google analytic

Nuffnang

Showing posts with label Europe. Show all posts
Showing posts with label Europe. Show all posts

Thursday, August 7, 2014

Melancong dengan anak ke Eropah (Travelling with kids in Europe)

Aku dengan Abang Edi memang tidak pernah berjalan berdua saja sejak kami ada Addin dan Zara.
Mesti akan bawa dorang dua ni.
Kos melancong ke Europe untuk 2 orang dewasa pun memang mahal.
Tambah lagi 2 orang budak, maka bertambahlah mahal.
Tapi rasa macam tidak best pula bercuti kalau tinggalkan dorang ni.

Semua benda yang boleh diusik dalam muzium tu mesti akan diusik oleh si Addin

Mesti boring kalau sedang best-best naik gondola di Venice, tentiba teringat "Apa la yang Addin dan Zara sedang buat sekarang di Malaysia?" atau "Bestnya kalau Addin dan Zara sama-sama naik gondola ni".
Dan paling tidak best, kalau dah seminggu lebih bercuti, rasa homesick pula sebab rindukan anak.
Betul tak?
Mana bole pegi ke Europe setakat seminggu ja.
Kurang-kurang kena pegi 2 minggu.
Baru la berbaloi beli tiket kapal terbang mahal-mahal.
Berbaloi buang masa 13 jam dalam flight jauh-jauh dari KL ke Heathrow.

Asal jumpa playground memang kena stop kejap

Anak mat salleh pun tercengang dengan tahap kecergasan si Addin

Tips bawa anak melancong

Aku ada beberapa tips untuk melancong bersama anak (lingkungan umur 5 hingga 8 tahun - budak besar sikit) ketika musim panas di Eropah:

1. Walaupun summer, angin tetap kuat. Kalau anak anda jenis tidak tahan sejuk, pakaikan mereka dengan baju lengan panjang. Oleh kerana Addin dan Zara memang suka sejuk, maka pakai baju tshirt lengan pendek saja la. 

2. Time summer ni kengkadang hujan juga. Pastikan baju hujan sentiasa ada dalam beg. Beli siap-siap dari Malaysia. Lebih murah. 

3. Panas summer di Europe lebih kurang panas malam di Malaysia. Suhu lebih kurang 26 darjah celcius macam tu. Tapi matahari terik yang amat. Kalau weather apps tu jenis details, akan diberitahu tahap sinaran UV lagi. So, bersedialah dengan sunblock. Juga, kalau boleh, berikan anak pakai topi supaya tidak terasa panas sangat. Kalau tidak, bersedialah dengan kulit yang lebih gelap daripada biasa. 

4. Musim panas = dehydration!! Ketika berjalan, Addin dan Zara lebih cepat dahaga daripada lapar. Pastikan sentiasa bawa air minum supaya badan anak anda tidak terhidrat. Harga aqua (mineral water) di sana kebanyakannya Euro 1 macam tu. Kalau terasa mahal, bawa botol kosong dan refill dengan tap water. Dan walaupun dorang ni banyak minum, tapi tidak banyak kencing. Berlainan dengan pengalaman melancong di musim sejuk di Korea dulu. Sikit-sikit toilet, sikit-sikit kencing. 

5. Untuk orang yang style melancong macam kami (tidak melancong bersama travel agent) - maka lebih banyak berjalan kaki dan guna public transport (tiada bas pelancong yang akan bawa kami ke mana-mana). Oleh itu, anak akan jadi lebih cepat penat. Aku mula-mula mau bawa stroller. Bila sudah sampai airport baru la perasan kami tertinggal stroller di rumah. Pastu rasa macam redha ja walau tertinggal stroller di Malaysia pun sebab malu la konon dengan orang putih kita ni letak anak dalam stroller kan. Rupanya, ramai ja orang putih letak anak dorang yang besar cam Addin dan Zara naik stroller. Nak malu hapenye. Yang penting kita senang anak beranak. 

6. Cumanya, ada banyak tempat yang tidak stoller friendly di Eropah. Sebab binaan lama mungkin. Banyak tangga, tiada lif. Jadi, bawa la stoller yang ringan dan murahan saja. Dan lagi, kawasan pejalan kaki dorang ni pun banyak jalan batu style dulu-dulu (cobblestone) yang tidak rata. So, aku rasa la, mesti roda stroller akan cepat rosak. 


Manfaat bawa anak melancong

Apa yang aku perhatikan, Addin dan Zara banyak belajar perkara baru tentang budaya luar pada usia mereka yang masih muda ni berbanding kami yang sudah tua baru la melawat negara orang.

Dorang dapat naik pelbagai jenis pengangkutan awam - kalau di Malaysia ni, susah dapat peluang naik LRT, bas etc. Bukan pasal tidak ada, tapi ye la, banyak guna kereta ja. Huhu.

Suka dapat naik London double decker bus


Sewa kereta adalah opsyen lebih murah dan lebih convenience untuk round UK dan Eropah. 
Cuma driver penat sikit la. 
Dan driver tiada peluang untuk cuci mata melihat pemandangan alam. 
Anak-anak mudah untuk terbongkang tidur di seat belakang.


Naik train lebih senang daripada naik flight untuk bergerak sekitar Europe.
Walaupun mahal, tapi semua boleh berehat senang-lenang.
Dan boleh bawa barang sebanyak yang larat diangkut tanpa ada had limit seperti kes naik kapal terbang. 

Dorang kenal dan ingat landmark penting seperti Big Ben, Eiffel Tower, Leaning Tower of Pisa, Hyde Park, Buckingham Palace.

Lompat dan ingat nama landmark

Addin ingat nama jalan dan stesyen yang kami sering pergi contoh - Oxford Street, Paddington, Gare de Lyon.

Tidak sah bepergian ke London kalau tidak naik tube

Addin dapat differentiate bahasa - English, French, Italian.
Addin boleh ingat nama bandar-bandar di Itali yang kami lawati dalam sebutan Itali, contoh Venice - Venezia.

Addin dan Zara sudah tau kalau naik eskalator, kena berdiri sebelah kiri (atau kanan - ikut budaya setempat) untuk beri laluan kepada orang lain yang sedang mengejar masa.
Di KL pun macam ni kan, tapi ye la.. selalu kes macam ni untuk waktu puncak saja.
Addin dan Zara, malah aku dan Abang Edi mana ada kes guna eskalator di waktu puncak ni.
Bukan kerja di KL.
Kalau weekend, jarang la orang mau berkejar-kejar di KL ni.

Dorang juga tau yang orang putih tidak suka keadaan bilik air yang basah lantainya.
Addin dan Zara dapat bezakan toilet bowl untuk berak dan kencing (kes di Itali).
Addin dapat practice kemahiran berbahasa inggeris - kalau di Malaysia ni, dia hesitate mau bercakap dalam bahasa inggeris plus ramai saja kalangan Malaysian yang boleh cakap bahasa melayu.

Seronok main bunga kecil-kecil

Cuma, sesuatu yang meluluhkan hati aku dan Abang Edi sebagai ibu bapa ialah apabila melihat anak-anak kita ditimpa susah ketika dalam percutian.

Kesiannya si Zara dan Addin tidur atas lantai airport di Ciampino Airport

Tapi aku yakin, pengalaman sebegini akan lebih mematangkan mereka.

Kos membawa anak-anak bercuti - mungkin lebih mahal daripada kos pergi berdua suami isteri sahaja.
Tapi, pengalaman yang anak-anak kita dapat daripada bercuti, melihat tempat orang dan belajar budaya asing yang positif - priceless!!

p/s: Alhamdulillah Zara ingat semua details percutian kami ke London. So, aku rasa pengalaman yang dia dapat pada usia 5 tahun juga adalah berbaloi.

Pengalaman melancong ke Eropah sebagai seorang wanita muslim bertudung

Honestly speaking, sepanjang masa aku merancang perjalanan kembara ke Eropah ni, aku ada juga survey apakah pakaian yang sesuai untuk aku pakai.
Macam biasa la, ramai yang pakai shawl, tudung bawal, tudung sarung berawning ala Fareeda, tudung syria etc.
Dan ada juga muslimah yang stylo, kalau ke negara asing ni dorang pakai tutup kepala ala turban macam Yuna.
Kalau lebih daring lagi, dorang pakai winter cap atau tidak pakai tutup kepala langsung.

Selesa dengan square scarf

Jadinya, oleh kerana aku ni bukannya jenis berdandan sangat, dan dalam masa yang sama, bukan hijabster sangat pun, aku stick ja la kepada gaya bertudung aku untuk acara kasual - square scarf, bawal dan selendang sifon.
Untuk memastikan kekemasan, aku siap bawa travelling iron dan stok kerongsang serta peniti.

Untuk tujuan berlamaan dalam flight, aku prefer tudung bawal ja.
Mula-mula, ada sedikit rasa risau, takut-takut aku dikecam dan menjadi mangsa prejudis kerana bertudung.
Tapi macam ok ja rasanya.
Aku tidak rasa ada yang menjeling atau mencaci.

Di London, ramai betul orang arab di sana. Orang Malaysia pun ramai.
Cumanya tidak rasa brotherhood/sisterhood sebagaimana aku rasa di Sydney.
Tiada yang berbalas senyuman dan mengucapkan Assalamualaikum.
Mungkin sebab ramai sangat muslim di sana, so dorang jadi tidak heran.
Sama macam di Malaysia ni la. Mana ada orang heran kalau orang muslim lalu lalang.

Di Paris pula, sekurang-kurangnya ada 2 peristiwa aku disapa dengan pertanyaan "Are you muslim?".
Pertama, ketika kami dalam metro ke Eiffel Tower dan kedua, ketika kami di Gare de Lyon train station.
Di Venice, kami disapa oleh orang restoran kalau-kalau kami mencari makanan daging stik halal sebab restoran dorang ada sediakan.
Di restoran tuscany di Florence pun kami kena tanya samada kami muslim atau tidak.

Dan Alhamdulillah, bila kami bagitau kami muslim, layanan dan penerimaan yang kami terima baik saja.
Terasa seperti kami masuk dalam satu protection bubble yang menghalang kami dari diapa-apakan dari fitnah orang yang prejudis terhadap Islam dan makanan haram.
Aku rasa inilah salah satu nikmat kelebihan bertudung di Eropah :)
Syukur Alhamdulillah.

Satu-satunya shawl sifon yang aku bawa.

Dalam masa yang sama, aku pun pelik kenapa ditanya adakah kami muslim?
Sebab kawan aku cakap dorang tidak pernah kena tanya macam tu selama berpergian ke Europe.
Adakah kerana muka kami kelihatan seperti Philipinos maybe? Tapi lepas tu pakai tudung kepala pula?
Then tudungku pula tidak labuh maka orang teragak-agak samada kami muslim atau sekadar memakai skarf kepala?
Mungkin la juga.
Sebab tiada cahaya iman la kali. Hehehe.

Adakah kalau aku berturban atau tidak memakai tutup kepala maka mungkin kami tidak akan disapa dengan pertanyaan "Are you muslim?"? Wallahualam.

Tuesday, August 5, 2014

Kembara Eropah - Ulasan keseluruhan

Selepas lebih sebulan kami kembali ke Malaysia, barulah habis entry aku pasal jalan-jalan kami ke Eropah pada bulan Mei dan Jun yang lepas.

Claim MHInsure
Urusan claim ke MHInsure sebab kejadian strike di Rome aku sudah submit.
Nasib juga semua resit pembelian tiket perjalanan aku simpan. So senang untuk buat tuntutan.
Details pasal claim tu aku akan letak dalam post lain.
Mana tau boleh dijadikan panduan untuk pembaca lain.
Di samping menjadi peringatan dan pengalaman diri sendiri.
Setakat ni, MHInsure telah maklumkan yang dorang sudah terima permohonan tuntutan kami. Cumanya, status terkini aku belum update lagi. Nantilah. Lepas raya.

Remembering MH370 and MH17
Dalam masa yang sama, aku mau mengingati tragedi yang menimpa MAS baru-baru ini.
Sedihnya. Di saat tragedi MH370 masih belum diketahui pucuk pangkal misterinya, Malaysia dikejutkan pula lagi dengan nahas MH17 yang berlaku pada 17 Julai 2014 yang lepas.
Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak di sempadan Ukraine.
Semoga Allah memberikan semua yang terlibat - keluarga dan sahabat mangsa, pihak MAS sendiri - kekuatan untuk menghadapi dugaan yang berat ini. Amin.

 Sumber google. 
Kami tetap setia dan terbang dengan MAS. InsyaAllah.


Kembali kepada tajuk perbincangan.
So, berikut ialah hasil compilation pandangan, ulasan dan testimoni kami keseluruhan anak beranak mengenai percutian kami ke London - Paris - few cities in Italy (Milan, Venice, Florence, Pisa, Rome).


Huraikan ciri-ciri setiap tempat yang dilawati:

LONDON


Depan gate Buckingham Palace


I like it here.
Bersih, udara nyaman, budaya bermuzium, menaiki kenderaan awam, walaupun terjumpa 2-3 homeless person dekat area rumah kawan aku tapi tidak pernah kacau orang.
Naik highway tidak kena tol. Jalan raya pun tip top.
Sistem poskod yang memudahkan perjalanan kalau guna GPS.
Rasa selamat. Aku rendahkan tahap paranoid aku terhadap keselamatan Addin dan Zara sepanjang aku di sana. Bukan macam di KL ni. Jangan harap la aku mau biarkan si Addin dan Zara jalan berenggang daripada kami kalau di sini.

Lagi satu yang buat aku terkagum ialah tahap transparency (ketelusan) dan keberterus-terangan orang London ni.
Selamba ja iklan TV dorang - membanding-bandingkan harga sesebuah barangan  tanpa berselindung.
Contoh - pasaraya Waitrose akan declare harga tomato dorang pada hari sekian-sekian adalah lebih murah daripada saingan yang lain seperti Tesco, Marks and Spencer etc.
Dorang memang akan selamba ja letak nama competitor dorang.
Kalau di Malaysia ni, Carrefour akan declare ikan di murah berbanding pasaraya logo hijau dan pasaraya logo biru (kununnya Tesco).
Pakai warna ja. Tidak akan sebut nama comptetitor dengan terang-terangan.
So, pengguna kena paham-paham sendiri bahawa pasaraya logo hijau adalah Giant dan pasaraya logo biru adalah Tesco.

Si Ipah bgtau dorang mat salleh di UK memang macam tu.
Amat berterus terang, tapi tidak simpan di hati.
Contoh kalau cikgu sekolah, dorang akan selamba bagitau prestasi anak-anak kepada ibu bapa walaupun negatif dengan harapan ibu-bapa akan sama-sama memantau perkembangan anak-anak mereka.
Kalau budak-budak bising dalam bas pun, dorang akan selamba tegur juga supaya budak-budak tu behave di kalangan public.

Tapi tu ja la... Semua kebaikan di atas yang aku sebutkan, aku setakat like saja la.
Tidak sampai tahap 'love at first sight'.
Sebab aku rasa London ni macam 'cold'.
Orangnya tidaklah berapa mesra alam sangat. Tapi tidaklah biadap.
Jenis yang buat hal masing-masing. 

Mungkin aku setakat like saja sebab expectation aku terhadap London terlalu tinggi.
Aku memang tau mereka tu maju, bertamadun, orangnya baik, tukaran wangnya tinggi etc.  
Tapi bila sudah sampai sana, expectation aku tu sekadar dipenuhi tapi tidak diatasi menyebabkan aku rasa biasa-biasa saja.
Sama macam kalau tengok London dalam tv. What you see is what you get.
But I don't feel connected.

Abang Edi pula amat suka London. Dia beritahu kalau dia ditakdirkan migrate sana pun dia sanggup.
Addin dan Zara - dorang pun suka London. Sebab ada Syuhadah dan Adeeb, ada Hamleys, ada Madame Tussauds. Dan tidak sepanas KL :)


PARIS


Ada renovation sket di Eiffel Tower. 
Nak buat platform berkaca kononnya.


Antara semua tempat yang kami pergi, Paris la yang paling melangkaui jangkaan aku.
Sebelum pegi, aku punya expectation - orang di Paris kurang ajar, tidak layan orang, banyak penyeluk saku, tidak suka orang Islam.
Bila sudah sampai - orang di Paris yang kami jumpa, baik-baik, cantik dan hensem, stylo, tiada penipu. 
I fell in love with Paris. Rasa macam rugi pula stay sana kejap ja. 
Dan aku sudah jatuh cinta dengan french language. Aku rasa bahasa dorang sedap sangat.
Elegan untuk disebut, sedap untuk didengar.   
Tapi Abang Edi still kureng dengan Paris. Dia masih suka London juga. 
Addin dan Zara? Tiada komplen pasal Paris. 


MILAN - MILANO


Berbaris untuk beli gelato yang sedap dan murah depan restoran Savini dalam Duomo.

Boring. Trafik jam teruk lagi tu. Banyak betul kereta. 
Kalau bukan pasal San Siro Stadium tu, nda la kami sampai sini.
Mungkin pasal aku bukan gila jenama dan gila shopping.
Tapi orang yang kami jumpa semua pun baik-baik saja.


VENICE - VENEZIA


Gila ramai orang di kawasan Realto Bridge ni.
It's summer. What do you expect? 


Unik. Memang tidak akan jumpa tempat macam ni di Malaysia.
Romantic place. Oleh kerana kami di sana satu malam ja, so banyak tempat lagi yang kami belum dapat pegi contoh Burano, Murano etc. 
Tapi mahal. Everything is cekik darah.
Except for the gelato. Yang dekat dengan hotel kami la. Tempat lain saya tatau.
Dan jalannya yang memang sedia sempit tu adalah lebih sempit sebab ramainya umat tak hengat.
Abang Edi cakap next time mau datang sini lagi, tapi kami berdua ja. Honeymoon konon. Hehe.


FLORENCE - FIRENZE

Bandar ni tidak sesibuk Milan, Venice dan Rome. 
Setakat yang kami experience di kawasan Firenze Santa Maria Novella. 
Cannot say much sebab kami di area-area situ ja.


Di sini la kami jumpa restoran terbaek untuk masakan Tuscany. 

Orangnya pun baik-baik juga.
Oh.. tapi jangan terpedaya dengan orang yang buat-buat baik minta tolong.
Sebab dorang akan minta upah.
Unless you won't mind paying them

PISA


Pun tidak busy sangat. 
Kami setakat mau ke menara condong tu ja.
Kalau tiada benda alah tu, mungkin kami tidak singgah tu Pisa dan Florence. 


ROME - ROMA




Ramai imigran. Obvious sangat.
Di sini la kita akan jumpa ramai peminta sedekah (mungkin gypsi) dan bangladeshi yang menjual barangan seperti topi, air mineral, shawl, souvenir item untuk mencari rezeki. 
Senang cari makanan halal di area Termini.

Harga souvenir item dalam Coloseum ni berganda mahal dari yang boleh didapati di luar.


Tapi Addin dan Zara tidak suka Rome - dorang kata panas!
Aku pun tobat mau datang sini lagi. Kejadian strike tu memang bikin panas.
Orangnya pun ada yang baik, ada yang bikin naik darah. 


VATICAN CITY


Peti pos di Vatican

Bandar yang kecil dan menjadi tumpuan orang ramai juga.
Aku tidak banyak round sini. Hanya ambil gambar di luar saja.


SWINDON


Tiada gambar Swindon. Ada country side ja :)


Bandar yang rileks juga.
Punya la banyak roundabout. Nasib baik ja kami drive guna GPS.
Kalau tidak, mungkin boleh sesat atau kena saman sebab tersalah ikut aturan trafik.
Dan aku rasa bandar ni selamat. Sebab selang setengah jam, mesti nampak kereta polis meronda kawasan. 


Kesimpulan:
- InsyaAllah, kalau ada rezeki, aku harap kami akan ke Eropah lagi di masa akan datang
- Destinasi pilihan - Switzerland, Austria, Scotland, German - tapi bukanlah dalam masa terdekat, poket sedang koyak


Wednesday, July 23, 2014

Kembara Eropah (London - Kuala Lumpur 9 Jun 2014)

Hari ni hari last kami di London.
Tuan rumah, Ipah pula kena hantar Syuhadah ke sekolah sebab jiran dorang yang tolong hantar Syuhadah ke sekolah sementara Shah outstation ke Moscow pun pegi outstation juga.
Lepas tu, Ipah ada latihan persembahan untuk meraikan pegawai yang bakal pulang ke Malaysia pula.
Maknanya, dari pagi hingga ke petang la keluarga tuan rumah tiada.
Kunci rumah pun Ipah bawa sebab kami tiada plan untuk ke mana-mana pun.

Tapi kami ada keluar juga. Rasa rugi pula kalau terperap satu hari di rumah tanpa aktiviti mengukur jalan.
Addin kami tinggalkan di rumah sebab dia memang prefer main ipad ja.
Zara kami bawa sebab dia masih belum pandai berdikari.
Sebelum kami keluar tu, berabis la kami ajar si Addin ni cara buka pintu utama di bawah tu sebab dorang pakai interkom ja kan.

Kami jalan sikit ja ke area Kensington High Street.
Beli serba sedikit barang dapur untuk rumah Ipah.
Dan Abang Edi masih berusaha untuk mencari jam idaman tapi hampa.

Bas warna silver.

Sebelum balik rumah, aku sempat beli roti sedap ni.

Sampai rumah ja, aku masak dulu.
Menu pun simple ja.
Ikan mackerel fillet goreng asam jawa, sayur togey campur goreng dan lauk ayam serai semalam yang tidak habis.

Lepas tu, berusaha memacking harta sepencarian.
Gila banyak barang.
Nasib la beg yang kami bawa pun cukup.


Lepas packing, aku dan Abang Edi pelan-pelan angkat barang turun tangga dari tingkat 5 ke ground floor.
Lif masih rosak :)

Pukul 4 macam tu, Ipah dan anak-anak balik.
Sempat la kami bergambar-gambar dan bersalaman lagi semua.
Si Ipah ni sempat lagi bekalkan kami dengan bahan makanan dari London.
Bagus betul si Ipah.

Addin dan Syuhadah masih sempat main ipad.

Gambar ibu dan anak-anak. 
Time to say good bye.. :''


Kita tunggu teksi untuk ke Heathrow Airport.
Tambang cab dari QGT ke Heathrow ialah £56.20 sahaja. 

Sampai Heathrow ja, kami terus buat urusan claim VAT refund.
Kalau mau claim guna kad kredit, tidak perlu ke kaunter.
Boleh berikan semua borang kepada staff mereka yang sedia membantu.
Dalam masa 4-6 minggu camtu dapatlah refund semua konon.
Oleh kerana ada staff yang membantu, Abang Edi cakap urusan kali ni lebih cekap daripada experience dia sebelum ni.

Tips:
Pastikan isi semua borang VAT refund dengan lengkap untuk mengelakkan kelam kabut.
Ruang pejabat untuk claim VAT tu bukannya luas sangat mau berehat-rehat sana.
Sudah la kena bawa beg semua yang banyak-banyak tu. 

Selesai urusan claim VAT, kami drop luggage pula.
Aku sudah buat online check-in siap-siap dan pilih seat sama macam flight kami dari KL sebelum ni.
77 D, E, F dan G.
Saja pilih tempat duduk sederet di tengah-tengah untuk menyenangkan si Addin dan Zara berehat.
Oleh kerana aku sudah buat urusan check-in, maka kami tidak perlu berbaris panjang di kaunter.
Pegi ja kaunter baggage dropping yang tidak ramai orang. Senang.

Lapar punya pasal, kita makan dulu berbekalkan biskut choc chip pemberian Ipah.

Malas mau buang masa, aku ajak Abang Edi pi boarding awal-awal. 
Tapi dia mau ambil oksigen dulu kunun.
Sementara dia besigup sama rakan sebaya orang Malaysia yang baru kenal, Addin dan Zara pun sempat main kejar-kejar dengan anak rakan sebaya Abang Edi tu.
Kebetulan, keluarga dari Malaysia tu pun satu flight sama kami.

Sampai ja departure gate, Abang Edi dengan tidak melengahkan masa lagi cari la jam yang berkenan di hati.
Addin sibuk tengok Lego set untuk dirembat bila tengok daddynya ralit memilih jam. 
Aku pula sempat singgah butik Cath Kidston. 
Murah-murah la pula barang jualan di Heathrow ni. 
Belian lebih jimat sebab harga barangan telah ditolak cukai VAT siap-siap.
Tidak perlu claim VAT refund tunggu 4-6 weeks segala. 

Dalam masa yang sama, coins yang ada macam tidak pandai surut. 
Keep beranak sebab ada saja change yang kami dapat. 
Kena la belanja beli jajan untuk menghabiskan coins yang ada sebab coins dorang ni tidak laku untuk ditukar di money exchange di Malaysia. 

Akhirnya, masa untuk pulang. Yeay!
Bye London!

Duduk tengah-tengah pun ok.
Walaupun tidak dapat window seat dan tengok pemandangan di luar kapal, dapat tengok flight take off dan touch down pun cukup. Terasa diri macam pilot pula.


Ni gambar time kitaorang yang baru saja duduk di seat masing-masing dan ketika budak dua orang ni masih aktif.
Lepas setengah jam, dua-dua budak ni terus pengsan. 
Makan pun tidak sempat.
Time local di London jam 10 malam. Memang time tidur dorang.
Zara bangun time makan kali kedua. Boleh kata 10 jam. 
Addin woke up just before flight touch down - almost 12 hours!

Aku pun ada la juga tidur on off lebih kurang 5 jam macam tu.
Selesa la tidur sebab aku sempat tukar jeans ke track bottom.
Kalau tidak tidur, aku layan tengok movie hindustan.
Mula-mula, aku tengok Chennai Express. 
Fun rupanya movie ni tapi aku suspect banyak scene kena potong.
Satu sebab cerita ni habis dalam tempoh 2 jam - tidak logik untuk filem hindustan.
Dan sebab kedua, sepanjang 2 jam tu, ada 2-3 lagu ja rasanya - lagi la tidak logik. 

Lepas tu, aku layan Kabhi Kushi Kabhi Gham pula.
Sudah tengok banyak kali pun, masih boleh keluar air mata juga. 
Buduh.. Hahaha..
Rasa macam palui pula menangis tengok cerita hindustan dalam flight. 

Bila sudah sampai KLIA tu, rasa lega yang amat.
Staff imigresen pun mesra ja.
Tunggu luggage agak lambat.
Keluar ke arrival terminal, ada abang kastam tanya aku apa ada dalam dua kotak yang berbalut kertas putih.
Aku bagitau la periuk, satu untuk aku, satu untuk mama - ada tipu sikit situ, saja guna nama mama, baru la bunyi macam suci. Hoho.
Nasib baik lepas :)

Abang Edi sudah tidak kesabaran mau keluar dapat udara segar. (Sebenarnya mau besigup).
So, urusan book teksi ke rumah terletak di atas bahu jemala patik.
Kos naik cab dari KLIA ke rumah RM82.40 sahaja. 

Kami balik naik cab tu lebih kurang dalam jam 5 petang macam tu.
Oleh kerana masih dalam minggu cuti sekolah, maka jalan pun tidaklah jem sangat.
Bila sampai rumah pun aku rasa lega. Rumah dalam keadaan kemas (thanks Nurul!) dan peti ais pun selamat.
Tiada kes macam lepas balik dari Korea hari tu.
Alhamdulillah!!

Percutian ke Eropah yang tidak dapat dilupakan :)

Ulasan sebagai first timer naik MAS international flight:

Seat selesa
Cukup lebar untuk orang kecil macam aku. Recline pun ok, selesa la tidur. Kalau mau tambah keselesaan, sila pakai baju longgar especially for long haul flight. Bantal dan selimut disediakan untuk semua passenger. 

In-flight entertainment
Cerita semua ok. Ayat suci Al-Quran pun ada. Tapi tang kena bagi pinjam earphone sahaja tu yang agak boring di situ. Semua earphone kena kutip balik sebelum touch down. Mau save bajet kot. 

Food
Makanan dari KUL ke London tu sedap. Tapi makanan dari London ke KUL macam ada kureng sikit. Pasal katering orang putih maybe. Ada sedikit tidak kena di tekak di situ. Apa-apa pun, kacang masin MAS tetap terbaek!

Toilet
Aku tiada isu pasal toilet dorang ni.

Cabin crew
Nama pun Malaysian Hospitality.. memang terbaek. Ramah mesra. Lepas tu tiada pula dorang ni berspeaking sama kitani pasal dorang tau kita ni Malaysian kan. Cakap bahasa ja. Mungkin dorang tau saikologi orang yang mau balik ke Malaysia ni mesti rindu dengan atmosphere keMalaysian seperti ucapan Selamat Datang, berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia, ada national newspaper lagi tu.

Kalau naik MAS domestic flight, cabin crewnya selalu ajak speaking pula. Dan kelihatan lebih mesra dengan foreigner. Jaga class kot. Huhu. Tapi tidak semua la. Ada ja yang down to earth pun :) 

Wednesday, July 2, 2014

Kembara Eropah (London - 8 Jun 2014)

Hari ni adalah hari last kami dapat berjimba-jimba di London.
Besok memang tiada masa sangat rasanya sebab Abang Edi plan mau ke Heathrow Airport dalam jam 4 petang macam tu. 
Better make use of the day today!

Oleh kerana semalam kami tidak berjaya ke Madame Tussaud, maka satu plan bernas diperlukan.
Pergi awal pagi memang tidak dapat dilaksanakan sebab semua pun jenis terhegeh-hegeh.
Memang standard la kami ni keluar paling awal dari rumah pun macam dalam jam 10.30 begitu.
Tambah lagi bila Addin dan Zara ada geng bermain. 
Dan aku pula ada geng berborak.
Abang Edi ja kesian tiada geng sebab husband Ipah kena outstation ke Moscow. 

Plan hari ni:
- National History Museum - permintaan Addin. Hari kedua kami ke London, kami tidak dapat ke sini, so hari ni kami mesti pegi juga. 
- Madame Tussaud - aku plan kami sampai ke sini around jam 4 begitu sebab google review orang, tu ja time orang tidak berapa ramai mau berbaris. OK. 
Let's go!

National History Museum

Kunjungan kami ke area ni (sebelum ni ke Science Museum) naik black cab kena £4.
Mau jimat dan adventure punya pasal, aku cadangkan kami jalan kaki ja.
Dekat ja pun sebenarnya. Dalam 300 meter macam tu. 
Kalau ikut walking pace orang London, 10 minit.
Kami punya walking pace, setengah jam. Huhu.



Cromwell Road entrance. 

Masuk ja muzium ni, akan disambut dengan rangka tulang dinasor.

Penerangan tentang fosil.

Addin memang suka betul dengan segala benda dinasor, serangga, and whatsoever yang dia tengok dalam channel Discovery Kids.
Cita-citanya mau jadi saintis. 
Sebagai ibu, aku layankan ja. 

The giant red ball is an Earth sculpture.
Sepatutnya bole naik escalator untuk masuk dalam tu.
Tapi hari tu tiada rezeki kami sebab kena tutup.

Earth quake simulation room. 
Kononnya adalah lokasi sebuah supermarket di Kobe, Jepun.
Ada tayangan video menunjukkan earthquake yang betul-betul berlaku di tempat kejadian.



Si Zara betul-betul suka dengan room ni, aku rasa ada la 5-6 kali dia masuk dalam tempat tu. 

Masuk dalam muzium ni free saja.
Tapi untuk special exhibition kena bayar. 
Dalam gambar ni, Zara bergambar dengan baby mammoth.
Pameran "Mammoth: Ice Age Giant" ni kami masuk dengan bayaran £28 untuk sekeluarga.

 Boleh tahan besar juga la muzium ni. Tapi best. 
Memang sesuai untuk bawa budak-budak yang sedang belajar macam Addin dan Zara.
Penat juga la kaki kami berjalan.

Menjelang lunch time, kami makan di The Restaurant dalam muzium ni.
Mau jimat punya pasal, aku order 2 set kids meal set yang lengkap dengan main, drink dan dessert pada harga lebih kurang £6.++ per set macam tu.
Kira cukup juga la untuk kami 4 beranak sebab kami memang ada bawa tapau croissant dan drinking water. 


Lepas makan, kami round ke ground floor pula.
Dalam gambar ni, adalah sculptures yang ada di Mammals area.

Senang cakap, macam-macam ada dalam muzium ni.
Cara dorang menerangkan tentang birds and bees pun dorang tunjuk.
The explanation is so candid menyebabkan orang Malaysia melayu macam aku dan Abang Edi yang tidak berpendidikan barat ni pun macam terkejut dengan keberterus-terangan dorang ni.
Luckily, Addin and Zara didn't pay much attention to the illustration.
Atau, mungkin dorang tidak faham. 
Kalau tidak, jenuh la kami mau menerangkan.
Tidak apa la. We can leave the birds and bees topic later when they are more grown up. 

Cumanya, selama ni aku tipu sunat dengan Addin dan Zara.
Kunun, dorang keluar dari perut dengan cara caesarian. Which is true for Addin but not for Zara.
Sekalinya, di muzium tu, kena tunjuk pula dari mana baby keluar for normal birth.
Hoho. Cannot tipu anymore. 

Our trip to National History Museum lasted for about 5 hours.
Lama kan. 
Masa sudah semakin mendekati 3.30 petang.
Untuk jimat masa, kami ambil black cab ja dari Cromwell Road ke Baker Street untuk melawat Madame Tussauds.


Madame Tussauds London

Aku saja pilih untuk ke sini sebab mau bagi si Addin dan Abang Edi merasa masuk ke Madame Tussauds.
Last time ketika kami ke Sydney, hanya aku dan si Zara ja yang masuk. 
Si Addin tidak mau sebab dia takut. Abang Edi pula temankan si Addin di luar.
Tapi lepas si Addin tengok gambar kami dengan Ironman, baru la dia macam ada keinginan mau masuk ke Madame Tussauds juga.
Alang-alang sudah sampai London, kita try yang di sini punya Madame Tussauds pula.

Seperti yang diharapkan, que masuk Madame Tussauds pada minit-minit sebelum 4 petang amatlah menyenangkan jiwa. 
Yezza.
Tapi kena cepat sebab MT ni tutup jam 6.


Patung wax SRK yang pertama kami serbu.

Extra thumb.
Teka ni tangan siapa?

Hrithik Roshan punya.
Aku pun heran dengan aku ni, kenapa la tangannya ni yang aku ambil gambar. Huhu.

Abang Daniel Craig.

Usain Bolt ka ini?

Patung si Lady Diana ni tidak ramai sangat peminat kalau mau dibandingkan dengan patung anak dan menantunya.
So, aku skip dulu adik William dan Kate.

Sepatutnya, lepas semua patung artis, atlit, pemimpin, tokoh sejarah dan royal family ni, ada satu room yang dipanggil Chamber of Horrors.
Bagi si Addin dan Zara tu kira menyeramkan la sebab dorang tutup mata dan telinga bila lalu area ni.
Pastu patutnya ada bilik lain lagi nama Scream!
Tapi tidak dapat masuk sebab ada budak bawah 12 tahun.
Selamat la Addin dan Zara.  

Kita jalan lagi, sampai pula ke Spirit of London.
Naik ride black cab konon.
Sepatutnya tidak boleh ambil gambar. 
Tapi aku curi-curi juga ambil gambar sikit.

 Abang Edi dan Zara di ride belakang kami. 

Si Addin yang takut tapi maintain cool.

Di bawa pusing-pusing dari zaman dulu-dulu pembangunan London.

Ni sudah zaman sekarang konon. 

Okeh. Lepas ni, kita pegi tengok Marvel Superheroes pula. 


Lepas bergambar dengan patung Marvel Superheroes, ada tayangan 4D Marvel Heroes pula. 
Lengkap la dengan kerusi bergegar, percikan air, terasa kena cucuk di belakang.
Yang ni memang kegemaran Addin dan Zara. 

Oleh kerana aku rasa tidak lengkap kunjungan ke Madame Tussaud London tanpa bergambar dengan royal family, kami patah balik ke ruang utama.

At last, time ni jam sudah menunjukkan pukul 5.30.
Orang sudah kurang ramai.
Boleh la bergambar dengan aman.

Dan masuk semula Spirit of London tadi.


Addin yang ketakutan. 

Dan pegi tengok Marvel 4D show sekali lagi.

Pandai budak dua ni belakon.

Dua kali round, baru la rasa berbaloi dengan harga tiket yang kami bayar dan susah payah berulang ke sini 2 kali. 
Lepas tu kami ke Oxford Street, konon Abang Edi mau cari jam.
Tapi tiada rezeki la pula.
Rupanya hari Ahad semua kedai pun tutup jam 6 petang.
Hasrat hati aku mau pigi singgah ke Primark pun tidak menjadi. 

Turun naik eskalator untuk naik tube.


Ada Gumball 3000 event.
Kami pun tidak kisah sangat sebab Addin dan Zara sudah merungut kepenatan.

So, penat punya pasal, kami pun balik ke QGT naik black cab ja.


Addin dan Zara yang pengsan dalam cab. 

Sampai ja rumah, budak berdua ni cergas semula sebab sudah jumpa geng.
Malam terakhir di London, kami habiskan masa bermesra dengan keluarga tuan rumah ja :)

Senja di London.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...