google analytic

Nuffnang

Monday, May 30, 2011

Signed Up with Astro Beyond

Hari Jumaat ari tu, orang Astro call untuk promosi upgrade guna Astro Beyond.

Kononnya, untuk Superpackage (Family + 3 minis + Movies + Sports + Mustika + Tayangan Hebat) dan 11 HD channels, aku hanya perlu tambah bayar RM1 ja daripada bil sedia ada.

Ini sebab sekarang ni pun kami sudah subscribe 7 channels. Kalau ambil promotion tu pun (dengan menambah pakej Tayangan Hebat), boleh dapat 11 HDC at zero fee. Installation pun free.Tapi, kalau mau subscribe less than superpackage tu, bilnya akan jadi lebih mahal daripada harga promosi sebab ada caj RM20 untuk 11 channel HD tu.

Jadinya, aku dan Abang Edi pun setuju la untuk upgrade kepada Astro Beyond. Apa la sangat tambah RM1. Installation fee pun exempted. Full warranty by Astro. Kalau rosak ka, mau pindah rumah ka, call ja Astro, semua urusan repair dan relocation adalah free. Kalau pakai Astro yang sekarang ni, kena bayar.

Menarik la juga. Bukan la hadap sangat mau tengok Tayangan Hebat tu. Cumanya, kalau pakai Astro Beyond nanti, harap-harap kurang la masalah tiada siaran ketika hujan.

Bila difikir balik - apakah punya la membazir subscribe banyak sangat pakej? Sampai tujuh?
  • Family - ni basic, wajib ada kalau guna astro
  • 3 minis 
    • Fun - pakej kegemaran si Addin
    • Variety - aku suka layan Star World dan E! (mesti ada)
    • Learning - dulu rajin juga tengok, sekarang macam kadang-kadang. Sekarang ni aku suka layan Dog Whisperer ja... hohohoh..
  • Movies (kadang-kadang juga layan)
  • Sports - Abang Edi ja layan (mesti ada)
  • Mustika - ni subscribe pasal Abang Edi mau tengok Maharaja Lawak
Apa la punya main membazir. Defnitely need to review.
Tayangan Hebat tu pun mesti pakej ntah hapa-hapa ja tu.

p/s: Orang lain lama sudah ada Astro Beyond. Kami baru mau ada.. Ada pun belum sebenarnya, pasal belum kena pasang..

Virtual bos

Kejap lagi mau ke JPA.. mau minta pengesahan dan approval untuk urusan-yang-menggerunkan-aku.
Kalau jadi pegawai gunasama dalam kategori 'kolam' atau glemernya 'pool', JPA la yang jadi boss..
Jarang-jarang jumpa bos ni.. kalau ada urusan ja baru 'menghadap'.. huhuhu..
Nasib baik ada parking berbayar.. tidaklah susah sangat mau cari parking di Parcel C..

Sunday, May 29, 2011

My girl

Setelah dibelek-belek blog aku ni, baru la aku perasan.. aku jarang betul blog pasal si Zara.. balik-balik pun pasal si Zizou juga yang aku blog.. heran juga aku..

Jadi aku rasa, aku mesti rajin-rajinkan diri untuk blog pasal si Zara.. so bila si Zara sudah besar nanti, aku boleh la baca post-post aku yang lama pasal si Zara.. mengembalikan kenangan pasal my first born girl ni..

Apa yang boleh dicerita? (Zara 1 tahun 7 bulan)
  • Sekarang si Zara sudah pandai berbahasa jerman aka bahasa-dia-saja-yang-paham.. ada juga la yang aku faham.. takat num (minum), mam (makan), nin (nenen), byes (bye)..
  • Perkataan yang dia suka sebut ialah hajeba dan petai-petai... maknanya? Wallahualam.. 
  • Paham simple instruction. Cth cam "Tolong ambil pampers", "Mana henpon mummy?", "Jom mandi", "Nak makan tak?" etc
  • Kuat makan yang amat.. apa yang kami makan, dia pun mau.. walaupun dia sudah makan, tapi dia boleh sambung makan lagi dalam masa kurang setengah jam.. sekarang pun dia sudah tembam yang amat. Tapi beratnya baru 10kg ja.. the only thing yang dia tidak suka ialah sayur.. ohhhoooo... bahaya betul... 
  • Rambutnya lembut dan berwarna agak keperangan.. cepat panjang lagi tu.. next time kalau hair bang dekat dahinya sudah menutupi mata, aku mau bawa pegi saloon la untuk digunting dengan rapi.. ni pasal kes last time Abang Edi potong rambut si Zara ala-ala Cleopatra atau Abu Bakar Elah atau Temenggung Jugah Anak Baring yang diserang demam malaria tapioka (hair bang di dahi yang bengkang bengkok)
  • Suka menjadikan abangnya yakni si Addin sebagai idola.. Aku mesti sentiasa memastikan si Addin behave especially when we are outside.. sebab kalau si Addin misbehave (berlari-lari, bising, pegang sana pegang sini, etc), mesti si Zara akan follow..
  • Suka berlawa-lawa.. kalau aku bermekap, dia pun sibuk-sibuk mau tumpang sekaki juga.. jadi, aku pun berlakon la mekap dia (tapi tidak kena pun muka dia, sikit ja).. lepas tu dia akan cepat-cepat tengok cermin mau tengok betapa lawanya dia.. huhuhuh.. 
  • Suka pakai gaun.. kalau pakai gaun ja, mesti lepas tu akan berpusing-pusing pegang skirt.. 
  • Suka berkepit sama aku ja.. kalau aku pergi dapur pun mesti mau ikut juga.. selalunya time dia mau sama Abang Edi kalau Abang Edi pegang kunci rumah dan kereta sebab dia pun mau ikut keluar.. 
  • Still menyusu badan.. walaupun sudah campur dengan formula tapi selagi boleh mau yang natural juga.. aku rasa mesti susah ni nanti kalau aku mau kasi weaning Zara from breastfeeding when she reaches 2 nanti.. 
  • Masih lagi ada alahan kulit yang agak serius especially di kaki dan di belakang badannya :( kalau si Addin dulu, lepas setahun kurang sudah eczemanya.. kesian juga tengok si Zara yang selalu menggaru sampai kulitnya jadi luka-luka dan tidak halus... hmm.. kesian betul.. 
  • Amatlah susah mau kena keringkan badan lepas mandi dan pakai pampers.. especially kalau mau lap rambut...  dan time mau pakai pampers pun mesti macam bergusti ja.. sekarang ni kami belikan si Zara pampers ala pants..
  • Sama macam abangnya.. suka tidur tidak pakai selimut.. dorang ni ada darah orang eskimo mungkin.. 
  • Suka berlari.. sudah la tembam.. kelakar ja..
  • Kalau aku hantar dia pi nursery, jangan harap la dia mau senyum babai sama aku.. masam ja muka.. tapi rileks ja pun sebenarnya..
  • Cepat boring dalam kereta.. asal kereta berhenti ja (contoh untuk tunggu lampu merah), mesti mau buka pintu kereta.. bahaya betul... 
  • Suka dengan binatang.. kalau nampak cerita pasal binatang dalam tv, mesti akan buat gaya manja panggil binatang.. dan semua binatang pun dia akan panggil dog..
  • Suka menyepahkan makanan ketika time makan.. yang masuk dalam mulut sikit, banyak yang ada atas lantai, di rambut, di meja highchair.. 

That's my Zara..

Wednesday, May 25, 2011

Viva forever

Aku masih dalam mood semester break.
Semester akan datang buka pada bulan September.
Tapi oleh kerana aku budak master mix mode iaitu half course half thesis, aku tidak boleh ada mood sebegitu.
Time-time macam ni, aku mesti sudah mula berthesis.
Kalau aku budak full course, aku boleh bersuka loka.
Lebih bagus kalau boleh jadi surirumah berjaya. Kalau lebih rajin, belajar menjahit atau memasak. Untung-untung kalau ada bakat, boleh ambil upah menjahit dan memasak.
Atau kalau berbakat dalam berniaga, boleh jadi sales person untuk company Abang Edi, untung-untung dapat komisyen.
Kalau duit berkoyan-koyan sampai tidak tau mau buat apa, pergi cuti-cuti.
Atau kalau tiada perancangan langsung, boleh buat bodo sehabis baik.

Aku perlu bangkit.
Sudah lama rehat.
Jadi hari ni aku pergi UKM, tengok budak master viva.
Nasib baik pergi, boleh la aku dapat idea serba sedikit untuk tesis aku nanti.
Dan lebih seronok, dapat jumpa kawan-kawan yang sudah lama tidak jumpa.

Sesi Viva yang telah di 'live streaming' kan ke Dewan Multimedia.

Sensorangan..

Pernah ka anda buat perangai shopping sorang-sorang, makan sorang-sorang, tengok wayang sorang-sorang?

Aku pernah. Bukan setakat pernah, tapi selalu..

Shopping sorang-sorang sebab tiada member. Abang Edi kerja dan anak-anak pi nursery (tapi sebenarnya lagi bagus shopping sorang-sorang daripada bawa anak sebab pening kepala mau handle dorang).

Waktu aku bekerja dulu selalu buat sebab lagi senang mau gerak sorang-sorang daripada ada member. Kalau ada member, kena ikut member masuk kedai mana lagi, makan lagi. Kalau sorang-sorang, lebih jimat masa dan boleh pegi mana-mana ikut kepala sendiri. Alah.. kalau sorang-sorang pun bukanlah shopping berat-berat pun.. takat beli groceries, pampers dan susu anak, pegi Alamanda atau Jusco dan Giant dekat rumah.. kalau sampai pegi KLCC, One Utama atau Pavilion, haruslah berkawan.. tiada kawan, jadi macam palui-palui la aku..

Cumanya,  lagi bagus shopping bersama kawan-kawan especially kalau mau shopping baju atau apa-apa yang berunsur feminin. Duit pun lebih cepat mengalir macam air longkang ketika hujan.

Tengok wayang sorang-sorang? Aku pernah. Lagi rasa macam ntah hapa-hapa. Time tu aku boring yang amat. Jadinya mengambil keputusan untuk tengok wayang di waktu rehat hari Jumaat nan panjang. Oleh kerana tiada member yang sama wave length dengan aku time tu, so ambil keputusan tengok wayang - tajuk Karate Kid di GSC Alamanda. Aku ambil satu seat yang berada di bahagian depan hall sebelah aisle (yang hanya ada 2 kerusi sebab hall kecil). Dengan harapan, kerusi sebelah aku kosong.

Lepas 10 minit cerita start, tiada orang duduk sebelah aku. Ni sudah kira bagus. Malangnya, nasib tidak menyebelahi aku.Tentiba ada sorang mamat duduk sebelah aku. Kurang asyam. Lepas tu, suka betul la menoleh ke arah aku sambil gelak-gelak, dia ingat aku mau ketawa sama dia la tu. Rimas aku.

Terus aku angkat kaki, pegi keluar dari hall kejap, tarik nafas dan berfikir "Tidakkanlah aku mau rugi duit tiket dengan blah sekarang semata-mata kerana ada lelaki yang for sure akan tuang sembahyang sunat jumaat duduk sebelah aku?" (movie tu kan lama) Aku call Abang Edi dan dia cadangkan aku supaya masuk balik tapi duduk tempat lain.

Nasib la panggung tidak full. Jadi aku masuk balik, dan aku duduk di kerusi kosong tapi jauh di belakang dari kerusi aku tadi. Aku berjaya tengok cerita tu sampai habis. Tapi sumpah aku tidak mau tengok wayang sorang-sorang lagi... mungkin exception akan diberikan kalau aku sudah sampai tahap boring yang amat dan movie yang aku mau tengok mestilah cerita kartun atau cerita pompuan.

Makan sorang? Lagilah selalu. Especially time aku kerja dulu. Selalu buat perangai tapau makanan, makan depan pc sorang-sorang sambil buat kerja. Berdedikasilah kunun. Sejak belajar ni pun, selalu juga makan sorang-sorang di rumah. Boring..

Makan sorang. Ambil dua plate ja.


Kalau makan di luar, aku berani makan sorang kalau aku makan sushi di Sushi King. Time makan ialah ketika Happy Hours, weekdays, 3 hingga 5 petang sebab ada diskaun 20%. Suka layan sorang sambil duduk depan conveyer belt sebab tiada member makan yang sesuai. Abang Edi tidak suka makan sushi. Kalau adik aku ada (Jakir, Nurul atau Lina) aku akan bawa. Lebih seronok makan kalau ada kawan, boleh borak-borak. Bermakna la sikit. Kalau makan sorang-sorang, tidak sampai 30 minit, bayar bil dan blah.

Kesimpulannya, boring sorang-sorang ni. Berdua lebih baik, bertiga lebih afdal, berempat lebih meriah. Berlima? Nanti-nanti la. Kalau ada rezeki, terima saja.
p/s: Aku mau train anak aku makan sushi, supaya aku ada member makan sushi. :)

Tuesday, May 24, 2011

Signed Up with Unifi

Hari ahad tu, jenjalan ke Jusco depan rumah, saja-saja shopping for groceries yang semakin berkurangan.

Kebetulan ada promosi Unifi. Ada sorang minah promoter berbahasa cina dengan aku dengan disulami sedikit bahasa Inggeris yang aku faham "free installation"..
Selepas dia terlihat aku yang tersenyum sambil memandang Abang Edi yang juga tersenyum, dia jadi kaget.
Aku just cakap "Nevermind, I get that a lot.. ni promosi pasal apa?"

Jadi dia pun terangkan sekarang ada promosi Unifi. Free installation which includes RM200 Installation fee and RM800 for devices (wireless phone, Hypptv box, wireless modem, fibre optic modem).
Tapi installation akan dibuat dalam masa 2 bulan saja lagi.

Aku dan Abang Edi berminat.
Tapi aku cakap, installation tu anjak 6 bulan lagi.
Kalau technician datang dalam masa 2 bulan lagi pun, macam tiada guna.


Kerana aku ada plan besar. Yang menggerunkan aku. Yang memakan jiwa aku. Yang mengganggu tidur aku. Dan pastinya, akan melubang-besarkan poket aku.


Semoga Allah memberikan aku ketenangan. Semoga urusan kami dipermudahkan. Amin.

Jadinya, aku pun signed up. Dapat la memopad bermagnet percuma dari TM. Dan memopad itu sekarang sudah aku 'lekatkan' ke peti ais bertuah kami.

p/s: HyppTV tu ada ManUtd TV. Mesti la Abang Edi suka.

Friday, May 20, 2011

We @ Singapore

Hotel Fragrance Bugis
Lepas aku telek-telek peta Singapore, baca review dari Internet (TripAdvisor etc), compare harga - aku pun pilih Hotel Fragrance Bugis.

Lepas duduk hanya 1 malam di hotel tu, aku agak kecewa. Biliknya kecil, nama pun superior room ja. Tapi aku rasa kalau aku book family room pun mesti tiada jauh beza. Abang Edi sudah terfikir mau upgrade bilik, tapi memikirkan kami hanya akan overnite di hotel tu untuk 1 malam saja, sabar saja la.


Aku rasa bed ni besar sikit ja dari saiz single bed. Di wall depan bed tu ada flat TV.Si Addin pun boring. Tidak habis-habis request mau balik tidur di cruise. Sigh!


Toilet pun kecil. Door mat di luar toilet macam teda-teda ja menyerap air. Bikin menyampah.


 Ok la.. ada kettle, ada coffee 3-in-1. Dekat laci tu ada DVD player (si Addin sedang main) dan hair drier. 


Sebenarnya, bila baca review pasal hotel-hotel di Singapore, semua bilik hotel pun kecil dan cramp. Ya la... space di sana memang amat mahal.

Harga bilik time aku book tu ialah around SGD 140++ (including GST and service tax). Convert pegi Ringgit Malaysia adalah RM350+. Kalau di area KL ni, dengan harga macam tu sudah boleh dapat hotel yang hebat di Segitiga Emas. Itu pun sebenarnya antara yang termurah la tu. Hasrat di hati tu mula-mula mau book Ibis Bencoolen. Macam senonoh sket. Tapi mahal la pula.

Macam menyesal ja sebab booking kami tu rupanya including breakfast. Rugi ja la pun sebab restorannya ada serve oink oink, mana la kami mau makan sana. Rugi rugi... .

Time aku booking tu, aku request room with window. Tapi kununnya bilik bertingkap suda habis. Ya la tu..

Semua pun cons ja kan. Ada juga yang pro nya
- Sebelah 7 eleven
- Dekat dengan Bugis Junction Mall dan Bugis Street (lebih kurang macam Petaling Street)
- Dekat dengan Stesen MRT Bugis

Itu ja la yang aku dapat fikirkan. More than that, macam teda ja.

Next time, kalau mau turun Singapore pun, kena cari hotel deal yang best gila. Atau lebih bagus, tidak payah stay di Singapore. Stay ja di JB dan turun pi Singapore dengan drive kereta sendiri.


Jalan-jalan di Singapura

Tidak banyak yang boleh diceritakan. Sebab kami tidak banyak berjalan. Faktor utama ialah penat. Faktor kedua ialah cuaca yang tidak mengizinkan.

Pada petang Jumaat tu, kami hanya pegi late lunch di Restoran Zam-Zam - berhadapan Sultan Mosque (around 15 minutes walk from our hotel)..

 Abang Edi order Nasi Briyani Ayam


 The famous Murtabak Singapura.


Sibuk betul dorang yang buat murtabak ni. Orang datang bungkus tidak putus-putus. 

Lepas maghrib, kami jalan-jalan jap di Bugis Junction Mall, kononnya mau cari souvenir murah-murah. Lepas bertanyakan pada orang local, kami pun pergi ke Bugis Street yang bersebelahan, maka dapatlah souvenir yang murah-murah.

Kami di Bugis Junction Mall - tapi ni diambil pada pagi Sabtu. Lengang ja.

Oleh kerana cuaca hujan, kami patah balik ke hotel. Kalau cuaca ok, mau ja kami ke area Clarke Quay untuk tengok suasana sungai di Singapore pada waktu malam. Tidak pun ke Orchard Road untuk cuci mata. Tapinya, si Addin pun balik-balik bising bagitau dia mengantuk. Kesian la pula. Sudahnya, kami tapau Burger King dan rehat di bilik hotel yang sempit itu.

Besoknya, bangun awal dan aku packing siap-siap. Kami pegi breakfast makan nasi lemak di restoran mamak yang ada dekat OCBC Bank. Patah balik ke hotel untuk check out dan simpan luggage di luggage room dorang.

Kami teruskan perjalanan ke Raffles area dengan naik MRT. Oleh kerana kami tidak sampai sehari pun di Singapore, jadinya kami just bayar 2 tambang sehala untuk dewasa (each for me and Abang Edi). Sampai di Raffles, kami jalan-jalan dekat area taman yang ada Cavenagh Bridge (aku pun tidak sure taman apa tu namanya).

Kami di taman mana ntah, aku pun tidak sure nama taman ni.

Dekat dengan Maybank Tower

Oleh kerana cuaca yang amat panas tapi kedengaran guruh sekali sekala, kami pun cepat-cepat ke Merlion Park dengan menggunakan subway dari Fullerton Hotel. Sampai ja di Merlion Park dengan harapan menggunung untuk melihat singa duyung, sekalinya yang ada , singa duyung ciput ja. Dengar cerita, arca singa duyung besar yang femes itu telah disambar kilat dan sekarang duduk dalam hotel. Huhuhuhuhuh..


 Kepala arca Merlion yang besar tu sudah masuk dalam hotel. Tinggal nampak ekor ja.


Dari Merlion Park, sekali lagi kami naik cab. Kali ni Abang Edi request driver tu untuk bawa kami ke area orang Melayu Singapura. Bila mau dekat sampai Geylang Serai, hujan turut dengan lebat-selebatnya dan anak-anak aku sudah tertidur kepenatan. So, kami patah balik ke hotel, ambil beg dan terus ke Terminal 1 Changi Airport.

Flight kami ke KL departure at 4.10 pm. Tapi kami sudah sampai di airport pada jam 12 tengahari. Kami terus ja check-in dan pegi lunch di foodcourt. Untuk buang masa, kami pegi Terminal 2 dan Terminal 3 dengan naik train.

 Jalan-jalan killing time

 
 Suka dengan troli ni. Boleh bawa hand luggage dan anak sekali. 

 
Di departure gate, ada disediakan kemudahan internet dan water cooler. Cool!

Mau diringkaskan cerita, duit kami banyak habis untuk tambang teksi ja. Ada dua kali naik teksi tu, tidak habis-habis kami kena bawa pusing-pusing sedangkan hotel tu dekat saja. Bikin geram pun ada juga. Nasib baik pengalaman kami naik teksi yang terakhir tu menyenangkan. Sudahnya bila balik KL, duit SGD pun masih banyak lagi  :)

Itu ja la cerita kami di Singapura :)

p/s: Aku rasa Singapura tu lebih kurang ja macam KL. InsyaAllah, kalau ada rezeki, boleh la pegi Singapura lagi. Tunggu Addin dan Zara besar sikit dan boleh la pegi Universal Studio pula.

Thursday, May 19, 2011

Kapal Layar Diraja Tunas Samudera

Blogging pasal Star Cruise ni, teringat la pula zaman Form 5 dulu.
Bertuah aku kerana dapat peluang join Tunas Samudera selama 10 hari - dari KK ke Labuan.
Ada 20 peserta semuanya. 12 peserta dari sekolah aku. 11 orang pelajar lelaki dari satu sekolah menengah lain (dari Limbang Lawas nda silap aku, nda ingat suda).



Banyak kenangan manis. Yang paling aku ingat:
  1. Kami yang seramai 23 orang dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan ada tugas masing-masing mengikut jadual yang sudah disusun.
  2. First day ja, kami semua sudah kena suruh tarik tali anchor ramai-ramai. Punya la sakit tapak tangan. Lepas tu kami kena ajar, mau tarik tu kena guna otot tangan, bukan tapak tangan. (Paham ke idak? Heheheh)..
  3. Ada happy hour. Aku ingat happy hour tu acara suka-suka macam karaoke ka, tidur ka. Rupanya acara membersihkan kapal. Cheh. Aktiviti bersihkan kapal termasuklah menyapu, menggosok tembaga sampai hilang karat warna hijau, gulung tali layar yang panjang dan banyak itu... mak aih.. memang banyak..
  4. Acara makan memang banyak, sedap-sedap pula tu. Kan ada chef - mestilah cukup makan semua.
  5. Try tengok logo Tunas Samudera tu, ada 3 layar kan.. Every day, without failed, pada waktu pagi kami semua bergotong-royong untuk membentangkan kain layar. Pada waktu petang pula, kena gulung kain layar. Siapa yang gayat, naya la... Tapi seingat aku, tiada siapa yang ada masalah naik layar yang tinggi itu. Aku paling suka kalau kumpulan kami kena bertugas lipat kain layar paling atas. Sebab layar tu paling kecil, cepat mau lipat. Tapi, itu la layar paling tinggi.
  6. Mula-mula belayar tu, ada budak-budak yang mabuk laut. Aku tidak termasuk dalam golongan itu. Cucu nelayan lah katakan :)... Syukur Alhamdulillah...
  7. Kami diarahkan untuk berjimat cermat dalam penggunaan air. Air tawar amatlah terhad. Rasa air tawar pun payau. Lepas tu, hari-hari aku mau minum teh dan can drink ja sebab tidak mau minum air payau.
  8. Lepas tu, kalau mau mandi pun kena berjimat-cermat juga. Kalau boleh, tidak payah mau cuci kain. Aku rasa bau aku atas kapal tu bau payau dan kulit aku rasa masin pasal ada garam yang sudah tersejat.
  9. Hari-hari kerja kami, selain dari happy hour, lipat dan gulung kain layar, jogging atas kapal etc ialah belajar pasal ilmu pelayaran contoh cara ikat tali, navigation, operation etc. Antara yang paling susah rasanya ialah untuk menghafal every tali yang ada atas kapal tu (more than 100 type of ropes!!! Gilak!) Ada exam tu...
  10. Oleh kerana aku ialah peserta yang paling comel, aku selalu kena suruh naik sampai the highest tip of the yatch. Gilaks!
  11. Kami ada diberi peluang untuk menembak laut (aku pun tidak sure guna apa tu.. M16 kali?)... Oh serunutnya.. 
  12. Patutnya, boleh ada latihan untuk Man Over Board (orang jatuh dalam laut). Tapi, tidak kena buat sebab kononnya di perairan Labuan-Sabah ada banyak ikan jerung. Huhuhuhuh..
  13. Ada sekali tu, kapal kami diiringi oleh ikan lumba-lumba... serunutnya..
  14. Ada sekali tu juga, time menggulung kain layar, cuaca berangin teruk. Takut ja aku tercampak masuk laut. Tidak habis-habis beristigfar supaya tidak berlaku kecelakaan. Tapi kami pun pakai harness kan, Alhamdulillah tidak berlaku apa-apa yang buruk. 
  15. Malam jumaat ada baca Yasin. Final night, ada malam suka ria, makan best dan karaoke.
  16. Habis ja pelayaran, semua orang jadi hitam legam dan ada muscle di tangan sebab hari-hari kerja bergayut, panjat layar, tarik tali.. Bila naik atas darat pun rasa macam terhuyung-hayang sebab lama di atas laut.
(ok la lagi ingatan aku ni.. sudah 14 tahun berlalu....)

Kalau aku ditakdirkan untuk dapat naik lagi Tunas Samudera ni, 100% aku mau ikut (sudah tua ni pun ada orang mau terima lagi ka?.. hehehe)

Inilah pengalaman yang paling aku tidak akan lupa sampai bila-bila. I heart you Tunas Samudera!

 Sijil Cemerlang. Ada exam kan.. kalau tidak pass, dapat la Sijil Penyertaan :)

Tu aku dalam bulatan kuning. Kami bergambar di hujung muncung depan kapal. 

Belayar dengan Star Cruise - Day 3

13 Mei 2011

Today will be the last day on this cruise. Sedey.. uhukss.... Pukul 1 tengahari kapal ni akan sampai di Singapore. 

Sunrise.. ada kapal kecil.. mungkin nelayan dari Pahang..


 Round-round kapal lagi sebelum breakfast. Memang sudah lama teringin mau buat gaya Titanic ni kunun.. 

Kami belum lagi pegi try swimming pool atas kapal ni sebab semalam hujan. Hari ni mesti mau try. So, lepas breakfast, terus pi swimming pool.

Aku ada try slide yang panjang dan mega untuk adult. Tapi gambar aku slide tu tidak akan diletakkan di sini di atas sebab-sebab keselamatan :)

 Neptune's Kid Wet and Wild. Addin ada try sliding di kolam ni. Rupanya kolam ni untuk budak-budak sekolah yang tinggi cam aku ja ngam. 

Si Addin slide, terus lemas jap :( Sudah la waktu kejadian tu Abang Edi tiada, aku bertiga ja dengan anak-anak. Nasib baik ada Indian family yang berhampiran boleh tolong aku untuk pegangkan si Zara so I can comfort my Addin. Sebenarnya, memang sudah ada guard dekat area tu bagi warning supaya Addin dan Zara guna swimming pool for babies ja. Tapi si Addin ni terus pecut berlari. Aku pun sama juga, terhegeh-hegeh. Nasib baik la semua ok ja. Memang pengalaman la tu untuk si Addin. 


Bergembira. Aku kasi pakai dorang swimming diapers ja. Malas mau bagi pakai swimming suit. Nanti basah, buat susah mau packing ja.

 Lepas mandi-mandi, packing, siap-siap, then kami terus pegi Deck 8 untuk ambil gambar yang kami ambil semalam. Lepas meneliti beberapa gambar yang dishoot oleh photographer Star Cruise semalam, kami memutuskan untuk beli gambar-gambar yang ni sebagai kenang2an. 


 Lepas tu sambung jalan-jalan beli fridge magnet untuk kenang2an sendirian berhad. Mahal siot. Kurang-kurang pun SGD 6 for a fridge magnet. Nasib baik ada 30% diskaun. 

Lepas urusan beli souvenir dan gambar, kami pegi melepak di The Bellini sambil menunggu masa untuk disembark. Abang Edi order Milo dan Teh suam. (Tidak pula ambil gambar time ni.)

Time melepak-lepas tu, aku perasan ramai orang macam kelam kabut memborong coklat. Heran la jugak. Rupanya dorang ni mau menghabiskan credit SD100 dari access card dorang tu.. Oooo patut la. Jadi apa lagi, kami pun sama la juga memborong semua coklat yang ada di The Bellini tu supaya credit SD100 tu tidak terbuang sia-sia. (We paid for it kan...) 

 Tengok la coklat-coklat ni. Bayangkan berapa banyak coklat kami borong hari tu sebab mau menghabiskan kredit SGD100 tu. Coklat-coklat ni semua sudah selamat diberikan kepada kawan-kawan si Addin di sekolahnya.

Tips: Sepatutnya, credit SGD100 yang ada tu kalau boleh habiskan awal-awal, contoh have a dinner di The Taj atau beli coklat di The Bellinini dan jajan di Blue Lagoon. Banyak tu mau dihabiskan.Tidak la jadi macam palui-palui macam kami.


Tunggu punya tunggu, masa disembark yang tidak berapa dinanti-nantikan pun tiba. Hello again Singapore! Bye-bye Star Cruise Virgo! Ada rezeki kita bercuti bersama-sama lagi!!!!


Hasil pemerhatian

1. Di atas kapal Star Cruise tu, ada ramai pekerja dari seluruh Asia. Kalau Captain dan officer kebanyakan dari Finland. Yang lain-lain tu, contoh reception counter, cleaner, restaurant staff, child care centre etc - ada yang dari Philippines, Indonesia, China, Nepal, Myanmar.. Malaysia pun ada sikit-sikit. Kalau jumpa dengan staff dari Philippines, aku suka cakap terima kasih - Salamat. Kalau jumpa yang Indonesian pula, aku cakap terima kasih.

2. Time kami naik Star Cruise hari tu memang world. Ramai Chinese (Singaporean, Malaysian dan Indonesian), ada Mat Salleh (especially Australian), Malays (rasanya 2 family ja termasuk kami-tapi ramai fikir kami ni Indonesian and Pilipinos..huhuh) tapi yang obvious sekali, ramai betul Indians. Boleh kata half of the passengers on board. Aku rasa most of the Indians are coming from the India itself. Macam-macam bahasa aku boleh dengar. Tahap keramaian dorang ni menyebabkan ada buffet spread yang khusus untuk Indian food di Mediterranean Buffet dan ada ruang untuk check out sendiri untuk India passport holder. Kebanyakan Indian passengers ni penyayang dan suka budak kecik. Ramai dari dorang yang suka ambil gambar dan angkat si Zara. Si Zara pun ok ja.

3. Aku ada bawa bercakap dengan seorang Indian lady ni. Aku pun tidak tau yang dia ni tidak pandai cakap English. Saja bawa cakap as a courtesy lepas minta tolong dia pegang si Zara kejap sebab aku mau selamatkan si Addin yang lemas dalam kolam budak-budak.
Aku = Are you from India?
Dia = (geleng kepala tandanya betul la tu)
Aku = Do you speak Hindi?
Lepas tu ada kawan dia menyampuk, "We speak Gujerati"
Aku = Ooooo...
Dia = Ap? (Kamu dalam Hindi)
Aku = Me? (Saya dalam Hindi)
Dia = (geleng kepala)
Aku = Oo... I am from Malaysia. I speak Bahasa. Bohot shukriah (Terima kasih banyak-banyak dalam Hindi) for holding my baby just now.
Dia = (Senyum.. aku tidak pasti samada dia faham atau tidak).
Terus aku terasa macam hindustan.. hehehe... memang world!

Belayar dengan Star Cruise - Day 2

12 Mei 2011

Rise and shine!!!!!!!

Aku bangun awal pagi dengan bersemangat dan kesegaran yang mendamaikan. Berada di tengah Laut China Selatan memang menyejukkan hati.

Tengok henpon, belum ada signal Digi. Maknanya kami belum sampai di perairan Malaysia.

Abang Edi amat pissed off pasal henpon dia tiada line roaming tapi aku ada.. Hahahaha.. Heran juga kenapa Abang Edi tiada roaming, kan dia pakai Maxis. Sebelum ni, trip pi Bangkok, Phuket dan Bali, ok ja henpon dia boleh roaming. Kenapa pegi Singapore yang sejengkal cuma dari JB tiada roaming pula?

Aku ada terjaga sekejap semalam lepas aku tertidur jam 9. Aku nampak Abang Edi was talking to his business partner on the phone. Mungkin henpon dia sudah ada line sebab sudah masuk area Johor. Kesiannya Abang Edi.. 


Bangun tidur ja terus head to the balcony (mata sepet lagi tu). Si Zara was making "Oooohh" and "Wahhhh" (konon macam takjub la tu).. si Addin pula tidak mau diambil gambar mukanya. Cheh.. (time ni cuaca tidak berapa bagus sebab hujan since semalam)

 Pemandangan dari selimut.. kan bagus kalau hari-hari macam ni..


 
Lihat la air laut yang dipecahkan oleh kapal itu.. wahhh...

Lepas breakfast, kami terus pegi ke Child Care Centre - konon mau hantar budak-budak ni supaya aku dan Abang Edi boleh berdating berdua-duaan di atas kapal. Tapi budak-budak ni tidak mau pula. Mau swimming pun macam tidak sesuai sebab sedang hujan. Jadinya, kami pun singgah ke Video Arcade just next the door. 

 Wahhh... aku dan Abang Edi pula yang beria-ia. Satu token kena jual at 50sen. Abang Edi tukar SGD12.


Tengoklah si Zara menjadi heroin kegemaran passengers dari India. Di kapal, time makan, di pantai pun ada kena ambil gambar.  

Serunut betul.. kejap jadi Jimmy Hendrix (hahaha.. pegang gitar pun tidak betul).. kejap jadi mamat Harley (bukan mat rempit.. minta simpang)..

 Mau pegi lunch naik la guna lift. Dari dalam lift boleh nampak lobby.

 Lunch time. Si Addin yang kurus keding tidak mau makan nasi, dia mau makan nugget ja. Si Zara pula perasan macam orang besar mau makan sendiri. Nasib baik ada plastic tray. Tapi berjurit (bersepah) la nasi-nasi tu. 



Shore Exercusion - Redang

Tepat jam 1 petang, kapal sudah sampai di perairan Redang. Dan Alhamdulilah, hujan pun sudah berhenti. Cuaca agak redup dan tidak panas sangat. Bagus la.. tidak la panas sangat di pantai nant.

Boleh nampak bot yang membawa passenger ke Redang dari balcony cabin kami

Sesampai di Redang, terus kami ke kedai cenderamata Laguna Beach Redang sebab Abang Edi mau beli sigup 2 kotak. Satu kotak RM11!!! Mahai noo...

Kami beriadah di pantai Laguna Beach Redang. 

Tengok la betapa ramai manusia di pantai Laguna Beach Redang ni

 Mau chop kerusi pantai ni memerlukan skill berebut yang amat tinggi. Nasib baik la aku ni 'atlit' (survivor yang suka berebut - kiasu again?)

 My kids were having fun time with their daddy. Pantai di Redang amatlah putihnya. Tapi ombaknya memang besar. Terkulat-kulat si Zara tertelan air laut... huhuhuhu..



 This was the only time I allowed my children to play with dirts! Mula-mula tu si Addin agak ragu-ragu untuk menanggalkan selipar. Tapi lepas mendapat green light dari aku, terus dia berlari-lari tanpa segan silu.


Lepas penat bermain air laut dan pasir, kami ke swimming pool Laguna Beach Redang pula. Be cautios! Slide biru itu amatlah bahaya! (bukan ja untuk kanak-kanak, untuk orang dewasa tidak berapa besar macam aku ni pun tercampak jauh juga la olehnya)

Tips: 
Tidak perlu risau untuk bawa towel untuk kegunaan ketika shore execursion. Macam kes kami yang berhenti sekejap di Redang, kami pinjam ja towel di swimming pool Laguna Beach Redang dengan bayaran deposit RM50. Lepas pulangkan towel, ble dapat balik RM50 tu.

Lepas tu, pastikan bawa duit RM bila turun ke Redang. Kalau bawa SGD ja, alamat rugi. Kedai cenderamata di Laguna Beach Redang tu terima duit SGD, tapi dorang amik SGD 1 = RM2.. 

Shore exercusion ended at 7 pm. Siapa yang terhegeh-hegeh akan ditinggalkan oleh pihak Star Cruise begitu saja. Kami balik ke kapal pada jam 5 petang.

Tidur jap dan dinner. Kapal bergerak meninggalkan Redang pada jam 8 malam.
Lepas tu kami pusing-pusing cari pasal.

Ni pemandangan waktu malam ketika bersiar-siar di kapal



 Yang ni aku suka. Telefon ni boleh pakai. Ingatkan perhiasan ja. Berabis jua dorang di Star Cruise ni menghias.

 Jalan-jalan di Deck 7. Ada arca kuda besar tu... nasib baik malam ni si Addin tidak takut lagi.

Lepas jalan-jalan sekejap ni, kami sempat ambil gambar lagi dengan photographer Star Cruise. Hasilnya boleh tengok besok.


Kami sedang menunggu jam 10 malam. Ada show "Reflection of Russia" - show gimnastik dan tarian dari orang Russia. Best juga la. Tapi tidak boleh ambil gambar dan video. Sudah la aku duduk depan sekali. Sah-sah la aku tidak berani mau langgar rules. Nanti tidak pasal-pasal kena humban pigi laut. Aku sempat beli popcorn lagi guna credit sedia ada dari access card kami.

Both my kids enjoyed the show. Tapi at the middle of the show, Addin mengeluh sebab dia heran kenapa movie tidak start lagi. Nampaknya, dia sudah salah faham.. hehehe..

Habis show at 11 malam. My kids sudah mula meragam. Hari yang sibuk kan. So, off to the cabin and get a goodnite sleep.

Belayar dengan Star Cruise - Day 1

11 Mei 2011


Flight kami ke Singapura pukul 11.40 pagi. Jadi kami ambil Airport Limo ke LCCT jam 8.30 pagi. Boringnya la menunggu di airport. Sempat breakfast nasi lemak di Foodcourt LCCT.

Dua orang budak ni tidak pandai duduk diam di LCCT 


 Pengsan selama 1 jam flight ke Singapura

Tips: Kalau naik international flight, tidak boleh bawa LAG (liquid, aerosol, gel) more than 100ml pada hand luggage. Itu termasuklah air masak sekali pun. Kalau degil juga mau bawa time boarding tu, memang kena suruh buang ja. Air masak dalam botol air si Addin aku sudah buang siap-siap. 

Fortunately, susu Zara yang sudah siap dibancuh tidak kena suruh buang pula.
Jadinya, untuk mengelakkan beli air mineral yang mahal di Singapore, beli la siap-siap lepas boarding. Lepas boarding tu, ada kedai Dunkin Donut. Air mineral sana mahal, paling murah pun RM4.80 untuk air mineral 500ml. Jadinya, bolehlah beli air mineral di kiosk-kiosk jual makanan di departure hall tingkat bawah pada RM3.00 ja pada kuantiti yang sama. 

Kami round-round di departure hall tu (sambil menunggu que untuk departure yang panjang), harga sigup sama macam di Labuan. Harga coklat mahal. Contoh macam Ferrero Rocher 30 biji adalah RM40++, di Labuan boleh dapat pada RM23 ja. Coklat Daim 300g pada harga RM38++, di Labuan boleh dapat pada RM13 ja.. banyak beza..

Di Singapura

Sampai di Changi Airport Terminal 1 ja, mestilah lepas Imigresen dulu. Pegawai imigresen yang attend kami tu adalah seorang pakcik yang agak veteran berbangsa cina dan pandai berbahasa melayu. Kagum weh! (Khabarnya, orang-orang cina veteran di Singapura memang masih pandai berbahasa melayu.. kalau yang muda-muda tu tau sikit-sikit...)

Lepas ambil beg ja, aku pegi baby room pasal mau salin pampers si Zara. Bilik nursing roomnya pun bersih. Cleaner-cleaner yang kerja di sana pun pandai bercakap guna bahasa. Abang Edi cakap tu kebanyakkannya adalah orang Malaysia yang berkerja di Singapura.. Ohhh, begitu.. 

Kami ambil teksi dari Terminal 1 ke Harbourfront Centre. Perjalanan agak smooth dan banyak pokok-pokok bunga. Driver teksi tu drive dengan agak laju (aku ingat kalau di Singapore tu mana boleh drive laju-laju?) Setiap kali lepas speed limit ja, mesti ada bunyi teet teet teet...tambang teksi dalam SGD20 lebey..

Sesampai di Harbourfront Centre, aku nampak tidak la bersih sangat. Ada ja pun puntung rokok, tisu dan kertas-kertas atas lantai di lantai tempat kami berhenti tu. Jadinya, mau kata Singapore ni spotless clean tu tidaklah rasanya.


Lunch dulu di halal foodcourt Banquet, HarbourFront Centre. Nasi campur tu SD6.50. Nasi ayam SD3.50. Convert la pigi RM.. bedal saja la...

Tips: Jangan la ngada-ngada mau minta tisu lepas makan. Tiada tisu free diberikan di Singapura. Mau tisu, beli sendiri. Nasib baik aku ada bawa banyak tisu (kering dan basah) sebab sudah terbiasa - ada budak kecik, bekalan tisu kena banyak. 

Observation: Kebanyakan pekerja untuk mengemas table makanan (termasuklah menyusun troli beg di airport) adalah dari kalangan senior citizens. Aku agak kagum. Kalau di Malaysia, kebanyakan senior citizens sudah bersenang lenang menghabiskan masa pencen di kampung dan bermain bersama cucu. Tapi aku tidak sampai hati untuk bertanya adakah mereka bekerja untuk pendapatan atau saja untuk menghabiskan masa yang terluang. Apa yang aku mampu buat ialah creating less mess while dining dan tolong forwardkan troli. I am just hoping that they enjoy what they are doing.

Lepas makan, Abang Edi sempat bersigup di outdoor luar foodcourt tu. Ramai pula geng dia bersigup tu. Habis ja dia bersigup, terus kami pergi check-in walaupun belum pukul 4 petang lagi.

Belum pukul 4 pun queue untuk check in Star Cruise sudah gila ramai orang. Tapi nasib baik juga kami sampai lebih awal 15 minit. Jadinya, masa menunggu untuk check-in pun tidaklah lama. Memang cekap staff-staff Star Cruise ni.

Ketika di boarding gate


 Pemandangan Star Cruise Virgo dari boarding gate

Sebaik check-in, kami diberi access card. Access card ni function as cabin key, credit card atas kapal, kad makan dan apa-apa la. Cash tidak laku atas kapal. Dalam kad ni pun, untuk setiap balcony class cabin kena bagi credit SD100 yang boleh digunakan untuk belanja Food & Beverages only. Untuk Worldcruiser rasanya tiada credit SGD100 ni.

Our cabin 

Tidak sampai sejam lepas check in, kami sudah sampai bilik... Serunutnya....


Ni no bilik kami. 10 tu maknanya tingkat 10. Kapal ni ada 13 tingkat atau deck. Saja pilih deck 10 sebab dekat dengan Child Care Centre, Video Arcade dan Neptunes Wild n Wet (kolam mandi budak-budak). 570 tu nombor bilik. Bilik kami terletak di tengah-tengah bahagian kapal iaitu Mid. Kapal ada tiga bahagian For (depan), Mid (tengah) dan Aft (belakang).

 Cabin yang dilengkapi dengan cerek elektrik, hot drinks amenities, 4 bottled drinking water (sebab kami ada 4 orang) dan bekas ais kiub. Bottled water tu kena bagi free setiap hari :)

 Ada satu king bed dan satu sofa bed yang telah disediakan siap-siap, cukup-cukup untuk kami 4 orang.


 Bilik air yang terbahagi kepada 3 - toilet, shower dan wash sink. Lengkap dengan hot and cold water, hair drier dan tali pengering baju. Air dari tap tu pun kununnya boleh minum, tapi aku tidak try la pula.

Towel dan toilet amenities pun ada cukup empat. Dalam sanitary bag tu ada shoe shine, shower cap, cotton bud, lotion, shaver, tooth brush and tooth paste.Semua aku tapau bawa balik.. agak kiasu tapi belum cukup kiasu pasal aku tidak tapau segulung toilet tissue yang belum dibuka..  heh..


 Tv ni ada 15 channel tidak silap. Semua channel pun smooth and clear ja. Si Addin kalau boleh tidak mau keluar bilik sebab ada Disney Channel. TV3 pun ada.Feel like home already.. daripada 15 channel tu, kurang-kurang ada 4 channel mengenai Star Cruise tu ja - salah satu channel ajar macamana mau berjudi.. huhuhu..

balcony cabin kami... siok juga bah melepak sini.. 

Tips - Star Cruise tidak membenarkan kita membawa sebarang heating element termasuklah cloth iron. Aku pun tidak sure whether dorang sediakan atau tidak. Apa yang aku buat was aku iron semua baju siap-siap dan gulung semua baju-baju dalam beg supaya tidak komot. Lebih senang, bawa la baju yang senang diurus.

Makan

Dinner di Mediterannean Buffet. Ni salah satu restoran yang bagi free dining (bukanlah free sebenarnya pasal sudah bayar kan..) Ada lagi 2 restoran which yg satu tu serve chinese food dan satu lagi serve fine dining. Lain-lain restoran kena bayar (boleh la guna credit SGD 100 tu)..

Kami makan di Kid's corner. Memang sesuai untuk keluarga macam kami yang ada dua orang anak yang sedang meningkat besar dan suka buat hal sendiri. Tidak la mengganggu ketenteraman orang lain yang mau berfoya loka di atas kapal. Siapa yang mau ketenangan tapi makan di Kid's Corner ni serupalah macam mencari 'nahas'.. ahahahaha..

Tips - Time mau makan di Mediterannean Buffet, kalau boleh, request for table at Kid's Corner. Meja dan kerusi rendah sesuai untuk kanak-kanak. Kalau anak kita bising, berlari-lari, menjerit dan menangis pun, tiada la orang mau jeling-jeling. Semua passengers yang duduk di area tu mesti akan memahami sebab semua ada anak kecil.

Time kami dinner la kapal tu start 'berjalan' jam 8.00 malam menuju ke Redang. Masa kapal bergerak tu rasa macam ada terenjut-enjut sikit. Mungkin itu adalah getaran enjin kapal. Bye bye Singapore!


Aktiviti Malam

Lepas dinner, kami terus menuju ke bilik. Hasrat di hati mau tengok magic show kunun, tapinya si Addin tidak mau. Pasal dia takut mau pegi lobby yang ada banyak arca kuda, arca singa dan arca orang macam di Rom tu. Lepas tu dia takut juga tengok poster magic show tu - takut sampai menangis-nangis. Bikin malu eh..

Rasa macam menyesal bawa budak-budak ni pun ada.. (Jahatnya aku... tapi kami belum pernah lagi berjauhan lama-lama dari anak. Terasa kosong pula kalau pergi bercuti-cuti tapi anak tiada. Mesti tidak fun rasanya). Kesudahannya, balik ja bilik. Tengok tv. Seawal jam 9 kami sudah tidur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...