google analytic

Nuffnang

Showing posts with label cooking. Show all posts
Showing posts with label cooking. Show all posts

Monday, August 24, 2015

Resipi Popia Pisang Nutella

#springroll # pastry with #banana and #nutella


Menu ini adalah di antara menu yang tidak akan ditolak oleh Abang Edi dan anak-anak aku.
Kena buat banyak sebab kalau buat sikit, Addin dan Zara boleh jadi gaduh.
Buat la bila pun - pagi, tengahari, petang, malam - semua bedal, semua ngam.

Last satuday, aku pun saja-saja la post gambar menu ni di Facebook.
(Apa? Kalau post gambar makanan dekat Facebook hukumnya wajib kena jamu orang yang melihatnya? Datang la rumah).

Popia Pisang Nutella.
Tribute to Macik Yaminlah dari Krabi.

Kawan-kawan aku komen minta resipi.
Aku yang sedang rajin time tu pun buat la ambik gambar setiap step untuk buat dessert yang senang tahap gaban ni.

Bahan-bahannya:

Kulit popia (dilembutkan) 
Pisang (dihiris nipis)
Nutella

Tips: 
1. Guna kulit popia yang kecil. Senang manage. Kalau guna yang besar pun, apa ada hal.
2. Setakat ni, aku hanya pernah guna pisang emas dan pisang berangan. You can try to use any pisang you like. And if you don't have pisang, boleh try guna fruits yang lain.
3. Or, boleh juga omit penggunaan fruits sama sekali. Berintikan nutella sahaja. Still taste as great. 



Mula-mula, letakkan hirisan pisang di atas kepingan popia.


Bubuh nutella atas lapisan pisang tadi.
Kuantiti nutella tu ikut citarasa dan tahap penjimatan yang diingini.
*Nutella kan mahal.

Tutup inti popia tadi dengan kulit popia.
Pada tahap ini, you can use your own creativity.
Buat gulung macam popia biasa, lipat empat segi.
Sukahati.
Bila dah ngap dalam perut bertemu jua. 

Gunakan pan rata untuk menggoreng popia tadi.
Oleskan sedikit minyak.
Saya guna cooking oil spray.
Kurang sikit rasa bersalah bila makan dessert kurang berminyak ni.

Goreng kedua-dua belah popia tadi sehingga garing dan bertukar kekuning-kuningan.

Tadaa!!! Gunting bahagi dua popia tadi untuk kesan yang lebih banyak.

Dijamin sedap. 

Thursday, June 25, 2015

Ramadhan Kareem - Juadah sungkai (buka puasa/iftar)

Selamat berpuasa kawan-kawan.

Alhamdulillah, tahun ni, sudah ada masjid baru dibina dalam taman kami.
Sebelum ni, penduduk di taman ni solat berjemaah di surau berdekatan ja, itupun dekat taman lain.
Dan saiz surau pun kecil.
Kalau datang lambat untuk solat raya, memang kena solat tepi jalan la.

Masjid yang baru ni lebih besar dan lebih selesa.
Berkarpet dan beraircond.
Syukur sangat-sangat.

Dan kalau dalam bulan puasa, memang tidak sahlah kalau golongan ibu tidak bercerita dan berfikir tentang hidangan berbuka puasa atau sungkai, termasuklah aku.
Setakat hari ini, setelah masuk seminggu berpuasa, baru 2 kali saja ke bazaar ramadhan.
Itupun Abang Edi yang pegi.
Aku malas mau pegi sebab tiada nafsu dan tidak rajin untuk berjalan.

Dalam masa yang sama, aku pesan dengan Abang Edi, kalau mau beli juadah buka puasa tu, priority kenalah beli dengan orang gerai yang kita kenal.
Sebab orang yang kita kenal tu, berniaga sepanjang tahun.
InsyaAllah kita sudah tau masakan orang tu sedap dan tidak menghampakan.
Dan orang yang berniaga sepanjang tahun ni, mereka akan jaga customer.
Tidak akan masak masakan yang akan buat orang sakit perut.

Kalau orang yang setahun sekali ja nampak ni, berniaga bermusim.
So, dorang ni selalunya tidak jaga customer la kan.
Niat utama berniaga sebab mau cari untung ja.
Jual tepung pelita nampak cantik, tapi tak sedap.
Dorang pun tidak kisah kalau tidak sedap, sebab lepas raya bukan dorang berniaga lagi.

Lepas tu aku pesan lagi, kalau boleh, tak perlu la beli masakan yang guna santan ni.
Takut-takut kalau tidak jaga mutu masakan, boleh bikin sakit perut.

Dan, sah-sah le kalau beli di bazaar ramadhan ni, dengan GST segala ni, harga lebih mahal le.
Sedih.

Masak di rumah, lebih murah, lebih sedap walaupun ringkas insyaAllah.
Dimasak dengan penuh kasih sayang.

Kalau mau beli juga pun, aku order dengan orang opis ja.
Senang, tidak perlu berpanas di luar.
Urusniaga dijalankan dalam pejabat sahaja.

Ramadhan pertama:
Menu itali.
Ravioli spinach and cheese with marinara sauce and chicken sausage.

Ravioli tu aku buat guna kulit wantan.
Intinya aku buat dengan menggunakan sayur bayam yang dicampurkan dengan garlic butter dan keju.
Garlic butter tu bubuh sikit saja sebab kalau banyak nanti akan jadi pahit.
Keju tu suka hati la guna keju apa pun. 
Aku guna keju 3 macam yang bos aku bawa dari Paris. 
Sayur bayam tu aku beli yang telah siap dicincang sejuk beku dari Cold Storage.

Inti yang dicampurkan tadi diletakkan di tengah kulit wantan.
Cover dengan satu lagi kulit wantan.
Dan lekatkan tepi-tepi kulit wantan tu guna air.
Masukkan ravioli tadi dalam air yang menggelegak sehingga ravioli tadi timbul.

Sos marinara pula aku masak dengan menggunakan chopped tomato dengan sos tomato dalam tin, bawang putih, parsley flakes dan orageno.
Sosej pula guna frankfurter ayamas ja.



Ramadhan ke-4.
Ayam goreng pandan dan ayam sambal.

Ayam goreng pandan tu aku guna bahagian dada ayam sebab lebih senang masak.
Marinate ayam pula aku guna pes special yang macik aku buat didatangkan khas dari Ranau, Sabah.
Jauh bah.
Walaupun balutan pandan tu macam hentam kromo, yang penting, sedap.
Sebaik masukkan ayam pandan dalam minyak goreng tenggelam yang panas, harum semerbak daun pandan memenuhi atmosfera rumah.
Yang penting, jangan goreng lama sangat.
Sebab guna bahagian dada ayam ja kan. 
Kalau goreng lama sangat, nanti ayamnya jadi kering kejung.

Tujuan buat ayam pandan, sebab mau menggunakan stok pandan yang tumbuh dengan giatnya di laman rumah kami.
Abang Edi rimas dengan tahap kejayaan pertumbuhan daun pandan kami tu.
Dia cakap dia mau potong ja bagi clear.
Aku pula pujuk-pujuk Abang Edi. Konon kesian daun pandan tu.
So, sekarang ni, untuk memanfaatkan daun pandan tu, aku selalu masak nasi letak daun pandan.
Bagi wangi nasi.


Ayam sambal close up.

Ayam dan kentang digoreng terlebih dahulu.
Lepas tu dimasukkan ke dalam sambal tumis.
Sambal tumis guna bawang merah besar yang dihiris, cili blend, gula dan garam secukup rasa dan pes sambal yang aku sudah masak dan stok lebih awal.
Pes sambal pula aku masak dengan blend bawang merah, bawang putih dan udang kering.
Masak banyak-banyak lepas tu masuk dalam fridge buat stok.
Senang kehidupan. 

Setakat ini la gambar lauk yang aku sempat snap :)
 

Tuesday, June 16, 2015

Popia Pisang Nutella

Perkara yang paling dirindui hasil percutian di Krabi - Banana Nutella Pancake.

Kadang-kadang tu, kalau kami ke kedai mamak, aku rasa macam teringin ja mau order Roti Pisang bersama nutella.
Roti Pisang tu memang selalu ada ja di restoran mamak kan.
Nutella tu yang tiada.
Ka di KL ni memang ada ja restoran mamak yang sudah ada menu tu?
Ka aku ja yang tidak tau?

Kalau mau aku sendiri buat, hmm.. memang tiada la kan.
Macam susah ja buat roti canai tu.

So, daripada susah-susah mengidam mau makan pancake pisang nutella macik Yaminlah Krabi, apa kata, cari cara untuk buat sendiri.
Cara paling senang ialah dengan guna bahan sedia ada yang boleh beli di kedai.

Bahan-bahannya
- Kulit popia
- Pisang 
- Nutella
- Sedikit minyak masak

Cara-caranya:
1. Hiris pisang.
2. Susun pisang atas kulit popia.
3. Letak sedikit nutella atas pisang (letak banyak pun tiada hal).
4. Lepas tu lipat kulit popia ikut suka hati malas. 
5. Goreng dengan menggunakan minyak yang sedikit - setakat untuk merangupkan kulit popia.



Ni lah hasilnya.
Sebelah kanan tu tiada pisang. Ada nutella ja.
Sedap juga.

Pandangan dari belakang.
Tidak perlu lekat guna air.
Masa menggoreng tu, sure akan lekat sendiri.

Apa kata survey?
- Menjadi resipi yang hit di kalangan Addin dan Zara.
- Addin yang jarang makan pisang pun suka popia pisang nutella ni.
- Abang Edi pun cakap sedap.
- Zara cakap sama sedap dengan pancake nutella di Krabi.
- Aku suka sebab rasa cokelat nutella dan rangup krup krap.
- Senang dibuat, senang dan cepat digoreng, cepat dimakan.


Tips:
1- Jangan buat sikit-sikit, memang tidak cukup. 
2- Nutella murah di kedai 99 speedmart.
3- Boleh juga dipelbagaikan dengan inti yang lain. Contoh: milo, kacang tumbuk, chocolate chips, dan sebagainya. Tapi tidak sure la sedap ka tidak. Aku bagi cadangan ja tu
4- Suka la mau buat bentuk macam mana pun. Panjang-panjang bergulung macam popia biasa pun bole, tiga segi macam samosa pun bole. 

Monday, August 18, 2014

Testimonial Pengguna - Tefal Actifry Mini

Senang sebenarnya guna Tefal Actifry Mini ni.
Boleh mengurangkan rasa bersalah dengan makan makanan bergoreng tanpa perlu memasak dengan cara goreng terendam (deep frying).

Apa yang penting - baca manual cara memasak.
Daripada hasil pembacaan aku (dengan sedikit pengalaman menggunakan Tefal Actifry Mini):

  • Bahan-bahan yang mempunyai lemak semula jadi seperti ayam (ayam goreng kunyit, nugget) - tidak perlu guna minyak. 
  • Bahan-bahan yang tiada minyak seperti keropok lekor dan fries - perlu guna minyak untuk kesan rangup. 
  • Kalau boleh, potong bahan masakan kecil-kecil dan sama rata, supaya cepat masak.
  • Jangan terlebih masak, nanti bahan masakan jadi kecut. 

Tefal Actifry Mini - bersaiz paling kecil di antara semua geng Tefal Actifry.

Sebelum guna, kena cuci dulu. 

Yang ni adalah pendayung atau laddle.
Berfungsi sebagai pengacau makanan ketika proses menggoreng.
Amat tidak sesuai guna benda alah ni kalau bahan masakan tu jenis senang hancur. 

Kalau aku mau goreng bahan masakan yang senang hancur, cth cod fish finger, aku goreng ja tanpa laddle ni.
Tapinya, kena la balik-balikkan fish finger tu sendiri.   

Yang ni adalah periuknya.
Saiz kecil ja.
Boleh la muat 10 biji nugget sekali masak. 

First try, goreng ayam kunyit.
Aku belum pernah try lagi buat ayam goreng berempah.


Masa menggoreng ayam - 20 minit.

Ini la hasilnya. Rasa macam ayam goreng biasa.
Tapi lebih sihat (saiko lebih). 

Sebab aku ada letak minyak sikit, so ada la kesan minyak lebihan.
Kalau tidak guna minyak pun tidak apa.
Sebab minyak daripada ayam tu akan keluar sendiri. 


Setelah mau masuk 2 bulan guna Tefal Actifry ni, apa yang aku boleh ulaskan
  • Pembelian yang baik untuk orang yang suka makan makanan bergoreng tapi mau menjadi lebih sihat. 
  • Mengurangkan penggunaan minyak masak. 
  • Kalau goreng fries dan keropok lekor - kena masuk minyak sekurang-kurangnya satu sudu makan. Kalau tidak, fries dan keropok lekor tu tidak akan jadi rangup dan rasa tepung. 
  • Amat sesuai digunakan ketika kelam kabut especially pada waktu pagi. Boleh letak ja, set timing, dan buat kerja lain sementara Tefal Actifry menggoreng tanpa risau masakan jadi hangus.
  • Juga boleh digunakan untuk masak masakan berkuah (sebab lengkap dengan laddle). Tapi aku belum pernah try.
Ada juga aku pernah ternampak abang Tefal Actifry Mini iaitu Tefal Actifry 2 in 1 yang dijual secara online dan di shopping complex (aku nampak di Isetan KLCC) pada harga RM899 saja. 
Aku rasa harga RM899 kira orait la tu walau beli di Malaysia. 
Sebab - saiz lebih besar, siap ada 2 set periuk dalaman, tidak perlu keluar negara, tidak perlu tunggu order dari luar negara, boleh feeling-feeling sentuh dan belek sebelum beli pada harga yang lebih kurang mahal dalam RM300++ saja daripada harga Tefal Actifry Mini aku. 

Aku pula beli Tefal Actifry Mini - jauh-jauh dari UK, tidak jimat sangat pun pasal tidak dapat claim VAT refund, bawa berat-berat masuk flight, siap kena tanya dengan abang kastam - hassle.
Tapi ada la kenangan aku dari UK kunun. 


Monday, July 14, 2014

Blender baru

Blender sedia ada sudah berumur 7 tahun lebih (sebaya Addin).
Jenama Panasonic.
Very basic. 
Time baru-baru kawin tu mana la aku tau blender macamana yang bagus.
Yang aku tau, mau cari yang murah ja. 

3 bilah pisau, ada butang On dan Off saja, dan satu mill blender kasar kering.
Banyak berjasa. 
Tapi sudah kurang cekap. 
Dan aku mahu rehatkan untuk tujuan blend cili kering saja. 

Dalam masa yang sama, aku juga ada blender Philips Avent.
Kecil ja saiznya. 
Kunun untuk blend bubur Zara.
Tapi rosak suda. 
Tiba-tiba ja stuck time aku blend cake mixture.
Haha. Sampai kojol blender cinonet tu aku kerjakan. 
Setelah 3 tahun berkhidmat.

Oleh kerana aku sudah boring dengan blender sedia ada, dan aku sedang semangat mau buat smoothie, juice, ABC segala, aku rasa it's time for a new blender.

Cari punya cari, survey punya survey, aku putuskan beli di Jusco depan rumah saja.
Aku kurang puas sebab tidak dapat membelek kalau beli barangan elektrik secara online.

Dan blender jenama Philips memenuhi citarasa dan kemampuan poket aku. 

Harga asal RM139. Diskaun member: RM109 sahaja.

Ada 5 bilah pisau. 3 bergerigi dan 2 tidak bergerigi.
Kalau bergerigi ni kunun berkesan dalam blend air batu. 
Cumanya, kalau ais tu besar sangat pun, memang blender ni tidak boleh kisar sampai hancur macam ABC. 

Ada 2 jenis speed dan butang pulse.
Feel guna blender tu adalah lebih hebat daripada sekadar ada butang on off ja. Hoho. 

Jar dan bahagian bilah pisau yang boleh diceraikan untuk cucian yang lebih sempurna. 
Perfect. Senang cuci.

Ada filter. 
Tujuan filter ni kalau buat juice, boleh filter siap2 semua fiber buah-buah tu. 
Jadi, jus yang kita dapat tu clean, tiada hampas. 
Tapi kalau mau khasiat buah sebenar, kena la makan sekali fiber tu kan.

2 smaller mill dengan fungsi yang berbeza. 
Satu bertujuan untuk mince.
Satu lagi untuk blend kasar kering.

Kesimpulannya: aku puas hati!
Rasa berbaloi dengan harga yang dibayar.


Alang-alang beli belnder di atas tu, aku 'terbeli' hand blender ni sekali.
Kunun lama sudah mengidam mau menatang ni.
Abang Edi memang tidak kisah sebab aku tidak minta duit dia.
Semua barangan rumah yang mengikut hawa nafsu aku, aku beli sendiri ja.

 Harga asal RM219. Diskaun member: RM169 sahaja.

Hand blender ni boleh mash makanan, boleh whisk (telur ka) dan menghiris bawang-bawangan atau bahan-bahan herba jadi halus-halus.
Aku blum try. Masih dalam kotak lagi.

Walaupun belum cuba dan tidak layak untuk buat testimonial, aku tetap gembira.
Yang penting juga, dua-dua blender yang aku beli ni ada 2 tahun jaminan. 

Fruity smoothie!

Salam ramadhan kareem!

Tahukah bahawa mengambil jus buah dan sayuran ketika sahur adalah amalan baik untuk mengekalkan tahap hidrasi badan?

Atas saranan itu, aku pun buat la kunun. Cumanya bukan ketika sahur, tapi ketika sungkai (buka puasa).
Sebab time sahur tu, aku lebih suka minum air kosong ja.

 Yang hijau tu ialah avocado smoothie.
Sebelah yang half full tu pula ialah banana smoothie.
Tinggal separuh ja sebab si Zara sudah tax siap-siap sebelum diambil gambar.
Avocado smoothie Zara tidak dapat tax sebab aku cakap tunggu azan maghrib dulu.

Cara buat smoothie:
Avocado/Banana/atau buah-buahan lain yang digemari + fresh milk: blend sahaja.
Kalau mau sejuk, masukkan ais.
Tidak perlu gula.
Tapi aku derhaka azam diri sendiri untuk kawal pengambilan gula dengan bubuh sedikit Hershey choc sauce. 

Sedap!

Untuk tujuan buat smoothie ni pun, aku beli blender baru la kunun.
Baru meriah sikit blog aku ni di bulan Ramadhan/July 2014. 


Thursday, July 10, 2014

Red King Crab

Lepas post pasal Guacamole, update lagi pasal benda makan yang lain - Red King Crab!

Cerita berasal sejak aku land my eyes on a lobster picture in Facebook. Looks yummeh!!

Lama suda aku teringin makan lobster macam ni. 
Alhamdulillah. Terjumpa juga dengan seller di area dekat rumah aku. Senang pegi.
Kalau anda pun teringin, silakan jamu mata anda dengan makanan laut di FB Lubuk Lobster. 

So, aku pun call the owner of Lubuk Lobster iaitu En. Luqman. 
Stok American Lobster habis pula. Kena tunggu besok baru touch down dari Canada.

Oleh kerana aku tidak menyempat, aku datang juga ke Lubuk Lobster di Lestari Permai dan beli Red King Crab.
Harga ialah RM12.50 bagi setiap 100 gram.

En. Luqman siap packing Red King Crab dalam kotak polisterin.

Bandingkan kebesaran Red King Crab dengan pinggan tupperware dan kepala si Zara.
Hujung bibir Zara comot dengan kesan coklat Almond London :). 
Alamat tidak sempat raya la biskut tu.

Cara masak yang paling sesuai mengikut En. Luqman: stim dan masak kuah asing. 
Kena berkuah sebab kalau tidak nanti muak katanya. 

What I did is:
Aku defrost dulu.
Pastu stimkan semua ketam tu (kecuali 4 kepit aku simpan dulu untuk masak besok-besok).
Then masak kuahnya asing.
Kuah yang dimasak dicurah atas ketam yang sudah distim.

Cara aku masak kuah tu (tidak tau ini mau cakap masak apa, hantam sajalah):
Tumis bawang putih + bawang merah + halia yang telah dihiris halus
Masukkan lada benggala traffic light yang dipotong memanjang
Masukkan sos tiram + sos cili + kicap manis + sos ikan
Taraaa...
Rasanya, boleh tahan. Sepadan dengan rasa ketam. 


Pandangan tepi.

Pandangan dari atas.


Ketam ni aku makan dengan Nurul ja. Abang Edi sungkai dengan kawan-kawan.
Mula-mula, kami bedal bahagian kepit dulu. 
Kulit ketam ni kurang keras daripada ketam bunga yang kita biasa makan.
Nurul selamba ja guna gigi.
Aku guna pertolongan lesung batu. Senang. 

Sedang sedap melantak ketam, tiba ke part kepalanya.
Rupanya masih beku lagi. Haiya....
Tidak kesabaran punya pasal.
Sudahnya, kami panaskan ja guna microwave 2 minit.
Terus defrost dan masak sempurna.
Isinya pun banyak juga di bahagian kepala tu.
Yang penting, kena pandai mengorek isi dan meratah.

Rasa ketam Red King Crab?
Lebih kurang macam rasa ketam bunga. Tapi isinya lebih generous.
Harga yang dibayar sepadan dengan saiznya yang besar dan kesukaran menangkap.
Sukar la kali, try tengok Discovery Channel: Deadliest Catch pasal nelayan ketam tu. 
Cumanya, yang tu Alaskan king crab. 
Yang ni sedara dia dari area bawah sikit, Chilean king crab.

Lepas ni, mau try American Lobster pula.
Tapi aku mau tunggu mama aku datang KL.
Kalau mau beramai-ramai ni baru seronok.
Makan berduet saja macam kurang feel.


p/s:
Teringat zaman kecil-kecil dulu.
Arwah bapa ni jenis selalu turun laut. Anak nelayan lah katakan.
Jadi, kadang-kadang tu, ada la hasilnya dapat lobster.
Bagi kami meratah anak beranak. Manisnya saat itu.

Tapi lobster tu pun susah mau dapat di pasar sekarang.
Kalau ada pun, mahal. 
Jadinya, aku akan cari yang kurang mahal sikit iaitu udang Satak.
Cumanya, boring makan satak ni sebab saiz kecil, isi pun ala kadar ja. 
Kena dengan orang gila makan ketam, lobster dan udang macam aku ni, 2 ekor satak pun belum tentu cukup.


Wednesday, July 9, 2014

Guacamole

Helo olz..

Post pasal jalan-jalan Europe belum habis lagi..
Boring bah..
Nasib baik jalan 2 minggu.
Kalau 3 minggu macamana la pula agaknya tahap boring tu.
Harap-harap by next week selesai la post pasal europe ni.

Apa-apa pun, selamat berpuasa kepada yang sudi membaca dan kepada future me yang mungkin akan rujuk balik entry ni.
Bulan ramadhan yang mulia ni, nafsu untuk try makanan baru dan jarang dimakan adalah amat luar biasa sekali.
Kalau ke supermarket Jusco tu (sekarang sudah tukar nama ke AEON), macam semua bahan mentah pun mau dimasukkan dalam troli.
Last saturday, aku beli 3 jenis buah/sayuran yang jarang masuk bakul - avocado, lada benggala traffic light dan jagung manis (permintaan si Zara).

Selepas 5 hari, avocado sudah masak ranum, ngam untuk dimakan tanpa rasa kelat yang obvious, hanya ada rasa lemak saja, apa kata kita buat guacamole.

Beli 3 biji sekali dalam paket macam ni lebih murah daripada beli sebiji asing-asing

Tinggi kandungan fiber dan lemak sihat

Warna semakin purple + bila ditekan ada cam lembik sikit (bukan lembik banyak) = masak ranum sesuai dimakan

Cara buat simple guacamole:

Isinya dipotong dadu 

Lecekkan dengan garfu

As easy as ditambah garam secukup rasa dan sedikit jus limau nipis atau lemon supaya tidak teroksida (jadi lebam). 
Kalau mau extra flavour, ble campur :
bawang merah, cili yang dibuang biji, daun ketumbar yang dihiris halus, dan tomato (buang bijinya yang lembik tu) yang dipotong dadu 


Ini la hasilnya. 
Saja aku bahagikan kepada portion lebih kecil dan simpan dalam bekas tupperware yang comel-comel.
Jangan lupa simpan dalam peti ais untuk mengekalkan kesegaran guacamole. 
Guacamole ni sesuai dimakan sebagai cicah nachos, atau sebagai bahan inti sandwich menggantikan mayonis. 

Kalau makan nachos tu, selain dimakan dengan guacamole, bole juga lawankan dengan salsa :)
Cara buat salsa - tomato potong dadu buang biji, bawang merah hiris halus, cili padi hiris halus, jus lemon, garam.


Selamat berguacamole!

Monday, June 16, 2014

Kembara Eropah Mei-Jun 2014 (Masak-masak ketika travel)

Selalu kan, sebelum jalan jauh, aku selalu concern pasal makan.
Melalui blog orang, ada cerita macamana dorang memasak dalam bilik hotel guna rice cooker, siap bawa kuali elektrik, bawa segala bahan mentah or lauk segera, dan aku rasa macam leceh ja di situ.

Tapi sebenarnya, walaupun kita nampak semua proses tu macam leceh dan menyusahkan, aku rasa itu bergantung dengan bagaimana seseorang traveler tu mau survive ketika berpergian.
Macam aku, ada beberapa faktor yang aku perlu fikir bila part makan ni, especially apabila kami pergi sekeluarga.

Satu, faktor kewangan. Sepanjang perjalanan kami ni, makan di luar satu kali boleh jatuh di antara lebih kurang €16 (RM72) hingga £50.05 (RM225). Itu pun, jarang la kami order satu meal untuk setiap orang. Kami selalunya pesan 2 meal, lebih-lebih pun 3 meal lepas tu sharing is caring. Kalau order satu meal sorang, memang membazir. Sebab si Zara jarang mau makan sampai habis.

Itu makanan berat. Kalau makanan ringan-ringan seperti croissant dan gelato pun boleh kira mahal la untuk orang kebanyakan macam aku. So, alternatif terbaik ialah bawa ja biskut kegemaran anak dari Malaysia.

Dua, faktor memilih makanan. Anak bujang kami si Addin ni memang kurang membanggakan dari segi hal makan-makan. Lebih banyak objection daripada bedal sajalah asalkan dapat makan. Dia sanggup berlapar atau makan roti saja daripada kena paksa makan kebab, pizza dan pasta yang dia tidak approve.

Ibubapa manalah yang sampai hati tengok anak kelaparan kan. Walaupun tekakku teringin mau merasa makan kebab segala, kalau Addin takat jamah fries ja, baik la tidak payah. Sedih tengok.

Tiga, faktor mesti makan nasi at least sekali dalam masa 2 hari. Kalau Abang Edi tidak jumpa nasi, nanti perut jadi tidak selesa.

Berdasarkan faktor-faktor di atas, maka kena la aku pastikan ada nasi dan makanan-makanan lain yang didatangkan khas dari Malaysia terutamanya selama kami berada di Paris dan Italy.

Selain bawa biskut dan stok maggi, aku juga ada bawa nasi impit, serunding, beras dan lauk segera Brahim's. Jangan lupa juga bawa pinggan dan sudu garfu :)


Menu: Nasi impit dan serunding

Ini adalah stok nasi impit yang aku sudah rebus sedia di rumah Noripah guna mini rice cooker aku. 
Sekali rebus boleh muat 5 pek nasi impit saiz bersaiz kecil. 

Selalunya, nasi impit ni aku sediakan untuk kegunaan piknik dalam train. 
So, untuk memudahkan sesi makan, nasi impit tu kalau boleh potong 2 atau 4 dahulu.

Sesuai dimakan dengan serunding. 
Selain mudah dan sedap, serunding juga sesuai dibawa piknik dalam train sebab tiada bau.
Kalau bawa rendang, risau boleh mengganggu keamanan hidung orang putih di sekeliling.
Kalau tumpah, tidak pasal-pasal kena kerja lebih untuk mengelap pula. 

Lepas tu, masukkan dalam ziplock bag berserta dengan sudu garfu.
Bekas plastik tu kalau rasa macam menyemak dalam beg, boleh buang ja terus dalam tong sampah.
Jimat kerja cuci-cuci servis.


Sesi mamam dalam train. Pastikan ada air kosong dan wet tissue. 

Ni acara piknik di Disneyland Paris. 

Gabungan nasi impit dan serunding tidak pernah menghampakan.
Abang Edi siap jilat bibir lagi tu. Hehe. 

Menu: Nasi putih dan lauk segera

Malam pertama di Paris. 
Bawa mini rice cooker, penapis beras, tray stainless steel dan power cable.
Pot beras tidak perlu sebab aku sudah sukat beras siap-siap dari Malaysia.
Masuk dalam plastik dan stapler. 
Lauk sampingan, kicap manis ABC (tak sedap) dan kari tuna Ayam Brand (boleh tahan).

Acara masak nasi. 
Lapik dengan towel hotel supaya tiada kesan air nasi melimpah dan memercik di meja.  

Kelebihan kari tuna Ayam Brand. Selain boleh tahan, tin boleh dibuka dengan senangnya.
Tidak perlu pembuka tin. 

 Guna bekas pinggan dan sudu garfu yang dicopet dari flight MAS. 



Boleh la makan nasi sikit sorang. 
Kebetulan si Zara sudah tertidur. Kesian budak tu.
Nasib baik dia sudah makan biskut. 

Malam kedua di Paris. 
Masak nasi sambil panaskan lauk Ayam Masak Merah Brahim's.
Yang ni sedap. Menjadi kesukaan Addin dan Zara.

Juga sardin dalam sos teriyaki Ayam Brand.

 Jemput makan sambil bertikarkan peta Paris.

Ni acara makan dalam train.
Nasi putih dan Tunamagik. Boleh la.
Not adviseable sebab ada bau yang mungkin boleh menyebabkan penumpang lain kurang senang.


Menu sampingan

 Boleh makan biskut juga.

Kalau boring makan biskut, boleh beli croissant sebagai kudapan. 
Selalunya harga croissant dalam lingkungan €1.00 ke  €1.50 begitu.


Daa... Selamat menjamu selera dan berjimat!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...