Aku suka buat pose terapung di udara macam ni.
Terima kasih kepada mama yang melahirkan aku.
Abang Edi ni yang banyak bagi semangat.
Dan semangat itu ditambah oleh diri sendiri sebab mau menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak kami.
Eiseh. (Sebenarnya aku suruh Abang Edi pose macam tu haha.. Si Zara join sekali).
Bunga tu aku beli dengan pertanyaan kepada penjual bunga, "Saya nak bunga paling murah dan tiada teddy bear."
RM50 juga kau. Cepat naik haji orang jual bunga time konvo ni.
Yang untung, orang yang konvo hari last.
Bole minta murah.
Adikku si Nurul, orang kuat di hari kejadian.
Lepas aku, Abang Edi dan mama masuk dewan, Nurul bawa Addin dan Zara balik rumah.
Addin yang keboringan dan kepanasan.
Kawan-kawan yang satu batch dengan aku sudah beramai-ramai konvo last year.
Aku juga yang terhegeh-hegeh.
Jangan ikut teladan macik ni.
Aku dengan kak Asmah.
2 orang senior yang lambat grad. Haha.
Team macik yang lambat konvo.
Waktu belajar (coursework), semua cantek ja timing.
Result pun boleh tahan.
Memang jauh lebih bagus daripada zaman buat degree.
Senang cerita, kalau sudah lama kerja, segala assignment dan benda yang dipelajari ketika zaman master ini adalah macam kacang goreng.
Sebab kita boleh relate dengan pengalaman.
Dan mungkin juga sudah lebih matang.
Tapi bila sudah masuk tempoh buat tesis, timing hancur.
Especially untuk orang macam aku yang kurang matang pula apabila bab tulisan akademik ni.
Aku belajar untuk buat research dengan cara yang susah.
Boleh kata, aku hampir tidak faham mostly apa yang dipelajari ketika subjek Kaedah Penyelidikan (Research Methods).
Lepas berusaha berdikit-dikit dan just go with the flow, baru la aku faham apa yang aku belajar tu.
Tambah pula dengan fikiran yang tidak fokus.
Masa, emosi dan fikiran banyak dihabiskan dengan projek renovation rumah.
Dengan melayan breakdown kerana arwah bapa meninggal.
Diri sendiri pun tidak berdisiplin dan bukan rajin sangat.
Mata pada skrin komputer, telinga dengar rancangan memasak.
Tu la. Kawan yang lain datang labs buat tesis.
Aku malas mau drive, stay di rumah ja kunun.
Padan muka.
Terhegeh punya hegeh-hegeh, lepas viva dan correction, at last aku hantar final thesis aku pada musim konvo 2013.
Kalau aku hantar sebulan sebelum konvo tu pun, maybe aku sempat mau konvo dengan rakan seperjuangan.
Tapi ye la.. bila sudah balik opis baru mau terhegeh-hegeh, memang gelap la masa depan.
Ambil pengajaran ye.
Sila habiskan urusan tesis anda sebelum kembali ke pejabat. Huhu.
Apa yang penting, macik sudah konvo.
Kalau bapa masih ada, mesti dia lebih daripada suka untuk menyaksikan aku di majlis konvo tu.
I miss you bapa.
Al-fatihah.
Dan syukur kepada Allah.
Tara.
Lepas konvo, terus balik rumah.
Abang Edi kelaparan.
Kesian dia. Huhu.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment