google analytic

Nuffnang

Showing posts with label Janda Baik. Show all posts
Showing posts with label Janda Baik. Show all posts

Wednesday, November 5, 2014

Cuti hujung minggu di D'Ark Resort, Janda Baik

Sampai ja ke D'Ark Resort ni, terus check-in dan dapat bilik Tanjung.
Rabu sebelum tu, aku sudah booking bilik superior - 1 queen bed + 1 single bed pada harga RM240 satu malam. Bagi deposit RM100 untuk confirm booking. 


Masuk bilik ja, terus on ipad. Bertuah betul.

Pemandangan dalam bilik dari luar. 

Toilet yang bersih.
Kedudukan toilet ni agak ke bawah sedikit kena turun 2-3 anak tangga.
Paip buka water heater tu sikit punya main tinggi.
Memang mencabar untuk aku yang kurang inci ni.
Kena minta tolong Abang Edi kalau mau buka paip.
Pressure air adalah memuaskan. 

Kawasan sinki.
Ada kena bagi dua sabun kecil.

Kettle dan bahan buat minuman panas disediakan. 
Penghalau nyamuk elektrik pun ada (disimpan dalam laci meja konsol tu).
Power socket pun ada tiga. So, tidak berebut untuk caj henpon.

Ada tv skrin rata saiz 20 inch macam tu.
Saluran tv yang ada - TV3, Astro Ria, Astro Arena dan HBO. 
Untuk tujuan hiburan ketika percutian hujung minggu kami kali ni, aku bawa extension, DVD player dan Monopoly.
Pasal aku tidak mau Zara dan Addin keboringan malam-malam.

Petang lepas check-in tu aku dan Abang Edi sempat short nap.
Addin dan Zara tengok dvd.
Sebelum maghrib, kami sempat mandi sungai sekejap. 

Pemandangan balkoni dari dalam bilik kami.
Share balkoni dengan bilik sebelah.

Abang Edi yang berjalan menghala ke bilik bawa beg.
Bilik Tanjung ni dekat ja dengan ofis/lobi. 

Pemandangan lobi ketika maghrib.

Malam tu kami hanya dinner di sebuah gerai makan nama Warung Kembar.
Nothing special. Dan tidak ambil gambar pun. 



Breakfast.
Juga tiada yang special.
Nasi goreng, mihun goreng, sambal bilis, telur mata dan roti bakar. 

Lepas breakfast, jalan-jalan tinjau kawasan dulu. 






Seronok betul main lari-lari. 





Lepas tinjau kawasan, kami ambil peluang lagi mandi sungai di Pulau Santap. 
Sungai di luar pagar D'Ark saja.
Tiada gambar sebab lupa bawa henpon. 

Check-out time. Further sightseeing. 











Minta tolong orang untuk ambil gambar kami berempat.

Lepas tu baru teringat yang aku ada bawa monopod :p
The only picture of us yang berdua saja :)

Masa untuk pulang.

Sempat main bola lagi kejap.

On the way balik, singgah jap di Danau Daun. 
Konon mau try makan di cafe Kopi & Kraf.
Tapi semua pun habis. Tidak jadi la.



Daaa... that's all :)
Gerak dari Janda Baik jam 1.++ tengahari. Jam 3 petang sudah sampai rumah.

D'Ark Resort Janda Baik review:
  • Landskap yang cantik
  • Bilik bersih. Katil dikemas rapi. 
  • Tapi katil saiz queen tu aku rasa macam kecil pula. Macam tidak sama saiz dengan katil queen kami di rumah. 
  • Bilik lengkap dengan aircond dan water heater
  • Ada disediakan sejadah dan 2 helai towel.
  • Pencahayaan macam ada gelap sikit sebab ada satu lampu ja. 
  • Tidak sound proof. Boleh dengar orang bising dari sebelah bilik. Kalau orang buang kahak pagi-pagi pun boleh dengar. 
  • Full bar for 3G connection, at least by Digi. Maxis macam kureng sikit. 
  • Yang penting kami tidur lena. Oh kecuali aku. Sebab si Zara mengadu sakit kaki ketika tidur. So terpaksa aku mengurut kakinya dalam kemamaian. 

Tuesday, November 4, 2014

Sambutan birthday Zara dan berkelah di MamaPapa Chalet, Janda Baik

Ni cerita 2 minggu lepas bersamaan dengan tarikh hari jadi ke 5 si Zara :)
Punya la excited mau berkelah di Janda Baik sebab sudah lama tidak berenang-renang di tepian sungai.

Sebelum tu aku sudah booking untuk bermalam di D'Ark Janda Baik. 
Ahli rombongan yang lain iaitu keluarga sebelah Abang Edi datang hanya untuk piknik balik hari saja.
So, dalam kepala aku, mau piknik area D'Ark saja la.
Rupanya D'Ark ni tiada private river. Sungai tu berada di luar pagar D'Ark. 
Jadinya, bila kami sampai, around 10.30 pagi macam tu, sungai di luar D'Ark (atau dengan nama lebih glemernya iaitu Pulau Santap) tu sudah penuh dengan manusia.

So, kami pun meround lagi ke dalam untuk cari port yang menarik.
Mula-mula abang ipar aku bawa ke Teratak Pak Lang - penuh.
Pastu pi satu chalet ni lagi (lupa pula ambil nama) - penuh.
Akhirnya kami pegi ke area yang ada ILMU (Institut Latihan Memperkasa UMNO), nampak signboard Chalet MamaPapa.

Yang bestnya, bila kami sampai di area yang penuh dengan pokok-pokok ni, siap area tanah tinggi pula tu kan, Zara boleh keluarkan remark "Bau macam Sabah la"..
Teringat Ranau la tu.. :)


Kitaorang redah masuk, melawat kawasan dan tanya boleh tumpang piknik ka tidak.
Alhamdulillah boleh. Maka berjayalah kami menebar tikar sebelum jam 12 tengahari.

Moral:
Survey lebih awal chalet/resort/homestay yang ada direct access dengan sungai. 
Dan lebih baik lagi, book siap-siap so tiada kes melilau dalam masa sejam cari port untuk picnic. 

Jom, kita jamu mata dengan melihat koleksi gambar.

Kek besday Zara untuk tahun ni.
3 layer cake (vanilla-choc-vanilla). 
Covered with cream cheese. Topped with white choc and kinder bueno and strawberry.
Thumbs up! Bought at @cakesdelemari.
(Aku memang fail part ambil gambar ni).

Happy birthday Zara!!
Alhamdulillah semua ada kecuali bapa mertua ku ja yang tidak join. 

Makanan hari itu: 
Abang Cheq dan Kak Long bawa - nasi putih, kari tenggiri, ayam sambal, ulam kampung, sambal belacan, betik, air ribena.
Abang Amy dan Kak Ngah bawa - bbq ayam, arnab dan buah-buahan
Abang Edi dan aku bawa - nasi goreng, grilled lamb, kek besday Zara, air sirap


Kaum adam yang tengah set up bbq

Remaja dan budak-budak sudah masuk sungai.
Siap pasang khemah lagi. Khusus untuk tempat tukar baju. 

Looks fun

Kaum bapa pun masuk juga. Kaum ibu hanya melepak tengok air saja. 

Our picnic spot 

Menjelang jam 3 petang camtu, kami pun gerak meninggalkan tapak perkelahan. 
Keluarga yang lain balik semua ke rumah masing-masing, kami pula menuju ke D'Ark untuk bermalam di sana. 


MamaPapa Chalet review:

  • Sebuah kawasan chalet baru. So expect for a new of everything. Tiada yang usang. Great.
  • Ada toilet dan surau. 
  • Sungai yang sudah diubahsuai supaya ada kawasan berkolam. Tiada batu kecil yang boleh menyakitkan kaki jika masuk ke air dengan berkaki ayam.
  • Friendly owners and staffs.
  • Aku rasa ada kena bayar sikit untuk tumpang piknik di sini tapi tidak sure berapa bayarannya. 
  • Aku rasa MamaPapa Chalet share river dengan Saufi Ville

Kawasan penginapan MamaPapa Chalet yang menghadap sungai



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...