google analytic

Nuffnang

Wednesday, August 19, 2009

Avail Propolis – Testimonial baik punya

Last weekend, si Tasha dan mama aku flew all the way from Labuan ke KL untuk 1 tujuan (bukan 1 Malaysia) iaitu – shopping sebelum Raya.

Si Tasha memang sudah memasang aim untuk memborong tudung banyak2 di Jalan TAR pasal harga tudung di Labuan memang mahal... almost over 100% daripada harga KL. Mama aku tiada aim apa2 pasal dia pun baru turun KL 2 minggu lepas. Dia datang ke KL ni memang semata2 untuk menemankan si Tasha ja, with all expenses were covered by Tasha and me (si Jakir pun ada juga bagi duit poket sikit).

Aku punya aim hanya satu – cari kelengkapan untuk Zizou dan adik baby – contohnya baju dan seluar raya Zizou, lampin kain untuk adik Zizou, receiving blanket dan lain-lain yang aku berkenan.

Ceritanya, adik aku ni memang ada berniaga kecil2an – saja2 hobi – menstrual pad (pasal dia ada masalah menses tidak regular). Dalam masa yang sama, dia ada juga jual satu produk ni, namanya Avail Propolis.

Semangat la dia cerita sama aku kebaikan Avail Propolis ni.. antara testimonial yang dia dapat

  • Ada cikgu di sekolahnya eksiden, luka2 satu badan. Dia kasi try sama ni cikgu – titiskan 5 titik Avail Propolis ke dalam satu botol air biasa lepas tu spray ke luka2 cikgu tu. Alhamdulillah, berkesan. Tempoh penyembuhan – aku pun tidak sure.
  • Ada kawan adikku ni terkena ekzos motor panas. Jadi ada la kesan bulat melecur di kaki kawannya ni. Alhamdulillah, bila dia apply Avail Propolis ni, tidak sempat pun kesan lecur tu bernanah.. malahan sembuh cepat dan kering.
  • Ni cerita lain (tidak tau pesakit ni ada kaitan sama adikku atau tidak), pesakit leukimia (masih budak lagi). Mama dia kasi 3 titis Avail Propolis dalam susu anak dia yang sakit Leukimia tu.. within 3 months, Alhamdulillah, sel2 barah budak tu tiada lagi... dalam masa yang sama, memang budak ni berubat doctor juga la.

Time adik aku cerita tu, aku buat bolayan ja. Pasal aku ingat dia mau meniaga sama aku.. hahahaha...

Alkisah, petang Isnin baru2 ni aku menjemput si Zizou dari nursery, cikgu dia bagitau di kepala Zizou ada kudis.. ya ampun.... terkejutnya aku dengar... lepas tu cikgu dia tunjuk, ada kudis yang masih basah di atas kepada si Zizou... geli juga aku tengok (tidak pernah encounter bah pengalaman macam ni). Cikgu dia cakap, si Zizou selalu garu2 kepala dia... aku tidak perasan pula Zizou ada menggaru2 kepala dia di rumah. Kununnya, cikgu dia ble tau pasal si Zizou mengadu ada sakit di kepala dia.

In a way, i feel relieved, pasal maknanya – cikgu si Zizou ni concern la juga sama kebajikan anak2 asuhan dorang di nursery. Tapi dalam yang sama, geram juga.. si Zizou ni.. sama mummy tidak bagitau, dengan cikgu dia, dia bagitau pula. Cheh...

Aku pun terus jadi macam bingung ni. Tension kerana memikirkan tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan.. means, raya sudah semakin dekat. Aku nda mau si Zizou menyambut raya dengan keadaan kepalanya lompong kerana berkudis. Dan risau juga kalau kudisnya melarat.

Dalam masa yang sama, aku berfikir2 macamana la anak aku yang bertuah ni boleh ada kudis di kepala. Mau kata aku neglect kebersihannya, tidak juga. Sebenarnya, aku pun memang jarang ada pengalaman berkudis ni. Tidak pernah kudis di kaki time kanak2 dulu (kaki aku memang tiada parut kudis.. bersih ja pasal bulu kaki pun tiada... phewit... huhuhuuh.. cerita pasal kudis tiba2 masuk cerita bulu kaki pula).

Pernah sekali ja berkudis di siku.. tu pasal aku luka terjatuh.. lepas tu keep kacau the luka sampai jadi bernanah. The remedy? Mama aku kasi balut tangan aku dan letakkan daun elovera (lidah buaya) yang telah dikupas kulit dan dibersihkan pada siku aku. Dalam masa 1 hari, terus kering tu kudis.

Aku terus call mama. Si Tasha yang mendengar perbualan mama terus menyampuk "Kasi sapu satu titik Avail Propolis tu sama kudisnya"..... oooo... rupanya si Tasha ada kasi tinggal satu botol di rumah aku.. makcik baru tahu...

Ni la rupa Avail Propolis tu.. RRP at RM78.. memang size kicik. tapi bukan kena pakai banyak sangat pun.


Tanpa berlengah, aku pun sapu la Avail Propolis tu. Kesian Zizou. Sekembalinya abang edi ke rumah, aku terus ajak abang edi pegi barber untuk pendekkan rambut Zizou. MasyaAllah... every visit to barber shop memang akan jadi macam neraka... sama lah hal nya kalau bawa Zizou ke klinik/hospital jumpa doctor... meronta2 si Zizou ni time macha barber tu potong rambut dia... kesudahannya, rambut belum habis potong, abang edi sudah give up dan cakap dia akan sambung di rumah... tensennya aku...

Besoknya (pagi semalam), aku tengok kudis di kepala si Zizou ni sudah kering. Tapi aku masih belum menaruh harapan tinggi. Bingung2 lagi ni... mengenangkan anak nan seorang.

Dalam beg sekolah Zizou, aku bekalkan 2 pakaian dan 2 helai towel. Selalunya aku bekal 1 towel ja untuk kegunaan pagi dan petang.. tapi kali ni aku bekalkan 2 towel sebab aku mau pastikan cikgu si Zizou hanya gunakan tuala yang bersih dan kering untuk lap Zizou lepas mandi. Mana la tau kalau bekal 1 towel ja, cikgu dia longgok towel tu dengan towel budak2 lain, lembab la jadinya.. Lepas tu aku pesan untuk lap rambut Zizou kering2 lepas mandi. Then, sapukan 1 titis Avail Propolis tu di kudis Zizou.

Petang tu aku jemput Zizou, barulah aku tahu rupanya ada budak lain sebaya Zizou yang ada kudis ni di kepala juga.. hmmm... berjangkit la tu... nda pa la... mau buat macamana... duduk nursery kan... kudis budak tu belum baik lagi... tapi ubat klinik sudah ada.. Ooo... dan cikgu si Zizou ada komplen sikit, bau Avail Propolis ni kurang menyenangkan sikit (sikit ja pun) which is diakui oleh aku. Tapi, mau baik punya pasal.. kalau bau kentut sepanjang masa pun aku tidak kisah.

Bila sudah sampai rumah, aku tengok kudis Zizou sudah kering... tapi masih ada kesan merah lagi... jadi aku sapu lagi Avail Propolis tu...

And this morning, kesan merah tu makin hilang.... waa.... bagusnya.... but aku still bekalkan Avail Propolis tu ke nursery Zizou.. harap2 by tomorrow, kesan kudis tu tiada lagi...

Alhamdulillah.... I feel glad... harap2 kudis tu tidak akan datang lagi... Thanks to Tasha kerana mengenalkan aku sama produk ni... petang ni kita tengok lagi kepala si Zizou..

It made me think, adakah ini bermakna aku ble menggunakan kebaikan product ni time aku berpantang nanti? We'll see... And by the way, daun elovera memang baik untuk menyembuhkan luka luaran... makcik aku punya kesan caesar bagaikan tiada langsung pasal dia sapu daun elovera tu.. nanti aku pun mau try la (kalau aku kena potong la...)

4 komen:

Zabidah said...

utk tempoh penyembuhan cikgu F tu, begini.. sudah 4 hari dia eksiden baru aku dpt berita, then terus aku pg lawat dia, tp lupa bawa propolis, bisuknya kirim sama ustaz di sikul. dlm 7hb dia start pakai, 17 hb dia dtg sikul ok suda luka2nya, jd dalam seminggu lebih la.. consider this, dia ada diabetes, jd biasanya org kencing manis ni luka lambat baik, lebih2 lagi luka eksiden yg banyak tu, dan aku lmbt kasi tu propolis.. aku rasa klu awal nda juga sempat bernanah and maybe lebih cepat sembuh...

tasha

Naddea said...

kenapa kau pakai nama "Zabidah", tasha?

Zabidah said...

malas ku guna email ntasha1227@gmail.com tu.. karang kana klik, blog bodoh2.. itu email mama, blog mu ni nda dpt leave komen kalau nada id..

Sakura Yah said...

info yang sangat berguna

Linkwithin

Boleh baca ini juga