google analytic

Nuffnang

Monday, August 3, 2009

Pilihan hati


Sekarang, bahuku sebelah kiri masih terasa lenguh dek kerana dicucuk imunisasi Tetanus last week... kalau nak tidur mengiring sebelah kiri, memang susah bangat....

Next week pula, ada appointment untuk MGTT test atau dalam bahasa amaturnya, check kadar gula dalam darah. Test ni untuk check samada aku ada diabetes time pregnant atau tidak. Aku kena buat MGTT test ni pun pasal aku declare bapa aku ada diabetes. Macam menyesal pun ada juga pasal declare benda alah ni kan.. tapi kalau aku tidak declare, takut pula jadi benda buruk sama aku.. jadi, mau tidak mau, declare ja la...

Cara test dilakukan, malam sebelum pi klinik tu, puasa dari jam 10 malam. Puasa makan dan minum hatta tidak boleh minum air masak sekalipun. (Tapi berdasarkan pembacaan aku dari forum dan blog ibu-ibu lain di Malaysia ni, ada juga yang "bohong sunat" dengan minum air masak.. lantak le ye... masing2 punya badan). 

Pagi2, pegi klinik, buat urine dan blood test. Darah yang diambil pun bukan sikit2. Lepas tu minum air gula pekat tak hengat satu gelas. Kandungan gula/glukos tu memang sudah disukat. Untuk makluman, air glukos di KK Putrajaya lebih sedap dari air gula di KK Seri Kembangan. Pasal nurse di KK Putrajaya guna glukos perisa oren. And then, puasa lagi for another 2 hours. Buat lagi urine and blood test. Baru dapat keputusan. (Hm... aku rasa macam ni la cara2nya buat MGTT test ni...) Kalau ada yang termuntah time minum air gula ni, kena buat next appointment lagi. Means, puasa tu hanya sia-sia.

Sebenarnya, aku mau cerita pasal apa ni?

Hmm... dulu kan, time awal2 pregnant, aku sudah bincang2 dengan abang edi, mau bersalin di private. Mau merasa la kunun kena layan bak puteri ni.

Tapi, time aku pi check-up hari tu, nurse di KKPJ tu cakap, pada week 34 aku kena jumpa pakar untuk decide whether aku kena buat normal delivery or operation. Kalau aku kena operate, might as well aku bersalin di Hospital Putrajaya ja.

Selain daripada fee kalau aku bersalin di HPJ murah, fasilitinya juga lengkap. And then aku masih teringat kebaikan nurse yang attend aku di HPJ time aku bersalin Zizou dulu. Dorang ajar aku untuk breastfeed (sedangkan aku mmg tidak pernah buat any research apa pun pasal penyusuan ibu dan Alhamdulillah... kolostrum aku ada untuk mengenyangkan Zizou). Ada sorang nurse ni lagi, siap tanya aku nak basuh gigi ke tidak pagi selepas aku bersalin Zizou tu (ya la kan... aku masih belum larat berdiri). Jadi nurse ni pun tolong cari berus gigi aku dari beg.. mmg terharu la aku kan, pasal selalu sangat dengar cerita negative pasal layanan di hospital kerajaan. Alih2, aku pula dilayan dengan baik. Hanya Allah dapat membalas jasa2 kamu.

Baru2 ni, ada colleague aku baru bersalin anak sulung. Hasrat beliau adalah untuk bersalin di HPJ tu la.. tapi, tiada rezeki agaknya, beliau terpaksa bersalin di Az-zahrah pasal Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang full. Hmm.. harap2, time aku nanti, tiada la masalah macam tu.

p/s: Hati aku amat tenang bila ada seorang unknown makcik mendoakan aku "Semoga anak mudah bersalin nanti" hanya kerana aku membeli rempeyek daripada makcik tu. Kepada pembaca blog, doakan aku juga ok!... terima kasih.. may Allah bless you!

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...