google analytic

Nuffnang

Showing posts with label latepost. Show all posts
Showing posts with label latepost. Show all posts

Thursday, March 23, 2017

Kemaskini cerita dalam blog - November 2016



 Kami beli baby carseat untuk Emir sebab lepas ni mau travel cuti-cuti Malaysia kunun.
Biar dia practice awal-awal so biar dia disiplin duduk dalam kereta. 
Sekarang ni kalau duduk dalam carseat dia pasrah ja. Haha.   

11 November 2016. 
Percutian pertama kami lepas aku habis pantang. 
Muka je ada cebek tapi sebenarnya Emir aman dalam carseat.
Sengal tangan mummy kalau pegang lama-lama.
Selamat pun terjamin, InsyaAllah.

Rasa macam lama sudah tidak travel. 
Oleh kerana Emir masih kecil, maka kali ni kami travel dalam negara ja la.
First time ni Abang Edi and the kids pegi Cameron Highlands. 

Kami menginap di Hotel De La Ferns.
Aku book bilik besar yang ada 2 queen bed. 

 Gambar ketika breakfast di kaki lima cafe sambil menghirup udara segar.
Breakfast di hotel ni sedap especially croissantnya.


Sebelah hotel ni ada restoran juga. 
Malam-malam bole makan steamboat.
Parking pun senang. 
Very convenient. 
 
 Datang Cameron Highlands wajib la ada sesi memetik stroberi. 
Abang Edi, Addin dan Zara ja yang buat aktiviti ni.
Aku tunggu di cafe ja dengan Emir sebab untuk ke kebun ni kena naik tangga tinggi dan banyak sangat.
Tak larat mak.

 Mereka dengan hasil tuaian.
Zara tersenyum sumbing sebab Abang Edi malas mau beli aiskrim stroberi.
Orang ramai sangat que mau membeli.

 Dari lokasi memetik stroberi, kami ke Ladang Teh Boh di Sungai Palas. 
Bukan jauh sangat pun tapi jemnya masyaAllah, ana tak tahan la. 
Boleh tahan boring juga berjem dalam kereta.


Dapat juga la kami makan kek dan ambil gambar pemandangan ladang teh yang cantik. 
 
 My post confinement face. 
Ada la kurang sikit bulatnya lepas bersalin tu. Hehe.

November. Bulan last sekolah dan cuti sekolah bermula.
Keputusan exam anak pun diumumkan.
Both Addin and Zara did well in their exam.
Tiada la well sangat sampai naik pentas dapat hadiah di both sekolah kebangsaan and KAFA.
Ada budak lain yang lebih bagus daripada mereka.
Belajar hari tu pun ala kadar ja kan.
Dorang masih stay di kelas elit dan tidak diturunkan ke kelas lain.

 Zara dapat hadiah no. 2 untuk exam dan sijil sebagai penolong ketua kelas. 
Well done Zara!

 Masa kami di Cameron tu, aku punya order Nintendo NES Classic Mini yang aku order since August I guess akhirnya sampai juga. 
My first game console.
Dulu zaman kecik-kecik bapa aku haramkan sebarang unsur game dalam rumah kecuali game Windows wajib dalam pc iaitu solitaire, minesweeper, pinball. 
Sudah tua baru la merasa ada console.
Tapi bukan aku main pun. Aku tengok ja anak-anak aku main game.

Wednesday, March 22, 2017

Kemaskini cerita dalam blog - Oktober 2016

Bulan ni tidak banyak aktiviti sebab aku masih dalam tempoh berpantang lepas bersalin Emir.
Tapi wajar untuk diingati sebab ada dua tarikh penting dalam keluarga kami yang berlaku dalam bulan ni: birthday aku dan birthday Zara.

 Sempena birthday aku, my bestfriends since sekolah menengah: dari kiri, Liean, Faiz dan Diana, datang ke rumah dengan tujuan untuk melawat aku yang baru bersalin sambil bawa kek untuk sambut besday aku. 
Terharu mak. 
Semoga mereka semua dilindungi dan dirahmati Allah hendaknya. Amin. 

Dalam bulan 10 ni juga, musim peperiksaan semester akhir berlaku.
Oleh kerana aku masih dalam keadaan pantang, jadi aku tidak la boleh mau garang sangat macam cikgu disiplin.
Ajar Addin dan Zara pun lebih kurang saja. Kalau lebih-lebih, jadi meroyan pula aku. 
Syukur juga. Not doing very good but not doing bad either. 
Masih kekal dalam kelas yang sama means tiada penurunan. 
Ada peningkatan pada Zara. 

Birthday Zara yang ke-7.
Sebenarnya Zara request mau sambut birthday di sekolah.
Tapi sebab keadaan yang tidak sesuai aku pujuk Zara untuk buat di rumah saja.
Beli cupcake 7 biji, pacak lilin 7 batang, nyanyi di rumah ja la. 
Be a good girl, kakak Zara!

 Sebagai hadiah birthday, Abang Edi bawa Zara pilih dan beli mainan di ToysRus.

 Addin yang belum birthday pun tumpang sekaki dapat hadiah juga.

 Pastu Addin dan Zara kena bawa main ice skating di Sunway Pyramid.
Mummy stay di rumah ja la dengan Emir.
Bulan 10 ni pun kind of menderita sikit juga. 
Sebab ada beberapa kali putus air di kawasan Selangor berpunca daripada pencemaran bau di Sungai Semenyih.
Mau berpantang pun tidak aman. Haih. 
Kesian Syabas asyik kena sumpah seranah ja. Huhu.
Tragedi Oktober untuk rakyat Selangor yang mengalaminya.
Semoga kejadian ini tidak berulang lagi di masa akan datang. 


Kemaskini cerita dalam blog - September 2016

#latepost #throwbackpost

Antara 12 bulan dalam tahun 2017, mestilah bulan ni yang aku paling ingat seumur hidup aku sebab Emir Aslan lahir dalam bulan ni.
Tapi ada cerita lain juga yang worth remembering dan worth to be documented in my blog supaya aku ingat sampai bila-bila.

 My last outing with my friends sebelum aku meletup.
First pregnant pic with Emir of mine yang aku upload masuk dalam social media.
Lepas aku upload gambar ni baru la ramai kawan-kawan FB dan IG aku tau yang aku pregnant. 
(Sebelum tu pun ada sudah yang tau sebab Abang Edi ada post gambar kami scan di klinik di FBnya).  

 Kami punya outing tu kind of adhoc sebab tiba-tiba ja aku ajak keluar sebab aku mengidam mau makan dimsum.
Hehehe. Nasib baik ada kawan-kawan mau melayan permintaan. 
Kami menjamu dimsum ni di Dolly Dimsum, NU Sentral. 

 Bulan 9 tu adalah musim tarap. Nasib baik dekat area rumah ada Pasar Borneo.
Berabis la aku bangun pagi on Saturday sebab mengidam tarap ni.

 Selamat hari raya Aidiladha!
Mukaku bak bulan penuh!

 Kelupis diimport khas dari Labuan.
Rendang ayam aku masak sendiri. 
Dan tahun ni juga aku ada buat korban sebahagian lembu.
Semoga urusan aku beranak nanti dipermudahkan. 


   Bergambar dengan my husband and my in-laws depan rumah mentua.
Kebetulan semua ada di KL. Jadi dapatlah kami raya haji bersama-sama.
Bulatnya aku di situ. 

Dan pada 26 September 2016, saat yang dinanti-nantikan telah tiba. 
Kami dianugerahkan hadiah dari syurga. 
Emir Aslan diberi nama :)

Thursday, September 15, 2016

Kemaskini cerita dalam blog - Ogos 2016



 
Awal bulan Ogos ni, Pokemon Go baru dibuka untuk pengguna ios di Malaysia.
My henpon tidak terkecuali menerima pengaruhnya.
Thanks to Addin.
 Aku nda pernah peduli ni Pokemon. Bikin cepat habis bateri ja.
Aku tetap setia pada Candy Crush Soda Saga.


 Dalam bulan Ogos ni juga, aku buat discovery baru.
Rupanya ada Pasar Borneo setiap sabtu dari 7 hingga 11 pagi tidak jauh dari kawasan rumah kami.
Here, kelihatan si Addin posing untuk mamanya.

 Lemiding or midin muda. Sedap dimasak ringkas.
 Di Pasar Borneo (Jalan Jinma 7, Seri Kembangan), ada dijual macam-macam produk Sabah Sarawak.
 Berdasarkan pemerhatian aku, produk Sarawak lebih banyak daripada produk dari Sabah.

Kalau anda beragama Islam dan kurang arif dengan makanan Sabah dan Sarawak, saya cadangkan supaya berhati-hati sebab ada beberapa makanan yang dijual ialah makanan yang obviously tidak halal contoh seperti bosou bakas (pekasam or jeruk babi hutan).
It won't hurt if you ask the seller nicely kot2 makanan tu halal ka haram ka.
Tapi rasanya dorang pun akan advise saudara saudari.
Sabahan dan Sarawakian amat muhibah. 
Tanya je, they won't bite. 

- Dalam bulan Ogos ni, ada pesta Olimpik di Rio, Brazil. Malaysia berjaya beroleh 3 pingat perak melalui sukan badminton, 1 pingat perak melalui sukan terjun papan anjal dan 1 pingat gangsa melalui acara sukan berbasikal. Memang sakit jantung bila tengok final badminton. Hehe. 

- Tarikh 29 Ogos setiap tahun adalah tarikh penting dalam keluarga. Abang Edi turns 40!! Kunun tuan punya badan mau pegi snorkeling di East Coast. Aku pula dengan keadaan yang sudah masuk trimester ke-3 ni macam tidak ngam ja mau naik bot merentas lautan segala. Kalau boleh biar la destinasi percutian kami tu dekat dengan hospital. Kalau ada apa-apa kecemasan kan senang. 

 Pilihan terbaik dan terdekat ialah di Lexis Hibiscus di Port Dickson. 
Oleh kerana ni besday Abang Edi, so the vacation is on me. 
Aku saja pilih hotel ni sebab ada swimming pool di balkoni bilik.
So, I don't have to menunggu anak bermandi manda di kolam public di tengah panas.
Tengok dari katil ja pun ok.

 Seems like Abang Edi kurang enjoy sebab dia cakap pool tu kecik sangat. Errr... 
Tapi budak 2 orang tu suka sangat.
Aku pun rasa ok sebab aku boleh mandi pool tanpa perlu pakaian renang lengkap.
Mana lagi ada pakaian renang yang muat dengan perut aku yg besar sekarang ni.

Apa-apa pun, I hope you have a blast Abang Edi!


Kemaskini cerita dalam blog - Julai 2016

Sambungan daripada post sebelumnya. 

Julai 2016

- 6 Julai bersamaan dengan 1 Syawal iaitu jatuh pada hari Rabu. Isnin dan Selasa aku masih setia datang ke opis. Motif? Sebab tahun ni kami beraya hari pertama di KL saja sebelah Abang Edi. Hari raya ke-2 baru balik Ranau sebab Mama mau beraya di sana sama mamanya.

- Syukur pada 5 Julai tu, HR kami bagi kami keja untuk setengah hari ja. So, di sebelah petang tu, aku dengan dibantu oleh Nurul dan Lina yang kebetulannya off day dan akan bekerja di 1 Syawal, masak rendang daging, ayam masak merah, acar timun lobak dan nasi minyak.

 Ni gambar rasmi sempena 1 Syawal keluarga kami :)
Warna tema ialah pink dan purple. 

- Pada raya ke-2, kami naik first flight dengan MAS dari KLIA ke KK. Aku sewa kereta Exora dari kawan aku dan kami terus off naik ke Ranau. 

 Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu... 
(Balik Ranau ja, mesti singgah bergambar dengan gunung kebanggaan orang Sabah ni)

- Malam raya ke-3, kami beraya di rumah adik Mama di Lohan. Tiba-tiba, aku dan Abang Edi dapat mesej yang alarm kami diusik di bahagian bumbung. Kurang asem. Punya la berdebar aku dan Abang Edi. Kami siap call 999 untuk tolong tengokkan rumah kami. Kunci rumah ada dengan si Nurul. Lepas periksa, polis tu cakap tu musang ja. Kurang asem sekali lagi. Syukur la musang. Kalau pencuri betul, mau kena tembak pencuri tu dengan polis yang buat rondaan tu. Terima kasih PDRM! Jasamu dikenang. 

 Gambar ni diambil ketika aku baru dapat mesej dari rumah kami yang bumbung rumah sudah diganggu gugat oleh larian musang di atas bumbung. 
Lepas dapat mesej tu, mau makan biskut pun tidak tenang.

-  Hari raya ke-4, kami meninggalkan Ranau dan ambil flight balik ke Labuan.

 Sebelum tu, singgah Desa Cattle Farm di Kundasang.
Addin dan Zara kecewa sebab dorang mau jumpa lembu kunun.
Tapi barisan kereta pengunjung yang datang amatlah panjang.
So, next time je la Addin dan Zara ye.

 Gambar keluarga without Nurul dan Lina. They are still in KL.

 First time kami ke Rumah Terbalik di Tamparuli. 
Boleh la. Sokong produk pelancongan negeri sendiri. 

- 3 hari ja kami di Labuan. Selama 3 hari tu, kami beraya di rumah pacik dan macik aku sebelah bapa ja. Masa tidak mengizinkan.

 Notebook yang dibeli dalam bulan puasa menggantikan Macbook Air yang telah dicuri oleh pencuri kurang asam. Sticker logo Apple tu Addin jumpa dalam kotak iPhone 6S aku. 
Addin lekat logo Apple atas logo HP sebab dia kata dia rindu dengan Macbook Air kami.
Huhu.
Once you go with MacOs, you can hardly accept Windows in your life. Ngee. 


 Raya setiap tahun tidak akan lengkap tanpa buka rumah kepada ahli keluarga untuk datang beraya.
Selalunya, kami akan ajak kawan-kawan juga, tapi tahun ni kami hanya buka rumah untuk ahli keluarga Abang Edi dan cousin aku si Leha ja. 
I made rendang daging dan Laksa Sarawak.

- Walaupun aku berjaya puasa penuh tahun ni, Alhamdulillah, tapi aku tidak dapat menahan dugaan untuk sambung puasa enam. My bad. Bukanlah banyak sangat opis terbuka yang perlu dikunjungi, tapi ntah la. Rasanya bila masuk musim raya ni, nafsu makan amatlah membuak-buak.

 Aku bawa mini sliders yang diinspirasikan dari page Tasty di Facebook untuk majlis raya opis.
Sedap!
BBQ chicken sliders with cheese kunun.



This is miracle. 
Ceritanya macam ni - Kami ada satu pokok kemboja yang tidak pandai tinggi-tinggi ni.
Lepas tu dia bantut macam tu ja la. Berbunga pun tidak. Tapi mati pun tidak.
Abang Edi geram dia rasa macam mau cabut ja pokok kemboja tu.
Aku pula sayang sebab tu aku punya request la tu mau ada pokok kemboja di laman rumah kami. 
Pokok bunga raya kami pula macam makan baja berkoyan. 
Punya la tinggi hingga melepasi tembok. Sedangkan kami bukan buat apa-apa pun. 

After almost a year (or maybe 2) pokok kemboja kami tu idle macam tu ja, tiba-tiba berbunga.
Wah... hidup juga rupanya kau ni kemboja ye.
Aku suspek pokok ni sihat sebab uncle cina jiran sebelah kami sembur-sembur baja sikit dekat kemboja tu. Hehe.
Sebab kalau uncle tu bekebun, dia selalu naik tangga sampai lepas tembok. 
Pokok bunga dia semua cantik-cantik.
Kami ni ja la yang macam hampes. 

Ok. Next, story Ogos pula.

Kemaskini cerita dalam blog - Jun 2016

Oh my...
Lamanya aku tidak update blog ni.. 2 months oredi..
Alasan: Sibuk dan malas.
Gandingan mantap dan meletop.
Hari ni mau rajin sikit.
Update apa-apa yang aku ingat event2 yang sudah jadi dalam masa 3 bulan kebelakangan ni - Jun, Julai dan Ogos.
Cara untuk recall pun senang ja, tengok ja dalam timeline Facebook.

Jun 2016

- Dalam bulan ni, kami kena pindah opis dari Putrajaya ke Cyberjaya. New environment and new route to office. Lagi senang pegi Cyberjaya daripada pegi Putrajaya sebab lebih dekat and less traffic jam.

-Time kami sibuk kan pindah opis tu la, ada cuti sekolah juga. Dan percutian ke Boracay sempena cuti sekolah telah lama dirancang.

- Lepas cuti sekolah tu pula, umat Islam seluruh dunia start berpuasa (5 Jun). Aku berazam untuk puasa penuh. Gambate ne!

- Dan pada awal ramadhan tu, aku, Addin dan Zara balik Labuan. Time kami balik tu la rumah kami kena pecah masuk. Dugaan.

-  Sepanjang bulan puasa tahun ni, boleh kata 90% daripada hari bekerja, aku sendiri akan masak makanan untuk buka puasa. Rasa tiada selera pula mau beli makanan dari luar. Tapi kerajinan aku menyebabkan aku sendiri pun rasa amazed dengan diri sendiri. Bole? Pembawakan baby agaknya.

 Lauk kari adalah lauk yang paling banyak aku masak sepanjang bulan puasa ni.
Stok ikan segar yang sudah disejukbeku dibawa khas dari Labuan. 
Kari ikan ka kari ayam ka memang menjadi rebutan di rumah kami.
Gila kari. Sampai aku pun jadi boring masak kari ja. 

- Untuk buka puasa tahun ni, aku dan kawan-kawan seperjuangan belajar di UM dulu berkesempatan untuk buka puasa sama-sama. Kali ni ramai sikit. Selalu (mana ada selalu, setahun 2 kali pun susah-susah mau jumpa), kami bertiga ja. Aku, Ann dan Wawa. Kali ni ada Rehan dan Hanna dan tidak ketinggalan, boipren si Wawa.

 Antara banyak-banyak gambar kami, di sini yang aku paling kurus. Dorang ni semua except for si Ann, tegezut that I am expecting. Huhu. 

- Oleh kerana aku selalu masak time weekdays, maka bajet kami untuk makan memang banyak save la. So, weekend ja, Abang Edi akan ajak keluar dan kami sungkai di luar ja kunun.

 Buka puasa di Mamasan. 
Aku belanja sempena father's day.
Sedap juga makanan di sini.
Harga pun sedap juga.
Apa mau buat, Abang Edi dan Addin mau makan nasi juga. 
Pastu Abang Edi mau makan di restoran yang dekat dengan park.
Sini la pilihan terbaik. 

- Sekali lagi pecah rekod, aku buat biskut sendiri dan hanya beli 2 jenis biskut saja daripada kawan-kawan opis, biskut tat nenas (malas mau buat sendiri) dan biskut oat choc chip (yang ni memang sedap habis aku tidak berupaya untuk mengklon kesedapannya). Sebelum ni, mana pernah aku bake biskut untuk raya. Tunjuk-tunjuk saja la. Tapi semua biskut-biskut yang simple-simple kunun. Memang kerajinan yang maksima. Baby ni bakal jadi chef mungkin. Hoho.

 Dari atas ikut putaran jam - Crinkle Chocolate, Butter Chop Chips, Choc Oats dan Mazola.
Banyak yang berunsurkan coklat sebab biskut-biskut yang ni ja anak-anak aku mau makan. 

- Kami masih trauma susulan rumah kami kena masuk pencuri pada Ramadhan kedua. Sebelum balik kampung, kami install home alarm system dan cctv. Puas hati. At least, usaha kami untuk melindungi rumah sepemergian kami sudah ditingkatkan. Apa yang perlu dibuat lagi ialah hanya doa dan tawakkal saja kepada Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...