google analytic

Nuffnang

Monday, August 10, 2009

Seruan berCD

Sebenarnya, since 2007 lagi aku sudah terbaca serba sedikit pasal cloth diapers (CD) ni. Tapi aku ignore ja. Pasal aku ingat benda ni macam teda kaitan sama aku. Ka pasal ignorance aku tu menyebabkan aku tidak tahu? Aku ingat cd tu macam lampin kain biasa ja. Tambahan pula time tu aku ni sibuk sangat la study pasal ilmu breastfeeding. (mmg banyak ilmu yang perlu dipelajari, mana ada sikit2).

So, lately ni, semenjak dua menjak aku selalu mengjadi pengunjung setia blog Sara Kids, aku pun ada la terbaca pasal anak2 beliau yang sekarang sudah fully cd. Setelah aku membuat kajian dan pembacaan, rupanya cloth diapers ni sudah mengalami evolusi.. orang moden sekarang sudah ramai guna cd yang sofistikated.. corak pelbagai, boleh pakai sampai 8 jam, jenama pun ada macam-macam... harga satu cd saja boleh menjangkau RM80++. Ada orang cakap guna cd ni mahal tapi sebenarnya mahal tu hanya untuk one off ja.. tapi sebenarnya boleh tahan lama guna 2-3 tahun dan boleh diperturunkan kepada anak2 yang seterusnya. Lepas tu, ada second hand value pulak tu. Boleh jual semula kepada orang.

Aku masih dalam fasa mengkaji. Abang edi pun sudah bagi lampu hijau. Balik2 tanya aku bila mau beli cd tu. pasal kes kena cuci cd tu bg aku bukan susah pun. Cuma aku ada 2 perkara yang buat aku masih agak hesitate untuk teruskan amalan bercd ni.

  1. Mau educate bbsitter anak aku di nursery nanti. Kalau ada ibu lain yang sudah buat macam ni, senang kerja aku.
  2. Mau start guna pada adik zizou. Tapi untuk newborn macam susah pula. Firstly pasal takut cd tu longgar nanti leak pula. And then, newborn kan asyik berak ja. Satu hal la pula aku kerja mau cuci berak ja time pantang nanti. Meroyan pulak karang kerana kurang rehat... huhuhu... minta dijauhkan...

Jadi, buat masa sekarang ni, mungkin aku akan mempertimbangkan bagi adik zizou pakai disposable diapers dulu for the first few days of his/her life. Lepas tu, baru aku bagi dia pakai cd.

Disposable diapers pun mmg banyak gila di pasaran. Nanti la aku cerita pasal pengalaman aku guna disposable diapers ni pula.


cumil kan cloth diaper ni

p/s: tadi adik aku call, ada cerita pasal cousin aku baru bersalin. cousin aku ni bg bb dia minum air masak.. hmm... nda pasal2, adik aku kena ceramah pasal exclusive breastfeeding ni. aku sudah sound sama adik aku awal2, nanti aku ajar dia pasal exclusive breastfeeding cukup2 kalau dia mengandung nanti. Gadget semua cukup, aku ble bg adik aku pinjam. So, tiada alasan untuk adik aku tidak breastfeed anak2 dia.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...