Baru terbaca entry dari blog sarakids..
Terharu la aku baca pasal seorang polis wanita di Sichuan, China yang menyusukan 20 orang bayi bergilir-gilir (non-stop tu...) sebab time tu ada kecemasan susu formula lambat sampai... kenapa lambat sampai? Sebab ada kejadian gempa bumi.. sila rujuk di sini
Macamana aku kalau dalam keadaan macam tu?
Kalau aku boleh menyusukan, aku akan menyusukan mana2 bayi yang dalam kecemasan dengan izin abang edi. Tapi aku positif, abang edi mesti tidak kisah. Nama pun kecemasan dan atas sebab kemanusiaan.
Aku memang pantang tengok baby/anak orang dalam kesakitan.. kalau aku tengok anak orang kena neb pun aku boleh keluar air mata.. huhuhu... ni kan pula menangis kelaparan..
Kalau anak aku pula yang dalam kecemasan, aku rasa aku pun kena redha juga dia disusukan oleh ibu lain... huhuhuh....
Syukurnya aku kerana Malaysia ni aman...
Semoga dijauhkan dari bencana... Amin...
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment