google analytic

Nuffnang

Thursday, March 23, 2017

Kisah pantang Emir Aslan

1. Thanks to my mama sebab sudi menjaga aku selama 2 minggu. 

2. Aku bagi mama duit untuk beli lauk dan ikut suka mama la dia mau masak apa pun. Tapi pantang kali ni memang best sebab aku tidak dipantangkan dengan makan ayam kampung ja. Mama masakkan aku variety of food. Nyum nyum. 

 Best lauk pantang ever. Fried salmon with green onion. 

Pantang sebelum ni mama tidak bagi aku makan sayur. Kali ni mama sudah lebih flexible.
Dalam gambar ni ada sup sawi dan ayam. 

 Dulu pun tidak boleh makan buah. Sekarang sudah boleh. Hehe.
Selalunya mama bagi aku makan buah blackberry dan raspberry yang sudah dikeluarkan dari peti ais at least 10 minit gitu supaya tidak sejuk. 
Buah naga ni pun bagus untuk melawaskan pembuangan air besar. 

2. Emir sama macam abangnya Addin. Dorang punya kuning lebih tinggi dan lebih lama daripada kuning si Zara. Ada at least 3 kali juga si Emir kena cucuk untuk cek kuning. Tapi alhamdulillah dia ok. 

3. Start since 2015 or 2016 begitu, sudah ada hearing test untuk baby di kawasan Putrajaya. Alhamdulillah Emir melepasi ujian tersebut dengan jayanya.

 Emir sempat berak di pusat hearing test. 

4. Ketika Emir lahir, tahap thyroid Emir tinggi. Risau juga aku, siap google effect symptom tentang thyroid problem in baby ni sambil menangis-nangis. Lepas tu menyalahkan diri kerana mengandung di usia menjelang senja. Buduh. Syukur alhamdulillah hasil ujian ke-2 menunjukkan tahap thyroid Emir normal. 

5. Masa di hospital, nurse bagitau aku ada second degree tear. Walaubagaimanapun, alhamdulillah, pengalaman berpantang kali ni, luka bersalin sembuh dalam tempoh 2 minggu. Tiada kena duduk senget bagai.

6. Untuk menyenangkan ibu baru bersalin yang banyak bertukar pad dan panties, saya cadangkan guna disposable panties jenama Pureen. Sangat selesa. Jenama guardian tak best. 

7. Dan untuk lebih memberi kelegaan pada jahitan episiotomi aku, aku ada beli New Mama Bottom Spray di Lazada. Just spray di jahitan episiotomi setiap kali selepas tukar pad atau bersuci hadas kecil.

I swear by this New Mama Bottom Spray. Worth buying!
 
7. Walaupun luka bersalin aku tidak mendatangkan stress, tapi kali ni aku kena sakit rengat pula. Especially ketika menyusu. Sakit betul. Dulu masa bersalin Zara rasanya macam tiada. Ke ada tapi aku tidak perasan sebab aku lebih kisahkan tentang sakit luka bersalin aku dulu. 

8. Selain daripada rengat tu, aku juga ada simptom jari aku tidak boleh kena sejuk. Kalau kena sejuk ja, contoh kena air sejuk, or kalau aku mencari makanan dalam fridge or freezer, jari-jari aku rasa kebas sangat macam pegang ais lama-lama. Tapi bila aku bagitau dengan doktor, dorang kata sekejap ja tu. Which is, sekarang memang tiada sudah ni simptom.  

9. Emir is a good baby. Senang mau handle. Dia tidur di mana aku tidur. No special bed. Sebelah siang kalau kami berehat di tingkat bawah pun aku letak dia atas sofa ja. Membazir ja beli katil baby. Bukan guna pun. 

10. Dan selama aku berpantang, Addin dan Zara tidak ke transit. Jimat yuran transit. Dorang mandi, tukar baju dan makan tengahari di rumah ja.  

11. Cukup 2 minggu, mama kembali ke Labuan.

 
 Oleh kerana mama sudah balik, maka aku kena masak sendiri. 
So, terjadilah menu ringkas salmon grill with garlic and lemon.

Aku sudah ada pam Lacte Duet Elite yang Tasha bagi. 
Aku beli pula lagi Haakaa Silicone Breast Pump ni. 
Bagus tu memang bagus tapi frankly speaking pam ni hanya sesuai untuk orang yang mempunyai susu yang banyak especially ketika dalam atau baru habis pantang. 
Best selling point is - senang cuci!

 Pada 6 November 2016, kami celebrate hari terakhir berpantang aku dengan lunch di Chillis Paradigm Mall. 
Sedangkan dalam seminggu sebelum tu pun aku sudah 3 kali makan di luar. 
Cuma tidak ambil gambar cantik-cantik ja.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...