google analytic

Nuffnang

Showing posts with label wishes. Show all posts
Showing posts with label wishes. Show all posts

Monday, October 13, 2014

Makan-makan Weekend

Selamat hari jadi yang ke 3 puluh toot kepada saya pada hari Khamis yang lalu.
Saya sudah tua.
A year older, (hope) a year wiser.

Selamat hari pertama kali menjadi ibu juga kepada Mama - sebab aku ialah mama punya first newborn.
Terima kasih Mama dan Bapa kerana melahirkan aku ke dunia fana ni.

Dan syukur kepada Allah kerana memberikan aku peluang untuk masih hidup sehingga post ini dikarang.
Alhamdulillah.

Orang yang selalu excited kalau aku besday: Abang Edi.
Abang Edi selalu jadi orang yang pertama wish aku.
(Sebenarnya, Abang Edi la orang yang selalu ingat tarikh penting: hari jadi aku, hari jadi dia sendiri, anniversary kami, hari jadi anak. Selalu perempuan yang jenis ingat tarikh kan. Macam tebalik pula kami.)
Selalunya, sehari sebelum hari kejadian dia sudah akan wish aku. Dan tahun 2014 ini tidak terkecuali.

A dozen of yellow roses.
Abang Edi cakap dia pesan ros putih, tapi yang kena hantar sama aku ros kuning pula.
Mau dijadikan surprise kunun.
Tapi delivery guy tu call aku tanya opis aku di mana. 
Jadi, nda la surprise sangat suda. 
Tidak apa la ayangku.. walaupun ros kuning dan kurang surprise tapi ingatan tu yang penting. 
p/s: Teringat zaman kami mula-mula kenal dulu. Abang Edi datang ke konvo aku untuk bagi bunga ros 6 kuntum. Terharu aku. Sudah la dia tidak la berusin, sanggup lagi tu meredah jem masuk dalam UM time pesta konvo. XOXO Ayangku! 

Aku bawa balik tu bunga ke rumah.
Dalam kereta lepas jemput si Zara dari tadika.
"Kenapa ada bunga ni mummy?"
"Daddy bagi mummy.."
"Nak kawen le tu..."
Hoho.. sekarang ni.. pantang nampak mummy sama daddy romantik sikit, mesti dituduh mau kawen.
Kasi gambar dulu si Zara dan bunga dari Abang Edi berlatar belakangkan taman kecil kami. 

Besday punya pasal, aku sudah bagitau Abang Edi yang aku makan best-best la kunun ni weekend.
Hasrat awal mau pegi overnite hotel untuk satu malam.
Di KL pun jadi la.
Abang Edi kata ok ja. Yang penting aku sponsor.
Chait. Nda mau la. 

So, untuk Jumaat malam Sabtu, aku teringin mau makan indian food. 
Idea asal adalah untuk mengembalikan kenangan makan masakan india utara yang sedap sebagaimana yang kami alami di Swindon.

Restoran terdekat yang aku dapat fikirkan ialah Restoran D'Tandoor di Ayer@8 Putrajaya.
First time la aku merasa makan di D'Tandoor ni.
Gambar diambil guna kamera phone Abang Edi.
(I think it's time to change for a new smartphone la ayangku.. hehe)

Kami order mango lassi, milo ais, nasi putih (2 orang), chicken korma dan hyderabadi biryani (mutton). Air kosong dan papadom diberi percuma. 
Total bil: RM75++
Review: Aku rasa kami salah order lauk. Chicken korma tu langsung tidak kena dengan selera kami. Biryani kambing tu pula sedap. Aku pula fikir biryani tu datang dengan dalca, rupanya teda.  
Nasi tu pula portionnya besar. Aku siap bole minta tapau lagi chicken korma dan nasi yang tidak habis. Buli buat nasi goreng kunun. 
Walau apapun, aku rasa aku akan datang lagi tapi order lauk lain la pula.
Boleh celen ka restoran 'Jewel in the Crown'? Macam tidak. Huhu. 

Untuk Sabtu tengahari pula, Abang Edi ajak makan nasi kandar bawah pokok dekat Sri Aman, PJ.
Balik-balik suda Abang Edi cerita nasi kandar sana sedap kunun.
Tapi belum lagi ada rezeki aku kan merasa. 
Addin sedang senggugut sebab dikacau oleh si Zara dalam perjalanan.
Jadi, aku order 2 pinggan ja, satu dengan ayam goreng. Satu pula dengan kari ikan. 
Lepas Addin hilang senggugut tu, dia beria-ia pula makan dengan disuap Abang Edi.
Kesudahannya, nasi tambah dengan ayam goreng lagi satu. 
Total bil: RM22++ (termasuk teh ais 2 gelas, milo ais, air suam, ais kosong).
Review: Sedap. Sampai bertambah. Kenyang sampai ke malam. Tidur petang pun best. Ini mesti penangan kas-kas. 
p/s: Dalam gambar tu, aku ambil time ada sorang ja berbaris. Sedangkan sebelum tu, orang berbaris sampai keluar dari kawasan berawning lagi. Punya laku. 


Aku ada cakap dengan Abang Edi aku teringin makan seafood.
Sampai tercadang untuk ke Bagan Lalang lagi tu.
Tapi aku malas la mau duduk dalam kereta untuk journey jauh-jauh, walaupun Abang Edi yang drive.
Kesudahannya, google restoran seafood, ternampak pula suggestion D'Tasik Seafood Restaurant.
Hanya 15km dari rumah kami. Di Uniten Kajang ja.  


Kali ni aku order Tomyam Ketam, Siakap Tiga Rasa, Udang Goreng Tepung, Kailan masak sos tiram, nasi (3 orang), fresh orange, teh tarik, air suam dan ais kosong. 
Review: Aku puas hati. Abang Edi cakap "Boleh tahan". 
Addin pula suka gila dengan siakap tiga rasa tu. 
Next time aku boleh bawa Mama pegi sini kalau dia datang dari Labuan. 
Portion nasi untuk 3 orang pula aku rasa macam banyak. Sebab kami boleh makan 4 orang malah terlebih-lebih lagi.
Suasana yang nyaman tepi tasik. 
Total bil: RM86++

Begitulah berakhirnya minggu besday aku.
Makan saja. :)
Syukur Alhamdulillah. 

Tuesday, October 7, 2014

Eid al-adha mubarak 1435H! Selamat hari raya haji 2014!


Bunga raya yang dipegang Abang Edi dan Zara tidak kelihatan sebab sama merah dengan baju dorang :)
*lokasi = taman kecil di halaman rumah kami
* cuba tengok berapa darjah suhu pagi raya haji tu? sejuk kan?

Selalunya, sebelum ini, raya haji adalah seperti hari cuti biasa yang ada extra pengisian.
Sembahyang sunat raya, pegi rumah mentua, masak rendang, dan berkunjung ke rumah sedara, kalau larat.
Kalau kebetulan aku berada di Labuan pula - sembahyang raya, masak rendang, that's it.

Raya haji ni ada spesel sikit.
Abang Edi buat korban.
First time buat korban.
Que Abang Edi pada lembu no. 8. 

Addin dan Zara yang first time tengok acara korban lembu.

Syukur atas kurnian rezeki daripada Allah. Tidak banyak, tidak sikit.
Dan pada rezeki kami itu, ada rezeki orang lain juga.

Dan, baru aku faham kenapa raya haji di Pantai Timur meriah.
Sebab, kawan aku cakap, orang di sana memang akan tumbang lembu untuk korban.
Jadinya, bila dah tumbang lembu tu, akan ada semangat gotong-royong untuk menyembelih lembu, melapah kulit, potong-potong, bersedekah.
Patutlah meriah.
Now I know.

InsyaAllah, ibadah korban ni dijadikan amalan tahunan.
Semoga dimakbulkan. Amin.

Maka kami pun dapat la 3 kilo campuran daging + tulang + hati lembu.
Hati dan sebahagian daging lembu bagi dengan mentua dan ipar.
Sebahagian daging lagi aku masak rendang.
*Abang Edi cakap tu rendang Labuan sebab tidak pedas.
Tulang pula aku buat sup.

Besoknya, (hari Isnin cuti sebab raya haji jatuh pada hari Ahad), kami bawa hasil masakan aku tu ke rumah Liean.
Liean tidak sihat. Baru keluar wad sebab low hb.
Bagi dia makan daging supaya cepat sembuh :)


Kami ramai-ramai melawat Liean. 
Semoga kunjungan kami menggembirakan si Liean :)


Dan soalan paling popular kami dapat di Hari Raya Haji ini, "Kenapa Zara rambut pendek ni?"

Friday, September 20, 2013

Harapan untuk hujung tahun 2013

Wahh... gila lama tidak update blog..
last published ialah pada Jul 22, 2013... Gilaks!!!


tidak tau la apa punya jenis hantu yang sampuk aku sampai jadi pemalas mau update blog ni.
macik dah tua nak..
dah tak larat nak membebel perasan bagus dan suci.. macik insaf..

tapi kesian la dengan blog sendiri.. aku selalu rajin jengah blog orang secara senyap..
baca resipi la, baca pengalaman org bercuti la..
especially, ke Korea Selatan :)

InsyaAllah hujung tahun akan ke sana.. insyaAllah lebih kepada tidak confirm sebab aku baru start research.. tiket airplane gilak mahal time cuti sekolah.. travel agent punya pakej pun banyak yang sudah full..
tambah pula aku kena cari yang memenuhi kriteria permintaan yang banyak: mau stay di ski resort, mau main ski, mau murah, mau lama, mau kena fit for 8 person..

percutian kali ni, selain kami 4 beranak, mama aku mau join..
si lina tu wajib join sebab dia belum kerja.. biasa la anak bungsu, walaupun suda tua pun masih kena anggap mcm baby lagi..
si jakir pun mau join sebab dia jeles dengan kegembiraan kami ke Ozzie dulu..
dan adik mama aku, Macik Ilu pun ikut..
so aku ada entourage yang besar..
Nurul pula tidak dapat join sebab cuti amatlah limited dan bos dia tidak bagi unpaid leave... daaaaa...

harap-harap dapat pakej dengan itinerary yang berkenan di hati..
tidak berani untuk terjah suka hati sebab
1. tidak pernah mengalami winter. takut terjakun dan akan jadi sesat barat kalau backpacking suka hati sendiri.. everywhere is white.. eiseh..
2. baca pengalaman orang, subway is very efficient.. tp banyak tangga.. mengenangkan anak aku si zara tu pemalas mau berjalan.. kirim salam saja la mau panjat tangga.
3. sejuk yang amat.. maybe tidak sesuai untuk acara jalan kaki yang extensive.. so elok la deal dengan travel agent yang sediakan transport.

kalau percutian hujung tahun ni berjaya, dan korea tu best sangat.. mesti aku akan pegi sana lagi di musim bunga atau luruh.

tapi kena banyak jimat sebab last time suda berabis ke Ozzie.
tanggungjawab cari duit lebih diserahkan kepada abang Edi.
aku kerja macamana muntah darah pun sure tidak akan dapat bonus lebat, naik pangkat dan gaji bertambah menjelang hujung tahun.
tapi kena kerja kuat juga supaya rezeki berkat :)
kalau rezeki berkat, insya Allah diperkenan hasrat ke Korea, dipermudahkan perjalanan, dimurahkan kesihatan. Amin.

apa-apa pun, itu semua IF...
kalau tidak jadi, balik kampung ke Labuan saja la.. hihu..
pegi Mabul ka... siok bai tu..

sebelum mengakhiri bicara, jom tengok gambar..




Ini la B-Daman Naga Putih yang dibeli khas di Toys R Us KLCC.
Sebelum ni ada beli B-Daman di kedai runcit biasa.. lebih murah tapi kurang kualiti kerana cepat terbarai..
Menjadi kegilaan Addin dan rakan sebaya semenjak dua menjak ini.. 
Guli yang bertaburan menjadi fenomena biasa di rumah.

B-daman dan Lego Superhero bergabung tenaga.

Gambar dua orang budak yang pandai posing penyayang depan kamera..
Selalu bermain bersama.. tapi kerap juga bergaduh..
especially kes berebut Ipad dan toys.. 
yang selalu menjadi mangsa ialah si adik..
Mangsa ada sebab - suka kacau si abang.. 
Cumanya, masa berbaik lebih banyak daripada masa bergaduh.. Nice :)
Alhamdulillah.



Friday, September 14, 2012

Selamat hari raya 2012!!

Hi alls!




1. Maaf zahir batin

My Addin is having a rough understanding of the zahir batin thing.
Bila dia tanya aku, apa tu zahir dan batin, aku pun tidak tau mau jawab semudah yang boleh untuk budak umur 5 tahun lebih, aku cakap, zahir tu luar, batin tu dalam.
So, isu pemahaman si Addin tu adalah mostly berpunca daripada penerangan mummynya yang tidak semengah langsung.

One day, si Addin cakap macam ni, "Kita sekarang dalam rumah, so kita cakap Selamat hari raya batin, cousin mummy yang datang tu kena cakap Selamat hari raya zahir pasal dia kat luar rumah.."
Aku terpana dengan tahap kelurusan anak aku.
Tapi lepas tu aku gelak ja.
Someday in the future, when my son is more matured, boleh bezakan dosa fizikal dan rohaniah, then I'll explain to him.


2. Where's Atuk? 

Tahun ni kami raya di Labuan.
Semua adik aku pun di Labuan except for Nurul yang balik pada raya ke-3 sebab terpaksa bertugas pada raya pertama dan kedua.
Sampai di airport Labuan, mama dan adik aku Jakir yang menjemput kami.
Sebaik saja si Zara jumpa mama, her first question is "Nenek, atuk mana?"
Hmm.. dia masih belum faham..


3. Sunat dan Khatan

Pengalaman berpuasa di Labuan menggembirakan si Addin sebab dia berpeluang berbuka awal sejam daripada time buka puasa di KL :)
Bila aku ajak Addin bersedia untuk sungkai jam 6.30, Addin sungguh excited.
Tapi dalam excited, Addin boleh mengeluarkan kerisauan;
"Mummy, bagus la kan kita buka puasa awal sebab sunat cepatkan buka puasa.. tapi Addin tanak buka puasa cepat, nanti kena sunat.. Addin tanak kena sunat sebab sunat tu tak best"....
Ohohohohoh... once again, aku ketawa lagi..
Part yang ni pun aku sukar mau explain hukum sunat tu adalah berbeza konsep sama sekali dengan berkhatan :) 


4. Family tradition dan priority setting 

Aku bersyukur sebab kami semua adik-beradik ada di Labuan menemani mama beraya. 
Honestly speaking, tahun ni memang terasa sangat tidak cukup korum :(
Selalunya, setiap kali raya sebelum ni, lepas bapa balik dari solat sunat hari raya dan menziarah kubur, kami akan start mengunjung ke rumah abang bapa yang paling tua dahulu, lepas tu baru lah ke rumah abang dan kakak bapa yang lain. (sebab nenek sudah tiada, jadi priority jatuh kepada rumah Tua (similar to Pak Long) dahulu).
Jadi tahun ni, walaupun bapa sudah tiada, kami masih meneruskan tradisi yang sama cumanya without mama pasal mama masih dalam tempoh berkabung empat bulan 10 hari.

Tua bagitau kami, kalau anak buah yang lain, selalunya akan berkunjung ke rumah bapa dan saudara yang lain dulu. Tapi kami, anak-anak bapa, wajib jadikan rumah beliau yang pertama untuk dikunjungi.

Aku tidak sure samada statement beliau tu menunjukkan beliau terharu dengan amalan kami atau kerana beliau teringat sama arwah bapa. Kami beritahu beliau, kami sudah terbiasa begini kerana teladan yang ditunjukkan oleh bapa.

Arwah bapa ialah seorang yang amat menghormati orang tua. Dia asuh kami untuk selalu menjenguk datuk dan nenek (sekarang hanya tinggal nenek di Ranau sahaja) serta ibu dan bapa saudara yang lain. Sekiranya ada perselisihan faham di antara beliau dan saudara yang lain, kami dilarang untuk masuk campur dan terikut-ikut. Buat seperti tiada masalah yang berlaku kerana itu semua tiada kaitan dengan kami.


5. Tips mengunjungi tanah perkuburan

Dalam kegembiraan beraya bersama, kami tidak lupa menziarah kubur bapa.
Aku siap found a new tip. Kalau ke kubur selalunya banyak nyamuk kan. Amatlah tidak best.
What I did is:pakai baju terang, elakkan warna gelap, dan sapu minyak kayu putih ke tangan dan kaki. Alhamdulillah, tips menjadi.  



6. Baju melayu

Addin: Addin tanak pakai baju melayu ni mummy... besar sangat..
Mummy: Mana ada besar.. ngam la tu.. tu baju raya tahun ni.. mesti pakai..
Addin: Besar la mummy.. tengok seluar dia ni panjang..
Mummy: Kalau pakai baju melayu mesti la seluar dia panjang..
Addin: Tapi selalu Addin pakai baju melayu tu seluar dia pendek je..
Mummy: (Ketawa)

Hohohohoh.. kesiannya anakku..
Biasalah budak cepat membesar.. memang cepat la sebarang baju jadi mengecut dan seluar jadi semakin senteng..
Sebab si Addin ni kurus kering, baju melayunya masih muat dipakai tapi part seluar ja jadi senteng sampai atas buku lali.. so, kadang-kadang, baju tu lah akan dipakai di nursery sebelah petang untuk aktiviti solat dan mengaji.. mesti dia ingat cara pemakaian tu yang normal.. hohohoho.. poor son..


Monday, August 1, 2011

Azam Ramadhan tahun ini..


My all time favorite "Asma Allah" by Sami Yusof - Lagu tema Jejak Rasul 


Ahlan wa sahlan ya shahru ramadhan..

Barakallahulana...
Rahmat Allah kepada hambaNya yang menantikan kedatangan Ramadhan..

Semoga prestasi aku dalam Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun-tahun yang lepas..

Aku harap aku akan lebih rajin memasak sendiri daripada membeli di bazaar ramadhan..
Bak kata si Tasha, kalau pegi menapau pun, apa kata bawa bekas makanan sendiri - tupperware hatta tipuware untuk mengurangkan penggunaan plastik..

Aku harap aku dapat merasa pegi Masjid Besi tahun ni untuk menunaikan tarawikh.. lepas dapat anak ni, belum lagi aku menjejakkan kaki ke mana-mana masjid dan surau untuk bertarawikh sebab kena menjaga anak di rumah.. Astaghfirullah..
Semoga si Addin dan si Zara boleh behave time dan tidak mengacau jemaah yang lain time solat sunat tarawikh..

Semoga umur aku panjang untuk menempuh ramadhan penuh sebulan..
Semoga aku bersedih bila ramadhan meninggalkan kita..

Banyaknya azam aku untuk ramadhan kali ni..
Semoga semuanya tercapai... InsyaAllah..

Semoga Allah memelihara suamiku, anak-anakku, kedua ibubapa dan ibubapa mertuaku, adik-adikku beserta keluarga, ipar-iparku beserta keluarga, guru-guruku, rakan-rakanku, semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia dalam lindungan kasih sayangNya..
Semoga kami semua diberikan petunjuk dan kekuatan untuk mengikis sikap berlengah-lengah dan sikap malas dalam menunaikan ibadah dan urusan dunia..
Semoga kami semua lebih berusaha untuk tidak terpengaruh dengan keseronokan dunia..

Friday, January 7, 2011

Anak dan Sekolah


Anak aku amat gembira pakai uniform serba oren ni... 


 

Yuran pendaftaran RM550 untuk semester pertama. RM260 untuk yuran bulanan. Lupa pula yuran semester kedua. (Oh... yuran UITM lagi murah rasanya.. hahahaha)

Bulan Januari ni, koyak sikit. Masuk yuran bulanan Zara, mau lebih daripada RM1000 aku bayar di taska hari tu. 

Tapi aku dan Abang Edi sepakat untuk tidak berkira tentang pelajaran anak-anak. Anak baru 2 orang.. Kalau banyak merungut dan selalu mengeluh tiada duit, sempit rezeki nanti, baru padan muka.. Lagipun, apa yang kita ada, adalah rezeki anak-anak.  

Bapa aku cakap, sepanjang dia jadi guru dan guru besar, orang melayu suka berkira pasal pelajaran anak. Semua pun mau subsidi. Tapi kalau orang cina, akan selagi boleh menabung dan berkorban untuk pastikan anak-anak diorang terus belajar dengan cemerlang (the keyword is: cemerlang.... bukan asal ada)..   

Kalau tengok jadual (yang baru dapat semalam), Addin ada belajar BM, English, Math dan Jawi.. Kelas mengaji dan solat pun ada.

Semoga anak-anak aku bersemangat dan seronok ke sekolah.

Semoga anak-anak aku menjadi orang yang berguna.

Semoga Allah melindungi anak-anak aku daripada anasir jahat.

Semoga aku dan Abang Edi diberi lebih kekuatan dan kesabaran untuk membesarkan anak-anak kami ke arah kebaikan. 

Friday, October 29, 2010

Happy birthday to us!!

Birthday aku dan birthday zara sudah berlalu..

orang (orang ka? ke company) yang bagi aku hadiah, Honda dan Domino's Pizza ja.. dapat free voucher.. hehehe..



as for abang edi, hadiah aku akan dicarry forward to our next important occasion which is our next wedding anniversary - and i will surely ask for a great gift!! macam last time, aku dapat gold bracelet... hehe.. i am totally a 916 freak..

for Zara, kami hanya buat celebration kecil-kecilan di rumah nenek PJ.. abang edi bought a medium blackforest cake from Baker's Cottage and a KFC barrel.. tapi tiada hadiah pun... aku sudah beli Zara baju baru time aku besday dulu..

Aku rasa macam mau buat small party for Zizou's coming birthday November nanti.. pasal my family will be coming over from Labuan... jadi, it would be a nice family gathering both from Abang Edi and my side.. nice...

Saturday, October 9, 2010

Welcome to Club 30!


Wah.... aku sudah tua!!!!

Tidak la.. bak kata kawan baik aku, Liean, "You're not 30, you're fifteen with 15 years experience.." very nicely said kan..

Ada facebook ni, ramai kawan-kawan yang wish birthday.. yang rapat, tidak rapat pun wish.. bagus kan.. berbunga-bunga hati aku.. terima kasih kepada kawan-kawan!

Ahli keluarga jauh dekat pun ada yang wish.. semua sayang aku :) Alhamdulillah..

aku punya wish tidak banyak.. sikit ja..

1. Cukup sihat untuk growing old bersama suami tercinta
2. Panjang umur untuk dapat mendidik dan membesarkan anak-anak sehingga menjadi 'orang'
3. Murah rezeki untuk dapat membalas jasa ibu bapa dan keluarga tersayang
4. Diterangkan hati untuk score dan dapat master degree..

Amin..

hari ni pun tiada celebration sebab si Zara demam hari ni.. breakfast di McD ja... bagi si Zizou main di playground McD tu.. anak gembira, mummy suka hati.. :)

p/s: semenjak dua menjak aku balik jadi student ni, ramai org fikir aku baru lepas grad, masih muda remaja dan bujang trang tang-tang.. when i said i am a mummy with 2 children, ramai yang macam tidak percaya, including my lecturer... huhuh... sesungguhnya, i am flattered... the moral is, going back to school will make you look younger... :)











Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431

SELAMAT MENYAMBUT 1 SYAWAL 1431H
bersamaan 10 September 2010

Ikhlas daripada

Zaidy, Nadia, Addin Zidane & Nur Zara

Maaf Zahir Batin...

p/s: Tahun ni tiada open house.. Tahun depan InsyaAllah ada :)









Thursday, May 6, 2010

Doa untuk mengembalikan barang yang dicuri

*credit to http://lifegotstory.blogspot.com/2009/08/doa-untuk-kembalikan-barang-yang-dicuri.html

Setakat ni, aku blum ada kes barang kena curi.

Tapi, aku ada kes - harta yang dipinjam belum dipulangkan semula. Banyak tu... walaupun harta dunia, so sebenarnya, tidak boleh rasa 'putih mata' pun.... tapi dengan harta dunia la kita boleh melabur untuk harta ke akhirat. Kan?

Aku harap dengan amalan doa ini, peminjam 'harta' itu terbuka hati untuk membayar balik.

Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah buat Din Beramboi...

Sedih juga la... rasa kehilangan... ye la... pasal aku kenal dia kan, walaupun dia tidak kenal aku..

Mau dijadikan cerita, aku ni pun mula-mula bukan la follow sangat arwah ni dulu..

Kadang-kadang, ada la aku tengok telatah dia jadi si puppet bernama Kicap dalam Tom Tom Bak.. memang kelakar...

Kalau dengar radio pagi-pagi, aku suka tune in to Sinar FM sebab aku rasa gandingan si Salih Yacob, Krill dan Kak Engku memang menjadi..

But since aku kena pegi kursus for 6 weeks di INTAN Kiara dan aku akan gerak dari rumah pada pukul 6.30 pagi, aku rasa Sinar FM kalau sebelum jam 7 pagi memang agak boring pasal ada segmen berpantun... so, kind of mengantuk...

Tapi kalau dengar Era FM, memang seronok pasal Aznil yang lebih dikenali dengan gelaran Uncle Aznil suka pasang lagu rancak yang akan membuatkan aku berjoget2 sambil driving... simple say, memang aku akan rasa cergas ja bila aku sampai INTAN Kiara..

Ada pula dengan Sawancara dan Drama Sebabak yang Din Beramboi lead... memang akan buat aku gelak sorang-sorang.. tambah lagi dengan si Aznil yang ketawa every time si Din Beramboi mengeluarkan jenaka-jenaka merapu dia tu... aku dan abang edi dua-dua suka dengar jenaka Din Beramboi..

So, lepas ni, Drama Sebabak dan Sawancara hanya tinggal kenangan... sian la Uncle Aznil bersiaran sorang-sorang... huhuhuhuhu...

Aku rasa, arwah Din Beramboi memang unik.. sebab dia suka buat lawak merapu yang kadang-kadang aku rasa tiada manusia biasa yang boleh terfikir untuk berlawak merapu macam arwah... so, kind of he is an extraordinary man in his own league...

Hari isnin baru-baru ni aku dengar Era, si Aznil ja bercakap sorang-sorang, tiada suara Din Beramboi.. malam tu di Buletin Utama, keluar berita Din Beramboi dalam keadaan koma masuk ICU di Hospital Selayang konon kena jangkitan kencing tikus... penonton siap diminta untuk derma darah jenis O lagi tu.. 2-3 hari lepas tu, kena bgtau pula yang beliau ni kena demam denggi berdarah... dan semalam, tengah malam Jumaat, beliau pergi meninggalkan dunia ni..

Walau macamana pun rakyat Malaysia sayangkan beliau, ada yang menangis-nangis call Era hari Rabu baru-baru ni sebab sedih dengar cerita beliau koma, tapi ternyata Allah lebih sayangkan beliau... Al-Fatihah untuk beliau.. semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Amin..


 

Tuesday, December 8, 2009

December yang busy


2 hb - besday mama


3 hb - besday Zizou


5 hb - wedding anniversary mama n bapa


12 hb - wedding anniversary si tasha


14 hb - besday adik ipar @ husband si tasha


well wishes


happy birthday and happy anniversary...


Friday, October 9, 2009

POST KHAS - HEPI BUFDAY!!!!

smile...

hari ni hari jadi aku...

dan macam biasa (sejak berpacaran dengan abang edi), he will the first person to wish me happy birthday...

semalam abang edi bagi surprise gift... :) a bouquet of roses and a greeting card...

dia cakap tidak boleh bagi besok (which is hari ni) pasal tokei kedai tu bagitau kalau mau dorang yang buat delivery ke opis, petang baru la bunga ni sampai... lepas tu kena order at least a dozen...

abang edi mau jimat belanja - dia beli time tu jugak dan just order 6 kuntum roses ja...

well, i dun mind.... itu pun aku sudah rasa gembira gila...





dalam greeting card tu, abang edi turut wish aku supaya selamat deliver baby... and hope adik zizou lahir dengan sempurna dan cumil.. like me... huk huk huk...

sayang abang edi...

zizou pun sama-sama excited... dia cakap "mmmm.... cantiknya pokok..." pokok tu bunga la kunun...

macamana aku celebrate birthday aku ni?

  • bought a mini laptop, a basketball set and baju basahan gambar ultraman untuk zizou
  • siapkan persediaan untuk menyambut adik zizou - pampers, toiletries, wet tissue
  • beli kek cokelat dari colleague aku - harga rm8 ja.. tp aku suka.. nanti balik rumah, aku pasang lilin... minta zizou nyanyi lagu happy birthday to mummy
  • malam ni mau belanja family aku makan spesel di Ole-Ole Bali -- insyaAllah...
last but not least.... selamat hari jadi untuk aku...
semoga hidup aku diberkati Allah dan dimurahkan rezeki...
semoga aku menjadi isteri dan ibu yang terbaik...
semoga karier aku tip top...

Amin....

Tuesday, September 15, 2009

Slamat Ari Raya

nda lama lagi mau cuti... cuti 9 hari!!! yieha..

mau balik labuan...

harap2 tiada masalah la naik flight ni...

surat pengesahan doktor yg bgtau aku fit for travelling ada suda ni...

Friday, August 28, 2009

Selamat Ulang Tahun Ayang

Ulang tahun abang edi kesayangan hampir tiba.

Aku ada angan2 untuk bawa abang edi buka puasa di hotel.. cadangnya di Putrajaya Shang-Ri La.. dekat ja dengan rumah... makan sana pun memang sedap.. siap ada kambing panggang lagi... nyum nyum... tapi abang edi kurang berkenan sebab

1. bayar mahal2 tapi bukan mau melantak sangat pun - membazir ja.. tidak silap buffet adalah pada kadar RM83++ per adult

2. amat tidak sesuai untuk bawa zizou - dikhuatiri akan mengganggu jemaah buka puasa yang lain... anakku itu akan berkeliaran dan mungkin akan buat bising.. (susah mau duduk diam).. kalau mau ditinggalkan (minta ehsan orang lain jaga - siapa orang lain itu belum ditentukan), kesian la pula.. mummy daddynya makan sedap2.. anak pula makan biasa2...

sudahnya.. angan2 hanya tinggal angan2... besday boy yang tidak setuju (sudah tua pun boy lagi ka? hehehe).. walaupun ongkosnya semua ditanggung di bahu jemala patik..

permintaan abang edi hanya satu - nak baju kerja baru.. itu je? huhuhuhuh... lepas tu dia ada cakap mau beli shaver baru.. automatic shaver to be exact.. kerana boring mau guna shaver pakai buang... jadi aku menawarkan untuk bagi shaver tu juga sebagai besday gift - kira pakej la kunun..

pastu... utk bagi meriah sikit.. aku ingatkan mau buat surprise.. tempah kek yang ada logo ManU.. dek kerana terlewat untuk memaklumkan kepada tukang buat kek - tidak sempat la pula.. walaupun aku tau abang edi kureng dengan kek2 ni semua... sebenarnya, aku mau ada kek, sebab mau kasi suka si zizou ja.. kunun besday kek daddy.. tapi si zizou yang akan menyanyi dan meniup candle...

setelah difikir2, aku rasa the best gift is - pegi melawat dan menderma kepada anak yatim... lama sudah overdue tu.. mau bayar nazar.. dan abang edi pun setuju.. bila mau pegi? tidak sure lagi...

aku rasa zizou pun akan gembira... he likes to be surrounded with kids...

Selamat Ulang Tahun Ayang...
Semoga murah rezeki.. semoga perkahwinan kita bahagia.. semoga kita beroleh anak soleh/solehah.. semoga kasih sayang kita berkekalan hingga ke liang lahad... semoga bisnesmu bertambah maju...semoga sihat sejahtera...

dua orang kesayangan

Wednesday, December 31, 2008

Babai 1429 dan 2008!

2008 – ada orang cakap, tahun 2008 ni banyak ong.. pasal nombor 8 bertuah ni la.. as for me? Hmm.. lots of thing happened.. ada yang boleh cerita, ada yang sesuai untuk disimpan untuk diri sendiri saja. Ada yang boleh dibanggakan, ada yang dikesalkan. Ada yang boleh dijadikan pengajaran, ada yang boleh dibuang jauh-jauh. But mostly happy moments.. and if i cried, semuanya bersebab pasal aku bukan jenis orang yang boleh meleleh air mata saja-saja.

Aku mo rep-up balik semua achievements dan benda-benda yang tidak layak dikira sebagai achievements tapi berbaloi untuk aku ingat sepanjang 2008 ni

  • Aku memangku jawatan senior daripada jawatan aku sekarang untuk tujuan naik pangkat
  • Aku try untuk minta scholar sambung belajar tapi dukacita tidak dapat.. huhuhuh.. padan muka aku sebab tidak bersedia. Next year, aku harap aku dapat sebab aku akan try apply lagi.. tapi kali ni dengan persediaan yang jitu
  • Aku, abang edi dan zizou bercuti ke Phuket dan Bali.. dua2 aku suka.. tahun 2009 ni abang edi declare tiada cuti oversea.. semua cuti2 Malaysia saja.. bah mana saja la..
  • For the first time dalam tahun ni, aku kesiokan membawa kereta auto gear... (kereta kelisa aku manual).. punya la siok sampai aku jadi palui2 bila bawa kereta manual... after 200 meter pun aku masih tidak tukar gear satu pigi gear dua... hehehehe..
  • Adik aku kawin.. sebagai kakak yang cantek dan bertanggungjawab, banyak juga la aku punya peranan.. sekarang aku sudah berkira2 apa yang patut dan tidak patut untuk diamalkan untuk kawin adik-adik aku yang next.. hehehe... post mortem nya orang..
  • Aku dapat kumpul cuti 8 hari untuk di bring forward ke next year.. bukanlah jumlah cuti yang banyak untuk dibandingkan dengan orang lain.. tapi sepanjang aku punya servis ni, inilah cuti yang paling banyak aku kumpul..
  • Aku suda gained sedikit berat badan jika mo dibandingkan dengan tahun 2007. Oklah tu.. nda la nampak macam lidi nya orang...
  • Berani bake cookies, cakes dan casserole dishes... first time dalam hidup aku pakai oven.
  • Dapat keep in touch balik dengan kawan-kawan sekolah SMAKK dulu...
  • Dari rumah apartment, kami berpindah ke rumah teres 2 tingkat (masih menyewa sementara menunggu rumah sendiri siap).. salah satu factor buat aku tambah tembam..
  • Apa lagi aaa...

Zizou pula suda berumur 2 tahun. Dengan tiba-tiba ja aku rasa, pertumbuhan minda si Zizou ni jadi bertambah-tambah.

  • Masih belum pandai bercakap dengan betul tapi semakin boleh difahami
  • Vocab semakin bertambah tapi disebut dengan pelat contoh
    • Bal = ball or bola
    • Dodo = duduk, kerusi
    • Oto = motor, basikal, dan yang sewaktu dengannya
    • Num = minum, botol air, iklan coke, aiskrim, calciyum, yakult dan yang sewaktu dengannya
    • Mam = makan, makanan
    • Nanak = tak nak
    • Ba bi or bebe = sebenarnya baby.. tapi tak dapat sebut sebutan be' dengan betul jika diikuti dengan sebutan bi.. pasal sakit telinga mendengar walaupun kami tau si Zizou innocent, perkataan baby ditukar dengan perkataan bebe
    • Mio = kucing dan anjing
    • Dido = tidur, tilam, buaian
    • Dan etc....
  • Pandai menyanyi la kunun.. ikut orang menyanyi.. tapi kalau mummynya menyanyi, zizou marah.. cheh..
  • Suka menari ala-ala shuffle
  • Suka tendang bola
  • Suka model aircraft.. kenal logo MAS dan AirAsia dan akan sebut – ae-asye (kunun airasia)
  • Suka iklan uMobile, dan akan sebut U berulang-ulang selepas iklan uMobile
  • Suka Tom Tom Bak, dan sebut – Pu Pu Bak.. jika terlihat Aznil Nawawi juga Pu Pu Bak
  • Boleh kata semua rancangan dalam Astro Ceria Zizou suka
  • Suka iklan Jom Heboh, dan akan nyanyi – Jo Pe Po Pe Po (kunun Jom Heboh Heboh)
  • Suka main air yang amat...
  • Kesimpulannya, banyak... penat juga aku mo list satu-satu ni.. apa2pun, me and abang edi are proud of him


 

Semoga tahun baru 1430H dan 2009M ni akan membawa banyak rahmat kepada aku dan keluarga aku.. walaupun ekonomi diramalkan jatuh, harap2 kewangan kami tetap stabil. Semoga peluang aku untuk jadi isteri yang baik, ibu yang penyayang dan career woman yang berjaya bertambah-tambah dan dipergunakan dengan sebaiknya. Aku juga berazam untuk jadi manusia as a whole dan muslim yang lebih baik. Dan semoga 2009 ni, Zizou akan dapat seorang adik perempuan yang comel.. hehehe.. InsyaAllah..

Wednesday, December 24, 2008

Dear God

Dear God,

Please grant me the serenity to accept the things I cannot change;

The courage to change the things I can;

And the wisdom to know the difference

Tuesday, December 16, 2008

Selamat Pengantin Baru!

masuk hari ni, sudah 4 hari since adik aku, Tasha bergelar isteri orang kepada lelaki pilihan hatinya, Rizan. dorang ni berjumpa time kerja sama-sama di AirAsia Labuan. skg, si Tasha is waiting for her KPLI posting... harap2 dpt di Labuan jugak la... kalau dpt tempat lain, kesian juga tu kan kena pisah2 sama lakinya..

dan macam biasa, sudah menjadi tradisi keluarga belah bapa aku, kalau ada orang kawin ja.. semua urusan akan dibuat secara bergotong-royong - no catering... dan antara orang yg bersusah payah - mesti la aku :)

mata aku pun skrg ni sudah naik eye-bag.. pasal nda cukup tidur dan kepenatan yg amat.. tp aku rasa parents aku lg penat.. sudah la physically penat, fikiran pun penat juga..

nasib ja sepanjang kami berusah tu (berusah means gotong-royong buat kerja in brunei), si zizou memberi kerjasama yg amat baik dengan membanyakkan rehat.. jd, aku pun nda la berapa pening mo melayan anak, mana lagi mo menolong2 buat kerja...

the kenduri turn out well... semua orang gembira... (ya ka? ke ada yg busuk hati tidak gembira.. hehehe.. lantak la..).. the pengantin look happy and pretty/handsome..parents aku pun mungkin menerima duit huluran yg banyak... hehehe..

so, selamat mendirikan rumahtangga kepada Tasha dan welcome to the family to Rizan.. semoga kamu berbahagia dunia dan akhirat...

Tuesday, October 28, 2008

Azam – bukan nama baby saya

End of this week – Insyallah, aku pi jalan-jalan cari pasal.. ingatkan aku untuk buat photocopy passport aku, Edi dan Zizou. Excited ka? Excited juga.. tapi aku tidak penah set my expectation too high whenever I'm going to anywhere.. dengar cerita kengkawan..semuanya best saja.. budget? Insyallah.. ada la sikit..

Next week – aku melangkah ke fasa baru dalam dunia karier aku sebagai "saya yang menurut perintah". Tapi fasa baru aku tu, aku rasa macam tiada apa saja.. pasal aku tidak bertukar tempat.. hmm..post saja tukar..

Azam tahun ni – aku harap aku dapat capai target aku tahun ni.. aku sudah bagitau bos aku siang2 mengenai target aku.. insyallah, mudah2an Tuhan bukakan hati bos aku dan hati2 sesiapa yang terlibat supaya target aku tu tercapai.

Azam tahun depan – aku mau capai satu target yang sepatutnya aku berharap untuk dapat tahun ni, tapi kandas. So, aku sudah maklumkan kepada Edi dengan harapan dia akan support aku.. aku mau ambil this particular kelas dan exam… kalau aku lulus, insyallah boleh jadi pemangkin kuat untuk aku capai target aku yang satu ni. Dan aku pun sudah maklumkan kepada bos aku, aku mau ambil satu kursus ni.. supaya aku akan jadi terer dalam topic ni.. so, orang2 yang perasan pandai tidak akan tanya aku soalan2 yang membuatkan aku buduh terpinga2 diserang bertubi2 tanpa belas kasihan sampai mukaku merah macam cili yang masak menyala… kalau dorang mau tanya pun, aku sudah bersedia dengan bekalan yang amat hebat sampai telinga mereka akan berdesing mendengar hujah2ku yang amat bernas dan tidak pernah didengari dari mulut orang lain melainkan dari mulut aku semata2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...