google analytic

Nuffnang

Thursday, March 23, 2017

Kemaskini cerita dalam blog - November 2016



 Kami beli baby carseat untuk Emir sebab lepas ni mau travel cuti-cuti Malaysia kunun.
Biar dia practice awal-awal so biar dia disiplin duduk dalam kereta. 
Sekarang ni kalau duduk dalam carseat dia pasrah ja. Haha.   

11 November 2016. 
Percutian pertama kami lepas aku habis pantang. 
Muka je ada cebek tapi sebenarnya Emir aman dalam carseat.
Sengal tangan mummy kalau pegang lama-lama.
Selamat pun terjamin, InsyaAllah.

Rasa macam lama sudah tidak travel. 
Oleh kerana Emir masih kecil, maka kali ni kami travel dalam negara ja la.
First time ni Abang Edi and the kids pegi Cameron Highlands. 

Kami menginap di Hotel De La Ferns.
Aku book bilik besar yang ada 2 queen bed. 

 Gambar ketika breakfast di kaki lima cafe sambil menghirup udara segar.
Breakfast di hotel ni sedap especially croissantnya.


Sebelah hotel ni ada restoran juga. 
Malam-malam bole makan steamboat.
Parking pun senang. 
Very convenient. 
 
 Datang Cameron Highlands wajib la ada sesi memetik stroberi. 
Abang Edi, Addin dan Zara ja yang buat aktiviti ni.
Aku tunggu di cafe ja dengan Emir sebab untuk ke kebun ni kena naik tangga tinggi dan banyak sangat.
Tak larat mak.

 Mereka dengan hasil tuaian.
Zara tersenyum sumbing sebab Abang Edi malas mau beli aiskrim stroberi.
Orang ramai sangat que mau membeli.

 Dari lokasi memetik stroberi, kami ke Ladang Teh Boh di Sungai Palas. 
Bukan jauh sangat pun tapi jemnya masyaAllah, ana tak tahan la. 
Boleh tahan boring juga berjem dalam kereta.


Dapat juga la kami makan kek dan ambil gambar pemandangan ladang teh yang cantik. 
 
 My post confinement face. 
Ada la kurang sikit bulatnya lepas bersalin tu. Hehe.

November. Bulan last sekolah dan cuti sekolah bermula.
Keputusan exam anak pun diumumkan.
Both Addin and Zara did well in their exam.
Tiada la well sangat sampai naik pentas dapat hadiah di both sekolah kebangsaan and KAFA.
Ada budak lain yang lebih bagus daripada mereka.
Belajar hari tu pun ala kadar ja kan.
Dorang masih stay di kelas elit dan tidak diturunkan ke kelas lain.

 Zara dapat hadiah no. 2 untuk exam dan sijil sebagai penolong ketua kelas. 
Well done Zara!

 Masa kami di Cameron tu, aku punya order Nintendo NES Classic Mini yang aku order since August I guess akhirnya sampai juga. 
My first game console.
Dulu zaman kecik-kecik bapa aku haramkan sebarang unsur game dalam rumah kecuali game Windows wajib dalam pc iaitu solitaire, minesweeper, pinball. 
Sudah tua baru la merasa ada console.
Tapi bukan aku main pun. Aku tengok ja anak-anak aku main game.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...