Punya la excited mau berkelah di Janda Baik sebab sudah lama tidak berenang-renang di tepian sungai.
Sebelum tu aku sudah booking untuk bermalam di D'Ark Janda Baik.
Ahli rombongan yang lain iaitu keluarga sebelah Abang Edi datang hanya untuk piknik balik hari saja.
So, dalam kepala aku, mau piknik area D'Ark saja la.
Rupanya D'Ark ni tiada private river. Sungai tu berada di luar pagar D'Ark.
Jadinya, bila kami sampai, around 10.30 pagi macam tu, sungai di luar D'Ark (atau dengan nama lebih glemernya iaitu Pulau Santap) tu sudah penuh dengan manusia.
So, kami pun meround lagi ke dalam untuk cari port yang menarik.
Mula-mula abang ipar aku bawa ke Teratak Pak Lang - penuh.
Pastu pi satu chalet ni lagi (lupa pula ambil nama) - penuh.
Akhirnya kami pegi ke area yang ada ILMU (Institut Latihan Memperkasa UMNO), nampak signboard Chalet MamaPapa.
Yang bestnya, bila kami sampai di area yang penuh dengan pokok-pokok ni, siap area tanah tinggi pula tu kan, Zara boleh keluarkan remark "Bau macam Sabah la"..
Teringat Ranau la tu.. :)
Yang bestnya, bila kami sampai di area yang penuh dengan pokok-pokok ni, siap area tanah tinggi pula tu kan, Zara boleh keluarkan remark "Bau macam Sabah la"..
Teringat Ranau la tu.. :)
Kitaorang redah masuk, melawat kawasan dan tanya boleh tumpang piknik ka tidak.
Alhamdulillah boleh. Maka berjayalah kami menebar tikar sebelum jam 12 tengahari.
Moral:
Survey lebih awal chalet/resort/homestay yang ada direct access dengan sungai.
Dan lebih baik lagi, book siap-siap so tiada kes melilau dalam masa sejam cari port untuk picnic.
Jom, kita jamu mata dengan melihat koleksi gambar.
Kek besday Zara untuk tahun ni.
3 layer cake (vanilla-choc-vanilla).
Covered with cream cheese. Topped with white choc and kinder bueno and strawberry.
Thumbs up! Bought at @cakesdelemari.
(Aku memang fail part ambil gambar ni).
Happy birthday Zara!!
Alhamdulillah semua ada kecuali bapa mertua ku ja yang tidak join.
Makanan hari itu:
Abang Cheq dan Kak Long bawa - nasi putih, kari tenggiri, ayam sambal, ulam kampung, sambal belacan, betik, air ribena.
Abang Amy dan Kak Ngah bawa - bbq ayam, arnab dan buah-buahan
Abang Edi dan aku bawa - nasi goreng, grilled lamb, kek besday Zara, air sirap
Kaum adam yang tengah set up bbq
Remaja dan budak-budak sudah masuk sungai.
Siap pasang khemah lagi. Khusus untuk tempat tukar baju.
Looks fun
Kaum bapa pun masuk juga. Kaum ibu hanya melepak tengok air saja.
Our picnic spot
Menjelang jam 3 petang camtu, kami pun gerak meninggalkan tapak perkelahan.
Keluarga yang lain balik semua ke rumah masing-masing, kami pula menuju ke D'Ark untuk bermalam di sana.
MamaPapa Chalet review:
- Sebuah kawasan chalet baru. So expect for a new of everything. Tiada yang usang. Great.
- Ada toilet dan surau.
- Sungai yang sudah diubahsuai supaya ada kawasan berkolam. Tiada batu kecil yang boleh menyakitkan kaki jika masuk ke air dengan berkaki ayam.
- Friendly owners and staffs.
- Aku rasa ada kena bayar sikit untuk tumpang piknik di sini tapi tidak sure berapa bayarannya.
- Aku rasa MamaPapa Chalet share river dengan Saufi Ville
Kawasan penginapan MamaPapa Chalet yang menghadap sungai
Sungai dalam chalet ke sis? or kena jalan keluar?
ReplyDeleteSungai dalam chalet ke sis? or kena jalan keluar?
ReplyDeleteHi Farhana Isa
DeleteSungai ni dalam area chalet ni juga :)