google analytic

Nuffnang

Monday, June 10, 2013

Percutian ke Australia (Kesimpulan)

Sejuk tak winter sana?
Sejuk juga la. Ditambah kalau ada angin garang yang tidak sepoi-sepoi bahasa.
Bergantung pada ketahanan individual sebenarnya.
Aku rasa dengan pakai down jacket aku yang pink tu cukup untuk memanaskan badan sebelah atas.
Tapi di bahagian kaki especially sebelah paha rasa sejuk.
Addin dan Zara pula rasa macam biasa saja. Selalu mengeluh sebab kena pakai jaket.
Paling terer sekali si Zara la sebab most of the time di sana dia la pakai baju paling nipis.


Baju biru polkadot putih ni sebenarnya rain coat dengan fleece liner. 
Beli di Mothercare. 
Aku cukup suka sebab comel.


Jadi, sejuk atau tidak adalah subjektif.
Di Sydney, rata-rata aku tengok ramai orang (samada mat salleh atau bukan) berpakaian tebal. Tidak ramai yang berpakaian nipis.
Abang Edi bagitau, di Manchester lagi sejuk. Mau keluar pun malas. Ni baru tahap sejuk Ozzie.
Sejuk Australia pun aku boring pasal tak tahan.. hohoh.. 

Senang cari makanan halal?
Makanan halal memang banyak tapi makanan berasaskan Malaysia/Indonesia tu adalah menjadi sedikit cabaran di Gold Coast. Di Sydney tidak pula susah mau cari.
Aku kureng sikit mau makan kebab semua tu. Rasa kebab di pasar malam di KL lagi nyaman. Huhuhu..

Best ka pegi Australia?
Di Gold Coast rasa macam ok tapi kurang meninggalkan kesan sebab banyak ke tempat attraction yang kurang sesuai dengan jiwa naluri. Chewah. Mungkin, next time, kalau mau pegi ke Gold Coast lagi, aku mo lawat ke tempat yang ada glow worm dan kawasan perkampungan.

Sydney pula, memang tidak cukup untuk 3 hari saja. Sebab banyak lagi attraction di sana yang kami tidak sempat pegi. Plan awal mau pegi 4 hari di GC dan 4 hari di Sydney. Tapi sebab mau tengok whale yang hanya start pada 1 Jun punya pasal, maka terpaksa la memanjangkan tempoh cuti di GC.

Cuti kali ni pun tidak boleh lama-lama sebab cuti sekolah hanya 2 minggu. Sekarang Addin sudah start sekolah betul-betul, jadi rasa macam tidak sesuai pula mau kasi cuti dia suka hati. Time dia di tadika dulu bole la aku buat macam tu. So, kena la ambil kesempatan bercuti di musim cuti sekolah seoptimum mungkin. Aku pun macam la banyak cuti. Baru masuk opis la katakan.

Environmentnya macam mana?
Terasa lebih maju dan civilised daripada di Malaysia. Mewujudkan kaunter bayar sendiri tu memerlukan tahap integriti yang kukuh di kalangan komuniti. Orang local pun baik-baik. Orang asian yang migrate di sana tu pula macam banyak yang agak berlagak dan perasan bagus. Tapi sebenarnya, ada yang baik pun. Jadi, tidak boleh distereotaip mengikut bangsa. Masing-masing ada watak berbeza.

Samalah halnya dengan tourist dari Malaysia yang ramai ke sana. Berlambak. Ada yang sudi menyapa mesra. Ada yang sekadar pandang dan senyum pun tidak sudi.

Lain pula layanan dari orang middle east. Lelaki atau perempuan mesti bagi salam atau paling kurang pun senyum. Terasa sisterhood dan brotherhood tu.

Paling aku suka, sebab sini semua pun speaking English, jadi Addin pun makin rajin speaking. Alhamdulillah, keyakinan si Addin makin meningkat. Bukan tidak bole faham dan speaking, tapi sebelum ni, si Addin segan terlebih. Di Sydney, selamba ja dia bawa tour guide dan budak lain di playground si Darling Harbour tu berborak. 

Next time mau pegi lagi?
Uish.. mesti la. Kalau boleh next time aku mau pegi Melbourne, terbang jap pi New Zealand dan pegi ke Sydney sekali lagi. Naik AirAsia X pun ok. Premium seat la hopefully :)

8 comments:

  1. salam.insyaAllah sy akan ke sydney nov ini.rasa lbh xcited bila bc ur blog.thx 4 d info.majoriti yg i bc blog,diorg x amik pakej ke sudney.sume free n easy.nov last yr sy ke melbourne. amk grnd pakej.berbaloi sgt.melbourne mmg enjoy

    ReplyDelete
  2. Thx echah sebab suda baca blog saya :)

    Reason sebab buat free and easy, nak jimat belanja :)

    ReplyDelete
  3. Salam Puan,
    Nak Tanya, saya dari Saudi dan purchase tiket ke Gold Coast dari 12 Mar hingga 21 Mar yang mana kami plan 5 hari di Gold Coast dan 3 hari di Sydney. Tiket dari Malaysia ke Gold Coast kami dah purchase tapi tiket dari Coolangatta ke Sydney dan return to Malaysia, kami belum purchase lagi. Bila, di mana dan filght mana yang Puan beli. Minta pandangan sikit.

    ReplyDelete
  4. Salam En. Azman

    Utk penerbangan dari GC ke Syd, En. Azman boleh try untuk survey ticket dari airlines Tiger Airways, Jetstar, Qantas atau Virgin Australia. Mcm saya dulu, saya beli tiket dengan Virgin Australia (bole rujuk blog saya http://jijuzera.blogspot.com/2013/06/percutian-ke-australia-penerbangan-ool.html

    Utk penerbangan dari Syd ke Malaysia, boleh try MAS dan AAX.

    Dan, kalau En. Azman nak survey harga flight dengan cara senang, En. Azman boleh guna http://www.skyscanner.com.my/

    Selamat bercuti En. Azman :)

    ReplyDelete
  5. Salam Cik Naddea,
    Memang seronok baca blog cik dan banyak yang boleh di ambil sebagai guideline.
    saya nak tanya pasal tiket dari Sydney ke Malaysia, saya dah survey pakai semua airline dan termasuk skyliner tapi yang paling rendah harga adalah dari Air Asia (saya tak kata murah)...soalan saya, saya terpaksa beli tiket one way, dari KUL ke GC dan return dari Sydney ke KUL. Tiket dari KUL ke GC, saya dapat dlam RM15++ untuk 3 dewasa dan 1 kanak-kanak tapi saya survey tiket return ke Malaysia dari Sydney berharga RM3009..kenapa mahal yek atau ada lagi promotion dari Air Asia atau airline lain yang boleh dapat murah sikit... Harga tiket di atas adalah dari Air Asia. Tolong explain sikit.

    ReplyDelete
  6. Salam En. Azman

    Mungkin kebetulan tarikh yg En. Azman pilih tu mmg tade tiket murah kot.

    Dan even kalau ada promosi, lazimnya memang tiket yang kita beli one way dari luar negara (bukan dari Malaysia) memang akan jadi lebih mahal daripada harga tiket yang kita siap-siap set sebagai return ticket (first leg mesti dari Malaysia) sebab AirAsiaX akan set guna rate negara yang kita mula penerbangan tersebut.

    Cth:
    One way ticket 1) KUL - SYD lebih murah daripada 2) SYD - KUL sebab ticket 1) dibeli di Malaysia. Cumanya, harga ticket 2) lebih sikit je sebab guna rate AUD.

    Nak murah, kena beli return ticket KUL- SYD- KUL sebab ticket beli guna rate MYR.

    So, En. Azman boleh opt cara ni: Pilih tarikh dari one way ticket SYD - KUL pada tarikh dengan harga tiket paling murah atau beli return tiket je dr KL.

    Atau, boleh guna method multi-city (MAS ada, AirAsiaX cam tade je). Harga lebih murah daripada beli one way ticket.

    ReplyDelete
  7. Salam Puan Naddea,
    Thanks for the info tentang harga tiket tu. Nampaknya saya tiada pilihan sebab dah purchase one way tiket dari KUL ke GC dan untuk return, saya terpaksalah membayar dengan harga mahal (RM732/person) tiket dari Sydney to KUL.
    Satu lagi, bolehkah makanan di bawa masuk seperti apa yang Puan tulis dalam blog Puan ke Aust... pencerahan sikit..

    ReplyDelete
  8. Salam En. Azman

    Boleh je nak bawa makanan. But make sure it's not dairy product, meat product dan bahan mentah cam sayur n buah2an (seingat saya).

    Pastu kena make sure semua yang dibawa tu masih dalam packaging asal. Kalau ada labelling dalam english lebih bagus.

    Simpan semua makanan ni dalam luggage yang berasingan daripada barangan lain. Dan lebih senang kalau guna luggage berzip, bukan kotak. So, kalau dah lalui pemeriksaan, boleh zipkan semula :)

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...