google analytic

Nuffnang

Showing posts with label Turkish Airlines. Show all posts
Showing posts with label Turkish Airlines. Show all posts

Friday, March 25, 2016

Bulan Madu 2016 di Turki (Hari ke-9 - 17 Mac 2016 - Istanbul ke Dubai)

Last day kami di Istanbul.
Pagi ni aku tidak semangat mau bergambar segala sebab aku masih penat lagi kesan travel semalam. 
Tak habis-habis penat kan.
Sori le. Paham-paham le ye.
Mak buyung la katakan. Huhu.

Lepas breakfast tu, Abang Edi tanya di kaunter samada kami boleh buat late check-out.
Sebab flight kami pun lewat, jam 7 malam.
So, masa paling awal yang sesuai ke airport pun ialah jam 3 petang.
Nuray di lobi bagitau yang hotel dorang penuh hari ni.
Tapi dia bagi juga kami late check-out hingga jam 1.30 petang.
Sesuai sangat la tu, ada juga masa untuk kami rehat jap, packing dan solat. 

Awal pagi ni, kami kembali lagi ke kedai orang Malaysia yang jual sejadah wangi tu.
Sebab Abang Edi cakap dia mau membeli untuk sedara mara dan rakan-rakan yang mengorder katanya.
Aku pun tumpang la juga buka order dengan rakan-rakan sepejabat.
Bukan ambil untung sangat pun, aku bukan pandai beniaga.
Saja suka-suka untuk berkongsi kegembiraan benda yang kita boleh dapati di negara orang dan bukan di negara sendiri.

Sementara aku menguruskan hal check-out, Abang Edi sempat ambil gambar sambil bersigup di luar.

Hari ni aku sudah buat plan.
Aku mau lunch dekat-dekat hotel ja, makan testi kebab.
Lepas tu beli ambil gambar last di Dataran Sultanahmet.
Then beli baklava dan turkish delight untuk dijadikan ole-ole bagi orang Malaysia.

Mula-mula, kami pi lunch dulu.
Area Hotel Ambassador ni bersepah restoran. 
Pilih ja mana yang berkenan di hati.

Kali ni kami try makan di Million Cafe and Restaurant.
Selang satu lot saja dari Hotel Ambassador.
Aku pilih restoran ni sebab ada terrace view.
Tapi sejuk punya pasal, kami makan indoor ja la.

Seperti biasa, mesti ada roti.

Dan sundried pepper.

Aku ingat dorang ni bagi portion nasi dan fries tu untuk satu orang sebab kami memang order satu meal ja.
Rupanya dorang bagi karbo tu untuk 2 orang.
Very generous.

Show testi kebab.
Kebab ni dimasak dalam claypot atas api, lepas tu diketuk-ketuk hingga terbuka penutupnya.

Nyam nyam, memang kena dengan selera orang melayu.
Orang restoran ni pun memang baik.
Dorang siap offer free cay tapi sebab kami ni sudah kenyang kami pun tolak dengan berhemah.
Turkish cay di tengah kota Istanbul boleh cecah harga 5 TL juga tau. 
Kalau di Cappadocia dan Pamukkale sekitar 2-3 TL ja.

My last picture di Dataran Sultanahmet.
Mungkin di belakang tu adalah bunga tulip.

Abang Edi risau ja aku bergambar dekat crowd orang ni.
Takut ada orang gila bom di sini.
Alhamdulillah, semuanya selamat.

Lepas beli baklava dan turkish delight, kami kembali ke hotel dan bersedia ke airport.
Patutnya kami order teksi ja.
Tapi rupanya si Nuray adjust supaya kami naik dengan shuttle dorang.
Patutnya kena bayar 25 Euro, tapi kami bayar 50 TL ja untuk kami dua orang.
Mungkin sebab sudah ada customer dorang yang lain order shuttle.
Kiranya kami ni macam menumpang ja la sekali jalan.
Lucky us! Thanks Nuray!

Setiba di airport di kaunter Emirates, kami bagitau dengan ground staff dorang, kami mau check-in luggage kami dibawa direct ke KLIA, kami tidak mau ambil di Dubai.
Dorang pun ok ja.
Maka kami pun terus dapat boarding pass untuk Istanbul - Dubai, Dubai - KL dan meal voucher untuk kegunaan di Dubai airport nanti.
Oooo.. aku ingatkan, di Dubai nanti baru boleh ambil meal voucher ni.
Excitednya aku, bole la makan thai food!

Istanbul airport punya terminal ni besar, orangnya ramai tapi tiada free wifi. 
Huhu.
Mau bershopping pun aku tiada nafsu.

So, kami pun pegi ke tingkat atas. 
Situ banyak restoran yang offer free wifi termasuklah Carluccio's ni.
Beli mocha dan croissant pun sudah 20 TL. Hohoho.. 

At last, masa untuk meninggalkan bumi Turkey.
Flight yang kami dapat ni flight baru mungkin.
Sistem ICE dorang pun canggih semacam.
Touch screen lebar dan response pun very the good.

Bye Turkey!!

Aku tidak selera sangat mau makan sebenarnya.
Lebih kepada mau ambil gambar ja.

Setelah 4 jam penerbangan, kami pun sampai di Dubai International Airport. 
Di airport ni, jam dinding pun guna brand Rolex.

Punya la besar airport ni.
Mau ke departure gate pun kena jalan 1km agaknya.

Aku sempat tukar duit Lira kami ke Dirham di money changer airport ni.
Memang la tidak menguntungkan, tapi aku rasa kami tiada masa lagi mau menukar duit ni sebab kami tiada hasrat pun pegi ke mana-mana tempat yang ada money changer di Dubai ni.

Shuttle Holiday Inn Dubai Airport kami sudah sampai.
Tidak lama pun kami menunggu. 
Memang rezeki kami la. 

Yang boringnya aku ni, rupanya aku order bilik King bed smoking room.
Ni sebab sayang sama Abang Edi punya pasal la ni.
Aku mau bilik non-smoking tapi dia cakap ada single bed ja.

Penat punya pasal (jam sudah menunjukkan 2.30 pagi), aku pun pelik kenapa aku go ahead ja dengan smoking room tu.
Terus aku tidur dalam keadaan pening sebab bau rokok yang melekat di karpet dan curtain bilik tu.
Menyesal sungguh saya. 
Sabar ja la.. Ini hanya untuk satu malam. 


Bulan Madu 2016 di Turki (Hari ke-8 - 16 Mac 2016 - Pamukkale ke Istanbul)

Setelah lama memerapkan diri dalam bus, akhirnya sampai juga kami di Denizli.
Dari sana, aku dan Abang Edi dijemput oleh tour agent yang berusahasama dengan Rock Valley.

Dari Denizli dia bawa kami ke opis dorang di Pamukkale.
Tu opis dorang yang ada tulisan cina di pintu.
Dorang boleh buat tulisan cina sebab salah seorang pekerja mereka berbangsa Ugyur.

Sambil menunggu bilik, orang tour agent tu offer Abang Edi amik paragliding ride.
Dia buat offer kunun.
Selalu 80 Euro, tapi offer jadi 200 TL.
Abang Edi pun meng'ok'kan saja tanpa sebarang penawaran.

Tips:
Jangan buat deal ketika penat dan mengantuk.

Jam 6.30 pagi camtu, kami dibawa ke bilik hotel kami.
Bilik hotel kami di Arkadas Pension, sebelah ja dengan opis tour agent kami tadi,
Bilik ni la bilik yang paling simple kami pernah duduk selama kami di Turki ni.
Bersih, ada tilam, ada bilik air.

The only almari dan meja dalam bilik ni.

Bilik air pun simple ja.

Yang penting, kami dapat meluruskan badan dan sambung tidur selama 1 jam. 
Patut la si Didem boleh bagi free, bilik camni ghopenye.
Hoho.

Lepas mengurus diri, kami ke opis pension hotel tadi tu,

Dapur yang unik.

Cara penyediaan teh Turki ala kampung.
Dapur gas, cerek berisi air panas dan cerek berisi teh pekat.
Untuk serve tea, teh pekat tadi dicampur dengan air panas mengikut tahap kepekatan dan citarasa peminum teh.

Our breakfasts.
Roti, telur rebus, jem, butter, chocolate spread macam nutella, cheese, tomato, timun dan jeruk olive.
Sedap juga la makan ketika lapar dan sejuk-sejuk ni.

Hari ni, kami ada tour pegi Hierapolis dan Pamukkale.
Sekali dalam tour group kami ni, ada 2 orang beradik ipar perempuan dari Malaysia, seorang mamat dari Hong Kong dan sepasang anak beranak ibu dan anak dari Brazil.
Meriah la juga group.

Mula-mula, kami dibawa ke Karahayit iaitu kawasan air mata air.
Tempat ni dipanggil Red Spring Water atas sebab yang aku pun kurang sure sebab tour guide kami ni macam pelat sikit englishnya.

Then kami dibawa ke Hierapolis iaitu sebuah kawasan tinggalan Roman di Pamukkale.
Tapi sebelum tu aku layan aiskrim Turki ni dulu.
Di Istanbul aku tidak terjumpa pula ni aiskrim.
Macam biasa la, kena acah-acah dulu oleh si pencedok aiskrim sebelum dapat aiskrim yang sempurna. 

Masuk dulu ye. 
Sebelah Abang Edi tu la tour guide kami.

Di kawasan Hierapolis ni, banyak sangat siput babi berkeliaran.
Kesian kalau tepijak.

Mungkin pernah jadi pintu gerbang ke, perpustakaan ke.

Ni mungkin pernah jadi kotanya.
Tapi mau masuk, kena extra fee.
So we didnt't masuk here.

Bole pula dog ni landing atas rumput yang amatlah kontras dengan warna bulunya yang putih.
Dalam gambar nampak kecik, tapi sebenarnya besar.

Then kami ke Pamukkale pula. 
Sebelah ja dengan Hierapolis ni. 

Di tempat yang kami duduk tu, ada longkang air panas.
Memang sedap la basahkan kaki di saat cuaca sejuk.

Nampak cam lembut cam pasir kan.
Tapi sebenarnya keras macam batu sebab tu ialah kesan mineral. 

Ni la Muzium Hierapolis yang kena extra fee untuk masuk.

Kami janji dengan tour guide untuk berjumpa di sini. 

Aku ingat antique pool ni tertutup, rupanya terbuka ja.
Boleh mandi dalam ni, tapi lepas tu melekat bau kentut (sulfur).

Lepas tu pegi teater pula.

Aku rasa macam gayat di sini ni.
Tangga-tangga ni tinggi betul. 

Ok, sepatutnya lepas melawat Pamukkale dan Hierapolis ni, kami kena bawa pegi lunch.
Tapi sebab Abang Edi ada paragliding ride, jadi kena dahulukan itu dahulu sementara cuaca masih baik.

Sekali dengan Abang Edi, dua orang beradik ipar dari Malaysia tadi tu pun ambil paragliding ride ni juga.
Tapi dorang dapat harga 150 TL ja setiap sorang.
Rezeki betul dorang kan.

Abang Edi cakap, menyesal tidak tawar menawar pun tiada gunanya.
Dia kata at least ada pengalaman berterbangan di bumi Turki sebab hot air balloon tidak jadi.
Lepas paragliding tu, beli lagi memory card yang ada gambar dan video Go-pro dia berparagliding tadi.
Koyak lagi poket 100 TL. 

Oleh kerana aku lupa mau snap lunch buffet kami tadi, maka aku share ja la pandangan biasa di sini.
Macik-macik buat gozleme di tepi jalan.
Dan aku tidak merasa pun gozleme asli di Turki.
Sedangkan makanan ni la yang aku jatuh cinta ketika di Perth :)

Sudah habis makan, kami dibawa pula ke Natural Park.

Di sini, tour guide kami bagi makan roti percuma kepada angsa dan itik liar.
Tapi angsa di sini tidak sudu orang.
Tidak ganas sangat.

Sedap ja itik dan angsa tu berenang dalam air hangat.

Ok, masa untuk ke airport.
Tokey tour agent kami cakap, sebab kami cakap kami mau promote dorang to other Malaysian, aiseh, aku terhilang pula bisnes kad dorang kan, huhu, dia mau belanja kami pegi satu lagi attraction site.
Ngam-ngam site tu terletak dalam perjalanan kami ke airport. 

This is the place, Kaklik Cave.

Warna biru dan hijau itu adalah semulajadi tanpa filter.
Cantik kan.

Kaklik Cave ni dikatakan sama struktur dengan Pamukkale tapi di bawah tanah.

Bau sulfur di sini pun boleh tahan juga.


At last, sampai di airport juga.

Kali ni aku bijak sikit, aku check-in online awal-awal.
So dapat duduk tepi tingkap.
Tapi sudah malam pun, bukan nampak apa sangat.

Airport Denizli ni besar, tapi tidak ramai orang. 

Daaa Denizli.

Kapal yang kami naik kali ni kapal baru.
Inflight entertainment dia pun macam canggih.

Makanannya macam biasa, mesti ada salad, kek dan sandwich.
Kek coklat tu sedap.
Salah tu ialah kacang panjang dengan olive oil. Sedap juga.
Sandwich cheese tu pun sedap.
Sume sedap la.

Sesampai di Istanbul, driver kami sudah setia menunggu.
Sebab kami tiada check-in luggage, so urusan kami simple ja.
Tapi hari ni di airport macam agak sibuk sebab banyak kereta polis meronda.
Semalam kan ada kejadian bom di Ankara.

At last, kembali ke Hotel Ambassador.
Bilik lain, tapi lebih besar dari yang sebelum ini.
Hello proper bed!!
Tomorrow is our last day in Istanbul! Yieha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...