google analytic

Nuffnang

Showing posts with label dental care. Show all posts
Showing posts with label dental care. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

Babai braces! Helo retainers!

Uuuu...

Dengan sukacitanya saya memaklumkan, setelah 3 tahun saya pakai braces, kini saya bukan si gigi besi lagi. Huhui..
Gembiranya rasa.

Kisahnya, buka braces pada minggu lepas, hari Jumaat.
Doktor tanya mau pakai retainer yang macam mana.
Yang clear atau yang ada sejalur dawai melintang.
Oooo.. aku baru tau.
Selama ni, aku tau retainers ni ada yang style dawai melintang tu ja.

Info: 
Retainer clear tu adalah retainer jenis essix.

Rupa essix retainer.
sumber: google

Cara pakai essix retainer.
sumber: google

Dan retainer dawai melintang tu adalah jenis hawley. 

 Rupa hawley retainer.
sumber: google

Cara pakai hawley retainer.
sumber: google

Aku pun tidak sure mau pilih yang mana, tidak sempat buat study pun.
*lepas balik dari klinik baru google.
Sebab, keputusan mau buka braces pada Jumaat tu belum dibincangkan.
Tau-tau, doktor cakap semua gigi sudah ok, jadi boleh buka.

Dan doktor cadangkan, untuk pakai retainer clear untuk gigi sebelah atas dan retainer dawai melintang untuk gigi sebelah bawah.
Reasonnya:
Kalau kita senyum ka, bercakap ka, gigi atas ja yang nampak. So, mau la nampak clear kan.
Gigi yang bawah tu ada dawai melintang pun tiada hal.
Tapi, yang jenis clear ni, kena extra careful. Sebab senang patah.
Kalau patah, kena buat baru. Caj lain. Huhu.

Oleh kerana buat retainer yang clear ni sekejap ja untuk dibuat, besok boleh siap, so doktor buka braces belah atas dulu.
Retainer yang jenis hawley pula, kena amik masa dalam 3 hari. So, belum boleh buka lagi.

Doktor buat scaling dulu yang patut, buat acuan, dan tara...
Gigi sedia untuk ditayangkan kepada umum. Heiya!!

Perubahan?
Dulu, gigi kacip aku di sebelah atas = gigi arnab, gigi kapak
Memang besar.
Sebab gigi yang besar tu, maka tiada space, menyebabkan terkedepan sedikit.
Jongang manja di situ.

Dan sebab boleh kata semua gigi aku bersaiz besar, tapi rahang saiz biasa ja, menyebabkan ada sebatang gigi geraham kecil tumbuh di sebelah dalam bahagian atas.
Tidak sebaris dengan gigi yang lain. Menyorok pula.
Gigi itu tidak visible di khalayak ramai melainkan kalau aku nganga besar-besar suruh orang tengok dalam.
Gigi bawah pula, ada sedikit berlapis.

Mula-mula doktor cabut 2 batang gigi, tapi halfway rawatan, cabut sebatang lagi, sebab gigi kapak aku tiada space.
Takut tidak dapat masuk ke dalam dan rata dengan gigi yang lain.

Sekarang, gigi atas sudah rata ke dalam.
Gigi bawah sudah tidak berlapis.

Lepas buka retainers, terus selfie dan whatssap kepada Abang Edi dan ahli keluarga Labuan.
Bila balik jemput Zara dari tadika, aku tanya apa yang berubah.
Zara perasan juga braces aku sudah tiada di atas.
Si Addin pula, sudah kena bagi hint banyak kali baru dia perasan. Cheh!

Sekarang ni, kalau jumpa cermin ja, mesti senyum. Hehe.

Kronologi bergambar :)

 Tahun 2008. Ketika kenduri aqiqah Addin. 

Tahun 2008 juga. Di pasar tani Parcel E hari Jumaat. 
Betapa obvious dan dominan gigi arnab aku tu.


Ketika masih pakai braces.


Latest picture.
Gigi arnab tu sudah kecil sikit :)


So, tiada lagi monthly visit jumpa dentist.
Lepas 6 bulan nanti, baru jumpa lagi untuk rawatan maintenance biasa.
Tiada lagi ulcer kecil-kecilan.
Tiada lagi makanan tersangkut di braces.
Dan boleh la aku amalkan flossing semula. Sejak pakai braces, aku malas mau floss gigi. Susah!

Bukanlah tidak best pakai braces ni.
Ada juga pro nya. Tidak semua cons.
Contoh:

  • Strangers selalu fikir aku ni gadis remaja baru lepas grad tiada husband tiada anak segala. Muda kunun. Macam budak-budak.
  • Kalau di persekitaran pejabat, sesiapa yang tidak kenal aku tu, panggil aku Cik. Duh.. 
  • Yang paling best, kalau aku pi sekolah Zara, kawan-kawan dia ble panggil aku kakak. Haha. Bukan auntie. Sedangkan dorang tau ja aku ni mummy Zara. Budak pre-school memang jujur. Hohoho..

Kesimpulan pakai braces ni, it can makes you look younger than your real age :)
Dan kalau disiplin - tidak suka makan sepanjang masa between meals sebab malas mau berkumur berus gigi segala - sure boleh maintain figure :)
Aku tidak disiplin, awal-awal ja macam tu. Lepas sudah comfortable dengan braces, makan ja all the time.
Badan pun naik.

Cerita pakai retainers pula, mula-mula tu ada rasa tidak selesa sedikit.
Terasa macam lidah lebih pendek. Sebut S tu ala-ala Sheila Majid dan Ajai pula.
Doktor pesan, pakai retainers 24 jam kecuali time makan dan berus gigi.
Dan mesti berus gigi sebelum pakai retainers.
Retainers tu boleh dibasuh guna sabun pencuci botol baby atau sayur.

p/s:
Ngam-ngam semalam juga genap 2 tahun pemergian arwah bapa. Kalau bapa masih hidup lagi, apalah perasaannya bila tengok aku sudah tidak berbraces ni. Sukakah? Biasa sajakah? Kan dia yang beria mau aku pakai braces time form 2 dulu. Huhuhu. Semoga roh bapa tenang di sana. Amin :)


Monday, May 20, 2013

Cabut gigi



Selasa baru-baru ni, lepas balik opis ja, aku terus bergegas ke KAFA untuk fetch Addin. Mau bawa dia ke dental clinic.
Gigi kacipnya di bahagian bawah (sebelah gigi yang sudah dicabut sendiri seperti di entry) sudah start bergoyang dalam tempoh seminggu.
Suruh cabut sendiri takut. Aku pun cakap la, kalau takut mau cabut sendiri, mummy bawa ja ke dentist.
Addin pun dengan beraninya cakap, bawa je la.

Aku pun fikir, ini peluang baik. Gigi dia memang dah bergoyang. Bukan susah pun mau cabut. Aku mau pengalaman cabut gigi Addin yang pertama di klinik akan menjadi pengalaman yang indah. So, kalau si Addin perlu cabut gigi lagi, tidak la dia takut.
Apa lagi, aku set appointment, datang klinik hari Selasa lepas time sekolah.

Sampai di klinik, Addin minta belon.
Dentist ni memang baik hati, bagi 2 biji belon, sebab dia tau aku ada 2 orang anak.

Mula-mula ja nampak macam berani si Addin ni, siap bagitau ustazah dan kawan-kawan konon mau pegi dentist cabut gigi. Tapi sebenarnya takut. Bila dentist suruh duduk, Addin tanak.

Dentist: Addin kan baik.. mari tunjuk gigi kat Dr.
Addin: Tanak.. Addin nak balik.
Aku: Aik.. ngada.. tadi mau cabut gigi sangat. (Aku macam mau naik angin suda)
Dentist: Ini first time ye dia cabut gigi kat klinik?
Aku: Haah Dr.. sebelum ni cabut sendiri.
Dentist: Oooo.. patut la dia takut.. Jom la Addin.. cabut gigi tak sakit..
Addin buat perangai.

Dentist: Takpe la Addin.. kalau Addin tanak tunjuk kat Dr., tunjuk je kat Mummy..
Aku pun tunjuk dekat dentist gigi bawah Addin yang bergoyang.

Dentist: Oooo.. dah goyang.. kalau macam tu, Dr. bagi letak jeli je. Kalau Addin cabut gigi, nanti mummy beli aiskrim. (Sambil senyum kepada aku).
Aku: Haah.. kalau Addin cabut gigi, mummy bagi Addin aiskrim.
Tapi budak ni masih tak makan saman. Apa la sangat aiskrim. Kalau umpan si Zara dengan aiskrim, jalan la kot. Dengan Addin, dia sudah tidak heran.

Dentist: You nak tau, ada hari tu patient I, dia bawa anak dia cabut gigi. Lepas tu dia belikan aiskrim Mat Cool tu. Dapat PSP! Pastu bapa dia siap cakap, ni kalau bertuah selalu macam ni, cabut gigi 5 kali, dapat 5 PSP.
Aku: Wah.. seronoknya.. bertuah betul dia ye.
Addin: Ha… Addin nak PSP jugak.
Aku: Kalau nak PSP, kena cabut gigi dulu.  (Entah la bila aku mau beli PSP.. terpaksa la buat janji pelesu aka janji manismu).
Baru ada ipad pun suda lupa dunia, inikan pula ada PSP. Cheh. 
 
Dentist: Mari Dr. letak jeli ni sikit. (Addin berjalan sikit menghampiri Dr.) Addin kan baik… (Sambil meletakkan gel di gigi Addin yang bergoyang. Addin berdiri ja dekat dentist).
Addin: Panas.. panas..
Dentist: Ooo.. ni mesti panas pasal jeli tu kena bibir Addin.. Bagi Dr. lap supaya tak panas.
Di tangan dentist tu sudah ada ‘ragum’ cabut gigi yang ditutup dengan kapas.

Dentist: Dr. lap ye.. (sambil cabut gigi Addin)..
Taraaa…….
Aku: Ha…. Dah cabut pun gigi Addin.. kejap je..
Addin terpinga-pinga. Masih belum sedar yang giginya sudah dicabut.

Sukanya aku. Aku siap tepuk tangan!
Sebelum balik rumah, singgah McD dulu beli aiskrim. Malas aku mau cari Mat Cool.

Addin pula keep bragging. Dia kata kawan dia penakut sebab kawan dia cerita pengalaman dorang menangis cabut gigi. Addin cakap tak sakit pun. Kejap je 3 saat! Kui kui kui. Wish dia tidak takut lagi untuk duduk atas patient seat tu. Boleh la bawa untuk tampal gigi pula :)

Berterima kasih sangat dengan dentist yang berjaya cabut gigi Addin. Pandai betul layan kanak-kanak. Ini baru la dentist yang sejati. Pandai ambil hati patient.

Sah la ni. Memang family aku mengikat kontrak tidak rasmi dengan dentist ni.Hohoho..
Semoga rezeki dentist tu dipermudahkan. Amin :)

Monday, March 11, 2013

Gigi kekal

Kisahnya, satu gigi depan bahagian bawah si Addin sudah mula bergoyang since 2 bulan yang lepas.
Kami tau sebab dentist yang perasan bila abang Edi bawa Addin untuk teeth scaling.
Dentist tu pesan supaya Addin tolak gigi tu guna lidah. 

Aku dan Abang Edi buat biasa ja.
Sehinggalah pada hari Sabtu yang lepas apabila aku perasan rupanya ada gigi kekal yang baru tumbuh di belakang gigi susu Addin yang sedang bergoyang.

Hatiku berkecai. Broken heart.
Aku membayangkan bahawa anakku akan jadi tidak hensem kerana ada giginya yang tidak sebaris dengan gigi yang lain.
Lepas tu, mula la aku membebel (kecewa to the max) sebab si Addin takut mau cabut gigi sendiri.
Aku sampai tahap menunjukkan gambar gigi orang yang bersimpang siur (google dalam smartphone) bagi tengok Addin supaya dia jadi takut dan memahami kepentingan cabut gigi susu ketika gigi tu sudah bergoyang.  


At last, pada Ahad ketika makan tengahari, gigi tu tertanggal sendiri.
Aku simpan gigi tu baik-baik. Siap pesan dengan Addin nanti dia pun bakal pakai braces macam aku.
Addin menerima dengan rela hati. Hohohoho.

Hari ni, aku bawa Addin melawat dentist kesayangan kami.
Minta dentist check sambil tanya pendapat dentist berkenaan gigi kekal Addin yang berada di belakang.

Dentist: Jangan risau, gigi tu akan bergerak ke depan. Mula-mula gigi tu nak tumbuh memang kita nampak gigi tu berada di belakang. Cuma, kalau tengok sekarang, mungkin gigi tu akan senget sedikit. Basically adalah kerana genetik" .... (hohohoho... genetik siapakah itu. Sila blame diri sendiri)

Aku: Tapi nape saya nampak gigi tu macam besar je doktor? Muat ke dia nak fill in the blank?

Dentist: Jaw dia pun akan membesar juga. Jadi, jangan risau. 

Aku: Oooo... nasib baik.. saya dah risau dah.. so, doktor, gigi lain ada yang goyang jugak ke?

Dentist: Setakat ni belum lagi. Aturan gigi susu untuk gugur, mula-mula 2 gigi depan bawah (gigi kacip bawah). Lepas tu, 2 gigi atas (gigi kacip atas). Jadi, lepas ni kalau ada yang goyang, mesti gigi sebelah dia (gigi yang dah tertanggal tu). 

Aku: Dibuatnya doktor kalau gigi dia ni pun senget or besar ke, macamana ye doktor? Kena pakai braces ke macam saya? (Apa punya paranoid daaaa...)

Dentist: Takpe.. kita monitor dulu.. kalau nampak nanti gigi dia macam crowded tu, kita boleh bagi pakai alat supaya semua gigi tu ikut alignment dia. 

Aku: Oooo... jadi tak perlu pakai braces le doktor? Bila boleh pakai tu?

Dentist: Benda ni pre-orthodontic. Khas untuk budak-budak. Boleh pakai bila dah 10 atau 11 tahun. Time tu dia dah boleh ikut instruction. Sebab nak pakai ni kena disiplin.

Thank you Allah! Leganya aku. 

Moralnya di sini
  • Jangan panik kalau nampak gigi kekal tumbuh berada di belakang gigi susu. Itu adalah normal. Eventually, gigi tu akan bergerak mengisi tempat kosong yang ditinggalkan oleh gigi susu.
  • Cara membetulkan susunan gigi bukan hanya dengan menggunakan braces sahaja. Ada cara yang mudah especially untuk kanak-kanak. Khusus sebab jaw dan gusi dorang masih lembut. Harga pun tidak mahal. Murah berganda-ganda dari pakai braces.Cara pakai pun macam tidak complicated.  Nama benda ni ialah T4K - Trainer for Kids.
 

p/s: Sejak aku pakai braces, aku telah develop pemikiran yang over conscious dengan kesihatan gigi. Dan selalu berharap supaya anak-anak aku mengikut genetik abang Edi tang kecantikan gigi yang teratur dan saiz yang seragam. Mengenalkan anak dengan dentist sejak usia 3 tahun (si Zara la, si Addin time 5 tahun) supaya dorang tidak takut jumpa dentist (time aku Form 2 dulu, aku boleh siap sakit perut memulas-mulas dan sesak nafas sebab mau jumpa dentist ja.. gila.. penakut mau mampus). Dalam masa yang sama, aku selalu memastikan supaya si Addin dan Zara dibuat scaling secara berkala. 

Saiko jua aku ni eh...

Thursday, July 7, 2011

Braces dan karang gigi

Lama sudah tidak update pasal pagar besi di gigi ni kan..
Ni pasal memang tiada apa benda yang mau diupdate pun..
Archwire pun tidak kena tukar, pasal doktor aku tu cakap ada satu gigi geraham kecil yang tenggelam di belah bawah kiri masih belum timbul sepenuhnya..
Tapi Alhamdulillah, gigi aku sebelah bawah semua sudah berada dalam saf yang tersusun..

Sekarang ni, treatment tambahan ialah - pakai getah dengan disangkut pada gigi atas dan bawah sebelah malam saja.
Bagus la..
Kalau berjaya, tidak payah cabut 2 gigi.. kalau tidak berjaya, babai la sama gigi-gigi itu..
Seboleh mungkin, dielakkan la urusan cabut gigi tu.

Last Monday, aku pegi appointment, doktor bagi scaling gigi bawah ja pasal ada karang gigi sudah..
Mesti kena buang tu karang gigi dengan segera sebab takut nanti ada gum problem..
Gigi belah atas tiada masalah pasal senang mau berus.. besar kan gigi aku,,
Tapi yang belah bawah tu cam susah sikit mau berus.. Gigi belah bawah kan kecil.. tapi bracket ja sudah conquer kebanyakan area gigi.. so, susah mau selitkan berus gigi untuk berus di area luar bracket tu..
Jawapannya, kena la pakai interdental brush..

Harap-harap, sempat la gigi aku ni cantek sebelum aku konvo nanti..
Mau cerita pasal konvo pulak, tesis pun masih terkial-kial.. mau dapatkan problem statement pun masih blur-blur lagi..
Huhuhh..

Friday, March 11, 2011

Addin dan berus gigi

Bercerita pasal Addin dan lawatan ke Klinik Pergigian An-Nisa dua minggu yang lepas, aku teringat bagaimana pengalaman awal si Addin dan berus gigi.

Mau mengenalkan amalan memberus gigi untuk kanak-kanak ni bukan senang. Especially untuk kanak-kanak yang terrified to almost everything, macam anak aku si Addin. Dulu, punya la susah mau berus gigi dia. Mau berus gigi si Addin bolehlah disamakan macam sesi bersilat atau pegi berperang di perbatasan atau sesi mendera anak. Hahaahaha... penuh dengan adegan memaksa, menjerit, mengejar (ni aku la), menangis, meraung dan berlari (si Addin la tu). Kalau mau diingatkan balik, memang kelakar.

Gigi Addin tidak diberus hingga menyebabkan nafasnya jadi berbau dan gigi kacip atasnya jadi kehitaman. Malu aku kalau orang nampak. Starting from that point, aku tau, mau tidak mau, mesti juga mau paksa si Addin ni berus gigi.

(FYI, peristiwa ni berlaku pada tahun 2009. Time tu aku sedang berpantang lepas melahirkan si Zara. Balik Labuan for 2 months, si Addin baru mau umur masuk 3 tahun)

Mama aku memahami masalah aku ni. Mama aku nampak aku sudah sampai tahap tension pasal gagal memujuk si Addin untuk berus gigi. Mama aku, merangkap seorang guru besar di sekolah kebangsaan (primary school) yang sudah berkhidmat sebagai guru more than 29 years. Jadi, sebagai guru, mama aku pun menggunakan kelebihannya iaitu - psikologi.

Mama aku suruh adik-adik aku yang besar panjang, si Nurul dan si Lina, untuk berlakon bagi menjayakan sesi berus gigi ni.

Mama: Murid-murid, baris di sini. Pegang berus gigi masing-masing. (Macam di sekolah la konon-konon ni)

Nurul dan Lina berbaris. Si Addin pun jadi excited. Dia ingat ni macam main sekolah-sekolah.

Mama: Ok murid-murid. Hari ni kita belajar cara-cara memberus gigi. Mari kita sama-sama nyanyi dan ikut cikgu berus gigi ya...

Semua pegang berus gigi, including si Addin. Lepas tu mama aku berus gigi dia sendiri diikuti oleh si Nurul dan si Lina sambil menyanyi lagu ni,

    Pagi pagi berus gigi.. berus gigi.. berus gigi..
    Mari kita berus gigi.. setiap hari...


Dan, dengan tidak aku sangka, si Addin pun mengikut!!!! Wahhhh... kagumnya aku!!!! Tidak sia-sia mama aku jadi cikgu. Respek aku. Pandai betul mama aku psiko si Addin ni. Sejak hari tu, kalau kami mau berus gigi si Addin, kami mesti nyanyi lagu tu. (Tapi sekarang tidak lagi.. Pandai sudah berus gigi sendiri.)

Kalau susah sangat juga, mungkin intervention dari golongan profesional adalah sangat  membantu. Bolehlah melawat ke klinik pergigian yang mesra kanak-kanak contohnya Klinik Pergigian An-Nisa or also known as Poliklinik An-Nisa. (The dentist is super nice. So, it's great if you can bring your young children to get a dental care session from this clinic)

Sayangi gigi anak-anak anda sebagaimana anda menyayangi gigi anda sendiri. Kalau tidak sayang pun, please sayang for your childrens's sake - for various reasons - their dental health, aesthetic, eating convenience wise. Kalau tidak sayang gigi, jadi la macam aku yang kena pakai braces ni... Wahhh... tapi sebenarnya pemakaian braces juga banyak dipengaruhi atas sebab-sebab genetik atau keturunan.. selalunya orang yang mempunyai gigi yang bersimpang siur, jongang, underbite etc adalah sebab parents dorang pun mcm tu. Jadi aku kena berusaha keras supaya anak aku tidak mengikut jejak aku ni.

p/s: Terima kasih, Mama!!! You are the best!

Tuesday, March 8, 2011

Kiss the bottle good-bye lah

Hari ni, masuk 5 hari si Zizou sudah tidak minum pakai botol lagi. Good job Zizou!

Ketika awal transition (botol susu to cawan), ada juga si Zizou minta untuk dibuatkan susu guna botol. Tapi lepas tu dia sendiri yang cakap "Eh, tak payah la mummy.. nanti gigi rongak".. wah.. berkesan betul nasihat dentist hari tu.

Sedangkan sebelum tu, macam-macam cara la aku mau meyakinkan si Addin supaya dapat bercerai dengan botol susu, tai semua tidak menjadi. Contohnya macam ni:
  • Iklan susu dalam tv tunjuk budak-budak minum susu guna cawan. Jadi aku akan cakap "Tengok kawan Addin tu minum susu guna cawan.. pandai kawan Addin tu kan.. Addin minum susu pakai cawan nak?"
  • "Kalau Addin minum susu guna botol, nanti gigi Addin jadi tak cantik macam gigi Mummy pakai besi.."
(aku ni memang tiada bakat jadi cikgu.. tidak pandai meyakinkan budak-budak).

Alhamdulillah, usaha taska si Addin tidak terbuang sia-sia. Tapi yang sedihnya, si Zizou kurang gemar pula mau minum susu guna cawan. Minum pun lambat ja habisnya. So, untuk membuatkan dia mau minum susu, aku kena tunjuk dia cara aku bancuh susu tu. Susu Dutch Lady perisa Vanilla + perisa coklat. Jadi la susu coklat. Still, lambat betul dia mau habiskan.

Selalunya, kalau dia tidak mau minum susu bancuh, dia akan request untuk minum susu fresh milk dari peti ais. Semalam, aku belikan dia susu kotak Dutch Lady for Kids. Masalahnya, si Zara pun jeles dan dia pun mau minum susu kotak juga, tapi sebenarnya mau main straw ja.

My Addin is doing just great. Ramai kawan-kawan Addin di sekolah pun sudah meninggalkan botol susu for good. Ada juga yang mau upgrade, tapi tidak mendapat dorongan padu daripada parents sebab budak tu request mau beli cawan baru, then the parent cakap "Guna je la botol susu tu". Ada juga yang bersemangat, tapi terpaksa menyerah kalah ketika masuk tidur, mau minum guna botol juga.

Aku bersyukur si Addin akhirnya say bye-bye secara sukarela kepada botol susunya, walaupun aku dan abang Edi sudah lama memujuk Addin untuk meninggalkan habitnya tu. Tapi sedih juga sebab sekarang Addin sudah kurang minum susu. Kalau boleh, aku mau anak-anak aku amalkan tabiat minum susu sampai bila-bila.

Selain minum susu, aku pupukkan tabiat minum air masak. Addin dan Zara, masing-masing ada botol air yang berisi air masak. Setiap kali dorang haus, dorang sendiri akan capai botol air dorang tu.

Si Zara pun pandai sudah minum guna straw seawal umur dia satu tahun. Minum pakai cawan pun ok, tapi banyak bermain ja. Macamana la pula nanti kalau time si Zara kena bercerai dengan botol ni? Adakah akan jadi sesenang abangnya (walaupun sebenarnya tidak senang)? I really hope so.Harap-harap tidak payah la mau pegi jumpa dentist baru mau berhenti hisap botol.

p/s: Bersyukur kerana both Zizou and Zara jenis yang terus lepaskan botol kalau susu dah habis hatta semasa sedang tidur, jadi kurang la kejadian karies gigi.

Friday, March 4, 2011

A visit to the dentist

Semalam, taska si Addin Zidane ada buat lawatan ke klinik gigi, Poliklinik An-Nisa.

I really love this!

Sebenarnya, aku memang ada berhasrat untuk bawa si Addin berjumpa dentist time aku appointment hari Selasa ari tu, supaya dapat bagi early exposure about dental care sama si Addin.

Tapi lepas dapat surat dari cikgunya yang dorang juga akan ke klinik gigi (tapi klinik lain la), so aku batalkan dulu hasrat tu. Aku rasa adalah lebih baik kalau si Addin punya first dental experience bersama dengan kawan-kawannya. More relaxing and fun!!!

Aku dan Abang Edi pun excited bagitau si Addin yang dia akan jumpa dentist. Aku siap pesan sama si Addin supaya dia volunteer untuk kena cek gigi. Gigi si Addin pun ok lagi.. belum rongak.. tapi ada berlubang sikit di gigi geraham..

Petang semalam, time jemput si Addin dari taska, cikgunya bagitau yang anak bertuah aku ni tidak mau jadi patient, dia mau jadi doktor.. Huhhh?? Rupanya, dentist tu bagi peluang sama si Addin dan kawan-kawannya untuk buat role-playing.. berlakon jadi dentist dan patient.. bagusnya... aku rasa cara ni memang amat berkesan untuk mengajar kanak-kanak macam si Addin untuk lebih bersemangat untuk menjaga gigi dorang.

Sampai di rumah, aku cek dalam beg Addin ada kena bekalkan berus gigi kanak-kanak. (Simpan dulu berus gigi baru tu, lepas berus gigi sedia ada si Addin suda buruk, baru tukar). Si Addin siap "ajar" aku cara berus gigi.. (sedangkan, aku sudah ajar dia macamana berus gigi yang betul, tapi anak aku ni ja yang selalu degil mau ikut cara dia sendiri)

Si Addin siap bagitau aku dan Abang Edi yang dia tidak mau minum susu guna botol lagi sebab dentist bagitau nanti gigi cepat rosak (Ya.... si Addin masih minum susu guna botol lagi).. part yang tu pun aku suda ajar si Addin supaya berhenti guna botol, minum susu pakai cawan ja.. tapi biasalah.. susah betul mau berubah.. sekali doktor cakap, terus mau ikut. Kalau aku dan Abang Edi cakap, tidak mau percaya.. huhuhu..

Kesimpulannya, aku gembira yang taska si Addin ni ada effort untuk buat lawatan ni. Memang bagus.. Tadi pun time hantar Addin ke taska, cikgu si Addin bagitau, semua budak yang pegi lawatan semalam, tidak mau hisap botol lagi.. Good kids!!!

Overall, I am proud of them - the teachers, the children and not forgotten, the good dentist!


p/s: Credit to Sinar Bestari Ceria for the pictures.

Berbaris tunggu mau masuk klinik

 What's with the teeth? Hehe.. 

Sessi pemeriksaan gigi

 Role-playing. Kawan-kawan Addin yang bersemangat.

My Addin berlakon jadi dentist

He looks cute in dentist robe. Hehe.. Tapi patientnya macam kesedihan. Huhuhu..

Kawan-kawan Addin diajar cara memberus gigi


 Upacara pengagihan belon

Semua kena bagi bekal air mineral dan berus gigi

Time to go home!

Berus gigi free.. Thanx doc!

Wednesday, March 2, 2011

Power Chain - Day 1

Masuk second day pakai powerchain.

Rasa tidak selesa ketika makan. Macam ada benda besar yang terselit di celah gigi.

Alhamdulillah, selepas 12 jam kena pasang archwire yang lebih tebal, tiada rasa ngilu dan berdenyut-denyut seperti ketika mula-mula pakai braces dulu. Tapi, gigi geraham atas sebelah kanan seperti agak bergoyang-goyang. It means, my damon braces is doing its' job.

Tuesday, March 1, 2011

Pasang powerchain pula

Today is my month 3 braces appointment. Aku baru balik dari dentist clinic ni.

Archwire aku kena tukar kepada yang lebih tebal. Aku sedang menunggu kedatangan rasa ngilu pada gigi aku, sama macam yang mula-muka aku rasa time aku start pakai braces dulu.

Sekarang belum sakit lagi. Bila maghrib menjelma, baru aku akan decide mau dinner apa. Harap-harap la tidak sakit.

Dentist aku pakaikan powerchain ke gigi kanan sebelah atas untuk memusingkan kedudukan gigi tu supaya align dengan gigi yang lain. Powerchain tu dipasang dari sebelah dalam dan transparent color.

Good news, aku tidak perlu pakai rubberband tu lagi. Rehat dulu. Bagusla.. boring bah pakai tu rubberband.. mau bercakap susah, mau makan pun susah.. mau pasang pun kena ada skill.

Yay!!!

p/s: No pic available.

Wednesday, February 2, 2011

After the 1st month appointment

Ni cerita hari Isnin hari tu. Appointment jam 3.

Dua tiga hari sebelum ni, aku perasan ada wire terlebih di belakang geraham rahang bawah aku. Doktor cakap, tu pasal gigi aku sudah bergerak, tu yang jadi terbelakang tu.. Ooo ok..

Doktor tunjuk lagi perkembangan terbaru gigi aku.. susunan gigi di sebelah bawah semakin meng'align' dengan berjayanya..

Doktor buat scaling sikit-sikit. Then, dia sangkutkan rubber band di bracket gigi taring sebelah atas dengan gigi geraham kecil di rahang bawah. Tujuannya adalah untuk menarik rahang atas ke dalam aku supaya align dengan rahang bawah. (or the opposite... I guess)

Kena pakai 24 hours.. hanya bukak apabila makan. Means.. aku akan jadi bertambah malas untuk makan kalau setakat hanya makan sikit-sikit.. lepas ni, kalau aku mau makan, kena makan alang-alang sampai kenyang..  Kena buka getah, makan, berus gigi, dan pakai balik. Setiap pagi, kena tukar rubber band yang baru.

Doktor cakap, kalau after 4 weeks, tiada perubahan yang memberangsangkan, dia akan cabut dua batang gigi aku (satu atas, satu bawah di sebelah kanan)... ohohohohohohoh.. Harap-harap la jadi treatment ni. Nda mau la kena cabut gigi.. sayang ooo..Tapi next month, sah kena tukar wire yang lebih tebal.. ohohohohohoh..

Rasa macam boring pula pakai rubber band ni.. susah mau bercakap pasal kena buka mulut kecil-kecil ja.. sungguh la inconvenience untuk aku yang suka bercakap ni..

Kadang-kadang, aku lupa mau buka getah.. bila sudah start mengunyah, baru perasan rubber band masih ada di gigi aku..


See the rubber band?

Friday, January 28, 2011

A month with braces

Hari ni masuk sebulan sudah aku pakai braces.. sepatutnya aku appointment dengan doctor tapi aku minta kasi postpone sebab tomorrow ada birthday party Elly dan Dani, my cousin’s kids. Dorang ni muda sikit ja dari si Zizou and si Zara.. saja ja aku kasi postpone pasal aku mau makan puas-puas nanti di party tu.. kalau gigi aku suda kasi ketat, risau ja kalau aku tidak dapat makan..

Ada satu hari tu aku ada ke dentist aku sebab ada satu bracket tertanggal… lebih kurang after two weeks dari hari pertama aku kena pasang braces tu… hahaha…nasib baik tidak tertelan.. pegi klinik, doctor pasang balik.. siap tunjuk lagi yg gigi taring dan gigi kacip aku di sebelah bawah sudah align compared to susunan gigi asal aku (doctor rujuk pada ‘mould’ gigi yang dibuat awal-awal dulu).. terus aku jadi semangat… serunutnya…


THE FIRST FEW DAYS

Aku teringat time mula-mula aku pakai braces.. susahnya mau makan.. sebab bila mengunyah tu, rasa macam bergagar ja gigi-gigi aku bila berlaga.. mau berus gigi pun rasa macam ngilu ja.. terus aku rasa macam malas mau makan.. sebab, kalau makan pun gigi aku sakit.. and then, lepas makan mesti kena berus gigi.. boringnya… tapi mau tidak mau, kena makan juga.. kalau tidak makan, aku juga yang lapar nanti.. lepas tu, mesti la kena berus gigi, kalau tidak, nda guna-guna la gigi tersusun lawa tapi berlubang dan berkarat.. memang pengorbanan la ni… 

Jadi bila mau makan tu, choice of food amatlah limited.. aku boleh makan yang lembut-lembut ja contoh macam bubur nasi, sup, mashed potato, roti yang dicicah dengan air… kalau aku lapar and need a snack, aku minum milo yang ada bijirin macam nestum tu… rasa macam sengsara ja.. boring makan bubur pun ada..makan pun kena main telan ja.. jadi bertambah risau kalau2 buah pinggang ka usus ka or whatever it is in my body anatomy yang bertanggungjawab untuk meng'refine' makanan yang masuk dalam badan aku jadi upset.. kan ka tambah penyakit lagi?

Tapi kalau menyesal pun nda guna-guna.. sudah la bayar mahal… huhuhu.. sabar saja la.. aku macam menunggu masa ja bila gigi aku akan berhenti rasa ngilu kalau berlaga time aku mengunyah.. sebab based on reading from other people’s experiences.. tempoh masa ngilu-ngilu tu bukannya lama.. dan aku rasa amat bersyukur sebab aku tidak la rasa sakit sampai menangis dan berguling macam orang lain (ya.. memang betul ada orang yang rasa sakit gila…).. and thank God, setakat ni, ulser pun aku tidak kena.. kalau setakat pipi tersangkut kena braces tu adalah perkara biasa.. :)

Abang edi cakap aku sure akan keding lepas pakai braces ni.. risaunya aku.. itu la juga yang menyebabkan aku malas mau peduli sangat pasal gigi aku yg kurang selesa ni.. makan ja la.. aku tidak mau jadi keding!!!!

AFTER A WEEK

As time goes by, gigi aku sudah tidak ngilu lagi.. tapi aku still memilih makanan… kalau makan di luar, seboleh mungkin aku malas mau makan nasi, sebab mesti akan banyak yang tersangkut di celah braces menyebabkan aku terpaksa berkumur-kumur lama.. boringnya mau kena berkumur di restoran.. (sebenarnya aku ada masalah geli dengan orang yang berkumur-kumur depan public time dorang cuci tangan, tapi sekarang, aku pula yang kena buat… huhuhuhuh)..  tambah-tambah kalau sinki cuci tangan tu terdedah ja.. jadi, aku akan pilih samada restoran tu ada private hand wash sink atau aku tidak makan nasi.. then aku selalu makan noodles atau bubur ja.. Nasib la..

I CAN KISS GOODBYE TO…

Ada orang yang lepas pakai braces, eating style orang tu akan berubah.. ada yang tidak berubah langsung.. aku termasuk dalam golongan yang berubah tu.. ada beberapa makanan yang aku tidak dapat makan lagi selama aku pakai braces ni.. semuanya tergolong dalam makanan yang keras dan liat.. contoh macam
  • Red meat – semua2 la macam beef dan lamb (oohohohohohoh… aku memang seorang pemaging.. kalau ada yang masak beef dan lamb dengan amat lembut sekali, mungkin aku akan pertimbangkan)
  • Popcorn (yang ni lagi la… aku memang suka gila makan popcorn yang harga RM 1.20 bertajuk First Choice yang boleh dibeli di Giant, Mydin atau Cold Storage itu.. dalam bekas kertas nipis berbentuk corn.. popcorn TGV or GSC, kureng..)
  • Buahan-buahan yang keras contoh macam epal
  • Sotong – pasal liat kan…
  • Pizza crust, roti canai – ni pun liat juga
  • Jagung, kacang – makan apa-apa yang menggunakan gigi arnab aku pun macam susah sekarang…  kerana terasa amat ngilu…
  • Siput sedut - susah la mau menyedut tu siput.. huuhuhu..
  • Banyak la lagi sebenarnya, tapi inda teringat ja…
Terus aku teringat cerita Ugly Betty yang ada episode dia baru buka braces, terus family dia buat party dengan menghidangkan semua sinful food… hahahaha.. kelakar pun ada.. aku pun mau buat party macam tu la nanti bila time aku bukak braces..

Kalau mau makan, kena pilih lauk yang lembut2 contoh macam ikan, sayur bayam, telur… memang diet la aku ni…

BRUSH YOUR TEETH

Time awal2 pakai braces dulu, aku amatlah particular dengan rutin berus gigi ni.. mau berus gigi ja, ambil masa more than 10 minutes.. dengan berus guna ortho brush, lepas tu guna interdental brush.. pakai superfloss lagi.. lepas tu aku guna pula berus gigi bateri yang aku beli di Guardian.. lepas tu kumur-kumur pakai Listerine lagi..

Terus mama aku fikir pakai braces ni macam leceh.. Tapi semakin lama, rutin aku makin berkurangan… sebab aku pun semakin comfortable dengan gigi aku, kadang2 aku pakai berus gigi biasa ja (tapi cepat kembang la berus tu..huhuhu).. guna interdental brush adalah wajib untuk memberus celah-celah besi tu.. aku pakai interdental brush pun beli di kedai biasa ja yang harga RM2.. hehehe… cheapskate…
 
Sekarang ni pun aku sudah menekankan gila-gila pasal the importance of berus gigi sama anak-anak aku.. aku mau dorang jaga gigi susu dorang sebaik mungkin.. so gigi kekal dorang nanti akan tumbuh dengan cantiknya dan tidak bersimpang siur..


OVERALL

Aku rasa ok ja pakai braces ni.. kalau senyum atau bercakap pun aku rasa macam ok.. walaupun kadang-kadang, aku perasan dan dapat tangkap mata orang yang melihat braces aku time bercakap, tapi aku buat dunno saja la..

Lepas tu, banyak juga komen dari kawan-kawan aku yang cakap, dorang tengok yang aku ni macam budak sekolah.. sudahlah orangnya kecik, pakai braces lagi tu.. huhuhuh.. kalau braces aku ni guna getah yang colourful tu, lagi la terserlah ke’muda’annya..

Tapi lepas pakai braces ni, aku rasa confident level aku semakin tinggi.. aku pun kurang pasti pasal apa.. tapi aku memang tidak malu pakai braces ni.. setakat ni pun, masuk dua kali sudah aku present depan kelas aku dengan selambanya.. hehehe.. (macam bagus)

Kalau member aku mau tengok, aku tunjuk ja.. kalau dorang cerita yang anak-anak dorang ada request mau pakai braces, aku siap galakkan lagi.. register ja nama di hospital kerajaan.. murah pun murah, (or mana tau kosnya free ja), pasal most of them are public servants..

p/s: hari tu pigi bekas opis, ramai kawan aku cakap aku makin susut.. ohohoh.. sedihnya.. sedangkan aku turun sekilo ja.. huhuh

Monday, January 10, 2011

My kids and my braces

ORANG TU PUN PAKAI 

Semalam, lepas kami hantar si Lina ke kolej kediamannya di UiTM, kami pun pigi la makan for early dinner di Restoran Pak Li di Seksyen 7, Shah Alam.. Sambil kami menunggu food sampai, tiba-tiba si Addin bising..

Addin = Mummy, Mummy... tengok tu.. orang tu pakai braces (sambil menunjukkan tangannya ke seseorang, excited lagi tu ditambah dengan suara si Addin yang kuat, Abang Edi cakap dia mengikut aku, high pitch.. cheh.. )

Mummy = Apa?

Addin = Mummy tengok tu.. orang tu pakai braces...

Aku ni macam bingung... apa yang si Addin bising-bising ni.. (sebenarnya aku yang kurang dengar.. pasal suasana time tu agak bising.. lagi satu, si Addin punya pronunciation agak kureng kalau guna huruf 'R')

Abang edi = Dia cakap ada orang pakai braces..

Then, aku pun tengok la ke arah tempat yang ditunjuk si Addin ni.. Rupanya dia tunjuk ke arah seorang minah yang sedang berborak dengan membernya.. Minah tu pun pakai braces juga.. tapi agak kurang ketara.. aku suspek dia pakai braces jenis ceramic..

Mummy = Oooo... aa ye la.. kakak tu pun pakai braces.. Addin jangan bising lagi.. bukan mummy ja yang pakai braces dalam dunia ni...


CITA-CITA

Abang Edi = Nanti Addin besar nak jadi apa?
Addin = Addin nak jadi doktor gigi
Abang Edi = Eh.. bukan Addin nak jadi pilot drive kapal terbang?
Addin = Tak.. Addin tak seronok jadi pilot.. Addin nak jadi doktor gigi je.. Addin nak cabut besi-besi tu.. 
Mummy = Nanti Mummy bawa Addin jumpa doktor gigi nak? Bagi doktor tu check gigi Addin.. Nak tak?
Addin = Nak.. Nak.. Seronoknya jumpa doktor gigi..

BERUS GIGI

Setiap kali lepas Addin berus gigi, aku mesti berus giginya sekali lagi.

Mummy = Buat macam ni... EEEEEE (sambil mengetap gigi)
Addin = Hmmm... (sambil mengerutkan dahi) Jangan macam tu mummy.. Addin tanak tengok besi...
Mummy = Ngada la... buat je.. nak berus gigi depan ni...


KETUK-KETUK

Zara ada satu habit.. dia suka buka bibir aku dan ketuk-ketuk braces di gigi aku dengan sikat.. dia ingat braces aku ni toys ka apa.. huhuhuh..

Wednesday, December 29, 2010

Ibu berpendakap gigi (Part 3)

Aku memang tidak sabar mau tau my family's reaction to this. Especially, si Addin dan Zara. A week before aku pakai braces, aku selalu tunjuk gambar orang pakai braces pada si Addin.. hahaha.. bagi mental preparation dulu cukup-cukup.

Abang Edi: Sejurus lepas aku keluar klinik, aku call Abang Edi. Dia minta aku mms gambar gigi aku. His reply was "Hehe.. new look"

Addin: Time aku ambil dia di nursery, aku tunjuk gigi aku sama si Addin. And all he said was "Ui...." dengan nada terkejut sambil mengerutkan dahi.. lepas tu dia ble cakap "Gigi Mummy buruk la, nanti Addin jadi doktor, Addin cabut yang hitam-hitam tu"... hahahahaha...
Susah juga aku mau convince dia.. Aku cakap lepas bukak braces, gigi mummy jadi cantik. Lepas tu aku bagi contoh yang Syahir AF pun pakai braces.. wakakaka..

Zara: Bila aku tunjuk gigi, Zara mengeluarkan lidah panjang-panjang.. aku rasa, dia pun mau try tunjuk gigi dia kot, tapi dia tidak tau macamana mau buat.. hehehe.. 

Adik-adik aku excited. Mama aku tanya "Sakit ka?".. Aku jawab "Tidak"..

Kawan-kawan study aku di UKM pun macam tergezut... huhehehe..

But I am just worried, memandangkan anak aku sudah mau pra sekolah, aku risau kalau kawan-kawan Addin mengejek dia pasal gigi aku yang bling-bling ni. Tau la, budak-budak sekolah kan kejam dalam hal kutuk-mengutuk ni. I hope he is doing well. Sapa yang kutuk-kutuk tu, aku akan confront budak tu dan berkata "Aunty rasa gigi awak akan buruk dan jatuh paling kurang dalam 1 tahun lagi".. wakakakakaka... aku lagi kejam...


Untuk keselamatan sejagat, aku memutuskan untuk tidak memasukkan rupa lubang hidung dalam gambar ni. Bibir pun kering. Tapi aku tidak pandai crop tang bibir tu.

Ibu berpendakap gigi (Part 2)

The journey

20 Disember 2010 - First appointment
Dentist bagi consultation, buat scaling dan mould gigi... gila time scaling tu, punya la banyak taik gigi... lepas scaling, rasa macam kosong ja... macam banyak la punya berlubang... hohohoho... time ni, aku belum fix lagi mau pakai braces yang macamana.. dentist tu syorkan aku pakai damon system, kunun sesuai untuk orang tua macam aku... less sakit, more speed... tapi more expensive... aku ada berkira-kira mau pakai yang conventional saja, pasal boleh tukar-tukar warna getah every month... atau pakai yang seramik... baru la transparent.. tapi dari hasil bacaan aku, pakai yang conventional akan terasa lebih ngilu... pakai yang seramik akan ambil masa yang lebih dari pakai yang conventional metal... malas aku mau pakai lama-lama... aku mau by the time aku grad master nanti, gigi aku sudah cantek tersusun...

22 Disember 2010 - Buat X-ray

Nota: Pada hari sebelum kena cabut gigi, semua yang aku terfikir mau makan, aku bedal ja. Pasal lepas pakai braces, sure aku kena banyak pantang.

24 Disember 2010 - 2nd appointment
Cabut gigi molar kecil sebelah atas kiri. Definitely tidak sakit.

28 Disember 2010 - 3rd appointment
Kena pasang braces Damon 3. Half ceramic half metal. Adalah lebih sejam kena pasang. Naik lenguh rahang aku. Mulut dan bibir pun kering ja. Doktor tu ajar aku cara bersihkan gigi. Aku kena bagi (beli) berus gigi ortho, interdental brush dan wax.

Apakah perasaannya lepas pakai?
- Aku rasa mulut aku penuh
- Tidak selesa
- Ngilu, susah mau makan, mau berus gigi pun susah.
Sabar ja la... bukannya lama ni... insyallah setahun setengah ja pakai benda alah ni...

Ibu berpendakap gigi (Part 1)

Iya, aku dengan secara rasminya sudah dipasang dengan pendakap gigi..

Tiba-tiba saja aku terasa macam mau pakai braces. Tapi, sebenarnya lama sudah cerita ni.
Waktu aku di Form 2, bapa aku kasi register nama aku untuk pakai braces di hospital kerajaan. I went to consultation, siap pigi HQE di KK untuk buat mould, x-ray pelbagai semua, doktor siap bagitau mau cabut 4 batang gigi.. dan akhirnya.. aku nda pakai pun.. on the day yang sepatutnya aku dicabut 2 batang gigi dulu, aku diserang anxiety melampau - sakit perut, sesak nafas - ketakutan punya pasal... akhirnya, bapa aku jadi fed-up.. kami pun balik ke Labuan dengan gigi aku yang masih penuh... wakakakakaka...

Kenapa time tu aku takut aaa? Aku rasa, reason yang paling valid, adalah kerana aku MALU.. Ya la... nama pun remaja yang sedang membesar, macamana mau ada buipren kalau ada besi di gigi.. (Ala.. mcm ada boipren mu, mmg sudah tidak lawa.. ada braces ka, tiada ka, sama ja, nda jua orang mau sama aku..huhuhuh).. Lagi satu, di Sabah dan Labuan time tu, fenomena orang berbraces ni masih lagi jarang-jarang.. Jadi, stigma itu ada di dalam diri aku yang serba buduh dan kebudak-budakkan time tu.. Di sekolah aku pun (time tu aku masih sekolah di KK), rasanya macam ada sorang ja senior aku yang pakai braces.. adik aku si Tasha bgtau, ramai kawannya pakai braces.. tapi kawannya tu di SSP KL, bukan di KK.... teda la geng braces aku...

Lagi satu, aku amat lah penakut untuk dicabut gigi. Cabut sebatang gigi ja pun boleh menyebabkan jantung aku macam gugur, inikan pula 4 batang... gilak ka...

Jadi, lepas kejadian tu, nda habis-habis la bapa aku kadang-kadang meluahkan kekesalannya macam buang masa ja bawa aku ke KK ulang alik untuk pasang braces tu.. kunun, kalau aku pakai, gigi aku mesti cantek la kunun... tiada lagi gigi kapak yang overbite ini... huh....

Talking about my teeth... buruk-buruk pun, ada juga orang mau aku kan.. tidak lain dan tidak bukan, Abang Edi yang tersayang...

Dulu aku pernah suarakan kepada Abang Edi, what if I wear braces? Dia kata tidak payah.

Tapi adalah dalam tahun 2008, a wife to Abang Edi's friend pakai braces, kami pegi open house raya dorang, ramai betul tetamu yang datang ni pakai braces, terus Abang Edi bagi lampu hijau.. dia kata, pakai braces ni macam nampak stylo la plak... wakakaka.. Abang Edi siap janji mau sponsor sikit lagi tu kunun.. kurang-kurang RM1000... chewahh... sokongan padu nampak...

Akhirnya..... di hujung tahun 2010, barulah aku betul-betul serius mau pakai ni braces.. mula-mula, ada la terfikir mau pakai time awal 2009, tapi termengandung si Zara la pula.. terus aku pendamkan ja hasrat tu...

Puas aku buat research pasal braces di Internet. Bila tengok ramai artis pakai braces ni, semangat aku tambah berkobar-kobar. Ramai juga orang yang berblog pasal braces di Malaysia ni rupanya. Ada yang cakap sakit, tapi aku rasa, kalau aku boleh tahan sakit contraction time beranak, apa la sangat sakit pakai braces. Plus, aku tengok ramai kawan aku pakai braces.. macam ok ja dorang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...