google analytic

Nuffnang

Monday, June 10, 2013

Percutian ke Gold Coast, Australia (Hari ke-2, Currumbin Wildlife Sanctuary)

Hari kami dimulakan dengan nasi goreng cina kosong yang disediakan oleh Mama. Aku goreng ikan bilis yang kami bawa supaya ada bunyi krup krap (rangup) dan masin sikit.

Plan hari ni adalah naik Aquaduck, pegi Currumbin Wildlife Park, ke airport untuk komplen pasal GPS dan tuntut stroller Zara.

Tapi sebab kami bersiap lambat sangat, kami terlepas untuk naik trip Aquaduck jam 10.00. The next trip adalah pada pukul 11.30 tidak silap. Rasa macam buang masa saja. Jadi kami ubah plan ke Currumbin dahulu dan Aquaduck sebelah petang.

Currumbin Wildlife Park

Kami beli tiket AUD15 seorang (harga sebenar AUD49 untuk dewasa dan AUD33 untuk kanak-kanak) kecuali Zara masuk free. Sungguh berbaloi dapat voucher ticket discount sebab Currumbin Wildlife Park buat promosi May Mates Rates di Facebook. Ni la tiket paling murah aku survey. Ada website lain offer tiket dewasa pada harga tiket kanak-kanak.

 Bagi email add ke FB dorang, lepas tu dorang email voucher ni. Print dan tunjukkan di kaunter tiket.


Tunggu tram. Malas mau jalan kaki. Hehe.. strategi ialah round untuk tengok apa yang menarik dulu.

Lepas tu berhenti di tempat kangaru.
Emu, buaya, ular sawa dan wallabies pun ada di sini. Itik dan burung pun banyak.

Kanggaru yang selamba tidur di kalangan manusia yang hairan.


Lina with Emu.

Najis kangaru yang ada di mana-mana.



 Seronot sungguh dapat pegang kangaru. Acara wajib kalau datang ke Australia.

Singgah pula di taman koala. Ambil gambar sekeping untuk AUD20. Bulu koala itu amatlah gebunya.


Lepas dari Currumbin, kami menuju ke airport untuk komplen pasal GPS. Rupanya power plug kereta tu yang rosak. So, kena pulangkan kereta Hyundai tu dan dapat kereta sewa baru tanpa caj tambahan. Tapi kena isi minyak full dulu sebelum pulangkan.


Dapat KIA Carnival ni for the next 4 days. Kecil sedikit dari Hyundai IMAX. Tapi ada masalah tiada reverse sensor pula. Sabar sajalah. Nama pun Budget. Abang Edi siap terlanggar sedikit time reverse parking. Ada kesan langgar sikit. Tapi saya tidak risau sebab kami ada beli full cover protection.

Kembali ke hotel untuk hemat diri dan berehat sekejap sebelum ke Cavill Avenue untuk beli tiket Aquaduck. Sempat terjumpa keluarga dari Malaysia yang sedang bersedia untuk ke pasar malam di pantai Surfers Paradise. Sepanjang penginapan kami di hotel The Moorings of Cavill, ada lebih kurang 3 family Malaysia yang menginap di sini selain kami.

Kami menuju ke Aquaduck dan menerima berita mendukacitakan apabila diberitahu yang trip seterusnya telah penuh dan trip 5.30 dibatalkan sebab hari dah gelap. Bengongnya rasa. Jadi, kami pun beli tiket untuk besok paginya pada kadar AUD95 untuk family dan AUD35 untuk dewasa.

Tanpa membuang masa, kami pun pegi cari makan lagi. Kali ni kami makan di restoran Sahara yang menyediakan makanan halal. Kali ni kami order nasi dan kebab ayam + lamb. Nasi dia cam lain sikit. Butir nasinya sedikit lembik dan bulat membujur. Mama order fetish kebab untuk dorang makan 3 orang sama Nurul dan Lina. Aku sempat tanya mana kedai jual ayam segar halal. Orang restoran tu bagitau aku boleh beli di kedai Asim's Halal Meat di Southport.

Lepas makan, kami pegi beli souvenir di kedai souvenir orang Malaysia sebelah restoran cina muslim sombong semalam. Then, Abang Edi beli t-shirt di HRC Surfers Paradise.

Habis urusan di Cavill Avenue, kami berpecah. Mama, Nurul dan Lina pegi ke Woolworth untuk beli groceries. Kami pula ke airport untuk ambil stroller Zara.

Nasib baik stroller Zara ada. Dan nasib baik juga ground staff AirAsia X di airport Gold Coast tu baik sangat melayan kami ni. Kalau tiada stroller tu, memang mati kutu aku dan Abang Edi melayan Zara yang malas jalan dan selalu minta dukung. Terpaksa beli baru.

Time macam ni la aku terfikir, betapa berbaloinya kami sewa kereta kerana terpaksa berulang-alik ke airport untuk menguruskan hal remeh seperti kes GPS dan stroller Zara ni. Dan tambah berbaloi kerana kami sewa kereta dengan syarikat yang ada kaunter di airport. Walaupun mahal sedikit jika dibandingkan dengan rate oleh syarikat sewa kereta yang tiada kaunter di airport tapi amatlah memudahkan kami. Sebab kami tidak perlu bayar parking airport yang mahal. Guna saja parking bay syarikat Budget yang ada. Free of charge. Lepas tu, sudahlah kebanyakan masa hujan ja sepanjang masa kami di sana. Bayangkan la mau bergerak dengan rombongan yang agak besar dengan ada budak-budak lagi tu. Memang ngam la sewa kereta ni. 

Lepas balik hotel, macam biasa, anak berendam dalam bath tub.
Dan aku pula kena menyiapkan persediaan untuk besok sebab besok kena sedia awal naik Aquaduck.

Percutian ke Gold Coast, Australia (Hari ke-3, Aquaduck, SeaWorld dan Slingshot)



7 comments:

  1. Dear Mummy Zizou & Zara,
    Izinkan saya membaca blog puan, saya sedang study sebab saya n family bercadang untuk visit Gold Coast 2nd week of Mar 2014.
    Banyak yang saya pelajari dari blog puan dan I can say, my trip just follow guidance from yours.

    Azman Saudi Arabia

    ReplyDelete
  2. Salam En. Azman

    Terima kasih kerana membaca blog saya. Saya bersyukur sekiranya En. Azman dan any reader dapat manfaat daripada blog saya :)

    ReplyDelete
  3. Bulan depan nak pegi gold coast. Tq for the post. Jemput singgah blog kami di thetravelling3o.com :)

    ReplyDelete
  4. tak dapat nak view pic uols ni... ;(

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Mommy... saya sgt teruja baca cerita u bercuti di GC Aussie ni... x sabar rasanya nak bawa anak2.. saya dan suami bercadang utk ke sana pada musim cuti sekolah bulan september 2015 (antara 20-25 September).. saya dah save kan semua url adress yg penting2 mcm upgrade tix AAX, penginapan dll... kisah percutian u dr hr pertama untill last day pn ada jg sy catat sebagai panduan... bagus la... I am supper excited... doakan segala urusan kami dipermudahkan... Insyallah...

    ReplyDelete
  6. Hi Massita Ishak
    Sori sangat. Saya dah kemaskini masuk gambar.

    ReplyDelete
  7. Hi Juliesafarina

    Memang excited especially kalau trip tu kita plan sendiri :) Semoga percutian awak sekeluarga ke GC dipermudahkan dan menjadi percutian yang menggembirakan :)

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...