, January 4, 2008

Dapur dulu-dulu

Skg ni aku tgh kemaruk mau beli electric oven. Sebenarnya aku sudah ada benda alah ni… dapat hadiah time kawin dulu.. tp psl time tu aku mmg tade minat mau baking semua ni, aku bagi la sama mama aku.. mama aku ada oven bulat butterfly tu ja…

Jadi, bila minat mau baking tu timbul, aku minta balik sama mama aku, dia kata malas dia mau bawa ke KL all the way dari Labuan. Dia suruh aku beli baru ja. Pasal dia kata bukan mahal pun.

Mmg tak mahal pun, mampu ja aku beli satu… Cuma, aku fenin… tatau mau beli brand apa, besar macamana….

Time aku surfing2 tenet, aku pun ternampak la satu gambar ni… rasa macam pernah nampak ja.. aku rasa, time aku kecil2 dulu, mama aku pakai dapur macam ni…




Teringat zaman dolu2….

Thursday, January 3, 2008

Selamat datang 2008!

Hari ni 3 Januari 2008. Awal tahun baru hari tu, Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai orang yang ada kaitan dengan aku. (Ada kaitan ka? Ada la sikit2….) siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Menteri Kesihatan. (sekarang sudah jadi bekas menteri).

Bukan mau cakap aku saja terkujat pasal pengakuan beliau dalam dvd lucah tu. Aku rasa satu Malaysia pun terkejut. Ya la kan… pasal menteri kesihatan sorang ni bukan jenis orang yang huha2 banyak kecoh tak tentu pasal. He himself mmg tak byk cerita.. kalau bukan pasal keluar kompelin tentang hospital buat prob dalam news.. org pun mungkin lupa siapa la gerangan menteri kesihatan ni… not because he did not doing his job… but mostly because he is a down to earth person… tape la… jasamu tetap dikenang…

Enough about him… apa cerita aku di awal tahun baru pula? Hujung tahun 2007 aku dihabiskan dengan saat2 aku mengerang kesakitan di atas katil.. mula2 aku pening, lepas tu demam sejuk satu badan.. lepas tu hilang selera makan, sakit satu badan, lenguh segala sendi… aku sampai suspek yang aku ni pregnant…. Habis hilang mood… aku sudah bagi warning to my husband.. kalau aku mengandung, habis la aku tanak tegur dia for the next 9 months…

Hahaha… buduh2… rupanya, aku kena demam campak or german measle… selain daripada aku suspek aku kena pregnant, aku juga suspek yang aku kena denggi… tapi berdasarkan daripada consultation aku dengan doctor di hospital putrajaya, dia cakap measles aku tu sah measles pasal ruam aku tu gatal… ches… seb baik kena demam campak… just hoping si Zizou tidak kena jangkit pasal dia sudah pernah kena demam campak dulu….

For the time being, aku amat sensitive dengan perkataan mengidam, sakit perut, loya2, mual2… I'm just not ready for the next project… walaupun pengalaman pregnant aku sebelum tidak lah terlalu mentraumakan.. still, aku tetap phobia…

Tapi kalau terjangkit pun nak buat macamana… rezeki tuhan nak bagi ye tak… husband aku terima saja..masalahnya, bukan orang tu yang menanggung beban mengandung 9 bulan + 2 bulan pantang…

Makcik ni jugak…

p/s: sampai skarang pun aku masih rasa gatal2… dan aku bertambah kurus… uuuu… sesapa ada daging lebih, meh la sedekah sikit bagi kat aku…

Tuesday, December 18, 2007

Merepek meraban

Kunci Khazanah

Selalu kan kalau pagi2 time tengah aku bersiap2 mo pigi opis (cooking, pressing my baju kurung, mandi, siapkan zizou), husband aku mesti pasang channel Astro Ria pasal ada Kunci Khazanah. Jadi, pagi2 ja aku mesti riuh menjawab mana2 soalan yang aku tau (kalau tidak tau, riuh juga, pasal aku keep guessing the answer).

Tapi pagi ini, selain daripada aku menjawab soalan, mulutku juga bising mengutuk peserta yang join Kunci Khazanah tu.. pasal? Macam ntah apa2 ja… macam bungung ja… banyak beli jawapan daripada agen ja.. aku yakin dorang terer, maybe lebih terer dari aku.. mungkinkah mereka nervous? Then, soalan paling kacang pun mereka tidak ble jawab? Hmm… tatau le saya… kalau ada rezeki, saye pun nak join jugak…


DiGi

Sekarang aku bertambah gembira kalau bekerja di opis. Sebelum ni gembira juga, tapi ada less sket. Pasal sebelum ni, DiGi coverage di opis aku mmg macam hmm…. Males aku… tapi semalam, aku terperasan yang Digi coverage di hp aku full bar memanjang… dari aras 5 sampailah la ke basement tempat parking kereta..(yang tingkat atas2 tu, sah2 full bar)…

Sudah lama aku berura2 mau tukar ke maxis ka, celcom ka… tapi tidak pernah buat… pasal aku ni adalah loyal customer of Digi.. dorang pernah bagi aku 'airtime terpijak' or durian runtuh sebanyak RM888 yang aku habiskan hanya dalam masa 3 bulan sahaja.. hahaha…

Sekarang, aku tidak lagi guna prepaid.. nombor yang prepaid tu aku bagi sama si nurul, adik aku. Aku sekarang pakai postpaid… dan dengar khabar, Digi pun bakal menyediakan perkhidmatan 3G to the customer… bagus, thumbs up to Digi… apa2 pun, sebenarnya aku puas hati ja dengan Edge dorang ni… much more better than using TMNet dial up. (mestilah dude…).. I'm reluctant to use Streamyx, pasal aku malas kan menginstall2 ni… mau pakai wireless broadband dari celcom and maxis? Hm… aku malas mau tambah surat cinta (bills!!!!!) setiap bulan…

Anyway, I love my Digi… he will follow me where ever I will go… dan Zizou pun suka dengan Digi punya iklan di TV… and my best friend pun kerja dengan Digi… kiranya aku dengan Digi ni mmg berjodoh la…

Tears of a young mother

Hari ni, zizou sudah pun berumur 1 tahun 2 minggu 2 hari.. dia belum pandai berjalan.. dan amat marah sekiranya tangannya dipegang untuk bertatih.. juga amat marah kalau dimasukkan dalam walker.. dia suka buat kerja sendiri.. cruising di sofa, memanjat kerusi, panjat walker, panjat coffee table..

Kalau dia mau bergerak lebih pantas, instead of merangkak, dia akan meluncur dengan menggunakan bantal, bangku kecil ataupun walkernya. (pegang objek2 tu untuk berjalan, macam tongkat gitu)…

Weekend baru2 ni, dia sudah menunjukkan skillnya berdiri sendiri.. dan sudah bertatih sendiri 6-7 langkah… aku pula lebih2 excited… setiap kali dia terduduk lepas 6-7 langkah tu, mesti aku peluk dia sambil tepuk tangan… rasa macam mau menangis pun ada… gembiranya menjadi seorang ibu..

Friday, November 30, 2007

Hotels Rating

Sepanjang bulan ni dan akhir bulan lepas (just after raya)… aku busy dengan travel yang bersilih ganti.. week after week… 3 days and 2 nights for a trip… lepas tu, terpaksa meninggalkan Zizou bersama daddynya… huhuhuhu…

Daddy Zizou? He did a great job… aku saja ja tinggalkan Zizou dengan daddynya without any help from anybody (kecuali kalau sebelah siang..still the same routine, hantar Zizou ke rumah mbahnya).. biar la sebelah malam just the two of them.. daddy and zizou… biar dorang bonding lebih erat lagi…

Aku ada 4 trips… Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu dan Johor Bahru… yg first pi KB tu, Zizou mengamuk sakan… pi Kuching, lagi dia mengamuk sampai mogok tanak susu… pi KK pula, aku bawa dia (terus singgah Labuan).. daddynya tinggal di KL, jadi orang bujang kejap… pi JB, sekali lagi daddy jadi bapa tunggal..tp kali ni Zizou amatlah well behave… good boy…


Aku mo bagi review pasal hotel yang aku stay sepanjang aku outstation tu…

Hotel Renaissance Kota Bharu…
  • Very nice room… dia bagi 4 bantal yang amatlah selesa… single bed yg amatlah spacious untuk sorang tidur… (roommate aku cakap, kalau time tidur dia tidak tau aku dimana…bawah bantal ka, bawah selimut ka..mana2 ka..aku tenggelam dalam lautan bantal)…service? Boleh la… food was bland dan ntah hape2… aku bagi 3.5 star out of 5…
  • Aku belanja besar di KB ni… almost RM600…beli baju batik, keropok dan serunding…and also my gold earring…hehe… nak merasa emas Kelantan…


2 gambar di atas ialah di Royal Lounge Renaissance..

  • Hotel Crowne Plaza Riverside Kuching
    • Antara semua 4 hotel… ni la aku paling suka banget… very nice room… various options for breakfast… looking forward to stay at this hotel for my next visit to Kuching… (kalau ada rezeki)… good service…
    • Aku belanja tade la besar sangat di Kuching.. beli kek lapis Resipi Warisan (sedap banget..not only good looking but fine tasting also).. beli terubuk masin… typical ole2 from Kuching… aku bagi 4.8 star out of 5…

  • Hotel Palace Kota Kinabalu (was known as Berjaya Palace)
    • Boleh la… baru renovate… bilik hotel dia kalau install di rumah mmg kelas… no bathtub… (boring… kalau ada senang bagi mandi Zizou)… service? Boleh la… food ok… aku bagi 3 star out of 5…
    • Tak belanja apa pun.. kecuali belanja Nurul dan bapa aku makan… lepas tu setakat beli ikan bilis, udang kering…

  • Hotel Selesa Johor Bahru…
    • Of all 4 hotels… yang ni la paling ntah hapa2… no remote control for tv, no hairdryer (semua pun mau kena minta dulu..lembab)… lepas tu, ble ambil used towel tp bagi fresh towel lepas kena request.. what the heck..tisu toilet pun mo kena request jugak… service? Hmm… but the food is ok….aku bagi 2 star out of 5…
    • Di JB ni… aku beli otak2 kempas 100 keping… hehehe… RM30 only…

p/s: gambar lain takde... pasal aku bukan jenis suka sangat amik gambar... huhuh...

Tuesday, November 20, 2007

Advance wish from Mummy: Happy first birthday Addin Zidane!

Tidak lama lagi, Zizou akan melangkah ke umur 1 TAHUN! Aku dan Edi mmg excited tapi dalam masa yang sama, kami mmg teda idea apa yang sesuai dibuat untuk sambutan hari jadi si Zizou ni.

Makan kek? Hmm… aku dan si edi bukanlah omnivor yang suka sangat makan kek. Setakat satu slice tu boleh la… Zizou makan kek? Well, aku dan si edi memang la amat berhati2 dalam isu food apa yang boleh diberikan kepada Zizou due to his sensitive skin issue. But lately, teda lagi eczema menyerang Zizou. Adakah kerana pertahanan tubuhnya sudah semakin membanggakan? Maybe.. but still, mesti terus berwaspada.

Adakah aku perlu buat party? Atau mungkin kami hanya buat sambutan bertiga sahaja? Kami ada dinner voucher di Hard Rock CafĂ©. Aku ada juga buka mulut untuk lunch di HRC untuk sambut besday Zizou. Tengok la.. kalau edi setuju, boleh saja… tapi macam boring ja kalau makan bertiga2.. tambahan lagi, Zizou pun bukan reti makan sangat… takut dia mengamuk pula time lunch tu…

Apa yang pasti, pada tarikh keramat tu, 3 Disember 2007 (setahun lepas, tarikh ni la aku sakit bersalin lepas tu kena putung Caesar), si Zizou akan dicucuk imunisasi – aku pun tidak sure imunisasi apa yang dia akan kena.. hehehe… sian anak mummy… ala, sakit sekejap ja… untuk kebaikan Zizou juga… pasal sudah ada experience Zizou kena cucuk, ambil darah, tidur di wad – aku suda teda perasaan sedih sekiranya Zizou menangis kesakitan sekiranya untuk tujuan kesihatan Zizou juga…hatiku suda kering… yang penting, Zizou sihat..

Monday, November 12, 2007

Post Raya

Hi kengkawan... sori la kerana tidak balas segala comments tu.. aku busy bangat deh. Outstation manjang. ni pun besok kena terbang lagi. So, selamat hari raya (walaupun zulkaedah sudah menjelma).

Aku makin kurus? cengkung? Hmm... memang tidak dinafikan lagi. But, i ain't dieting. Aku pun heran. Selera makan aku ok ja, dan aku rasa energetic saja.

Adik aku cakap, mungkin aku terkena penyakit kadar metabolisma terlebih. Since ada baby ni, multitasking skill aku sudah semakin tajam. Aku ibarat lipas kudung yang ada lebih kaki.

Care to learn? Do give birth urself a baby. Not just an ordinary baby. Makesure when he/she is 5 mth old, he is as active as an athleteman.

Plus, to do your house chores, do not asking help from anybody (name it your mom, maid - sesapa yang pompuan la - kalau lelaki, tu bukan help sebenarnya. Because man never help actually. Sorry darling!). Bila seorang ibu buat kerja sorang, then she is an active mother.

Ada lagi satu, do breasfeed your baby. Seorang baby yang active akan menghisap segala kalori daripada seorang ibu yang aktif.

I'm not proud actually. Mula2 aku pun buat dek saja bila orang cakap aku makin kurus. Aku tidak pernah mau jadi kurus, tapi aku suka kalau aku jadi slim and fit. Berat aku sekarang lebih ringan daripada zaman aku study dulu. Berapa? 36kg only. (Tapi aku pun pendek ja, ngam la kali)..

Bila sudah terlampau ramai yang komplen aku kurus, ditambah lagi dengan desakan parents aku yang mau aku buat medical checkup, aku jadi tidak keruan.

I did ask my doctor, perlukah aku buat checkup? Makan ok? OK. Tidur ok? OK. Ada pening? Tade. Tension or sedih? Tade. Then the doctor said, ok je la kot. Tapi dia bagi aku vitamin pasal dia kata aku menyusukan baby. So, breastmilk pun akan jadi lebih berkhasiat.

Apa2 la… yang penting aku rasa sihat. Anak aku gembira. Suami aku gembira. (sebenarnya, dia sedey pasal aku tidak tembam dan gebu seperti dulu… huhuhuhu…)

Thus, aku mau upload gambar raya pun macam segan. Kerana gambar2 ku kurus deh.

Friday, September 14, 2007

Aku mau jawab survey

  1. the reason you are where you are rite now?
    :: di opis… sebab aku kena kerja..dan makan gaji..

    2. the reason you wake up in the morning?
    :: sahur, siapkan zizou, siapkan diri sendiri untuk pigi kerja…

    3. the reason you love your favourite song?
    :: sesuai dengan selera telinga aku..

    4. the reason of the way you're feeling today?
    :: hmmm… ada la sikit hal tadi..

    5. the reason when you fall in love with someone?
    :: sebab aku chenta dia…

    6. the reason you cry?
    :: kalau aku tgk cerita seedy.. dgr lagu sedey.. baca cerita sedey..

    7. the reason you went out on Saturday nite?
    :: jarang aku keluar Saturday nite.. jadi mama orang suda kan…

    8. the reason you laugh out loud?
    :: aku mmg bukan jenis ketawa pelahan…

    9. the reason you wake up late on weekend?
    :: bangun lambat weekend pun jarang suda aku..


    10. the reason you read a magazine?
    :: ni mmg hobi aku…

    11. the reason you watch television?
    :: kegiatan utama di rumah sambil watch for zizou…

    12. the reason you yell all the time?
    :: not all the time la…

    13. the reason you hate someone so much?
    :: kalau dorang buat taik, mesti aku benci…

    14. the reason you throw stuff from your closet?
    :: perkara ni aku tidak buat..

Monday, September 10, 2007

Perihal Bonus

Tahun ni kerajaan tidak mengumumkan bonus untuk kakitangan awam..

Aku rasa ok ja… tidak la mengharap, kerana pemberian bonus tu bukannya wajib… tapi, ada la sedikit sinar harapan tu… bila tidak diumumkan, aku redha ja…

Lagipun, bulan Julai baru2 ni pun sudah diumumkan kenaikan gaji.. aku dapat 15% increment.. kira orait la tu… walaupun tidak dapat COLA, tapi elaun wilayah aku pun naik sikit pasal based pada gaji pokok… Elaun Wilayah aku lagi besar daripada COLA pun sebenarnya…

Bila baca paper hari ni, ada yang bersyukur walaupun tidak dapat bonus kerana sedar diri bahawa gaji basic telah dinaikkan…

Tapi, masih ada yang masih mengharap dan menagih2 dari kerajaan.. kononnya, kalau dapat bonus, maka perayaan syawal nanti lebih meriah… kononnya, ada yang sudah memasang impian untuk beli apa2 la kalau dpt bonus… tp pasal tak dapat, maka tinggal angan2 saja la…

Hmm… aku rasa la… sepatutnya, bajet untuk raya tu tak ble la tunggu bonus semata2… nama pun bonus, kalau kerajaan ada pendapatan lebih, dapat la bonus tu… kalau takde lebih, takkan la nak bagi juga kot… bonus tu tidak wajib… dah dapat gaji on time pun kira bersyukur la… (aku pernah berpengalaman kerja private, gaji dapat lambat….sengsara nya….)

Apa2 pun, Islam tidak menggalakkan umatnya berlebih2 dan membazir untuk menyambut syawal… sambut la dengan seadaanya dan sekadar mampu…

Bersyukur la dengan rezeki yang sudah diberikan… jangan la sudah dapat betis, nak minta paha pula…

P/s: Bonus tu sepatutnya lebih sesuai untuk bayar hutang yang berfaedah tinggi, masuk akaun pendidikan anak ka, melabur ka….


Anugerah Era 2007

Ada tak tengok AE 2007 malam sabtu baru2 ni?

Me and my hubby tengok… sambil2 tu, kejap tekan remote control tengok TV1 sebab ada Piala Malaysia, kejap2 tengok TV3 ada Majalah Tiga..

Overall, AE 2007 – boring and dull… I prefer AE 2005 sebab ada Saiful Apek buat lawak…

My husband was impressed with Jinbara's performance..

Aku pula.. suka tengok persembahan Manusia Lupa.. bukan part si Akhbar nyanyi rap yang ntah apa2 tu.. tapi part kumpulan nasyid nyanyi mendayu2 and Tukang Kata nyanyi rap… amat lah menusuk perasaan… tambah menusuk lagi bila Tukang Kata menitiskan air mata mungkin kerana dia sendiri terlalu khusyuk dan menjiwai lirik rap tersebut…

Clearly, walaupun lagu tu supposed to be lagu si Akhbar… tapi sebenarnya telah di over shadowed oleh Mirwana dan Tukang Kata.. mamat Akhbar tu menyanyi macam tiada jiwa… no wonder la dia tidak famous amos..

Yang kelakar pula, ada ka patut si Ogy Ahmad Daud ble cakap Tukang Kata tu cam Wan Chik Omar sebab Tukang Kata pakai kain macam tudung…

Mana2 la kak Ogy oi… yang penting, Tukang Kata rocks!!

p/s: Jangan jadi manusia lupa… jangan jadi melayu mudah lupa…

Thursday, September 6, 2007

CARTA TOP 3

To know me is to love me.. (Yeah, love me bebeh…)

Aku mau buat carta semasa top 3 ni…

Carta top 3 – perkara semasa yang paling aku suka…(selain daripada Zizou dan daddynya)

  • UNAGI SUSHI (EEL SUSHI)
    • Banyak2 sushi, unagi ni la paling aku suka. Aku tidak pernah makan belut selain daripada yang dimasak dengan cara jepun. Sushi yang aku paling elakkan ialah salmon. Lepas tu, sushi yang togel (tidak dibalut dengan kepingan seaweed warna hijau) pun aku tidak suka. Aku rasa, part hijau tu yang sebenarnya yang kick tu. Makan sushi mesti ada wasabi. Lepas terasa wasabi tu, mesti aku rasa nasal (hidung) aku clear seclearnya… kalau hubby aku beli sushi tapi teda unagi, aku merajuk tapi tetap akan makan sushi yang dibelinya sambil mendiamkan diri (biasanya aku ni becok). Macam mengidam ja bunyinya..hahaha…


  • SUDOKU
    • Aku start kenal puzzle ni sejak aku suka baca magazine Womes's Weekly Malaysian Edition. Puzzle ni ada ni page belakang. Mula2 aku tidak faham dan rasa macam sukar ja mau master..tapi bila sudah faham, aku jadi ketagih especially time aku pregnant dulu. Asal ada waktu senggang, mesti aku main Sudoku.tahap ketagih aku sampai termimpi2 dalam tidur. Husband aku jadi pelik dengan kegemaran aku yang macam tidak dapat ditahan2 ni tapi dia kata maybe pembawakan baby. Dia kata elok la.. daripada tidur saja, bagus aku tajamkan minda.
    • Tapi lepas beranak, aku tiada masa mau main Sudoku. Lately, aku keep in touch balik dengan Sudoku. Dan ketagihanku datang semula. Nanti, Zizou sudah besar aku mau ajar dia main Sudoku. Lepas tu, kami boleh celen sesame sendiri. Hehehe…


  • KAMPUNG HALAMAN DI LABUAN
    • Lawatan aku yang terakhir ke Labuan is about 4 months ago. Baru2 ni, family aku ja yang datang ke KL dengan tujuan untuk melawat kami dan bercuti di KL. Dulu aku ada plan mau balik cuti macam 2-3 hari camtu ke Labuan untuk berpuasa dengan keluarga di sana. Oleh kerana cuti tahunan aku semakin sikit, terpaksa la aku batalkan niat aku tu. Nasib baik hubby aku murah hati untuk bertolak ansur bagi kami balik raya tahun ni sehari sebelum syawal. Sempat la aku berbuka puasa walau sekali dengan keluarga aku di Labuan. I love you yayang…
    • Balik Labuan nanti, aku mau beli kolam plastic kecil untuk bagi Zizou main air di halaman rumah parents aku. (Dorang sure tidak bagi Zizou mandi laut)… syioknya…



Carta top 3 – perkara semasa yang paling aku menyampah…

  • ROAD BULLY
    • Ini la jenis seburuk2 umat yang paling aku benci. Especially kalau roadbully ni (selalunya lelaki) yang membuli pemandu2 wanita seperti aku. Dalam masa yang sama, dorang bukan memandu sorang. Sama ada dengan geng dalam kereta atau ada aweks lain dalam kereta atau berkeluarga dengan anak kecil.
    • Bagi aku, lelaki2 jenis ni adalah lelaki kategori bacul, ego saja besar tapi otak berkarat. Sesiapa wanita yang berkahwin dan bercinta dengan dorang ni memang malang pasal lelaki2 macam ni mesti adalah lelaki jenis panas baran dan pukul perempuan. Anak2 yang berbapakan dorang ni pun mesti pandai swearing, perangai tak senonoh juga akhirnya.
    • Dorang ni tidak terfikir ka bagaimana la kalau ada family member atau perempuan kesayangan dorang pun kena bully on the road. Try kasi kena sekali dengan dorang baru tau langit tinggi rendah.
    • Kesimpulannya, roadbully shud be rotten in hell!!! Aku memang benci tahap gaban dengan dorang ni.


  • SALES PERSON/PROMOTER YANG TAK BELAJAR SAIKOLOGI (PSYCHOLOGY)
    • This applied to sales person yang berdiri di kedai, promoter di kaunter, pelayan di restoran, orang perseorangan jual insurans, unit trust, MLM dan yang sewaktu dengannya.
    • First thing first, customer is always right. So, serve your customer right. (Pizza Hut di Alamanda Putrajaya mmg servis macam cipan)
    • Bagi orang2 yang jual insurans, MLM, kad kredit dan apa2 la yang sewaktu dengannya, kalau orang sudah cakap sekali tidak mau tu… sudah la…sebabnya, kalau orang tu interested, ko tak yah cakap banyak, kalau dia nak, sekali convince mmg dia mau punya..
    • Kalau mau menyakinkan prospect client, jangan la condemn orang tu… kunun pakej yg client dah amik tu tak best la, kad kredit dia ntah2 hape la, insurans dia tak ble pakai la… lagi la bikin turn off..
    • Yang MLM tu pula… bare in mind, bukan semua orang suka berbisnes… tak payah la cakap, cari duit lebih la, mende la… aku dah dapat beratus ribu, ko tu tade duit la… aku dah ada kereta besar, ko kereta kecik… tu la strategi paling bangang aku pernah dengar… mau buat marketing biar berhikmah.. kalau ko sudah kaya, jangan berlagak… tu semua rezeki Tuhan bagi… orang berlagak selalu rugi, kalau kena tarik balik, baru tau…aku gelak kat ko balik, nak?


  • OUSTATION
    • Kalau kena overnite, simply dun like pasal aku kena tinggalkan Zizou walaupun untuk semalam. Tapi, oleh kerana aku mesti bertanggungjawab dalam kerjaya aku, mau tidak mau, kena buat jugak.. walau hatiku berat meninggalkan my 2 favorites guy at home.. huhuhuhu…
    • Kalau pegi kursus or meeting balik hari pun aku boring especially kalau kena ke KL… penatnya terperangkap dalam jam…

Wednesday, September 5, 2007

Digital Image Management Conference


Aku pegi conference ni, starting on last Monday (for 2 days) at Mandarin Oriental Hotel, KLCC.

Mandarin Oriental Hotel? Very nice. Sudah pergi sana beberapa kali. Seminars, lunch, dinner.

Makanan mmg sedap.
Washroom pun bersih.
Surau pun selesa (especially when I need a place to do my special project - breastmilk pumping).

Tuesday, August 28, 2007

Orang Labuan datang..

Last week,family aku datang dari Labuan. Mama, bapa, Lina dan Aqil.

Tapi nda banyak ambil gambar..pasal banyak aktiviti dihabiskan di shopping complex ja.. (ada juga la tengok bunga api di Putrajaya...gila jam)

Bila sampai di LCCT, baru la terhegeh2 mau ambil gambar..

Lepas tu imigresen tahan, pasal nda bole bawa kerang.. jadi, terpaksa la mama dan si lina buka kulit kerang tu...hahaha... satu kerja la pula...



Upacara mengopek kerang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...