google analytic

Nuffnang

Showing posts with label azam kurus. Show all posts
Showing posts with label azam kurus. Show all posts

Thursday, April 3, 2014

Azam 2014 - Misi pengurangan 5kg berat badan

Halu.....

Dengan sukacitanya saya memaklumkan, lepas start gaya pemakanan sihat since Februari 2014, saya telah lost 1kg. Huhuhu.
Lama kan, 2 bulan lamanya.
Maknanya, ada 4kg to go.

Itupun,  aku sudah selalu dapat compliments yang aku sudah kelihatan semakin kecil.
Erk... itu boleh cakap compliments ka? I think so. Because I feel happy. Hohoho..

The best part is when orang lain unit tapi satu bahagian, tanya Addin tu adik ka? Wahaha.
Bila aku bagitau yang Addin tu anak, dorang tanya lagi. Umur berapa? Aku cakap darjah 2.
Terkejut pula. Wahaha.
Sebab aku looks halus kononnya.

It's a challenge actually.
To have this petite size of body. Mau kena maintain pula.
Silap cara, boleh jadi penguin.
I prefer to be halus. :)

I don't feel kurus.
Cuma rasa lebih sihat.
Dan lebih ringan.

Cara gaya hidup saya ala aku kunun:
Naik tangga, turun tangga opis. 3 tingkat ja pun. Duh.
Makan nasi waktu lunch dan dinner. Tapi kurangkan portion kepada sebesar penumbuk sahaja. Protein wajib ada.
Banyakkan makan sayur dan buah.
Kalau time makan buah, aku suka makan dengan natural greek yogurt. Gabungan yang sedap: oren sunkist + yogurt, strawberry + yogurt.
Kurangkan pengambilkan makanan dan minuman manis.


Kurangkan pengambilkan makanan yang berkandungan sodium tinggi.
Hindarkan makanan ringan. Processed food pun kalau boleh kurangkan.
Tidak mengeluh kalau kena parking jauh-jauh. Anggap ja macam senaman.
Banyakkan minur air putih.
Pastikan berak sehari sekali. Paling kurang dua hari sekali.
Senaman? Jarang-jarang. Aku teringin mau beli Xbox Kinetic tu. Bole main game menari sampai pengsan. Sambil score dapat points banyak-banyak.

Okeh. Kena turun 4kg lagi. Kalau berat aku dapat cecah 43kg, aku sudah kira gembira yang amat bersyukur ni.


Friday, February 14, 2014

Makanan di opis

Aku suka bawa bekal ke opis.
Dulu sebab, makanan cepat sangat habis di cafe.
Sedangkan, baru pukul 1 tengahari. Duh. Apakah?

Satu lagi sebab, aku rasa makanan tengahari di cafe office aku ni mahal.
Selalunya harga nasi campur yang aku kena bayar, lebih kurang RM5.
Dan juga, oleh kerana nasi dan lauk cepat habis, jadi aku kena opt for other food option.
Yang lebih mahal. Contoh: Nasi Ayam, Chicken chop, Nasi kukus, Nasi goreng.
(By the way, makanan western di cafe kami - diusahakan oleh dua budak muda - memang sedap. Saya suka!)

Jadi dulu, suka hati la mau bawa bekal apa pun.
Selalunya, bekal yang aku bawa tu mestilah apa yang ada dalam peti ais dan kabinet pantri makanan.
Kek, biskut, roti, sausage, etc.
Atau makanan dinner sebelum yang tidak habis.

Membazir bah kalau buang begitu ja.
Bagus aku makan. Jimat belanja.

Sekarang, aku bawa bekal sebab aku mau pastikan makanan yang aku makan tu sedap dan sihat.
Mungkin kurang sedap, sebab aku sendiri masak.
I am definitely not a cooking goddess. Hohoho!
Tapi confirm, lebih sihat. Sebab aku sukat kuantiti karbo, mesti ada protein, banyakkan sayuran, kurang garam, kurang gula dan kurang minyak.

Jadinya, aku akan pastikan ada stok air putih di pejabat.  
Kalau dulu bawa milo 3 in 1, sekarang aku bawa green tea siap brewed dari rumah.
Bekal buah juga mesti ada. Siap potong. Boleh jadi snack.

Hari ni bawa pisang dan 3 biji pitted prunes. 
Kulit pisang ja yang tinggal.
Prune sudah masuk dalam perut.

Kadang-kadang makan sedikit kacang-kacangan, juga sebagai snack. 

  Makanan tengahari hari ini.
Suhun, wakame seaweed, brokoli, lobak merah, lemon dan salmon. 
Suhun direndam sehingga lembut.
Dried wakame direndam sehingga kembang.
Brokoli dicelur sekejap.
Lobak merah dipotong mentah.
Salmon, diperap dengan kicap manis (ala teriyaki sauce konon), digoreng atas non stick pan tanpa minyak. Sebab salmon itu sendiri sudah berminyak. Ada omega 3 :)
Lemon - pengganti dressing. Tiada masa mau buat dressing pagi ni.
Sedap! 
Jumlah kalori. No idea. Tapi maybe tidak sampai 300.

Selamat berusaha Nadia!
Apa yang penting - wasatiah (bersederhana) dan istiqamah (konsisten).

Thursday, February 13, 2014

Azam 2014 - Get rid of the 5kg fat

I am in serious need to get rid of my lemaks!!!
Especially, lemaks yang setia menghuni di kawasan pinggang, punggung dan paha.
Rasa amat berdosa kepada badan sendiri.
Tolong!!

Mula perasan diri ini gemuk sejak aku payah-payahan pakai jeans kegemaran.
Dan tidak boleh pakai jaket yang Abang Edi beli, saiz S.
Gilaks!!
Sedangkan saiz S tu la saiz aku sebelum ni.
Tengok cutting juga la. Kadang-kadang, kena pakai saiz XS.
Last year punya cerita ni. Awal bulan 6.

Tapi, tu la.
Lepas perasan perut mengembang pun, masih lagi aku buat bodo.
Aku macam berserah dengan keadaan gemuk sendiri.
Abang Edi cakap, jadikan la jaket itu sebagai motivasi untuk mengempiskan perut.
Tapi aku cakap - biar la. Aku redha. Buduh!

Sekarang jaket tu dibiar tergantung tanpa tuan.
Tuannya macam invisible.
Aku mau let go, Abang Edi sentap pula.
Mau tak sentap, payah2an beli jauh dari London kunun.. Huhu.

Kebuduhan aku terhenti, about end of 2013.
Sebab aku rasa kebuduhan telah menjerat diri.
Baju kurung pun makin sempit.
Beli baju baru pun kena beli saiz L.
Tidak boleh beli saiz lebih kecil, sebab boleh nampak ada tayar lebihan dan tidak boleh butang di di bahagian perut.
Kalau dulu jeans pinggang 24, sekarang suda 28.
Sedangkan aku masih ketot. Jadi sekarang aku rasa macam penguin.

Naik tidak banyak. 5kg ja. Sekarang aku 45kg.
Berat ideal 40kg. Ini adalah saiz badan aku yg ngam-ngam.
Aku pernah hit 36 - 37 kg. Which time ni aku macam rangka tengkorak hidup.
So means, kalau aku mau kelihatan normal, aku kena turun balik ke berat 40kg.
Dan aku juga lebih memahami badan sendiri.
Pertambahan dan pengurangan walau 2-3kg sahaja (inikan pula 5kg) mempunyai signifikan yang amat besar perbezaan bentuk badan aku.

Azam tahun 2014.
Aku kena turunkan berat badan dari 45kg ke 40kg dan maintain.
Hujung tahun mesti dapat 40kg.
Paling awal bulan 10. Sebab bulan 11 aku ada konvo.
Wah... buduh di situ juga. Baru tahun ni mau konvo.
Siapa suruh betebiat siapkan tesis. Tidak sempat pula mau konvo last year.
Amik ubat. 

Kenapa target sampai hujung tahun? Kenapa tidak ASAP?
Sebab, aku mau melatih perut supaya menjadi lebih kecil.
Rasa cepat kenyang walau makan nasi segenggam cuma.
Mau melatih badan supaya menjadi lebih cergas.
Melatih nafsu supaya tidak gila dengan makanan yang banyak lemak, berkalori tinggi dan manis.

Membuat perubahan dalam masa singkat, akan merosakkan badan.
Jadi, apa kata buat strategi slow and steady.
Pertambahan berat badan ini pun bukan dalam masa singkat.
Ada la setahun lebih lamanya dari 40kg jadi 45kg.
Jadi, turun berat badan pun kena la ambil masa lebih kurang macam tu.

So, di sini aku mengumumkan untuk ingatan diri sendiri, azam tahun 2014 ialah - kurangkan 5kg ja.
Tidak lebih, tidak kurang.

Oh, dan azam lain (ada 2 azam ja), simpan RM1000 setiap bulan.
Harap-harap azam tercapai. Amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...