google analytic

Nuffnang

Tuesday, December 27, 2011

Cerita renovation lagi

Masih belum siap... mau tensyen pun macam tidak guna. Malas aku.

Mula-mula pekerja ada 6 orang, then tinggal 4, sekarang ni tinggal sorang!
Kontraktor tambah 2 orang lagi, tp budak 2 orang ni tidak pandai buat tiles, jadinya ada sorang ja yang buat.
Aku pun tidak faham la apa sebenarnya yang berlaku between Project Manager dengan pihak pekerja ni.
Pekerja kontrak tu memang bagus hasil kerja dorang dan boleh cakap agak cepat. Tapi entah la...

Yang sedihnya, tiles sampai lambat. Tapi ada 3 karton tiles 2 x 2 kaki untuk living dan dining area pecah dari atas lori lagi.
Abang Edi contact kawannya, tapi kawannya tu pegi Bandung.
Bila kawannya balik Malaysia, dia check, kunun tiada report pun pasal tiles pecah.
Aik... apa mau heran, nda kan la lorry driver tu mau mengaku dia kasi pecah tiles. Mana tau kalau buat report tidak pasal-pasal gaji dia pula kena potong.

Yang paling best, semalam Abang Edi report tiles ada yang tidak cukup dan tidak dihantar.
Ceritanya, kami memang ada tukar tiles supaya tiles untuk toilet wall bagi sama jenis dengan tiles kena pasang di kitchen.
Dan kununnya, oleh kerana tiles di porch warna putih stok tidak cukup, jadi kami settle for warna coklat ja.
Rupanya, lepas kontraktor pasang tiles di wall toilet, tiles tu tidak cukup.
Then tiles putih yg dilaporkan tidak cukup mula-mula tu kena hantar banyak pula,tiles warna coklat pula tidak kena hantar.
Menyampahnya la aku.
Memang 'bagus' sangat sebab aku find out time bayar tu Abang Edi tidak check pun model tiles yang kena hantar sebab dia beranggapan yang kawan dia akan buat excellent job, dan tiada orang pun yang mau check samada model yang kena hantar betul dan cukup time delivery.

Make me thinking... perlukah aku jadi police untuk inspect semua aspect of details?
Adakah aku sorang saja yang amat detail time check quotation, time buat order supaya order tidak salah?
Aku rasa kalau buat order, walaupun ada nama kod model yang tidak faham segala, mesti aku akan tanya satu-satu supaya tidak salah.
Orang lain memang akan jadi menyampah, tapi what the heck, kan aku bayar.
Kalau tidak check thoroughly, jadi macam ni la :(

Sekarang ni, kalau menyesal pun macam tiada guna.
Bapa aku cakap kenapa tidak hire kontraktor cina, aku cakap pasal mau tolong melayu.
Tapi bila tolong melayu, jadi macam ni la pula.
Nasib nasib.

Monday, December 19, 2011

Apa cerita daaaa..

Ya ampun... sudah lebih sebulan tidak update blog ni. Kalau rumah sendiri, mau bersawang-sawang la gamaknya..
Apa cerita diri sendiri? Busy sangat ka?
Ada la busy sikit plus aku tidak teringat langsung mau berblogging.. Dunno why..
Hari ni setelah berjalan-jalan di dunia maya untuk buat research sikit pasal kipas dan menjengah blog orang, baru la teringat yang aku pun ada blog sendiri. Hape la...

Dalam sebulan yang lepas, cerita saya ialah:

  • Renovation rumah
    • Kunun mau masuk rumah baru awal bulan 12 kan, tade nye... aku masih 'bersiaran' dari rumah banglo lot sewa aku ni..
    • Pre-packing sikit-sikit (sebenarnya sikit sangat).. Malas betul mau packing ni.
    • Kenapa la rumah tu masih belum siap? Sekarang dalam fasa pasang tiles. Dulu pekerja indon ada 6 orang, sekarang tinggal 4 orang ja. Yang 2 orang lagi tu kunun balik negeri pasal apa ntah (ntah betul ka tidak). Plaster ceiling dan cornice sudah 85% siap. Wiring 70% siap. 
    • Aku pun tidak sure dapat masuk sambut new year di rumah baru ka tidak ni. Pengsan.. Selagi rumah ni belum siap, selagi tu la aku dan abang Edi akan sibuk melilau cari barang untuk rumah baru kami. Setakat ni:
      • Lampu downlight, set dining table, coffee table - done
      • Lampu candelier kristal berjela-jela dan pendant lamp untuk letak di porch - belum ada yang menepati citarasa. 
      • Kipas angin - aku mau jenama Panasonic atau KDK, tapi abang Edi mau yang ada lampu which is bukan berbangsa Panasonic dan KDK. 
      • Waterheater with rain shower - done
      • Kitchen cabinet - baru survey CSL
      • Gril dan main gate - baru survey dengan satu bengkel. Mau cari at least 2 quotation lagi. 
    • Semoga rumah aku cepat siap. Amin.
  •  Tesis
    • Baru lepas buat seminar ala-ala proposal defense last week
    • Ada la dapat komen sikit. Jadi kena buat penambahbaikan.
    • Sekarang ni, kena siapkan writing untuk Research Methodology
  • Keluarga dari Labuan datang cuti-cuti KL
    • Semua ada kecuali Nurul dan husband si Tasha sebab dorang kerja.
    • Macam biasa, bawa shopping pegi Sogo, KLCC, Jalan TAR. Kalau boring dan penat, aku bawa pi Jusco depan rumah dan Alamanda ja. 
    • Sempat juga bawa Addin dan Zara sekali ke Muzium Negara sebab ada pameran Upin Ipin.
  • Birthday celebration Addin dan Zara di nursery
    • Addin birthday bulan 12. So, celebrate sekali dengan birthday Zara di sekolah dorang.
    • Bunjut jajan untuk kawan-kawan dorang adalah coklat Hershey Kisses, Daim dan sumi jeli buah-buahan.
    • Kek adalah kek coklat dari King's Bakery.
    • Hadiah untuk budak dua orang ni ialah pistol Nerf dan patung Minnie Mouse dari Toys'R'Us (thanks to my brother, Jakir, sebab ada bagi sponsor RM50 for their birthday gifts).
Itu ja la pun.
Nothing interesting.
Sungguh tiada mood. Mungkin pasal rumah kami tu belum siap.
Huhuhuh...

Thursday, November 17, 2011

Jewel in the Palace

Ni tajuk cerita korea yang sedang ditayangkan di TV AlHijrah jam 3.30 setiap Isnin hingga Khamis.
Setakat ni, sudah 35 episod yang telah disiarkan. InsyaAllah ada 19 episod lagi (kalau refer di wiki, ada 54 episod keseluruhannya).

Sebelum ni pun pernah keluar di 8TV pada tahun 2004. Tapi time tu, cerita ni dorang alih bahasa pegi bahasa Mandarin. Boleh kata, setiap malam aku akan usahakan untuk tengok, sampai mau dinner dating sama Abang Edi pun kena tunggu cerita ni habis dulu jam 9.30 malam. Bayangkan ja la. Jam 9.30 malam baru mau pegi dinner, lewatnya la sudah.. tu pasal la sebelum kawin aku mengalami tembamsyen sebab suka makan malam lewat tapi tidur awal.

Tapi, tahun 2004 tu pun, bukan la selalu aku dapat tengok pun, banyak juga yang aku tertinggal. Bila sudah keluar di TV AlHijrah ni, punya la aku suka sebab cerita ni memang layan habis. Yang ralatnya, aku sedar tentang kewujudannya di TV AlHijrah bila sudah masuk episod yang belas-belas. Jadinya, ketinggalanlah aku untuk tengok si Janggeum zaman budak-budak.

Walaupun sekarang tidak masuk opis, tapi kena buat writing dan reading. Kadang-kadang, aku ada urusan di luar. So, most of the time pun, susah mau tercongok depan tv jam 3.30 petang tengok cerita ni. Nasib baik ada Astro Beyond PVR. Hehehehe..

Aku set ja Record Series Link, so setiap episod Jewel in the Palace akan dirakam. Tapi kena rakam juga rancangan lepas siri Jewel in the Palace tu, sebab cerita ni mesti terlajak sampai pukul 4.40 petang. Bila-bila masa ada free time, boleh la aku play. Yang bestnya bila ada Astro Beyond PVR ni, time iklan ja, boleh fast forward.. Serunutnya..

Yang serunutnya lagi, bila sudah tengok cerita ni - sebab heroin cerita ni iaitu Janggeum ialah seorang wanita yang bijak, gigih, pandai masak, dan amatlah bersopannya - aku pun kadang-kadang berusaha juga untuk bersopan santun dan rajin memasak. Bila siang bawang, daging, ayam dan ikan tu, boleh terngiang-ngiang pula lagu tema ala-ala opera Korea dalam kepala otak aku. Hoohohoh.. tapi part bijak dan gigih tu tidak pula aku ikut.. Huuhuhuhuuh..


Ni la lagu Onara yang selalu "mengiringi" aku (terngiang-ngiang dalam kepala otak) time aku siang ikan, siang ayam, potong bawang, sayur semua la... perasan macam Wanita Istana Korea.. wahahaha..

Lepas tu, aku terperasan pula anak saudara aku iaitu si Hana (anak si Tasha) yang muka macam anak cino sehabis boleh tu ada iras-iras macam muka si Janggeum tu. Mudah-mudahan si Hana cantik dan baik macam si Janggeum. :)

Kesimpulannya, aku memang suka cerita ni sebab cerita ni pasal Janggeum yang baik, lurus dan bijak. Walaupun selalu dianiaya, tapi rezeki menyebelahi dia sampai boleh jadi Tabib Diraja. Aku memang amat gembira bila cerita ni ditayangkan semula. Ni saja la satu-satunya cerita Korea yang aku dapat layan setakat ni. Dulu pun suka juga layan Winter Sonata. Tapi kalau kena tayang balik tu cerita, malas la aku mau tengok rasanya.. huhuhu..

Tuesday, November 8, 2011

Cerita renovation - concrete work

Ada sekali tu, aku cerita pasal ada harapan kena conned dengan arkitek.
Alhamdulillah, kami tidak kena conned pun rupanya.
Tapi urusan permohonan kebenaran renovate rumah tu memang la lembab, kununnya arkitek kami tu bagitau pasal kena buat amendment. So memang ambil masa sikit.
Yang herannya, bila call PBT, dorang bole cakap tiada permohonan regarding renovation rumah aku dibuat. Tapi bila call arkitek dia bagitau sudah hantar application.
Aku pun tidak tau la mana yang betul. Yang penting, sudah dapat kebenaran. Boleh buat renovation dengan aman.

Renovation rumah ni pun kena buat cepat.
Sebab rumah yang kami sewa ni sekarang sudah dibeli oleh orang lain. Kemungkinan besar dalam bulan November ni, urusan pindah nama selesai. Dan pembeli rumah pun sudah bagitau kami yan dorang mau renovate rumah sewa kami ni dalam bulan November.
Matilah. Mana mau tinggal? Semoga Allah memudahkan segala urusan kami.
Kontraktor pun sudah bagi tarikh, InsyaAllah awal bulan Disember kami sudah boleh pindah masuk rumah baru. Yang penting bahagian dalam kena settled dulu. Bahagian luar boleh touch up kemudian.


Second week of renovation

Mesin bancuh simen


Tiang porch dan tiang ruang tamu yang diextend

Bahagian dapur yang baru mau pasang konkrit

Forth week of renovation
Baru mau simenkan tangga

pasang dinding di ruang tamu extended

kawasan dapur belakang


Sekarang ni, urusan renovation sudah mencapai 50 peratus siap (rasa-rasanya la..) sebab kerja-kerja konkrit boleh kata hampir siap.
Kontraktor aku dan indon yang buat rumah tu cakap buat kerja konkrit ni makan masa yang lama. Kena tunggu kukuh baru boleh proceed kerja lain.
Yang tak bestnya, sekarang musim monsun. Boleh kata, hari-hari mesti hujan. Kalau hujan, kerja konkrit kena stop. Best la indon-indon tu. Boleh rileks banyak.
Mau kata tensyen pun, ada juga. Sebab mau kena siapkan renovation cepat. Tapi tensyen lebih-lebih pun, tiada guna pasal hujan bukan kerja manusia. Tu kerja alam. Rezeki Tuhan mau bagi. Mudah-mudahan ada rahmat di sebalik hujan semua ni.

Setiap pagi aku dan Abang Edi melawat kawasan.
Alhamdulillah, kami tengok indon-indon ni pun macam ok la jugak.. komen lebih pun tiada guna pasal kami langsung tidak pandai menilai kerja construction ni..
Kontraktor yang kami lantik pun hari-hari lawat site..
Kalau hari Sabtu, kami bawa la sekali si Addin dan Zara tengok rumah. Tapi Addin takut pasal banyak paku bersepah, dia lebih rela melepak dalam kereta sambil main game henpon Abang Edi. Cakap mau jadi arkitek.. Huhuhuhu..
Tiap-tiap petang lepas jemput Addin dan Zara dari taska pun aku bawa dorang round tengok rumah.
Nasib baik la rumah ni dekat ja dengan rumah sewa kami. Senang mau monitor.

Duit pun sudah banyak keluar... (Huhuhuhuh..)
Sudah beli pintu depan dan set dapur Fotile percuma kitchen sink Sorento..
Sudah pilih set tandas Johnson Suisse dan tiles di Niro.
Bila la mau selesai ni..

Mudah-mudahan rumah aku cepat siap.
Mudah-mudahan Allah berikan rahmat ke atas keluarga kami dan rumah itu.
Mudah-mudahan Allah jauhkan keburukan dari menimpa keluarga kami dan rumah itu.

Friday, November 4, 2011

Conversation with Addin

Kisah 1
Addin datang angin senggugut... asyik marah ja sebab disakat oleh Abang Edi..

Aku: Addin.. mari sini... try kira 1,2,3 sampai 10.. lebih tu tarik nafas..
Addin: 1,2,3,..... 10... (tarik nafas)
Aku: Ok tak? Jangan marah-marah ok.. kalau Addin rasa macam mau marah.. kira 1 sampai 10 then tarik nafas.. Budak-budak tak elok marah-marah.. tak hensem..
Addin: Kalau Addin tak dengar cakap mami, mami marah kan..
Aku: Eh.. marah la.. jadi Addin mesti selalu dengar cakap mami..
Addin.. Mami pun kira la sampai 10 lepas tu tarik nafas.. jangan la marah-marah Addin.. tak baik..
Aku: (Uik.. aku pulak terkena)


Kisah 2

Jam sudah menunjukkan pukul 12.45 pagi.. Aku masih menulis untuk thesis. Addin pula layan tv tengok Disney Junior..

Aku: Addin, pegi la tidur..
Addin: Takpe.. Addin teman Mami...
Aku: Tak payah teman.. Mami buat work ni.. Addin tidur, besok nak pegi sekolah.. Budak-budak tak boleh lambat tidur..
Addin: Kalau Addin dah besar macam Mami baru boleh tidur lambat ke?
Aku: (Kenapa la suka tanya soalan macam ni?)

Kisah 3
Abang Edi perasan ada kesan gigitan pada dada si Addin.

Abang Edi: Siapa gigit Addin ni?
Addin: A**r yang gigit Addin..
Aku: Kenapa A**r gigit Addin? Sakit tak?
Addin: Takpe, takpe.. Addin tak sakit..
Aku: Kenapa dia gigit? Addin buat dia ke?
Addin: Tak, A**r buat A**an.. Jadi Addin pukul la A**r.. Lepas tu A**r gigit Addin..
Aku: Macam tu punya kes pun ada.. Lain kali bagitau la cikgu.. Jangan pukul kawan..
Addin: Takpe, takpe.. Addin tak sakit pun..

Happy 2nd birthday Zara!

25 Oktober yang lepas, hari jadi tahun ke 2 si Zara a.k.a Adik baby...
Guess we can't call her Adik Baby anymore - pasal sudah lebih haul..
Kalau budak 2 tahun, tidak boleh lagi guna infant fare untuk naik flight..
Naik MAS kena children fare, naik AirAsia guna adult Fare..
Sudah layak untuk dapat seat sendiri..
Maknanya kalau kami naik Flight 737-300 atau Airbus A320, Abang Edi kena duduk seat asing la :)

Kalau time si Abang Addin dulu, sempena menyambut ulang tahunnya yang ke-2, kami pegi cuti-cuti Bali..
Tapi time si Zara ni tiada pula.. sori Adik Baby :(
Mami dengan Dadi banyak duit mau guna ni hujung tahun..
Kalau ada rezeki kita pegi cuti-cuti yang mega ok :)

Untuk menyambut besday si Zara, aku belanja family makan di TGIF Alamanda.
Ngam2 baru dapat gaji Oktober kan.. memang sudah menjadi kelaziman, kalau aku gaji ja, mesti belanja family makan besar di luar..
sebab hari2 biasa pun Abang Edi yang keluar duit untuk belanja makan :)





Selain tu, aku kunun mau support the only fully halal TGIF restaurant in Malaysia - TGIF Alamanda
Plus, TGIF kan kids friendly - ada free kids meal with every order of Adult Course Meal..
So, kalau anak-anak aku bising pun, aku bole buat bolayan ja kalau ada orang jeling-jeling..

Then aku pun ada la bgtau yang kami mau celebrate si Zara..
Waiter tu cakap boleh dapat free sundae.. sampai ke sudah habis makan pun free sundae tidak pandai muncul..
Malas la aku mau remind dorang, bukan la hadap sangat pun.. macam ja kebaruan makan di TGIF..
Bukannya tipu pun bagitau anak aku besday - pasal makan tidak boleh tipu, haram jadinya..
Chilis lagi sedap..

Hasrat di hati lepas dinner di TGIF Alamanda, boleh singgah terus ke GSC.. tapi tiada pula movie yang seronot untuk dilayan oleh si Addin n Zara.. Boring..
Oleh itu, aktiviti dihabiskan dengan beli half dozen Big Apple Donut dan melayan Addin dan Zara main di indoor playground dekat Parkson..

"Happy birthday Adik Baby! Mummy loves you!"


Milestone Nur Zara

  • Sudah pandai cakap sikit-sikit.. Addin dulu umur 2 tahun pun masih belum panggil aku mami.. Adik aku si Nurul yang susah-susah mengajar si Addin becakap. Si Zara punya main cepat, setakat buat sentence guna 3-4 patah perkataan pun boleh suda.. tapi masih pelat.. Apa-apa pun, impressed juga aku..
  • Suka pilih baju.. yang pening tu, kalau mau tidur, Zara suka pakai baju lama abangnya. Kalau keluar, tidak suka pakai gaun. Mau pakai pants ja. Seluar pun pilih. Suka pakai tight jeans, tidak suka pakai jeans biasa.
  • Amat suka makan coklat dan kek.
  • Sudah kurang tembam sebab suka main-main time makan. Nasi lebih banyak jatuh ke lantai daripada masuk mulut. Suka makan lobak merah, kubis bunga dan petola :)
  • Masih mahu menyusu badan.. Hmm... part ni aku kena wean..
  • Amat terer buat sepah tanpa bantuan sesiapa..
  • Suka mengacau di dapur..main asyak-asyak (masak-masak) katanya..
  • Suka nyanyi lagu ABC, Happy birthday to you, Enjit-enjit semut. Dan amat suka tgk vcd nursery rhyme sambil menari ikut kartun..

Conversation with Zara

Dalam perjalanan menuju ke Shah Alam
Zara: Mami.. kite nak pi ne (mana)?
Aku: Kita pegi rumah kawan dadi..
Zara: Nak pi Shah Alam?
Aku: (Uit mana dia tau? Terer jugak) Haah.. pi Shah Alam..
Zara: Nak amil Na.. (Auntie Lina)
Aku: (Wah.. tau pula dia mana si Lina ni tinggal..)

Di rumah..
Zara: Mami... Nengok ni.. (sambil tunjuk tangan yang berconteng dengan kaler magik)
Aku: Kenapa ni? Siapa buat?
Zara: Lala (Zara) buat.. (dengan bangganya)
Aku: Hm... (tiada mood mau marah).. main la.. jangan conteng rumah ok..
Zara: Ok bah... (tegezut aku si Zara pandai guna perkataan Bah... hahaha)

Dalam perjalanan menuju ke rumah dari Taska
Zara: Nak tai shoe!!!! Nak tai shoe!! (sambil menjerit)
Aku: Tak payah pakai shoe.. kita nak balik rumah ni..
Zara: Nak tai shoe!! (menjerit lagi)
Aku: Jangan bising-bising.. Mami driving ni...
Zara: Bit (cubit) mami nti (nanti)..
Aku: Aik.. mau cubit mami?

Tuesday, October 18, 2011

Lots in my mind

Macam-macam dalam fikiran aku sekarang..

  1. Tesis - Masih di fasa sorotan karyawan (literature review). Half to go. Last week jumpa supervisor. I am on the right track. Ada beberapa penambahbaikan yang perlu diselesaikan. Dan jangan lupa untuk betulkan kesalahan nahu dan tatabahasa (walaupun karangan adalah dalam Bahasa Malaysia). Supervisor aku amatlah pantang kalau ada kesilapan yang sebegitu contohnya, penggunaan perkataan analisis (verb) bukan analisa (noun), perletakan pangkal 'di' (dekat dan jauh), jarak antara perkataan, kesalahan ejaan, perkataan berganda yang tidak perlu.
  2. Proceeding paper - Kena tulis review paper yang diterima untuk proceeding. Syarat untuk lulus tesis.
  3. House renovation - Buat major renovation. Sekarang dalam fasa buat konkrit. End of this week kontraktor target untuk ikat batu. Next week buat wiring. Kawan-kawan doakan supaya by early december rumah kami siap :)
  4. HomeDec @ KLCC - Mau pegi ke tidak? Terasa macam mau pegi. 
  5. Sushi Bonanza - Aku mau pegi. Boleh makan sushi RM2 seketul. Tapi tiada geng sehati sejiwa makan sushi. Kalau ada pun si Lina nun jauh di Shah Alam. Hari-hari ada kelas pula tu. Kalau tidak, boleh sudah aku belanja makan sushi.
  6. Birthday Zara - Mau masuk 2 tahun sudah.. yeay!! Apa aku mau bagi sama buah hati pengarang jantung aku ni?

Bukan la besar mana pun masalah.. Saja-saja mau tulis dalam blog. Boleh jadi memori untuk dibaca balik kemudian hari. 

Thursday, September 29, 2011

Turkey Pasta

Semalam, kami buat potluck untuk jamuan raya di research lab UKM. Geng-geng potluck adalah terdiri daripada geng-geng kami sama-sama kursus HLP dulu dan group Strategic Planning. Semua lecturer dan student yang berhampiran di tempat kejadian kami jemput juga untuk makan sama-sama.

Kisahnya kunun, memula tu, aku terasa macam mau buat lasagna. Tapi, pasal sindrom malas sudah menyerang, tambahan banyak bahan is not in stock, jadinya, aku tukar plan. Teringat kepada spiral tri-color pasta goreng yang pernah disajikan oleh biras aku, Kak Ngah. Simple, easy dan different - memang off-topic dari jamuan raya. Kawan-kawan aku semua bawa lemang, nasi impit, rendang - jadi apa salahnya aku bawa yang tidak berunsurkan santan dan pulut. Ada juga yang bawa desserts - trifle, kuih lapis, kuih seri muka, dadih etc. My supervisor siap bawa choc cupcake lagi walaupun tidak diminta :). Bagus betul.


Aku duduk sambil memangku anak member. Best jadi student ni pasal boleh jadi surirumah separuh masa :) (separuh lagi jadi student). Bawa ja anak pegi mana-mana.

Lepas dapat resipi dari Kak Ngah melalui sms, aku pun start searching for spiral tri-color pasta. Tapi tiada la pula di jusco dekat rumah aku ni, so aku beli ja la vegeroni iaitu macaroni campur vegetable. Boleh la..

Fried Vegeroni pasta with turkey, tomato and herbs

Bahan-bahannya

  • 1 bungkus pasta Vegeroni
  • 1 biji bawang merah besar (potong dadu)
  • 3 biji bawang putih (hiris)
  • 4 helai turkey strip yang dihiris
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 2 biji cili padi (dititik)
  • 1 kiub ayam
  • sedikit daun saderi (hiris halus)
  • sedikit daun basil kering


Cara-caranya

  1. Rebus vegeroni hingga jadi el dente. Toskan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili.
  3. Masukkan turkey strip yang telah dihiris. Tumis hingga masak.
  4. Masukkan tomato pula. 
  5. Masukkan vegeroni. Gaul rata.
  6. Perasakan dengan kiub ayam. (Kalau kurang rasa, tambahlah garam ikut suka).
  7. Masukkan sedikit daun sup dan daun basil kering ikut suka hati sendiri. 

The verdict : walaupun ada kawan aku yang keciwa sebab aku tidak bawa lasagna (eseh.. keciwa kunun), tapi nampaknyadorang puas hati juga dengan pasta vegeroni goreng aku ni. One of the Profesor Madya yang datang pun siap tanya resipi dan rekemen masakan aku lagi. Wah.. kembang setaman aku. 


Tips.
  1. Aku beli turkey strip tu di Las Vacas, SS5, Kelana Jaya (halal butcher).
  2. Protein dalam masakan ni boleh guna ayam, daging, udang, sotong dan lain-lain. My sister-in-law guna udang dan sotong. Lagi sedap rasanya. Jadi la seafood pasta. 
  3. Boleh tambah sayur kegemaran - sawi, brocoli, bunga kubis, capsicum, carrot etc. 
  4. Penggunaan tomato dan herbs seperti daun saderi dan dry basil adalah untuk membangkitkan gaya dan rasa itali.. eseh... 
  5. Selain itu, tomato boleh mengurangkan rasa pedas cili padi. Kalau tidak mau pedas, boleh saja tidak menggunakan cili padi dan ganti dengan serbuk lada hitam atau putih.  

By the way, thanks for the recipe Kak Ngah! 

    Monday, September 26, 2011

    Amanah Saham Didik

    Si Addin dan Zara ada akaun ASD ni. Aku buka akaun dorang time si Zara umur 8 bulan. Sebelum tu si Addin ada akaun Tabung Haji ja.

    Last week, aku mau bank in duit raya dorang + duit tabung di CIMB Putrajaya, orang di kaunter tu cakap tidak dapat masuk. Aku pun tidak paham pasal apa. Oleh kerana dia kesian tengok aku bawa banyak coins yang berat tu, dia offer la masuk dalam ASB aku dulu. Kemudian boleh transfer pegi ASD si Addin dan Zara.

    Dan last week juga, aku terbaca post Mama Ain dan Ammar yang dana ASD sudah habis jadi tidak boleh buka akaun baru. Kalau mau tambah dana boleh.

    Hari ni aku try lagi ke CIMB Bangi. Orang kaunter tu cakap dana habis, mau tambah pun tidak boleh. Kena tunggu pengumuman tambahan dana baru dari ASNB.

    Aku masih bingung-bingung lagi ni. Aku call pula ASNB Putrajaya. Rupanya dana ASD ni sudah habis since 2-3 bulan yang lepas. Aku boleh tambah pelaburan kalau ada orang jual ja. Oooo.. baru la faham..

    Tapi rasanya sekarang ni, musim-musim lepas raya, semua mama bapa mau kasi masuk duit untuk anak dorang. Ada juga ka yang mau kasi keluar? Kalau ada pun, macam tipis ja harapan untuk aku masukkan duit untuk 2 akaun.

    Maybe kalau hujung tahun mau buka sekolah tu ramai kot yang keluarkan duit dari ASD anak dorang. Time tu mau guna duit banyak. Mungkin la.. spekulasi aku ja tu..

    Macamana la duit dorang ni... aku kena buka akaun Tabung Haji si Zara juga la nampaknya.. park duit dorang di sana dulu.

    Thursday, September 22, 2011

    Rendang Ayam

    Abang Edi adalah penggemar rendang tegar. Addin pun memang suka makan rendang ayam.
    Aku pula, tidak pandai masak rendang.  Tapi aku suka makan rendang yang biras aku masak. Pernah kami order dari biras kami untuk masak rendang ayam pasal kami mau buat open house.

    Mau tidak mau, aku mesti belajar masak rendang juga. Aku pernah masak rendang - tapi at last Abang Edi cakap masakan aku macam masak lemak ja.

    Jadinya, aku minta resipi dari biras aku. Lepas tu aku buat ubahsuai sikit. Resipi rendang ayam negeri sembilan style.

    Bahan-bahannya
    Setengah kilo ayam (aku guna chicken wing ja)
    5 biji bawang merah
    3 ulas bawang putih
    3 batang serai (kalau besar, guna 2 batang pun cukup)
    1 inci halia
    1 inci kunyit
    1/2 inci lengkuas
    8 biji cili padi (mau lebih pedas boleh tambah)
    2 sudu cili boh
    1/2 sudu makan serbuk kari daging (tiada pun tidak apa)
    1/2 cawan santan kotak
    1 asam keping

    Sehelai daun kunyit dihiris halus
    1 sudu kerisik
    Garam dan gula secukup rasa

    Cara-cara memasak
    1. Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia, kunyit, lengkuas, cili padi - tumis sampai garing
    2. Masukkan cili boh - tumis
    3. Masukkan serbuk kari daging yang telah dicampur sedikit air - tumis
    4. Masukkan ayam - tunggu ayam separuh masak
    5. Masukkan santan - tunggu lagi
    6. Masukkan asam keping, kerisik, daun kunyit, garam dan gula
    7. Masak sehingga kuah kering sedikit

    Masak rendang ni kena cook with love.. slow and steady..  kalau masak guna chicken wing tidak perlu dikacau selalu sebab chicken wing senang masak - nanti hancur pula.

    Hasilnya, Abang Edi dan Addin makan hingga menjilat jari. Alhamdulillah. Abang Edi siap request untuk masak lagi untuk hari minggu akan datang ni.

    Hilang la pula gambar rendang ni. Nanti-nanti la upload.

    By the way, thanks for the recipe Kak Long!

    Wednesday, September 21, 2011

    Rasa macam ada harapan kena conned

    Sebelum raya ari tu, kami ada panggil sorang draughtman ni (dia cakap dia arkitek) - aku pun tidak tau la mana betul sebab kami dapat nama dia ni dari senarai draughtman yang direkemen oleh MPSJ.

    Survey punya survey, call sorang-sorang dari senarai tu, harga mamat ni la paling kompetitif.

    Jadi, bermulalah sesi melawat tapak, ambil gambar, minta kebenaran jiran semua. Pelan ubahsuai rumah pun kami sudah dapat. So, kononnya lepas raya, mamat ni mau submit la ke MPSJ. Abang Edi pun sudah ada buat bayaran 2/3 dari kesemua jumlah payment = bayaran arkitek + bayaran jurutera + deposit ke MPSJ

    Ceritanya, last week Abang Edi call, tapi boleh mamat ni tu tidak kenal. Macam tidak logik pun ada, kan ada job sedang pending. At least, kena la simpan no client sampai job tu sah selesai semuanya. Kononnya, dia sudah submit. Next week boleh lulus sudah.

    Tadi Abang Edi call, tapi mamat tu off hp. Hmm... Aku call MPSJ - tiada permohonan berkenaan.

    Menyirap darah aku. Adakah aku dan Abang Edi sudah kena conned?

    Aku sudah terfikir mau serbu opis mamat tu. Siap terfikir mau war-warkan nama mamat ni di dunia maya biar dia tidak dapat bisnes lagi. Aku siap buat plan mau tuntut di Tribunal Pengguna.

    Tapi Abang Edi kata sabar dulu. Mungkin mamat tu ada problem. Mungkin orang MPSJ tu tersalah tengok. Harap-harap la..

    Aku sudah semangat mau renovate rumah ni. Tapi, malang tidak berbau pula.

    Huhuhuhuh... Jangan la kena cari arkitek lain pula.. huhuhu.. melayang usin begitu ja..

    p/s: Pengajarannya, hanya bayar 1/3 daripada keseluruhan payment dulu untuk memastikan arkitek tidak lari.

    Monday, September 19, 2011

    Kek Batik

    Tiba-tiba la aku teringin mau buat kek batik. Sekarang kan masih mood raya. Tapi di KL ni aku jarang jumpa kek batik kalau beraya ke rumah orang. (Atau memang banyak ja rumah orang yang hidang kek batik tapi aku tiada rezeki terjumpa rumah mereka-mereka yang bertuah itu?)

    Kalau di Labuan, hidangan kek di atas meja ketika raya memang akan ada di mana-mana. Most probably pasal benda ni memang sudah jadi trend hari raya di Borneo - Sabah, Sarawak dan Brunei tidak terkecuali. Macam-macam jenis kek kita akan jumpa - kek lapis pelbagai corak dan kaler, kek belacan (nama ja kek belacan sebenarnya rasa coklat tp rupa sebijik macam belacan yang tidak dibakar - dark brown red - memang huduh.. huhuhu), kek lumut, kek hati pari, kek buah, kek keju ala-ala japanese cheese cake with grated cheddar cheese on top (amat la glemer.. kalau terkena yang nyaman, separuh kek pun boleh habis ditelan oleh aku) and last but not least, kek batik - kek yang teramatlah simple dan sedap. Kek-kek lain yang tidak disebut nama, sila jangan kecil hati. (I am not perfect so I tend to be forgetful sometimes).

    Untuk melepaskan rindu kepada kek batik - kalau mau beli memang ada yang berjual tapi mahal bah, sekeping pun orang boleh jual sampai RM2 at least - jadi aku buat la sendiri.

    The dilemma is - aku mau resipi yang tiada telur sebab si Zara ada alergic. Cumanya, kalau tiada telur, kek batik akan jadi keras lepas masuk fridge dan akan jadi lembik selembiknya bila dibiarkan pada suhu bilik. Kiranya, telur tu penting supaya adunan coklat pada kek batik tu set just nice. Jadi, aku adjust la guna sebiji telur ja.

    Oleh itu, lepas aku baca-baca lambakan resipi yang ada dalam internet, aku pun buat la alteration sedikit, dan jadiklah kek batik versi aku (tapi sebenarnya tiada la beza dengan kek batik orang lain pun).


    Bahan-bahannya

    • Satu bungkus biskut marie yang telah dipatah-patahkan (lupa pula pakai jenama apa - tapi cover warna biru sebab tu je la yang ada di 99 SpeedMart dekat rumah aku. Berat 300g - tapi kegunaan sebenar untuk buat kek batik mungkin ada kurang 50g sebab telah di-tax oleh aku, Addin dan Zara) - baru ingat jenama Hwa Tai
    • Milo - 4 sudu makan (guna sudu makan betul-betul, bukan measurement spoon pun, tidak diratakan)
    • Serbuk koko - 2 sudu makan
    • Susu pekat manis - 3 sudu makan
    • Nestum - 2 sudu makan
    • 1/2 cawan fresh milk
    • 1 biji telur gred A
    • Sedikit esen vanila
    • 1/3 Buttercup
    • Sedikit air masak untuk melarutkan milo dan serbuk koko


    Cara-cara membuatnya (Less than 10 minutes) -

    1. Campurkan milo dan koko. Larutkan guna air masak tu sehingga tidak berketul-ketul.
    2. Masukkan telur, esen vanila, nestum. Kacau sebati.
    3. Cairkan Buttercup atas periuk. Api jangan kuat sangat. Nanti hangus pula.
    4. Sebaik Buttercup tu cair, masukkan campuran milo tadi. Kacau sehingga campuran milo+butter tu masak. Kena kacau selalu supaya tidak hangit.
    5. Boleh try test dulu. Kalau terkurang manis, terkurang coklat, boleh la tambah mana-mana yang patut. Ikut la citarasa sendiri.
    6. Tutup api dan masukkan biskut tadi sedikit demi sedikit. Kalau campuran milo+buttercup tadi masih cair, boleh tambah lagi biskut sehingga mendapat konsistensi yang diinginkan.
    7. Kacau lagi sehingga semua biskut diliputi campuran milo tadi dan sehingga biskut tu jadi lembut.
    8. Masukkan dalam baking tin atau bekas yang telah disapu butter. Adalah lebih baik sekiranya dialaskan dengan baking paper supaya senang mengeluarkan kek batik dari bekas nanti.
    9. Ratakan kek batik - boleh guna sudu atau wrap tangan dengan plastik bersih.
    10. Masukkan dalam fridge - tunggu la sekurang-kurangnya 6 jam. (Macam kes aku lepas 2 jam terus potong - sedikit lembik tapi tetap sedap).


    Pemerhatian -
    1. Ada resipi yang aku baca suruh cairkan butter dan campur telur atas api. Aku tolak cara ni sebab cara ni akan menyebabkan telur tu jadi scramble egg. Tu pasal la aku campur siap-siap semua dulu then baru masak atas api. Esen vanila bertindak untuk mengurangkan rasa telur.
    2. Aku tidak guna gula sebab aku rasa penggunaan susu pekat manis sudah memadai.
    3. Penggunaan nestum adalah untuk meningkatkan kelikatan bancuhan milo.Kalau tiada pun ok juga sebenarnya. Aku guna sebab memang kebetulan ada stok nestum.
    4. Adjust penggunaan biskut untuk mendapat konsistensi kek batik yang diingini.
    5. Boleh campur kekacang yang disukai untuk menjadikan kek lebih rangup.
    6. Penggunaan baking paper penting untuk mengelakkan kek melekat pada baking tin. Selain dari itu, memudahkan juga untuk mengeluarkan kek dari baking tin, tarik keluar ja baking paper tu (tapi baking paper tu kena pasang lebih besar dari baking tin, biar ada terkeluar sikit dari baking tin tu). Mau buat baking paper sendiri pun senang ja - lembabkan kertas  A4 dengan sedikit minyak masak... voila!

    Ini ja yang tinggal. Memang huduh kerana dipotong guna pisau plastik Ikea (cutlery yang colourful untuk kanak-kanak). Serve pun atas piring plastik Ikea tu juga. Lain kali, make sure potong guna pisau yang tajam.
    Walaupun bidak, tapi nyaman - sesuai dengan citarasa aku - tidak manis, tidak hanyir, tiada rasa pekat susu, biskut yang lembut. Mendapat pujian dari seisi rumah :)

    Monday, September 12, 2011

    Lagu Raya baru - Pening Raya

    Baru first time dengar lagu ni di radio Sinar.FM tadi..
    Seronok dan kelakar juga..
    Ada harapan jadi lagu raya evergreen...
    Boleh dengar style si M. Nasir dalam lagu ni.


    Dilema Cinta (the videoclip)

    At last, ada juga video ni online.

    Credit to Aliff Aziz Official Fanclub site (Aliff Angels)


    Friday, September 9, 2011

    Cuti raya lama

    "Saya bersiaran dari tanah tumpah darah saya iaitu Labuan"

    Yeah.. at this time, aku masih di Labuan.

    Seronok? Ofcourse la.. di saat umat yang lain sudah mula bekerja, aku masih di rumah parents aku.
    Kegiatan harian ialah: bangun pagi tengok tv, masak lunch untuk ahli keluarga lain yang ada di rumah dan yang akan balik dari bekerja untuk lunch di rumah, bawa anak pi jalan-jalan, tengok tv lagi dan tidur.
    Tiada pun kegiatan beraya sangat..

    Tidak dilupa, sejak aku sampai Labuan ni, aku sudah terjangkit penyakit tengok cerita mandarin jam 6 di TV2 on weekdays.. thanks to my family members.. dorang yang buat aku terjebak menunggu cerita ni hari-hari.. sungguh menghiburkan, try la tengok..

    Tiada satu aktiviti pun yang mengatakan: sambung penulisan untuk tesis aku. Sesungguhnya aku ada sedikit gentar. Sampai membuatkan aku termimpi-mimpi supervisor aku dan UKM semalam. Begitu sekali. Ini maknanya, aku kena melipatgandakan masa dan usaha aku untuk menyiapkan Bab 1 aku by the time aku sampai KL balik nanti.

    Dalam masa yang sama, aku terasa yang Abang Edi ada sedikit sinis dalam hati "Wife aku ni bawa notebook kunun mau buat writing.. tapi tiada pun". Hoho.. most of the time, notebook aku ni digunakan oleh Abang Edi untuk beronline dan si Addin untuk main game. Ada la juga gunanya kan notebook ni.

    Cuti aku kali ni memang lama. Aku rasa lepas ni pun aku tidak akan dapat peluang cuti raya lama-lama macam ni. Sengaja aku cuti lama di Labuan. Satu sebab aku fikir cuti sekolah dua minggu, rupanya satu minggu ja. Agak boring sedikit sebab kebanyakan family members aku adalah guru.

    Sebab kedua ialah pasal aku teringin mau makan semua makanan yang aku boleh jumpa di Labuan ja. Soto dan gado-gado done (memang cemerlang gerai tu, seawal raya ke-3 pun dorang sudah start bisnes balik). Sate di Layang-layangan belum, Cucur Udang dan Cakoi kawin di Kedai Kopi Sofiah belum, kuih tradisi brunei di Lajau belum. Mama aku cakap itu adalah normal di   Labuan untuk orang cuti lama-lama. Wohohohoh.. sia-siapun tah saja..

    Dan tidak dilupakan, raya tahun ini adalah kali pertama untuk aku dan Abang Edi beraya 1 syawal di KL setelah 5 tahun kami berkahwin. Dan itu adalah salah satu sebab juga kenapa aku balas dendam untuk cuti raya lama-lama di Labuan tahun ni. Kalau kami raya di Labuan dulu macam tahun yang sudah-sudah, mesti aku sudah balik KL last week.

    Yang kesiannya ialah Abang Edi sebab dia pun terpaksa cuti bisnes - satu perkara yang susah untuk orang yang bisnes sendiri. Tidak bekerja maknanya tiada la duit masuk.

    Si Addin pun sudah tidak sabar mau balik KL - sebab dia kata di KL ada Disney Junior. Di Labuan tiada.. hahaha.. kids..

    Si Zara pula mengalami 'anjakan paradigma' - sebelum ni amatlah pemalu kepada orang yang tidak dikenali - sekarang sudah jadi peramah yang amat. Jumpa orang ja - family or strangers - mesti minta 'atat' (dukung). Heran sungguh.. Macamana pula boleh hilang sifat pemalu tu. Bukan ja jadi kurang pemalu, malahan semakin kuat meragam.. Huhuh.. Mungkin sebab di Labuan ramai orang kan melayan. Bercakap pun semakin rajin. Mama aku cakap kalau si Zara stay for another week, mesti pertuturan dia akan semakin lancar. Adik aku si Lina cakap si Zara ada potensi untuk bertambah tembam sebab banyak makan dan selalu minta kena dukung, tiada senaman. Ohohoohoho.. risau aku.  

    Gambar raya sefamili? Tiada.
    InsyaAllah, lepas balik KL :)

    Dua budak kecik penawar hati

    Tuesday, August 9, 2011

    Dilema Cinta

    Aku mana ada dilema bercinta sekarang.. Alhamdulillah..
    Smooth sailing ja bercinta sama Abang Edi.. semoga bahagia hingga akhir hayat :)
    Ni tajuk lagu..
    New single by Aliff Aziz and Hao Ren..
    Hao Ren ni adalah penyanyi Malaysia berbangsa cina yang menang Astro Quest.. sedap dowh suara dia..
    Suara si Aliff Aziz pun memang sedap kan.. Banyak juga lagu si Aliff Aziz aku suka dengar... pasal kebanyakan lagu dia banyak yang catchy..

    First time aku dengar dan tengok video klip lagu ni last week di Nusantara Hits channel 713 MTV..

    Video klip dia ala-ala korean style..
    Mula-mula aku ingat lagu korea.. pasal mamat Hao Ren ni nyanyi, siap acting dengan sorang minah chinese yang comel..
    Sekali dengar betul-betul, cakap melayu plak..
    Pastu ada adik Aliff Aziz ni plak nyanyi.. tegezut aku.. terus terpaku..

    Lagunya memang sedap didengar.. catchy juga..
    Dengan video klip ala-ala Korean style, lagu pun best, aku boleh predict lagu ni boleh jadi hit..

    Tapi, lepas google punya google..
    Lagu ni belum ada lagi online..
    Hampa...
    Bilalah radio di Malaysia mau kasi pasang lagu ni on air? Sigh..

    Aku rasa macam mau dengar lagi lagu ni..
    Macam budak remaja la pula.. Huhihu... Sedangkan sudah jadi ibu beranak dua..
    Jiwa muda.. :)

    Saturday, August 6, 2011

    Ecotouria Resort @ Sungai Congkak

    Entry pasal Ecotouria Resort ni patut lama sudah aku post. Tapi malasnya lah aku mau mengarang. Malas bersebab. Cerita selanjutnya boleh dibaca di bawah.

    2 kali Sabtu sebelum Ramadhan tahun ni menjelma, aku menerima ajakan kawan sekuliah aku untuk berkelah dan bermalam satu malam di Sungai Congkak bersama research group kawan aku tu. Mula-mula tu macam segan la juga pasal aku kurang familiar dengan group members yang lain. Kisahnya, lecturer dalam research group tu co-supervisor aku. Jadinya, aku ingat bagus juga la kalau aku join supaya dapat merapatkan lagi hubungan sama lecturer tu.

    Dalam masa yang sama, aku rasa macam syiok juga kalau dapat bawa si Addin dan si Zara berkelah dan overnite di tepi sungai. It's a new experience for them. Ditambah pula dengan nama Ecotouria Resort tu macam canggih ja kan. Kira orait la tu.

    Jadinya, setiap orang yang join perkelahan tu telah ditugaskan untuk bawa makanan untuk acara BBQ sebelah malam. Aku kena bawa nugget dan sausages. Ada yang kena bawa ayam, udang, sotong, salad, nasi, air minum etc. Kami juga kena buat bayaran berdasarkan bilik yang telah diarrange oleh event organizer kepada setiap family. Aku dapat chalet kayu. Bila aku googling, aku tengok gambar pun macam ok ja.

    Then the day has come.. Ini la testimonial aku.

    Firstly, the good parts:

    • Kawasan sungai di Ecotouria Resort adalah children-friendly. Tiada air terjun dan tiada kolam untuk berkubang. Sungainya agak cetek dan airnya tidaklah deras sangat, memang sesuai untuk bermandi-manda bersama keluarga especially kalau ada anak kecil. Pada pandangan aku, semua faktor yang disebutkan tu adalah ciri-ciri sungai yang tip-top sebab aku ada dua anak kecil yang memerlukan perhatian yang amatlah terperinci. Untuk sesiapa yang mahu lebih adventure, aku rasa macam kurang sesuai.


          • Kawasan parking yang dekat dengan sungai. Tiada kes perlu naik bukit tinggi-tinggi, tidak perlu berjalan jauh untuk berkelah dan penat-penat bawa segala tikar, makanan, etc. Jalan kejap ja sudah sampai. 
          • Nama pun Ecotouria Resort, jadinya dorang ni menyediakan chalet untuk berehat. Aku ada nampak family yang berkelah di sana (bukan untuk bermalam) sewa satu chalet. Jadi, dorang boleh tukar baju, melepaskan hajat, menunaikan solat, take a nap, berteduh. Convenient la kira-kiranya.
          • Event organizer kami sudah mengaturkan lunch dan breakfast (untuk keesokkan harinya) dengan pihak resort. Kalau ikut tekak aku, aku rasa masakan dorang boleh kata agak sedap. Sampai ja kami di Ecotouria Resort tu, kami dihidangkan dengan hidangan - Nasi putih, Ayam goreng, Ayam masak kicap, Ulam raja, timun dan petai serta air sarsi sejuk. Abang Edi sampai menambah-nambah lagi ni. Mungkin juga sedap sebab kami pun kebetulan sedang kelaparan time tu. Atau mungkin juga sebab ada ulam petai (my favorite!). Namun begitu, pandangan aku ni hanya berdasarkan hidangan makanan tengahari ja. Breakfast tu kami tidak merasa la pula. 
          • Pada sebelah malamnya, kami buat BBQ pula. Oleh kerana hujan dari petang lagi, jadinya kami terpaksa buat BBQ di bawah bumbung (same place di mana kami lunch tadi). Syok juga la sebab time ni la kami boleh mingle ramai-ramai. Boleh kenal isteri lecturer dan research group member yang lain. Borak-borak. Makan-makan. Siap ada game untuk pasangan suami isteri (game macam Serasi Bersama), game untuk anak-anak, etc. 
          • All in all, aku paling suka sebab aku rasa si Addin mengalami kegembiraan to the max. Dapat mandi sungai. Ditambah pula kegembiraan pasal dapat bermain dengan kawan-kawan baru. Aku memang kagum dengan kebolehan kanak-kanak yang senang dapat kawan. Langsung tiada diskriminasi dan prejudis. Si Addin punya la suka bermain sampai dia tidak tidur langsung dari tengahari kami sampai sampai la ke malam. On the way kami balik rumah malam tu, baru la dia tertidur dalam kereta. (Aik balik malam? Bukannya mau overnite ka? Sambung baca dulu :))

            Now, come the not so good parts:

            Aku ada cakap kan betapa aku excited mau overnite sana ni. Ya la.. niat aku baik mau merapatkan silaturrahim kan. Aku memang sudah dimaklumkan yang aku kena chalet kayu bernama Kelah. Tapinya, bila dapat ja kunci chalet, buka pintu chalet - terus selera aku mati. Abang Edi tanpa segan silu terus mengeluarkan cadangan untuk balik dan dan tu juga. Ini adalah kerana keadaan chalet tu yang kurang menyelerakan. Bukan kerana chalet tu daif, tapi lebih kepada keadaan chalet itu tidak dimaintain dengan sebaik-baiknya.
            • Ada bilik yang lengkap dengan katil dan queen bed size. Siap kena sediakan tilam spare lagi. (Tilam biasa-biasa ja yang boleh dapat murah-murah). The downside is, cadar tilam seakan tidak ditukar. Boleh tau bah cadar tu kena tukar ka tidak. Cadar yang kena tukar dan belum diguna mesti tegang kan. Ni berkedut seribu. 
            • Tilam-tilam tu pun macam sudah berapa puluh tahun sudah kena guna. Buruk semacam. Entah berapa banyak pijat la bersarang di sana agaknya. Kalau tilam tebal jenama mahal pun tapi tidak bermaintain nda juga aku teruja tu. Masalahnya, tu tilam yang digunakan oleh pelbagai jenis orang. Bukan tilam family. Jadi, tilam-tilam tu wajib la bertukar kan, kurang-kurang pun 3 tahun sekali? (Depending on the type of mattress, resort occupancy and use). Aku rasa hotel-hotel memang ada polisi untuk mattress change.
            • Keadaan toilet yang tidak bersih. Air bertakung. (Abang Edi gerakkan baldi ja terus beribu ekor nyamuk berterbangan). Botol mineral kosong berselerakan. Tiada tiles. Tidak la pula aku berani mau buka tutup mangkuk tandas. I mean, kalau pihak resort tu tidak ada effort untuk buang botol mineral yang terbiar tu, dorang mau ka cuci mangkuk toilet? I don't think so. 
            • Tiada kipas. Still aku rasa ok sebab rumah kayu kan sejuk. Tambahan pula time kami datang tu hujan. Sejuk ja rasanya.
            • Keadaan lantai chalet yang berpasir.  
             Kiri: rumah batu. Kanan: rumah kayu. 

             Kiri: Keadaan tilam. Kanan: Chalet nama Kelah.

             Abang Edi dan si Addin yang menjenguk ke luar dari dalam chalet. Boleh lagi Abang Edi dan si Zara take afternoon nap.
            That's it.That is the only basic thing yang aku nilai. Aku tidak kisah pasal chalet tu dibuat dari kayu. Aku tidak kisah pun kawasan tu bernyamuk. (What do you expect? Dalam hutan bah tu). Aku tidak kisah pun with the fact yang sumber pencahayaan hanya dari mentol lampu kuning yang disediakan di ruang tamu kecil, ruang balkoni dan toilet (dalam bilik tiada). Itupun mentol lampu yang di balkoni sudah rosak.

            Heran juga aku. Konon mau berniaga resort. Tapinya, tidak kan la basic thing iaitu bed and wash macam tu pun tidak dapat disenggara dengan baik. Aku bayar RM70 tu untuk overnite satu malam. Bukan percuma. Mestilah berkira kan. Aku rasa aku bayar RM70 tu macam membazir ja. Ada one of the member cakap, dengan RM70 dorang boleh dapat rumah tumpangan yang kira orait la di tengah KL. 

            Aku pun heran RM70 tu pergi ke mana. Kalau mau kata untuk kasi cantik sungai pun macam mustahil. Bukan la bersih sangat sungai tu. Ada sampah juga, walaupun tidak banyak. Still, ada juga bah sampahnya. Bukanlah aku cakap besar, tapi frankly speaking, pondok yang dibuat dari buluh di kebun nenek aku pun lagi bagus dan bersih dari chalet ni.

            Dan frankly speaking juga, sebelum aku sampai sana, aku sudah set the lowest expectation. Aku memang sudah agak yang chalet tu memang tidak akan menyediakan amenities dan facilities lengkap macam hotel biasa. Sebab aku sudah baca pengalaman dari blog orang lain. Sebelum ke Sungai Congkak tu, aku siap packing 2 beg. Banyak kan untuk 1 malam ja? Aku bawa:
            • 4 towels (each for everyone of us) - mimpi la kena sediakan towel. kalau ada pun, nda juga aku mau guna.
            • 2 single bed sheets dan 1 queen size bed sheet - pasal aku tidak tau apa jenis katil yang kena sediakan. kalau tilam queen size, so aku boleh pasang queen size bed sheet tu dan 2 single bed sheets tu boleh jadi selimut, vise versa. aku memang sudah expect bedsheetnya tidak akan bersih sangat. Tapi ini melampau sudah tidak bersihnya.
            • 2 biji bantal.
            • Insect patch. Oleh kerana kulit si Zara sensitive, jadi aku tidak berani beli insect repellent dalam bentuk losyen. Rugi ja nanti kalau tidak berpakai. Insect patch ni boleh lekat di baju, di kerusi, dan di mana-mana ja untuk menghalau nyamuk.
            • Ridsects, insect repellent dalam bentuk wax jenama AntiMos, dan penghalau nyamuk elektrik. 
            • Complete toiletries.
            • Selipar. Tidak payah la mau berkasut-kasut.
            • Minyak angin, ubat gamat. 
            • Bottled drinking water. 
            • Biskut Jacob.
            Tapi ternyata, walau banyak macamana pun persediaan aku, semua tu masih tidak lengkap. Aku memang tidak expect yang keadaan chalet tu memang teruk ya ampun. Mau baring atas tilam tu memang tidak mau. Walaupun aku bawa bed sheet, tapi aku still tidak sanggup mau pasangkan ke tilam buruk tu. Sepatutnya aku bawa tikar atau plastik besar yang bikin alas meja tu supaya boleh diletakkan di atas tilam tu. Ditambah pula kerisauan takut kulit si Zara jadi gatal-gatal. Mau mandi di toilet tu pun aku tiada selera. Sudahnya, aku bagi anak-anak aku mandi sungai ja. Nama pun air mutlak kan. Suci lagi menyucikan.

            Paling kesian mestilah Abang Edi. Sudah la tiada member, boring lagi tu. Especially pada sebelah petang lepas mandi sungai menunggu acara BBQ di waktu malam. TV pun tiada di kawasan resort tu. Hujan lagi. Jadinya, petang tu, pasal keboringan, aku pun menebarkan bedsheet atas lantai ja supaya Abang Edi dan Zara boleh berehat. Dapat juga dorang nap sekejap. Si Addin sibuk bermain dengan anak-anak member yang lain. Lepas maghrib, Abang Edi terus ke kedai kopi berdekatan tengok Kelayakan Piala Dunia, Malaysia vs Singapura (first leg). Sigh!! Lepas habis bola, baru la Abang Edi datang balik ke resort tu, sempat juga dia main game Serasi Bersama sama aku.

            Cadangan penyelesaian

            Hari baik bulan baik ni, kritik-kritik ja pun tiada guna kan. Jadi, mestilah ada cadangan penyelesaian.

            Kalau kamu teringin mau overnite di Ecotouria Resort juga, aku cadangkan,
            1. Tempah resort yang dibuat dari simen. Rumah batu. Better than rumah kayu. (Still, lecturer dan kawan-kawan aku yang dapat rumah batu pun kurang puas hati pasal masalah tilam dan toilet. Sekurang-kurangnya, toilet di rumah batu ada tiles. Dan rumahnya ada kipas. The price range between RM150 (untuk rumah yang lengkap dengan dapur) to RM80 (single chalet). 
            2. Kalau rumah batu sudah habis ditempah, tinggal chalet kayu ja, maka tempahlah chalet nama Leemasai. Sama juga harga RM70 macam chalet kayu yang aku dapat nama Kelah. Tapi Leemasai lebih besar dari Kelah dan toiletnya ada tiles. Tilam buruk tu adalah kes universal yang tidak dapat dielakkan di Ecotouria Resort.
            3. Chalet yang lain? Kirim salam. Orang resort tu cakap chalet kayu yang aku dapat tu kira antara yang sehabis baik suda tu. Chalet kayu lain tidak boleh harap. 
            4. Jangan lupa bawa mattress pad dan bed sheet sendiri (ni kes kalau mau guna juga tilam dorang). Kalau tidak mau guna tilam dorang, bolehlah bawa sleeping bag atau tikar atau toto sendiri. Bantal tu aku rasa wajib bawa. Selimut pun jangan lupa. Nda payahlah guna tilam dorang tanpa ada extra protection. Kecualilah kamu ada kulit yang terer dan kebal macam Superman. 
            5. Kalau rajin lagi, bawa la pencuci toilet dan penyapu sendiri. Wakakakaka.. Pasal kawan aku cerita dia ada request for penyapu, tapi penyapu yang diberikan sudah hampir botak. Kalau rajin tahap maksimum, bawa la kipas sendiri. Tapi di hutan tu kan, sure sejuk. Jadi tujuan kipas tu untuk halau nyamuk ja.
            6. Lagi bagus kalau bawa ja camp sendiri. Senang cerita. 
            7. Tapi paling bagus kalau tidak payah pun mau tidur sana. Balik hari lagi ada faedah. Mandi sungai ja la.

            Cadangan penambahbaikan

            Aku cadangkan juga kepada pengusaha resort (kot-kot terbaca blog aku ni, but I doubt it, Facebook dorang pun dorang tidak update, inikan pula mau blogwalking):
            • Apa kata kamu pasang tiang lampu di kawasan resort tu supaya lorong-lorong di resort kamu tu cerah sikit waktu malam. Bukannya expect pengunjung resort kamu untuk berjalan dengan mengharap cahaya dari sinar bulan ja. 
            • And the very important, tolong la maintain resort kamu tu especially the bed and toilet. Kalau susah sangat mau maintain tilam-tilam tu, baik lah tidak payah ada tilam langsung. Ada tikar ja pun lagi bagus. Tapi toilet tu jangan lupa maintain.
            • Kalau kamu charge RM50 ja sekali pun (lebih murah dari rate sekarang), tapi kalau service dan hospitality tip-top, mesti cerita yang baik akan tersebar. Eventually, orang akan lebih ramai datang, dan modal kamu pun akan terbayar siap untung lebih lagi. Payback lebih cepat. Kalau kuantiti lebih banyak, margin pun boleh turun rendah kan. Return of Investment akan jadi lebih tinggi. Aih, jadi cikgu finance pula aku ni.
            • Hindarkan lah sikap berniaga asal ada tu. It's the customer satisfaction that matters not the high unreasonable price. Customer satisfaction akan membawa publisiti positif dan negatif yang meluas. Especially bila ada orang rajin berblog macam aku ni :)

            So, at the end of the day, untuk tidak menyinggung perasaan Abang Edi, aku putuskan yang kami balik ja la, tidak payah stay di situ malam tu. Kalau aku sorang ja yang ikut trip tu, mungkin aku akan stay. Pasal kena menjaga hati.

            Dan kalau kami dapat chalet yang lebih baik, sure kami stay juga tu. Pasal sudah ada anak kan, mesti la mau selesa. Tapi tidur atas lantai beralaskan bedsheet la. Our biggest concern is si Zara. Kulit si Zara ni high maintenance. Kami tidak mau la usaha kami yang berabis mau protect kulit si Zara ni dirosakkan semata-mata duduk di resort yang ntah hapa-hapa dan tidak layak dipanggil chalet. Layak kena panggil pondok tunggu durian ja tu :)

            Namun, oleh kerana aku mau menjaga hati orang yang mengajak dan lecturer tu, kami stay la juga di situ sampai 10.30 malam. Aku pun tidak sure hati aku dijaga atau tidak sebab aku diarrange untuk dapat chalet paling buruk kan. Sedangkan aku sudah bagi tau awal-awal yang aku ada infant. The better chalet kena bagi sama member yang lain. Kalau aku tau macam tu la jadinya, nda payah datang pun ok kan :)

            So, pukul 10.30 malam tu, kami pun meredah kegelapan malam balik ke home sweet home.

            Apa yang kami dapat? Kegembiraan si Addin. Dan Alhamdulillah, si Zara tidak meragam pun, seronok ja dia berlari pegang pokok tu, pegang daun ni, mandi sungai, jadi budak baik.

            Look at the positive side. Walaupun duit aku untuk bayar bilik dan breakfast burn begitu ja,  sekurang-kurangnya, dengan pengalaman aku di sana, aku boleh berikan panduan kepada pembaca blog ni. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

            p/s: Haih.. tadi mula-mula bagitau malas mau menulis. Sekalinya, terpanjang la pula entry :)

            Monday, August 1, 2011

            Azam Ramadhan tahun ini..


            My all time favorite "Asma Allah" by Sami Yusof - Lagu tema Jejak Rasul 


            Ahlan wa sahlan ya shahru ramadhan..

            Barakallahulana...
            Rahmat Allah kepada hambaNya yang menantikan kedatangan Ramadhan..

            Semoga prestasi aku dalam Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun-tahun yang lepas..

            Aku harap aku akan lebih rajin memasak sendiri daripada membeli di bazaar ramadhan..
            Bak kata si Tasha, kalau pegi menapau pun, apa kata bawa bekas makanan sendiri - tupperware hatta tipuware untuk mengurangkan penggunaan plastik..

            Aku harap aku dapat merasa pegi Masjid Besi tahun ni untuk menunaikan tarawikh.. lepas dapat anak ni, belum lagi aku menjejakkan kaki ke mana-mana masjid dan surau untuk bertarawikh sebab kena menjaga anak di rumah.. Astaghfirullah..
            Semoga si Addin dan si Zara boleh behave time dan tidak mengacau jemaah yang lain time solat sunat tarawikh..

            Semoga umur aku panjang untuk menempuh ramadhan penuh sebulan..
            Semoga aku bersedih bila ramadhan meninggalkan kita..

            Banyaknya azam aku untuk ramadhan kali ni..
            Semoga semuanya tercapai... InsyaAllah..

            Semoga Allah memelihara suamiku, anak-anakku, kedua ibubapa dan ibubapa mertuaku, adik-adikku beserta keluarga, ipar-iparku beserta keluarga, guru-guruku, rakan-rakanku, semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia dalam lindungan kasih sayangNya..
            Semoga kami semua diberikan petunjuk dan kekuatan untuk mengikis sikap berlengah-lengah dan sikap malas dalam menunaikan ibadah dan urusan dunia..
            Semoga kami semua lebih berusaha untuk tidak terpengaruh dengan keseronokan dunia..

            Friday, July 29, 2011

            Go Tiger!




            Abang Edi pegi stadium semalam. Dapat tiket free kawan dia bagi :)
            Mau beli sendiri, habis awal la pula tiket tu..
            Lepas dapat tiket, terus beli jersi Malaysia.. Semangat eh..

            Laporan dari Abang Edi, ramai betul manusia.. jam gila jalan ke Kompleks Sukan Bukit Jalil...
            Abang Edi nampak semua rakyat Malaysia yang datang - melayu, cina, india, bumiputra Sabah Sarawak, (mat salleh pun ada) - semua semangat pakai baju hitam kuning...
            Semua sporting..

            Dan walaupun team Malaysia seri tapi kalah semalam, semua pun hampa...
            Namun yang amat mengagumkan bila kebanyakan penyokong Malaysia masih setia stay di stadium walaupun game sudah habis..
            Kan selalunya, kalau team sudah kalah, game period belum sampai 90 minit pun, mesti orang sudah berduyun keluar.. tapi ni tidak, masih setia lagi menemankan team Malaysia yang dalam mode kesedihan..

            Pujian seharusnya diberikan kepada semua penyokong Malaysia..
            Semoga team Harimau Malaya terus bangkit dan jadikan kejadian semalam sebagai satu iktibar..
            Tidak dilupakan kepada national goalie iaitu Khairul Fahmi yang cemerlang menangkis serangan dari Singapura...

            Abang Edi sempat belikan jersey Hitam Kuning untuk si Addin juga lepas game tu.. syiok betul si Addin bila dapat.. memang lama sudah dia request sama daddynya.. pengaruh kawan-kawan dia di sekolah la tu..
            Abang Edi cakap, kalau si Addin sudah masuk sekolah rendah nanti, dia mau bawa si Addin pegi stadium jadi geng dia tengok bola :)

            Monday, July 25, 2011

            Alkisahnya, weekend baru-baru ni ialah weekend ketiga kami makan angin petang sambil jogging sambil bawa anak beriadah.

            Awal cerita, aku terconcern dengan gaya hidup tidak bersenam keluarga kami ni.
            Umur semakin meningkat, jadi amatlah penting untuk mengeluarkan segala toksik yang ada dalam badan ni.
            Jadinya, kenalah makan makanan yang berkhasiat dan banyakkan bersenam.
            Itulah pasal aku pun rajin buat salad ja sekarang, Abang Edi pun sudah pandai makan tomato mentah pasal terpengaruh dengan aku :)

            So, Abang Edi pun selaku ketua keluarga, mengazetkan setiap petang Sabtu dan Ahad sebagai masa riadah keluarga.
            Semangat sungguh Abang Edi, siap beli running shoes tajuk Power baru lagi tu di Bata. Ada sales kan.
            Kunun tidak mau beli jenama Nike sebab takut nanti jadi hangat-hangat tahi ayam ja.
            Bagus la.. beli mahal-mahal pun macam la boleh berlari sepantas angin.
            Setakat amatur cam kami ni boleh la pakai kasut asal ada. Lain la kalau sudah tahap masuk marathon bagai.



            Aku suka sangat kalau aktiviti keluarga kami ni dapat diteruskan sampai bila-bila.
            Dan aku paling suka bila tengok Abang Edi buat stretching, warming up dan berjogging.
            Aku tengok Abang Edi macam macho ja.. hehehe.. seperti jatuh chenta sekali lagi..

            Saturday, July 23, 2011

            Boboi in da house - Seringgit



            Lagu ni jadi favorite si Addin.. First time dia dengar time kami balik ke Labuan last May..si Addin cakap ni lagu Chipmunk bahasa melayu..
            Aku pula dengar lagu since ntah.. lupa pula.. definitely before aku kawin.. kiranya lama la sudah lagu ni.. rasanya around 2003, sebab time tu lagu featuring si Mariah Carey ni baru keluar.. 
            Lagu ni memang kelakar tambah-tambah lagi aku faham loghat Brunei (my mother tongue).. cerita pasal budak nama Boboi yang ada seringgit saja, mau beli cokelat, tapi tidak cukup, so kena minta sama maminya..
            Abang Edi pun suka lagu ni eventhough he has a little struggle to understand it..
            Si Zara pula macam heran bila dengar lagu ni.. I wonder why..

            Oleh kerana aku sedikit rajin, aku kasi terjemah words (mana-mana yang berkenaan) dalam lagu ni  kepada standard malay language supaya kawan-kawan aku yang tidak faham bahasa Brunei boleh sama-sama menikmati lagu kelakar ni.. peace y'all!


            SERINGGIT - BOBOI

            Yo! check this out
            Listen to my story man
            Crita ku ani sedih ni yo.. hehh..
            Kes ndak (tidak) sampai ajat (hajat) terseliur...hehehhe...
            Dangar (dengar) hah..
            Boboi in da house.
            Ok here we go..

            Mami mami minta duit
            Minta seringgit
            Membali cuklit (membeli cokelat)
            U know i gotta
            4X

            Mula mula boboi ada usin (duit) seringgit
            boboi simpan baik baik di dalam pakit (poket)
            Ajat ati ani kan membali cuklit (hajat di hati ini ingin membeli cokelat)
            Tapi kadai lingka atu berjual dua ringgit (tapi kedai bai itu jual dua ringgit)
            Eh, indak cukup ni eh,cam mana ni (eh, tak cukup ni, eh macam mana ni?)
            Arah siapa kan meminta menambah usin ani (dekat siapa nak minta tambah duit ni?)
            Pikir punya pikir, paning tah ku ni nahh... (fikir punya fikir, pening sudah)
            Baik tah balik rumah bejumpa mami (Adalah baik balik rumah jumpa mami)

            On da way balik, aku ada konflik
            Ada garai (gerai) cantik bejual roti ju classic
            Ku tanya arah (kepada) nya berapa harga nya dua ringgit saja
            Well, back to square one

            On da way lagi timbul problem lagi
            Ada satu kadai (kedai) bejual gulali
            Satu ringgit lima puluh sen oh kata nya
            Kepisan (pengsan) lagi, indak (tak) cukup jua

            Mami mami minta duit
            Minta seringgit
            Membali cuklit
            U know i gotta
            4X

            Boboi terus melangkah menuju rumah ku
            Harap harap dapat meminta usin (duit) arah (pada) babu (makcik)
            Mudah mudahan tah (lah) inda (tak) ada lagi
            Godaan mengacau usin seringgit ku ani

            Alum (belum) jua batah (lama) kaki ani (ini) melangkah
            Ada lagi godaan atu (itu), eh cubaan pakah (agaknya)?
            Ada lingka bebasikal aiskrim ia jual
            Ku limpasi (lalu) tah ganya (saja) siasiapun merasa tah saja (siasiapun ni contoh kes kalau tidak dapat menjamah makanan so kena sebut 'siasiapun' supaya tidak kempunan atau mati beragan)

            Terus kan langkah ku jangan berhenti
            Ini kes cuklit penting sekali
            Meredah padang, melintasi jembatan
            Melumpat lungkang , menyubarang jalan (melompat longkang, menyeberang jalan)
             
            Boboi pun sampai ke tempat di tuju
            Ketuk bagi salam masuk terus ke rumah ku
            Mami mami di mana kita
            Inda ada bunyi nya
            Eh pundok pundok (lepak-lepak) tah saja

            Mami mami minta duit
            Minta seringgit
            Membali cuklit
            U know i gotta
            4X

            Mami mami minta duit inda banyak seringgit
            Hati ani banyak sakit
            Inda sampai membali cuklit

            (tiba-tiba ada suara si Mariah Carey)
            Eh, siapa lagi nyanyi ani..hehehe..
            Siapa kan bini-bini (perempuan) ani?
            Samsing (taiko) jua

            Mami mami minta duit
            Minta seringgit
            Membali cuklit
            U know i gotta
            6X

            Eh.. bila kan orang terima ani? (terima gaji)
            Berapa haribulan kan ni?


            Disclaimer: Lirik lagu ni mula-mula aku google di Internet. Lepas tu aku improvise dengan betulkan mana-mana yang patut mengikut pendengaran aku. Then, aku kasi translate mengikut pemahaman aku juga. Kalau ada yang tersalah, bolehlah give suggestion through comment box di bawah. Terima kasih.  

            Tuesday, July 19, 2011

            Salad sayur

            Aku ialah seorang mami yang malas masak.
            Selalunya, paling rajin pun aku akan goreng ikan atau ayam, masak sayur tumis bodo-bodo sama bawang then campur air.
            That's all. Memang ntah hapa-hapa.
            Paling pemalas - tapau lauk ja dari kedai. Masak nasi di rumah.

            The most ntah hapa-hapa part is - aku malas masak, tapi suka tengok rancangan memasak.
            Especially bila sekarang ni suda ada channel 706 - Life Inspired HD.
            Rancangan masakan kegemaran ialah Giada at Home... Masakan si Giada ni is so simple, so italian, plus she's so cute and sexy. Yang lain-lain aku tengok is Barefoot Contessa (agak mengantuk bila melihat si Ina ni bercakap) dan lain-lain...

            One thing yang aku perasan dengan orang putih ni, dorang suka season their food with salt and black pepper.
            Lepas tu suka mengasidkan makanan dorang dengan lemon juice atau lemon zest. Kadang-kadang guna yogurt dan sour cream.
            Suka masukkan macam-macam jenis cheese.
            Suka guna macam-macam daun herbs. Aku siap cakap sama Abang Edi, kalau sudah duduk rumah sendiri nanti, aku wajib ada kebun herbs kecil-kecilan. Herba orang putih termasuklah herbs orang melayu. Wajib!

            Tapi paling best ialah bila Abang Edi juga pernah sindir aku "You ni suka tengok orang masak tapi you sendiri tak masak"... Wah... kepedasan sindiran itu membuatkan aku terpana sambil bermonolog sendirian.

            Lately, aku suka pula memasak. To be precised, aku suka masak masakan melayu yang bersantan. Macam-macam la - masak kari, masak kurma, nasi tomato etc.

            Ini adalah akibat aku terinspired dari seorang kawan yang sebilik research dengan aku.
            Kami selalu bawa bekal dari rumah sebab tidak mau buang masa cari makanan di luar.
            Aku macam biasa, bawa bekal bodo-bodo contoh burger daging yang diapit dengan roti gardenia, roti sandwich jem kacang, nasi lemak bungkus.
            Tapi kakak ni akan bawa - nasi putih dengan ayam masak kurma la, sup daging la, ayam masak merah la.. Kakak ni memang masak pagi-pagi supaya anak dia boleh makan tengahari. Aku memang kagum.

            Tambahan pula, berat badan aku semakin bertambah.
            I need to be health concious. Dan dalam masa yang sama, aku kena ambil hati Abang Edi dengan mengikat perutnya dan jaga pemakanan si Addin dan si Zara.

            Tapi apa kaitan masakan melayu bersantan dengan health conscious life? Memang tiada kaitan.
            Kaitannya ialah - oleh kerana aku masak masakan berlemak, aku kena balance dengan masakan yang lean fat dan banyak vitamin.
            What I did is - I make salad!!

            The logic is simple - aku tidak perlu risau khasiat sayur akan hilang kalau dimasak.
            Hasil dari pemerhatian aku tengok rancangan masakan orang putih - aku buat salad dengan amatlah senangnya.


            Campuran timun jepun, tomato dan bawang merah yang dipotong dadu. Dressing menggunakan olive oil, lemon juice, salt and pepper. Rangup!


             
             Campuran daun buttnernut, tomato dan bawang merah. Dressing menggunakan olive oil, lemon juice, salt and pepper. I really love the combination. I think the salad is so much crunchy and better if I add roasted pine nuts.

            Depends sama orang sebenarnya. Kalau tiada lemon juice, boleh guna limau nipis. Kalau tidak suka rasa masam, boleh ja tidak kasi masuk tu juice. Aku kasi masuk tu lemon juice supaya boleh potong rasa lemak santan dan boleh mengekalkan warna daun butternut, timun jepun dan tomato supaya malar segar. Ala-ala acar mentah la kunun...

            Yang penting, senang bangat!

            Monday, July 18, 2011

            Macam tidak pandai habis

            Sekarang ni aku ada terfikir, kan bagus kalau ambil coursework mode semata-mata.. mesti sekarang boleh berjoka-joka cuti sampai next sem dibuka which is in September 2011.

            Oleh kerana full time master study di FTSM UKM hanya ada mixed-mode dan research mode sahaja - soal coursework mode itu bolehlah diabaikan.
            Tidak silap aku, berdasarkan penceritaan kawan-kawan, di IPTA lain ada yang menawarkan coursework semata-mata.
            Cumanya, aku memang sudah pilih UKM sebab principle of choice aku ialah -
            • dekat dan tiada traffic jam - tidak lain dan tidak bukan, UPM
            • tiada kelas malam dan kelas weekend - serta merta UPM terkeluar dari option, maka pilihan terdekat dan tiada traffic jam ialah UKM.
            Apa yang aku rasa macam tidak pandai habis ni?
            My quest in getting the best research topic for my master thesis.

            Mula-mula aku mau buat research pasal ada satu benda tu, tapi lepas buat literature review (LR), rasa macam tidak sesuai pun ada sebab kalau tersilap langkah, boleh terkeluar dari lingkungan bidang kajian aku.

            Jadi aku try pula buat lagi satu ni. Tapi bila lepas gali punya gali, rasa macam tidak boleh go la pula, sebab aku sense akan ada kesukaran bila part buat analisis nanti.

            Lepas jumpa supervisor aku last Friday, dia bagi cadangan, why don't aku buat research pasal satu benda ni? Dan aku boleh bawa research tu dalam domain 'yang itu'. Seems interesting. (Aku nda la mau cerita yo-yo-oo.. kalau nda jadi bikin malu ja nanti).  

            Sebenarnya, tujuan aku buat entry ni ialah untuk meluahkan kepada dunia yang aku amat gembira dengan kehadiran supervisor aku dalam hidup aku sekarang ni.

            She is really helpful. Selalu bagi motivasi yang diperlukan dan sentiasa menawarkan buku-bukunya dan artikel-artikel yang membantu untuk dipinjamkan sebagai rujukan. Bagus bah..

            Aku ada tiga statement dari supervisor aku ni yang aku ingat menusuk dalam jiwa aku.
            1. "Saya nak awak ada problem statement dulu. Saya tak akan benarkan student saya pergi jauh kalau takde problem statement" - logik la tu.. kalau tiada problem statement, maknanya student tu belum buat thorough literature review. Tiada problem statement juga bermakna tiada research question. Tiada research question, bermakna tiada objektif. Tiada objektif yang jitu, bermakna research methodology akan jadi kucar-kacir. Siapa yang susah, diri sendiri juga yang susah nanti. 
            2. "Raya nanti tak boleh cuti lama-lama tau. Orang dapat cuti belajar supaya boleh fokus kat study. Bukannya kena cuti suka hati. Expectation tu tinggi untuk orang yang cuti belajar" - true enough.
            3. "Try amalkan solat istikharah dan solat dhuha. InsyaAllah, journey nak habiskan thesis ni akan jadi smooth je" - saya setuju. The greatest help is from UP there..

            Sebenarnya, selama aku belajar 2 semester di FTSM UKM ni, semua lecturer yang aku kenal dan pernah berinteraksi dengan dorang memang bagus-bagus. Dari yang belum dapat title Dr. sampai ke lecturer yang sudah dapat title Prof., semua pun ok. Memang memberi inspirasi yang membina.

            Senang cakap, dorang membuatkan perjalanan aku dalam meraih master degree ni - a rewarding process.

            Kesimpulannya, tajuk entry itu patut ditukar kepada "Habis juga bah tu nanti"..

            Monday, July 11, 2011

            Doa sebelum tidur

            Semalam, aku masuk tidur serentak dengan si Addin..
            Selalunya, aku masuk tidur dulu atau si Addin tidur dulu..
            Untuk pengetahuan, kami semua masih tidur sekali..  :)


            So, aku suruh si Addin baca doa sebelum tidur.
            Si Addin ni pun baca la..

            "Bismikallahhumma ahya wa amutu
            Dengan nama Allah aku hidup dan mati. Amin."

            "Pandai anak mummy.. okeh.. tidur.. close your eyes"

            "Mummy.. kita ni macam mati ke sekarang?"

            Pause.. Aku jadi macam ter"puzzle".. macamana aku mau jawab soalan cepuemas macam ni..

            "Tidak lah.. kita kan mau tidur"

            "Mati tu macam tidur ke mummy?"


            "Mati tu macam tidur tapi tak bangun-bangun dah.. kalau tidur ni sekejap ja, besok pagi kita bangun.. oke? Bah.. tidur lah.. "

            Aku pun tidak sure si Addin paham ka tidak..
            Tapi lepas tu tu terus si Addin diam-diam ja sambil berguling-guling mau tidur..

            Besar sudah anak aku ni..

            Friday, July 8, 2011

            Zara and baby talk

            Anak damit ku si dayang Zara ni sekarang sedang rajin kan bercakap..
            Tapi perkataan yang dia cakap boleh memenuhi piawai percakapan aku sebagai mummynya ni masih limited.

            Zara boleh cakap:
            1. Dadi - maknanya Daddy.. ok la tu.. rajin si Zara ni menyebut Dadi. Kalau Abang Edi balik dari kerja, si Zara dengar ja bunyi kereta parking, mesti ia bekejar ke pintu mau menyambut kepulangan Abang Edi, lepas tu jerit "Dadi!!!!". Kalau nampak gambar Abang Edi pun, sebut "Dadi". Kalau pegang baju Abang Edi pun, sebut "Dadi".
            2. Ai - maknanya Air.. si Zara akan sebut "Ai" sambil pegang botol air atau lepas dia batuk.. terer eh si Zara ni, kalau batuk ja, cepat-cepat ia cari botol air mau minum. 
            3. Mam - maknanya makan. Kalau aku tanya "Nak makan?", Zara akan jawab "Mam.."
            4. Nak - maknanya nak la.. tiada makna lain.. Ni contoh kalau aku tanya "Nak pi jalan tak?", Zara akan jawab "Nak".
            5. Akat - maknanya Angkat. Zara akan sebut "Akat" kalau minta kena dukung. 
            6. Kakak - maknanya Kakak. Tapi aku rasa dia pun tidak paham apa makna kakak ni.. sebab dia main sebut ja tanpa ada relevan dengan keadaan yang sesuai. 
            7. Ubet - maknanya Ubat. Macam orang jawa pula perasaan aku bila si Zara sebut "Ubet" tu.. 
            8. Pash - maknanya Panas dan Pedas.. tapi sometimes kalau si Zara tidak mau sesuatu (contoh makan ubat) pun dia akan bagi alasan "Pash!".. 
            9. Betubetubetubet - maknanya "Betul betul betul". Pengaruh Upin Ipin.
            10. Boboiboiiii - BoBoiBoy... ni pun pengaruh katun kegemaran abangnya. Kegemaran si Zara juga. 

            Tapi aku puzzle, tidak pandai la pula si Zara ni mau panggil aku Mami.. Kalau aku sebut "Mami", si Zara ni pun suka-suka hati ja akan sebut benda lain, yang teda kaitan-kaitan.

            Perkataan yang selalu Zara sebut - Hajeba, Teba dan Yippiyee.. Allah ja tahu apa maknanya ni.
            Hajeba selalu disebut bila Zara ternampak playground, airplane.. Yippiyee akan disebut kalau si Zara kusut dan maukan something seperti biskut dan losyen.

            Walaupun si Zara masih cakap ala-ala jerman, tapi banyak la yang dia sudah faham.
            Kalau aku tanya pasal anggota badan, boleh ja si Zara menunjuk mata, hidung, telinga dan semuanya berkaitan tu dengan cemerlang. Aku nda pernah ajar pun. Maybe cikgunya di nursery ada ajar.
            Kalau aku suruh dia pickup her toys dan kemaskan pun pandai juga.



            Besar sudah anak mummy ni...

            Tips mohon HLP (Jawatan F sahaja)

            Baru-baru ni, terjumpa la dengan sorang mamat yang sedang buat PhD di UKM..
            Dia lagi muda dari aku, tapi buat PhD sudah.. excellent banar eh..
            Rezeki masing-masing..

            Jadi, kami pun borak-borak la sikit..
            Cerita pasal research, agensi dulu macamana...
            Pengalaman time interview HLP tu macamana..

            Hasil dari persembangan itu, baru la aku tau..
            Kawan aku cakap - salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada peluang cerah untuk dapat biasiswa HLP ialah: pastikan course, tajuk research dan proposal yang kita mohon time isi borang HLP tu bertepatan dengan kehendak bidang yang ditetapkan oleh Human Resource.. makanya jika merujuk kepada Jawatan F, sah-sah la HR itu ialah JPA.

            Contohnya, pada tahun berkenaan, JPA berkehendak pemohon bagi bidang Database dan Security. Jadi, kalau tajuk bidang dan proposal kita adalah berkenaan salah satu dari dua bidang tu, besarlah sikit laluan untuk dapat HLP.. Provided, proposal tu kena la solid. Kalau asal ada saja, nda juga guna-guna kan. Kaitkanlah dengan sumbangan yang boleh diberikan kepada pihak Kerajaan.

            Tapi, dalam masa yang sama, aku tidaklah dapat menyimpulkan sekiranya tajuk bidang yang dimohon oleh seseorang pegawai  itu menyimpang dari keperluan JPA, maka pegawai itu tidak akan dapat HLP. Contohnya, jika JPA mau pegawai F yang pakar dalam bidang Semantic Technology, tapi pegawai tu mohon untuk tajuk Cyber Security, kemungkinan besar pemohon tu kandas - itu tidak dapat dipastikan.

            Kalau mau tahu tajuk apa yang JPA cenderung pada tahun berkenaan, boleh bertanya kepada pegawai JPA yang berkaitan. Kawan aku pernah buat macam ni.

            Hasil dapatan ini ialah hasil perbualan di antara kerabat F marhain yang tiada kaitan dengan JPA. Tips ini mungkin benar kerana sudah ada pembuktian. Misalnya, pada tahun aku memohon tu, salah satu dari keperluan JPA ialah Pembangunan Sistem. Kebetulan, bidang yang aku mohon  dan proposal aku berkaitan Pembangunan Sistem. Aku cakap kebetulan sebab aku tidak tahu menahu pasal keperluan bidang JPA tu. Main redah ja.

            Samalah halnya dengan mamat yang buat PhD tu.. proposal dia pasal Teknologi Semantik, ngam pula dengan keperluan JPA tahun dia memohon HLP tu. Dia pun Alhamdulillah dapat.  

            Tips ini mungkin berguna untuk kawan-kawan seperjawatan Teknologi Maklumat yang berminat untuk lanjutkan pelajaran.
            Wallahualam.

            my research nest @ UKM.. (kalau di rumah, banyak dugaan)

            Thursday, July 7, 2011

            Braces dan karang gigi

            Lama sudah tidak update pasal pagar besi di gigi ni kan..
            Ni pasal memang tiada apa benda yang mau diupdate pun..
            Archwire pun tidak kena tukar, pasal doktor aku tu cakap ada satu gigi geraham kecil yang tenggelam di belah bawah kiri masih belum timbul sepenuhnya..
            Tapi Alhamdulillah, gigi aku sebelah bawah semua sudah berada dalam saf yang tersusun..

            Sekarang ni, treatment tambahan ialah - pakai getah dengan disangkut pada gigi atas dan bawah sebelah malam saja.
            Bagus la..
            Kalau berjaya, tidak payah cabut 2 gigi.. kalau tidak berjaya, babai la sama gigi-gigi itu..
            Seboleh mungkin, dielakkan la urusan cabut gigi tu.

            Last Monday, aku pegi appointment, doktor bagi scaling gigi bawah ja pasal ada karang gigi sudah..
            Mesti kena buang tu karang gigi dengan segera sebab takut nanti ada gum problem..
            Gigi belah atas tiada masalah pasal senang mau berus.. besar kan gigi aku,,
            Tapi yang belah bawah tu cam susah sikit mau berus.. Gigi belah bawah kan kecil.. tapi bracket ja sudah conquer kebanyakan area gigi.. so, susah mau selitkan berus gigi untuk berus di area luar bracket tu..
            Jawapannya, kena la pakai interdental brush..

            Harap-harap, sempat la gigi aku ni cantek sebelum aku konvo nanti..
            Mau cerita pasal konvo pulak, tesis pun masih terkial-kial.. mau dapatkan problem statement pun masih blur-blur lagi..
            Huhuhh..

            Monday, July 4, 2011

            Disney Junior - Ahoy to Never Land

            Last Khamis petang, dapat sms dari 66339 bertulis begini "RM0.00 : Frm Astrolife - U won a tix for 4 to Disney Junior event! 2 Jul, 1:30pm, Bk Kiara Equestrian. Bring astro bill/tix to enter. Call 0166880401".

            Heran juga aku.. bila pula aku masuk contest pegi Disney Junior event ni. Contest lain ada la.. tapi sudah dapat tiket ni, apa salahnya.. pegi ja la..

            Excited pun ada.. macam syiok ja.. confirm la si Addin dan si Zara suka.. tapi aku kena bendung dulu excitement tu dan tidak boleh bagitau sama si Addin.. Apa-apa hal pun, kena tanya Abang Edi dulu.. mana tau dia tidak berminat.. lepas Abang Edi kata ok, baru la aku berani spill the news to Addin.. Addin dan Zara memang suka tengok Disney dan Playhouse Disney channel.. Disney Junior tu adalah channel baru yang akan menggantikan Playhouse Disney start 11 July..

            Hari yang ditunggu tiba...

            Kami sampai agak lewat.. 15 minit lewat macam tu.. Ramai juga family yang datang.. kira meriah la.. oleh kerana aku tiada tiket, jadi aku bawa latest astro bil ja. Lepas registration, dapat doorgift dari Astrolife..

            Lepas tu kami ternampak Zahid AF2 in pirate costume.. aku angkat tangan la kunun melambai sama si Zahid.. lepas tu aku rasa bersalah.. ya la kan, orang tu kan artis, tapi tidak pula kami minta mau bergambar sama dia.. nda pa la.. mesti dia profesional..

            Cuaca panas yang amat.. jam 3.00 petang ada acara bergambar dengan Mickey and Minney Mouse.. sebelum tu, main game dulu.. oleh kerana event petang tu adalah bertemakan rancangan kartun baru di Disney Junior "Jake and the Never Land Pirates", jadi semua game adalah bertemakan ala-ala pirates..

            Ada 4 booth - Agent Oso (tumbangkan botol dengan pistol air), Word World (cari huruf untuk eja SHIP), Handy Manny (buat kotak) dan Mickey Mouse Clubhouse (masuk dalam maze untuk cari tiga gambar).. selesai setiap game, kena collect stamp - macam main treasure hunt.. (tapi lupa la pula aku mau ambil gambar time si Addin main game.. terlampau panas kan time tu)..

            Tidak dilupakan, lepas main each game, kami dapat souvenir gifts lagi.. serunutnya.. Oleh kerana budak kecik ada 2 orang, jadi kami dapat dua treasure map, maknanya gift kali 2.. macam-macam la dapat..

            Lepas habis semua game, kami pun pegi ke kemuncak acara iaitu menunggu Mickey dan Minney untuk bergambar.. nasib sungguh baik sebab terjumpa Erika and the kids!! Aku sempat tanya Erika macamana boleh dapat invitation ni. Dia pun cerita yang dia ada isi satu online form dari AstroLife.. bila aku fikir-fikir balik, baru la aku teringat yang aku pun ada isi form tu... punya la main pelupa aku ni..




            Nasib baik ada Erika, Ain dan Ammar yang comel-comel belaka.. bole la tumpang semeja melepaskan lelah.. thanks kepada event organizer yang menyediakan bottled drinking water dan biskut Jacobs free.. terbaek..

            moody.. mungkin kerana panas.. atau kurang tidur.. besar kemungkinan juga sebab berada di tempat dengan ramai orang baru.. malu-malu la ni kunun..

            Ain yang sibuk mewarna.. pandai betul si Ain ni color.. kemas ja..

             gambar ehsan Mummy Ain & Ammar (Thx Ika!)

             gambar ehsan Mummy Ain & Ammar (Thx Ika!)

            Abang Edi yang sedang menunggu dalam barisan sama si Addin.. semua orang sedang tunggu Mickey dan Minnie keluar.. once sampai turn, barulah aku dan si Zara masuk barisan..

             Siapalah agaknya jadi maskot tu kan..
            hasil "seni" si Addin - tapak tangan warna biru melintang di bawah

            bukan mau berak..
            aku ingat ada la maskot pirates ni betul-betul.. rupanya patung 2D ja.. cheh..

             Sudah mau beransur, ambil gambar dulu..

            Ambil gambar di entry point pula..

             Zara ambil udara petang di pinggir padang kuda..


            Sesampai di rumah... aku check di pigeon hole, baru la tiket pegi Disney Junior event ni sampai via GDEX.. ni mesti baru sampai pagi tadi ni.. semalam aku check tiada pun..


            bertuah punya tiket..


            Captain Addin Sparrow..


             Captain Zara Sparrow..


            sebahagian dari hasil kutipan..



             ni la hasil dari treasure hunting tadi.. dapat sijil la kunun-kunun..


            p/s: Secara keseluruhan, event ni menyeronokkan.. tapi rasanya adalah lebih bagus kalau kitaorg terdapat event sebelah pagi.. mungkin less panas membahang.. souvenir gifts yang kami dapat pun marvellous.. good job AstroLife!

            Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...