google analytic

Nuffnang

Tuesday, February 4, 2014

Percutian ke Korea - Tips dan Ulasan

Berikut ialah beberapa tips dan review daripada trip yang aku rasa berfaedah untuk dikongsi dalam blog ni:

1. Sepanjang aku di Korea, tiada international roaming untuk Digi dan Celcom. Maxis ja yang ada. Tidak tau la pasal apa tu. Berabis suda kami mencari.

2. Boleh beli local simcard macam si Lina buat. Si Nurul pun kunun mau beli juga tapi tiada nano simcard yang boleh masuk iPhone 5. Lina guna Samsung, so tiada masalah. 

3. Ada free wifi di airport, lobi hotel yang kami menginap (kecuali Hotel La Mir tapi ada wifi di bilik pula), beberapa restoran yang kami kunjungi dan Myeongdong street. Cumanya, free wifi ni signalnya macam kureng dan tidak stabil.

4. Tour guide kami bagitau harga henpon Samsung di Korea adalah lebih mahal daripada di negara Asia lain. Ini sebab Samsung Korea made in Korea, tapi Samsung di negara Asia lain ialah dibuat di negara lain seperti China. Mungkin kerana labor cost yang lebih murah. Same goes to electric and electronic items. Moral? Beli ja di Malaysia walaupun buatan China :)

5. Kalau tiada iron disediakan di bilik hotel, cuba try guna hair dryer. Mama aku did just that dan dia bole pakai tudungnya tanpa ada masalah keronyok yang serius.

6. Menurut tour guide kami, musim panas di Korea adalah wet (banyak hujan kot) dan musim sejuk ialah dry. So, time musim sejuk dan kering ni, kena la sapu losyen banyak-banyak. (Setakat ni kami paling suka dan ngam ialah Cetaphil).

7. Kulit badan boleh jadi kering di musim sejuk. Kulit kepala juga tidak terkecuali. Kepala aku gatal yang amat ya ampun. Kulit kepala Zara is worse sebab siap ada lapisan kelemumur which is kulit kering.Nasib baik lepas 2-3 hari di Malaysia, kulit kepala aku dan Zara jadi normal semula. So dinasihatkan untuk guna produk rambut seperti serum untuk melindungi kulit kepala. 

8. Sebelum bertolak ke Korea, aku rajin check weather forecast guna apps Weather di iphone aku. Excited yang amat sebab dijangka ada hujan salji untuk 2 hari di Seoul dalam tempoh trip kami. Dan weather forecast tu betul pula. Tidak termasuk tambahan 1 hari hujan salji yang kami experience di area Seorak. Tour guide kami kata kami ni beruntung sebab dapat merasa salji turun. Kononnya, minggu sebelum kami datang dan 2-3 minggu lepas trip kami, tiada pula salji yang turun di Seoul. We are blessed, Alhamdulillah.

9. Feel free untuk bercakap simple english dan selebihnya bahasa Malaysia. Kebanyakan daripada peniaga di sana boleh tau sikit-sikit bahasa Malaysia untuk urusan jual beli. Kalau menemui jalan buntu, just teruskan conversation macam ayam jumpa itik dengan bantuan kalkulator. Hahaha.. Tidak perlu berabis mengasah skill anda berbahasa Inggeris dan Korea. Sebab kebanyakan dorang ni memang tidak fasih berbahasa inggeris kecuali tour guide dan salesperson yang kerja di duty free shop. Kalau berbahasa korea, memang akan lebih membantu. 

Ini ja la tips dan review yang aku dapat. Lain-lain tips dan review sudah diceritakan dalam post sebelum ni.

link berkaitan cuti-cuti winter sonata Korea!

9 comments:

  1. Nice entry. Sangatlah bulih bntu kami urang nnt hehe...jakun mau ke korea bah..

    ReplyDelete
  2. biasa la jakun2 ke tempat orang.. Korea lagi tu.. hehe..

    I miss there.. rasa macam mau ke Korea lagi this end year winter.. hehe

    ReplyDelete
  3. Rasenye pasal roaming tu, maybe ade salah setting kot...coz i've been to korea many times and my celcom roaming works fine jer ... eeh tetiba nyampuk.. salam kenal, terjumpe blog ni bile search for mini rice cooker review

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. thx for the info azra :)
    i pun tak check my mom's phone so tak sure le it was because of settings failure or not.. pastu wifi pun ok kat sana, so tak worried sgt..

    mini rice cooker yg i reviewed tu orait gak

    ReplyDelete
  5. A'ah. I pun br je blk dr korea last month. Mmg best winter vacation kt sana. Jakun betul tgk asap keluar dr mulut. Anak la yg plg excited skali main hembus2 asap tu. First day sampai seoul je terus disambut oleh snowfalling, mmg best. Boleh rasa snow tu menimpa wajah, seronok. Btw, celcom roaming mng takde mslh. I guna samsung so setting for roaming mmg sgt mudah. Nk pegi lg this year, hopefully masa autumn season lak. Inshaa Allah.

    ReplyDelete
  6. Hi EizMerah,

    thanks sebab sudi baca blog saya.. have a nice autumn trip nanti ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk tanya pendapat...kalau beli local simkad lg better or roaming jaa?

      Delete
    2. Depends ikut mana yg murah.. atau lebih murah lagi kalau sewa pocket wifi yang boleh disharing oleh banyak2 device cth yg diprovide oleh www.wiyo.my. Mudah dan murah :)

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...