google analytic

Nuffnang

Showing posts with label Mabul. Show all posts
Showing posts with label Mabul. Show all posts

Friday, September 19, 2014

Cuti-cuti Mabul 2014 (15 September 2014 - Bye-bye Mabul!)

Macam semalam juga, hari ni aku bangun awal :)
Bangga dengan diri sendiri.
Selalu kalau bercuti, memang susah la dapat subuh on time.
Oh malu. Berdosanya diriku. Astaghfirullah. Ampunkan hambaMu ini Ya Allah.

Tapi, cuaca tidak menyebelahi kami.
Hujan la pula.
Tidak disyorkan untuk orang yang snorkel ni.
Sebab keadaan laut yang bergelora.
Kalau dive ok ja. Sebab dorang masuk dalam laut.

Zara yang selamba bermain sorang-sorang tengah hujan.

Addin yang busy dengan ipadnya.

Yang bestnya duduk sini ni, aku dan Abang Edi selamba ja rehat-rehat dalam bilik.
Walaupun tiada aircond. Hujan juga bah kan. Sejuk.
Addin dan Zara bebas berlari-lari di Billabong tu bermain dengan staff Billabong.
Rileksnya dunia. 
Best kan. Aku selonot bercuti, orang lain masuk opis sebab hari ni hari Isnin. Hehe.

Aku yang jeles dengan team diver.

Seronotnya dorang. 

Lepas lunch tu hujan reda sekejap.
Terus aku, Addin dan Zara ambil peluang mandi laut kali terakhir di Mabul ni.

Tapi mandi dekat area Billabong ja la. 

Jam 3.30 petang, masa untuk meninggalkan Mabul :(

Bergambar kenang-kenangan dulu dengan Ana dan abang snorkeling instructor yang sentiasa rajin melayan Addin dan Zara.

Bye!!!!!! Ada rezeki kita jumpa lagi!


Gigihnya budak-budak Bajau Laut ni mencari rezeki.
Selamba ja berdiri tengah laut yang sedang surut untuk tangkap ikan. 

Zara yang pengsan dipegang Abang Edi.

Kami menuju balik ke Semporna merentasi Laut Celebes.

Sampai jeti di Semporna, pegi naik opis Billabong, dan baru la settle payment segala.
Kena bayar baki RM1408 lagi. 
Mula-mula aku mau bayar kad kredit, tapi sebab ada caj 3%, terus aku buat online transfer guna Maybank2u ja. 
Thanks Mimi. She's so nice.

Dan kami menuju ke Bandar Tawau dengan naik teksi Pakcik Shamsuddin sekali lagi.
Mula-mula dapat harga RM150. Pastu Mimi minta kurang dapat RM130.
Tapi pasal Pakcik Shamsuddin ni baik sangat, Abang Edi bagi lebih RM10 :)

Perjalanan ke Tawau ambil masa almost 2 hours. 
Apa lagi, tidur ja la kami. 


Cuti-cuti Mabul 2014 (14 September 2014 - Malam terakhir di Mabul)

Lepas balik dari snorkeling, masa untuk urus diri - mandi dan solat - dan tunggu masa untuk makan.
Untuk pengetahuan, air yang keluar daripada tap di sini, semua rasa payau.
Berus gigi pun rasa air masin. Haha.
Terus teringat kenangan zaman sekolah dengan Tunas Samudera tahun 1997 dulu.
Aku tidak tahu halnya dengan homestay/chalet/resort yang lain di Mabul, tapi di Billabong memang macam tu.
Kecuali di Kapalai. Snorkeling instructor kami bagitau air di sana import terus dari Semporna.
Patut la mahal.

Paip di sini pun ada kesan garam. So, kalau jarang di Mr. Brasso kan (dikilatkan), memang akan ada la kesan garam air laut yang mengeras (berkristal) di paip tu.
Sekali lagi teringat time Tunas Samudera.
Tiap pagi dan petang mesti ada happy hour.
Happy hour la sangat, sebenarnya masa untuk menggilap besi dan tembaga di atas dek kapal.
Haha..

Sambil menunggu jam 7 untuk makan malam (lapar suda perutku ni), ada pula orang bajau laut yang datang menjual ikan.
Hidup-hidup lagi ikan tu. Dijamin fresh.

Semua ikan dalam besen tu mamat ni jual RM30 kononnya.
Seekor ikan ayam-ayam dan 3 ekor ikan kerapu merah.

Kecik-kecik lagi sudah pandai cari rezeki. 

Aku dan Abang Edi ambil seekor ikan besar nama ikan tu ikan ayam-ayam. RM15 untuk seekor.

Sekali Ana and the gang (staff Billabong) start speaking bahasa dorang, kitaorang dapat semua ikan dalam besen tu pada harga RM15. 
Wah.. terer betul Ana ni menawar. 
Tapi Abang Edi kesian, dia bayar la lebih RM1 jadi RM16.

Time dorang speaking tu, aku faham bila dorang ni banyak kali sebut 'pilaksin'.
Pilaksin tu maknanya ringgit.
Bila aku tanya double confirm dengan dorang pasal tu, baru la dorang ni perasan yang aku ni orang Sabah.
Hape la..

Minta Billabong punya cook masak - upah masak RM10.
Ikan ayam-ayam tu bakar saja.
Ikan kerapu masak 3 rasa. 

Sambil menunggu azan maghrib dan dinner time, kami lepak dulu di jambatan.
Sambil nyanyi beramai-ramai dengan team diver diiringi oleh gitar hasil petikan abang instructor snorkeling. 


Sempat juga bergambar dengan pasukan polis yang menjaga keamanan di Mabul. #Salute!

Sedap!!!!
Yang ni ja aku sempat ambil gambar. 
Seekor ikan kami bagi sama team diver. Seekor lagi sama staff billabong.
Ikan yang besar tu kami bagi dengan pasukan polis yang sedang dinner. 

Time dinner ni juga aku dan Abang Edi diskas. Samada besok mau check-out atau stay lagi di Mabul.
Tanya dulu kalau-kalau boleh snorkel di Sipadan.
Sebab mau masuk Sipadan, even untuk visit saja pun, kena ada permit. 
Sekali bila Ana bagitau bayaran untuk pegi snorkel di Sipadan RM500++ satu kepala, terus aku dan Abang Edi confirm mau check out. Haha.
Itu baru kos untuk seorang. Kalau untuk 4 orang, do the math la. Hehe.

 Ok la. Tidur. Besok mau snorkel lagi. Tapi kami mau pigi Kapalai ja. Pastu overnite di Tawau :)

Cuti-cuti Mabul 2014 (14 September 2014 - Snorkeling day!)

Pasal semalam masuk tidur awal sangat, pagi ni pun aku bangun extra awal.
Jam 5 pagi mata sudah terkebil-kebil.
Ngam la tu, boleh solat subuh.

Malam semalam tidur lena.
Kecuali aku terperasan ada sekejap tu aircond berenti sendiri. Rasa panas kejap.
Then baru hari ni aku tau, rupanya dorang ada bagi off electric untuk sejam.

Lepas tu aku rilek-rilek di balkoni.
Konon mau tengok sunrise.
Nan hado. Kalau duduk di SWV tu, dapat tengok mungkin.


Area makan + orang ramai Billabong Scuba Mabul. 

40 minit lepas tu, baru Abang Edi bangun.

Budak yang gembira bangun pagi.



Chalet kami view dari jeti. 

Acara basuh kaki di jeti.

Lepas breakfast, jam 8.30 pagi kami pi snorkel di Mabul dulu. 
Diver kena hantar terjun dulu, then baru giliran orang yang snorkeling. 

Keluarga kami dengan 3 orang gadis dari China. 

Addin dan Zara yang dijaga oleh snorkeling instructor.

Tapak sulaiman.

First time aku guna Dicapac casing ni.
Percaya ka tidak, aku tidak pernah pun test tu casing sejak kena delivered.
Bengong. Sib baik la iphone aku tidak masuk air.

Zara yang gembira main air. 

Lepas habis sesi snorkel, Addin dan Zara posing dengan abang instructor dan girl from China.


Jam 11 sesi snorkel ke Kapalai pula.
Di sini, orang Billabong campak kami dekat Kapalai Resort ni ja. 
Tidak perlu jauh-jauh :)

Kapalai ni sebenarnya pulau batu.
Kapalai resort tu dibina atas pulau batu tu.
Ratenya mahal ya ampun.
Tapi pemandangan dalam air adalah amat cantik Subhanallah.

Zara tidak habis-habis berkepit dengan abang instructor.

Ikan bilis menari-nari.

Peace yo!

Corals

Dekat bawah tangga tu lagilah banyak ikan pelik-pelik.

Zara lagi.

Di Kapalai ni la, si Addin start building his confidence in the water.
Dengan berbekalkan pelampung di tangan, dia boleh 'berenang' dengan jayanya.
Aku rasa, sekarang adalah masa terbaik untuk enroll dorang masuk kelas berenang. 
(Dan untuk aku juga.. hoho).


Memang cantik Subhanallah pemandangan dalam laut di Kapalai ni.
Starfish berterabur. Ikan di sekeliling badan menari depan mata. 
Tidak perlu tabur roti pun ikan tetap banyak. *tidak seperti di Perhentian. 
Coral pelik-pelik. 
Turtle beberapa kali menunjuk muka.
Tapi sayang...... aku tidak pandai swimming. 
Jadi pengalaman terhad - terhad sebab aku hanya bergantung pada life vest dan tidak berani pergi jauh. 

 Lepas habis sesi di Kapalai, balik Billabong dulu, lunch.



Sambung snorkel di Mabul lagi jam 4 petang.

Di bekas air ni la diver simpan underwater camera dorang sebelum masuk laut.

Zara yang gembira dapat pegang starfish.






Sesi snorkel di Mabul petang ni aku tidak ambil gambar.
Sebab tiba-tiba rasa macam pening. Banyak tertelan air masin maybe. Hoho.

So, that's it!

Review DiCaPac WP-i10 Waterproof iPhone Case 
Boleh tahan juga la iphone aku beraksi dalam air dengan bantuk Dicapac.
Dengan pelaburan RM75 untuk sebuah Dicapac, hasilnya tidak mengecewakan.
Si Nurul ada suggest aku beli GoPro atau SJ4000, tapi malas la aku.. aku bukannya orang yang terlibat dalam aktiviti lasak sangat. Macam membazir ja kalau aku beli.

Review snorkeling di Mabul
Untuk orang yang tidak pandai berenang macam aku, amatlah mengecewakan.
Sebab tidak banyak ikan pun. Maybe kalau aku pandai berenang, dan boleh berenang lebih jauh, lebih dalam, lebih banyak yang aku dapat lihat. 
Dan mungkin juga atas faktor Pulau Mabul yang kotor, menyebabkan ikan pun tidak berapa mau ada. 
Senang ja mau dapat plastik-plastik, botol, kotak rokok dan bekas makanan di laut Mabul.
Sedih :(
Mungkin, dorang patut ambil langkah pembuangan sampah macam di Perhentian. 
Ada ja feri sampah yang angkut sampah dari Perhentian. 

Review snorkeling di Kapalai
Amat lah best. Kalau mau dibandingkan dengan Mabul, memang la jauh panggang dari api. 
Mungkin sebab kebersihan di sana terjaga.

Ni adalah contoh video yang aku amik dalam laut di Kapalai





Review kemudahan snorkeling dengan Billabong Scuba Mabul
Dorang tiada life jacket yang saiz kanak-kanak. Sian Addin dan Zara. 
Seb baik aku bawa pelampung tangan dorang tu.
Sian untuk aku juga la sebab aku pun bukan besar sangat. Hoho.
Dan dorang tiada juga snorkel mask yang khas untuk kanak-kanak.
Next time, kalau kami mau cuti-cuti snorkel, aku mau beli snorkel mask khas untuk Addin dan Zara.
Tapi layanan snorkel instructor dorang ni memang bagus. Thumbs up!!

Cuti-cuti Mabul 2014 (13 September 2014 - KL ke Tawau ke Semporna ke Mabul & Billabong Scuba Mabul)

Perjalanan hari ni kita start seawal jam 7.30 pagi bergerak dari rumah ke klia2.
Minta aunty Nurul yang day off untuk hantar ke klia2 guna kereta aku.
Jimat di sana. Hehe. Thanks again Nurul!

Oleh kerana tiada luggage yang perlu dicheck-in (rugi 80kg luggage allowance di situ), kami pun bermalas-malasan breakfast ala kadar di The Loaf dulu.

Eiseh.. bergaya dengan sunglass Daiso RM5

Budak ni sebenarnya tengah tunjuk perasaan. Aku pun lupa pasal apa. 


Black Beauty yang menjadi kegemaran Addin, Zara dan Abang Edi.
Aku tidak pernah makan ni jadi tidak dapat komen.
Ruginya la aku tidak tunjuk kad privelege The Loaf aku.
Kalau tidak, boleh suda dapat 10% discount. 

Selain excited mau pigi Mabul, aku juga excited naik AirAsia dari klia2.
Ni first time la kami depart dari sini.

Kagum aku. Toilet banyak, seat banyak, surau pun banyak.
Nurul bagitau, pengumuman waktu solat pun ada di klia2.
Tiada alasan untuk meninggalkan rukun Islam yang ke-2 ni.

Addin dan Zara yang kejakunan first time boarding di klia2.

Jauh gilak gate J20 ni. 

Seperti biasa, kalau naik flight Air Asia, aku memang akan buat pre-booked meal.
Aku tidak suka menunggu untuk beli dalam kapal lepas orang yang prebook makan dulu.
Dan aku boring bila terpaksa layan Addin yang bising sebut "Lapar, lapar" sebab tercium bau makanan orang lain. 
Serta aku tidak suka menghadapi risiko makanan kegemaran habis sebab orang di seat lebih depan suda borong sebelum aku.
Lagipun, prebooked meal adalah lebih murah dan in-flight meal oleh Brahim's memang sedap. 

Budak 2 orang ni memang suka makan Nasi Lemak Pak Nasser

Aku pula suka makan Nasi Kari Ayam Hijau.
Untuk Abang Edi aku order Nasi Tomato dan Ayam Percik. Sedap juga la.
Tidak menghampakan.


Akhirnya, kami sampai di Tawau!!


Wah.. best betul boleh tulis nama dan karikatur sendiri atas aircraft kan. 
*di badan aircraft ada nama Pahamin

Oleh kerana tiada luggage yang perlu dituntut, maka kami pun berjalan lenggang kangkung ke balai ketibaan. 
Kami dijemput oleh pacik teksi nama En. Shamsuddin.
Mimi dari Billabong Scuba yang settelkan.
Aku just call Mimi ja minta ada transfer dari Tawau airport ke Semporna.
Kosnya hanya RM100/kereta untuk one way.
Kalau naik van, satu kepala RM30/pax.
Sebab aku kena fikir 4 kepala, maka naik teksi adalah pilihan lebih bijak. 

On the way ke Semporna, Pacik Shamsuddin ni menerima panggilan daripada si Mimi.
Mimi offer aku kalau-kalau kami mau check-in terus ke Mabul malam ni.
Sebab kebetulan ada 10 orang dari KL (satu flight dengan kami) yang mau terus masuk ke Billabong Scuba hari ni juga. 
Dan aku tidak perlu bayar extra untuk bot. Yieha!!!

Pucuk dicita ulam mendatang, aku dan Abang Edi ok ja.
Addin dan Zara pun memang tidak sabar mau bersnorkel.
Down betul dorang bila aku kata malam pertama kami kena stay di Semporna dulu dan snorkel kena tunggu besok.  

Satu jam setengah dalam teksi dengan Pacik Shamsuddin memang tidak bikin boring.
Orangnya pun peramah.
Bercerita pasal pelancongan di Semporna, kata Pacik Shamsuddin, kalau dulu, sebelum tragedi di Lahad Datu, MH370 dan recently, penculikan di Semporna, kurang-kurang 3 trip dari Tawau airport ke Semporna.
Sekarang ni, 1 trip ja dapat. Itupun kadang-kadang. Memang terasa sangat. 
Kalau dulu ramai pelancong dari China. Sekarang ni, susah sudah mau dapat. 
Kalau dulu, memang susah mau book penginapan di Mabul kalau lambat buat tempahan. Sekarang ni, bilik kosong di mana-mana.
Kesian betul.
*sokong pelancongan dalam Malaysia

Sampai ja di Semporna, akhirnya berjumpa la aku dengan Mimi dan Sue. *Tapi tidak sempat pula ambil gambar sama-sama dengan dorang.
Dengan tidak menyempatnya untuk urusan pendaftaran, terus naik bot.
Urusan pendaftaran dan bayaran selebihnya akan diuruskan lepas kami check-out.


Belakang Abang Edi dan Addin tu ialah Dragon Inn Floating Resort Semporna.

Perjalanan bot dari Semporna ke Mabul mengambil masa selama 45 minit.
Boring juga la menunggu lama-lama tu. Hoho.

Sebelum sampai ke Billabong Scuba Mabul, akan lalu Uncle Chang's yang femes dulu. 

Lepas tu Spherediver. Dan adalah juga homestay yang lain. 
 (*gambar ini dan di atas diambil pada hari kami kembali ke Semporna)


Sampai ja kami ke Billabong Scuba Mabul, kami disambut dengan penuh meriah oleh staff di sana.
Walau tiada hot towel dan welcome drink segala, aku rasa seronok juga.
Lapar pun ada, maka kami makan lunch dulu.
Masakannya bole la. Tidak la tidak sedap, dan tidak la sedap sangat.
Yang penting kami boleh makan, Addin yang fussy pun boleh makan.

Dan kami dibawa ke bilik kami: New Comfortable Chalet.

Ada 2 single bed. Aku kasi sambung tu katil so aku, Addin dan Zara boleh tidur guling-guling dengan selesa.
Extra tilam disediakan untuk Abang Edi tidur di bawah. 
Towel disediakan.

Sinki basuh tangan. 
Pintu sudah tercabut.
Dalam tu ada extra pintu ke toilet dan bilik air.

Ada aircond disediakan. *gambar separuh ja.

Pintu yang tercabut ada diletakkan menyandar di pintu ke toilet. 
Flush toilet rosak. Tapi aku ok ja. Yang penting tidak tersumbat.
Siap ada water heater.
Tekanan air amatlah mengagumkan. 
Tiada toilettries disediakan.

Meja solek yang sedikit rosak. 
*Macam la kami mau guna pun.


Bilik kami ada balkoni.

Pemandangan chalet Billabong. Warna oren tu Big John Scuba kalau tidak silap. 

Chalet depan bilik kami. 

Tidak lama lepas kami masuk bilik, geng yang bersepuluh tadi tu mau pegi dive sudah.
Dorang tanya kami mau join snorkel ka tidak.
Tapi kami pass la dulu.
Plan petang ni mau jalan-jalan pusing kampung ja.

Budak ni sudah tidak sabar mau masuk air.

Hari semakin senja.


Jalan melintasi lorong kecil dari Billabong Scuba ke kampung di Mabul. 
Sampah di mana-mana.

Mahal juga rate untuk massage tu.

Budak-budak main atas bot. 

Time kami pusing-pusing kampung ni la aku mau si Addin dan Zara tengok bagaimana budak lain yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan menjalankan kehidupan dorang seharian.
Main permainan tradisional. Tiada permainan elektronik.
Ada yang berbaju, ada yang tidak.
Supaya Addin dan Zara, tidak dilupakan aku dan Abang Edi lebih bersyukur dengan kehidupan kami sekarang. 

Aku mau round kampung ni kunun mau cari pisang goreng.
Tapi tidak jumpa pun.
Aku sempat tanya orang kampung cara jalan ke Sipadan Water Village.
Nasib baik ada pekerja SWV sedang berjalan dalam perjalanan ke sana.
Kami ikut ja la. 

Tidak sah kunjungan ke Mabul kalau tidak melawat gong besar di Sipadan Water Village ni. 


Tengok coral di jeti SWV.

Singgah ke mini mart ni untuk beli air mineral sebab si Addin dahaga.
RM4 sebotol. Amik kau.

On the way balik, ada 2 orang budak sedang memancing.

Kami masuk ke kawasan Sipadan-Mabul Resort. 
Dari sini ke Billabong dekat ja.
Maka lalu la juga kami kawasan sekolah dan perkuburan orang kampung di Mabul.

Makan malam jam 7.30 malam.
Time makan tu, ada team polis datang makan di Billabong Scuba.
Terus aku rasa selamat :)

Seawal jam 8.30 malam, kami tidur suda kepenatan.
Ready to wake up early tomorrow.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...