Mukadimah sekejap
Semalam, hari ketiga berpuasa. Memang mencabar. Manakan tidak? Aku suda set alarm jam 4.30 pagi. Tapi aku selamba tidur balik. Bila terjaga sekali lagi, tengok2 jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi... aiyak!!! Sudah subuh... (memang abang edi tidak boleh diharap dalam hal ni... dia harap aku ja tukang kasi bangun)..
Kalau aku seorang, tidak apa. Masalahnya, ada bawa adik baby dalam perut ni.
Tahan punya tahan... gas sudah mula naik... ulu hati rasa pedih sekali. Sabar... fikirkan tentang ibu mengandung lain yang kelaparan.. bukan saja dalam bulan Ramadhan.. bulan bukan Ramadhan pun belum tentu dorang makan..
Alhamdulillah.. sempurna juga puasa aku semalam... nasib baik adik baby dalam perut ni sporting...
Baru masuk intermission (macam cerita Hindustan)
Semalam, semua diapers dan komponennya sudah kering... balik ja zizou dari sekolah, aku excited pakaikannya dengan cd coolababy.. ternyata si zizou pun berperasaan yang sama. Gembira kerana dipuji pakai "pampers hensem". Fitting memang ok.
Ngam2 jam 9 macam tu (aku agak ja pasal cerita Bio-Nik baru bermula di TV3), nampak si zizou seperti meneran. (Nasib baik aku ada kasi lining dengan nappy liner.. budget awal kot2 dia berak).
Abang edi awal2 suda surrender, dia suruh aku handle.
Lepas zizou menghabiskan business, rupanya si zizou ni berak agak cair sikit. Chet... selalu berak cam orang besar.. tidak pasal2 stain berak dia tu banyak terkena dgn cd coolababy tu (walaupun aku letak liner).
Aku sental cd tu dengan penuh kelembutan. Sebenarnya aku terasa hampir demotivated. Sebenarnya, ini la factor ramai2 parents yang tidak mau beralih kepada CD. Pasal malas mau cuci berak anak dorang.
Tapi aku harus kuatkan semangat. Takkan pasal pengalaman pertama baru bercd sudah kena cuci berak boleh melemahkan semangat aku. Rugi ja beli mahal2.
Aku sarungkan zizou dengan Grobaby pula. Pun dia excited juga. Fitting grobaby ni pun ok juga.
Lepas sejam, aku cek cd tu, basah dan berat sudah rupanya. (Memang la si Zizou ni heavy wetter... banyak minum susu dan air suam). Tapi permukaan soaker tu masih kering. Tukar lagi soaker baru. Kali ni, aku top up dengan booster.
Jam 12 malam aku terjaga. Si zizou mengigau dalam tidur kerana ternyata diapersnya ada leak sedikit. Tidak menghairankan kerana Grobaby awal2 sudah warning, prestasinya hanya akan terbukti berkesan selepas 10 kali basuhan.
Jadi, aku tukar la dengan Huggies. Sudahnya, tidur sampai pagi.
Lepas sahur tadi, aku masukkan semua soiled cd dalam washing machine. Biar la washing machine tu buat kerja dia.
Petang nanti, aku bagi try lagi si zizou guna cd coolababy lagi.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment