google analytic

Nuffnang

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, August 6, 2014

Hari raya 2014 - Ranau style!

Selamat hari raya Aidilfitri semua!

Tahun ni giliran keluarga kami beraya satu syawal di sebelah aku :)
Tapi tiap-tiap tahun pun memang akan beraya di sebelah aku.
Cuma sambutan 1 syawal tu saja yang membezakan.

Contoh cam tahun lepas, kami beraya di PJ dulu iaitu rumah ibu bapa Abang Edi.
Dan pada malam raya pertama tu juga kami berlepas ke KK then menuju ke Ranau untuk beraya hari kedua syawal dan seterusnya di sana.

So, sama juga macam tahun lepas, tahun ni mama pilih untuk beraya di Ranau.
Nenek Ranau (mama kepada mama) masih ada. Tapi semakin kurang sihat. Sudah semakin berumur.
Raya di Labuan pula seakan sudah tidak semeriah dulu sebab bapa sudah 2 tahun tiada.

Kalau time bapa masih ada, kami memang selalunya beraya di Labuan saja.
Dan bapa akan bawa kami beraya start dari rumah nenek (waktu nenek masih ada).
Lepas tu akan ke rumah abang bapa yang paling tua hingga kakak bapa yang paling muda.
Kiranya, raya pertama memang tidak akan berada di rumah sendiri.
Rumah sendiri akan tutup kedai.
So, kami hanya pergi beraya sampai pengsan (at least 6 buah rumah kena pegi).

So, lepas bapa sudah tiada, kami dahulukan nenek di Ranau.
Dan lepas tu baru kembali ke Labuan semula untuk kunjungi sedara sebelah bapa.

Tahun ni, 1 syawal dijangka jatuh pada 28 Julai 2014, hari Isnin. So Selasa confirm cuti.
Aku buat baik punya plan, booking tiket MAS dari KUL ke Labuan pada hari Khamis, 24 Julai 2014.
Saja balik awal sebab mau merasa sungkai di Labuan.
Sungkai awal bak kata Addin.
Dan saja juga ambil flight malam ke Labuan, sebab mau merasa sungkai dalam kapal terbang.


Sekarang semua fleet untuk domestic ialah 737-800 ja. 
Tiada lagi 737-400.
So, semua fleet ada inflight tv, usb port dan power outlet. 

I always love MAS. Walaupun tahap penyampaian makanan dorang ni makin tidak best.
Dalam kurang best pun tapi si Addin tetap bertambah dua kali (makan si Zara punya portion).

26 Julai, sabtu tu, sebelah pagi, aku, Tasha, Jakir dan Nurul ke kubur bapa untuk baca Yasin dan bersihkan mana yang patut.

Untuk sungkai pula, aku sudah plan together-gether with si Alen untuk sungkai sama-sama di Tiara Labuan Hotel.
Sebab kami tahu kami tidak akan terjumpa di hari raya.
Dia tu mau kena balik kampung ke France.

Ramai juga orang datang bersungkai di Tiara ni. 
Tapi makanan biasa-biasa ja.
Tidak silap bayaran untuk dewasa RM58 seorang.
Untuk Addin pula RM29 tapi jadi FOC sebab si Alen pandai nego :)

Me with Alen

Family picture

Addin dan Zara dapat 'duit puasa' pemberian Uncle Fabian :)


Hari Ahad 27 Julai 2014 baru la kami gerak balik ke Ranau naik feri lalu Menumbok.
Mama tu plan mau balik 26 Julai konon, tapi si Lina kena kerja sampai shift malam pula.
Kesian ia.
 
Aku dalam kereta ambil gambar Nurul di atas dek Feri Wawasan.

Nurul dari atas dek ambil gambar aku dalam kereta.

Lepas di dek atas. Tiada tempat duduk disediakan.
Pandai-pandai la cari kerusi sendiri.


Perjalanan feri mengambil masa lebih kurang sejam setengah dari Labuan ke Menumbok.

Sampai Menumbok, kami terus konvoi dengan Tasha ke Ranau.
Banyak betul kereta. 
Perjalanan yang sepatutnya lebih kurang 4 jam jadi 6 jam.

Cerita raya pertama!
Baju aku dan si Zara sama design dan kain dari kayu yang sama. 
Zara cakap "Macam adik beradik". Haha.
Baju Abang Edi dan Addin beli di Jakel ja, design Aaron Aziz punya kunun.
Abang Edi cakap murah, siap dapat satu set dengan samping dan butang baju melayu.

Kami adik beradik dan si Mama.
Keadaan family hall di tingkat atas rumah nenek yang tidak bersiap untuk raya :) 


Berkunjung ke rumah orang dengan berjalan kaki sambil bergambar dengan suasana kampung.

Raya kedua.
Awal pagi - hujan, sejuk dan berangin.
Aku rasa macam tidak percaya ja suhu tu 24 darjah celcius.
Should be lower. 
Hari ni Tasha dan keluarga sudah kembali ke Menumbok untuk sambung beraya di rumah mentuanya di sana. 

Ni cerita raya ketiga.



Atas permintaan bersungguh-sungguh daripada Addin dan Zara yang mau sangat naik pickup truck, maka kami pun beraya awal pagi ke rumah pacik kami dengan semangat ala koboi. 

Raya keempat kami sudah ke KK untuk bermalam di sana. 
Sebab pada hari Jumaat, kena catch feri jam 2.30 petang.
So, kalau gerak ke Menumbok dari KK adalah lebih cepat.

Kami sempat lagi singgah ke Kinabalu National Park.
Abang Edi bawa kereta sampai ke Timpohon Gate.

Guna kamera Nurul.
Kamera aku rosak masuk air.. Waaaaaa..

Bayar RM5 seorang untuk jungle trekking kecil-kecilan ke Carson Fall.

Apakah yang Abang Edi cuba lakukan?

Lapar pula. Makan dulu di Liwagu Restaurant, Kinabalu National Park.

Sampai KK, kami check-in ke Sabah Oriental Hotel.

Ada bathtub. Faktor penting dalam pemilihan hotel. 

Lengkap dengan hairdryer.

Sejadah solat pun ada. Nice.

Cloth iron dan ironing board.
Sesuai untuk business traveler.
Walaupun ada koyak di situ.

Empty fridge.

Hot drinks facilities.

Bilik yang luas.

 Dengan harga RM200 bagi sebuah bilik deluxe untuk satu malam, saya puas hati.
Breakfast dorang pun boleh tahan.

 Malam tu, Jakir bawa kami makan ke area medan selera depan Hyatt Hotel. 

ABC yang sedap melampau. Generous with peanuts.
Nurul yang order. Dia pesan sama orang yang buat ABC tu "Jangan taruh tu makaroni".
I'm like "What? Ada makaroni dalam ABC?"
Memang tu la style ABC dorang kunun. 

Sotong bakar, udang butter dan sotong goreng tepung.
Ikan bawal stim halia, ikan bawal masam manis dan sayur manis masak tumis halia tidak masuk dalam gambar.

 Cerita raya ke-5.

Kami drive ke Menumbok.
Hari ni mau balik Labuan.
Sebelum tu singgah beraya ke rumah mentua si Tasha dulu.

Hidangan kami (selain sate, rendang dan nasi impit) ialah:

Tarap (habis sudah dilantak sebiji)

Durian kuning. Rasa yang mabeles.
Lemak, manis.

Durian merah yang husband Tasha save untuk kami. Susah ni mau jumpa. 
Ni pun mabeles juga.

Kalau sudah musim durian kuning dan durian merah, durian putih (yang biasa tu) akan dipandang enteng saja. Hehehe.. 

Kembayau. Orang Sarawak panggil dabai.
Yang ni kami bawa balik Labuan ja. 

Nurul dan Jakir bawa kereta naik feri ke Labuan.

Tapi aku malas mau naik feri travel sejam setengah.
So, kami naik bot laju ja. Hanya 25 minit perjalanan.


Time ni la aku perasan kamera aku sudah masuk air.
Rupanya penutup botol air mineral yang aku simpan dalam handbag aku tu longgar.
Habis segala gambar.
Kamera tu sudah la baru beli sebelum pi Europe hari tu.
Huhuh. Semua gambar main bunga api pun hangus.
Innalillahi wa innalillahi raji'un.

Pada malam tu juga, kami round raya ke rumah adik-beradik arwah bapa dan sambung selebihnya pada hari Sabtu.
Legasi bapa wajib diteruskan. 

Kembali ke kehidupan normal.
Kami balik ke KL pada Ahad, 3 Ogos 2014.

Kami duduk di seat 8 A,B,C dan D.
Di sebelah seat ABC tiada window.
Hampes. 
Nasib baik ada tv.

Dalam flight, aku sempat layan cerita hindustan Ram Leela.
Comel sungguh si Deepika Pandukone dan Ranbeer Singh dalam cerita ni.


Power outlet di bawah arm rest. 

Finally, sampai rumah, Alhamdulilllah tiada sebarang kecelakaan menimpa.
Sebelum kami balik ke Labuan, aku memang sudah siap-siap kemas dan bersihkan rumah, buang sampah, tutup suis elektrik kecuali peti ais dan Astro (sebab aku ada buat series record), tanggalkan kepala gas dan buka lampu mana-mana yang patut.
Tidak dilupakan baca Ayat Kursi sebelum keluar rumah supaya dilindungi Allah. 

Thursday, May 3, 2012

Bapa

Hari ni genap 11 hari pemergian bapa.

Bapa sudah lama sakit.
Seingat aku, sejak aku sekolah rendah lagi, bapa ada kencing manis.
Aku ingat ni sebab dari kecil lagi kami adik beradik dilatih makan sayur pahit.
Dan untuk protein pula, selalunya mama masak rebus, stim dan salai. 
Kuantiti gula yang dibenarkan ialah satu sudu makan untuk seteko teh.
Di rumah juga tiada milo. Tiada sirap ros atau oren. Kalau mau minum segala benda manis ni, aku hanya dapat rasa kalau disajikan di rumah orang.
Semua minuman mesti tawar.

Selain itu juga, bapa ada gout.
Kalau bapa datang ke KL, dan kami naik LRT, aku akan berusaha mencari seat supaya bapa boleh duduk. 

Sejak 3-4 tahun lepas, bapa disahkan ada penyakit jantung pula.
Suatu perkara yang sebenarnya boleh dijangka sebab orang cakap penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung adalah adik beradik.
They come in package.
Tambahan pula bapa kepada bapa (atau nini laki - datuk in brunei slang) juga berpenyakit.
Penyakit keturunan. 2 orang bapa saudara sudah meninggal dunia kerana penyakit. Dua orang abang bapa yang lain masih ada, Alhamdulillah. Seorang daripada mereka pernah melalui pembedahan pintasan jantung.

Seingat aku, sejak 5-6 tahun lepas bapa sudah kelihatan semakin kurus.
Aku pernah bergurau, aku cakap bapa diet. Tapi bapa cakap dia kurus sebab dia sakit. 
Sejak 2010, bapa selalu penat. Lebih banyak berehat, tidak larat jalan jauh.

Hujung tahun lepas, bapa dimasukkan ke hospital sebab bapa tiba-tiba pitam.
Jantung bapa lemah.
Keadaan diburukkan apabila doktor cakap kaki bapa perlu dipotong kerana salur darah di kaki bapa tersumbat. Menyebabkan kedua-dua kaki bapa kehitam-hitaman.
Terdapat sedikit luka dan ada jangkitan.

Kaki bapa dipotong. Tapi doktor selalu mengingatkan mama supaya bersedia kerana risiko pembedahan bapa yang agak tinggi. Sebab bapa ada lemah jantung.
Aku tidak balik ke Labuan sebab rumah masih dalam renovation.
Kadang-kadang, kami akan buat video call dan video chat.

Aku sempat melawat bapa pada bulan Mac. Masa tu bapa sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Sebelum kami balik, bapa beli water heater untuk dipasang di bilik air.
Kononnya, supaya anak-anak aku tidak kesejukan kalau mandi. 
Walaupun kaki bapa masih dibalut, tapi bapa masih boleh memandu.
Pernah satu kali bapa keluar ketika aku tidur petang kerana Addin dan Zara berebut bangku kecil.
Bapa keluar semata-mata untuk membelikan cucu-cucunya 2 buah kerusi kecil supaya mereka tidak berebut.
Sebelum kami masuk boarding di airport untuk pulang kembali ke KL, bapa menangis.

Hujung bulan Mac, bapa dan mama ada datang ke KL sebab mau tengok rumah aku.
Tapi bapa dan mama terpaksa pulang ke Labuan lebih awal daripada yang dirancang sebab luka kaki bapa ada jangkitan.

Balik ke Labuan, bapa dimasukkan ke wad lagi. Kali ni doktor cakap kaki bapa terpaksa dipotong hingga bawah lutut.
Lepas pembedahan, bapa semakin sihat. Muka bapa semakin cerah dan ceria.
Bapa sudah berangan-angan untuk bersiar-siar dengan mama walau berkaki palsu.
Bapa selalu sms aku tanya pasal Addin dan Zara. 
Tapi mama cakap bapa selalu penat.

And then, pada jam 2.30 pagi, 23 April 2012, mama call untuk beritahu yang doktor dan nurses sedang berusaha untuk bagi bapa CPR.  Tidak lama kemudian, sejam lepas tu, mama bagitau yang bapa sudah meninggal dunia.

Hasrat untuk ambil flight pagi dari LCCT ke Labuan tidak berjaya sebab flight full.
Terpaksa ambil first flight ke Kota Kinabalu, lepas tu ambil teksi ke Menumbok. Dari Menumbok, naik bot laju ke Labuan.

Manusia merancang, tapi Allah yang menentukan.
Kami tidak sempat memeluk bapa buat kali terakhir sebab mama mau mempercepatkan urusan pengebumian bapa.
Dengan bantuan teknologi, kami sempat buat video call untuk menatap wajah bapa sebelum bapa disembahyangkan. Alhamdulillah, walaupun time tu kami dalam perjalanan, di tengah kampung, nasib baik ada 3G.

Aku stay di Labuan 8 hari untuk bantu mama uruskan tahlil bapa.
Selain tu, aku mau pastikan mama tidak sunyi. Walaupun sebenarnya ramai sedara-mara di sekeliling mama, tapi aku rasa kehadiran mereka tidak sama dengan kehadiran anak-anak dan cucu-cucunya.

Aku sedih sebab tidak dapat memeluk bapa untuk kali terakhir.
Tapi aku kena redha.
Aku harap bapa redha dengan aku sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
He was a good father.
Banyak kenangan manis aku sama bapa. 
Aku kena doakan bapa banyak-banyak. Semoga roh bapa sentiasa dicucuri rahmat dan tenang di sampingNya.

Sekarang aku kena pastikan yang aku kena sentiasa peluk mama selagi berpeluang.
Sentiasa melayan abang Edi, Addin dan Zara sebaik-baiknya.
Sentiasa menyokong adik-adik aku - Tasha, Jakir, Nurul dan Lina.
Aku belajar yang aku tidak boleh menahan diri aku (hold back myself), ego, bersikap acuh tak acuh (take for granted) kepada orang yang aku sayang.
Tidak mau menyesal lagi.

p/s: Semua SMS bapa aku simpan. Feel seolah-olah bapa sedang berbual sama aku.

Friday, July 29, 2011

Go Tiger!




Abang Edi pegi stadium semalam. Dapat tiket free kawan dia bagi :)
Mau beli sendiri, habis awal la pula tiket tu..
Lepas dapat tiket, terus beli jersi Malaysia.. Semangat eh..

Laporan dari Abang Edi, ramai betul manusia.. jam gila jalan ke Kompleks Sukan Bukit Jalil...
Abang Edi nampak semua rakyat Malaysia yang datang - melayu, cina, india, bumiputra Sabah Sarawak, (mat salleh pun ada) - semua semangat pakai baju hitam kuning...
Semua sporting..

Dan walaupun team Malaysia seri tapi kalah semalam, semua pun hampa...
Namun yang amat mengagumkan bila kebanyakan penyokong Malaysia masih setia stay di stadium walaupun game sudah habis..
Kan selalunya, kalau team sudah kalah, game period belum sampai 90 minit pun, mesti orang sudah berduyun keluar.. tapi ni tidak, masih setia lagi menemankan team Malaysia yang dalam mode kesedihan..

Pujian seharusnya diberikan kepada semua penyokong Malaysia..
Semoga team Harimau Malaya terus bangkit dan jadikan kejadian semalam sebagai satu iktibar..
Tidak dilupakan kepada national goalie iaitu Khairul Fahmi yang cemerlang menangkis serangan dari Singapura...

Abang Edi sempat belikan jersey Hitam Kuning untuk si Addin juga lepas game tu.. syiok betul si Addin bila dapat.. memang lama sudah dia request sama daddynya.. pengaruh kawan-kawan dia di sekolah la tu..
Abang Edi cakap, kalau si Addin sudah masuk sekolah rendah nanti, dia mau bawa si Addin pegi stadium jadi geng dia tengok bola :)

Monday, July 25, 2011

Alkisahnya, weekend baru-baru ni ialah weekend ketiga kami makan angin petang sambil jogging sambil bawa anak beriadah.

Awal cerita, aku terconcern dengan gaya hidup tidak bersenam keluarga kami ni.
Umur semakin meningkat, jadi amatlah penting untuk mengeluarkan segala toksik yang ada dalam badan ni.
Jadinya, kenalah makan makanan yang berkhasiat dan banyakkan bersenam.
Itulah pasal aku pun rajin buat salad ja sekarang, Abang Edi pun sudah pandai makan tomato mentah pasal terpengaruh dengan aku :)

So, Abang Edi pun selaku ketua keluarga, mengazetkan setiap petang Sabtu dan Ahad sebagai masa riadah keluarga.
Semangat sungguh Abang Edi, siap beli running shoes tajuk Power baru lagi tu di Bata. Ada sales kan.
Kunun tidak mau beli jenama Nike sebab takut nanti jadi hangat-hangat tahi ayam ja.
Bagus la.. beli mahal-mahal pun macam la boleh berlari sepantas angin.
Setakat amatur cam kami ni boleh la pakai kasut asal ada. Lain la kalau sudah tahap masuk marathon bagai.



Aku suka sangat kalau aktiviti keluarga kami ni dapat diteruskan sampai bila-bila.
Dan aku paling suka bila tengok Abang Edi buat stretching, warming up dan berjogging.
Aku tengok Abang Edi macam macho ja.. hehehe.. seperti jatuh chenta sekali lagi..

Tuesday, March 29, 2011

Hana in the house!!!

Who's Hana? She is my sister's first daughter, formerly known as Myra. Sekarang nama dia sudah jadi Nur Hana.

What's the story? Ini adalah kerana si Hana kena jaundis yang agak teruk (aku pun tidak tau mau describe teruk macamana pasal aku tidak faham bacaan jaundis tu) maka si Tasha dan husbandnya telah dinasihatkan untuk menukar nama si baby tu, kononnya nama Myra tu mungkin agak berat atau tidak sesuai dengan si empunya badan.

My sister, want all the happiness and healthy life for her first newborn pun memutuskan untuk kasi nama Hana yang bermaksud; rezeki dan kegembiraan. Untuk bagi sweet nama tu, dia kasi tambah Nur di depan (lebih kurang macam nama si Nur Zara).

Myra or Hana - orangnya masih sama, masih comel. Kerupaan cina (chinese look) amat kuat kerana both her parents ada darah cina. Si Tasha ada 1/4 darah cina (dari nenek sebelah mama kami) dan babahnya ada 1/2 darah cina (dari ibu husband si Tasha). Jadinya, Hana atau Leng Loi amoi comel ada  3/4 darah cina. Yang penting, 1 Malaysia.. :)

Aku doakan Nur Hana sentiasa sihat dan jadi anak solehah. Amin.

Only babies are allowed to wear 'snow cap' at Labuan (super hot island)

Tuesday, February 22, 2011

Myra in the house!!!

Not in my house exactly.. but in my sister's (Tasha) house..

innocent.. 


gaya Michael Jackson

Myra - anak buah kandung yang ditunggu-tunggu. Setelah perkahwinan si Tasha and her husband, Rizan berusia lebih 2 tahun, barulah dapat si baby Myra ni.

Dan secara rasminya, aku sudah menjadi makcik!!!! Sebelum ni pun aku makcik juga to 2 nephews and 4 nieces - semua anak buah sebelah Abang Edi. Sekarang ni, merasa la juga aku jadi makcik untuk anak adik aku sendiri.

Addin dan Zara pun sudah ada kawan. Kalau tidak, selama ni, anak aku dua orang ni ja la yang menjadi pujaan dan kemanjaan atuk, nenek, makcik dan pakciknya di Labuan.

Myra lahir pada 16 Februari 2011 jam 11.25 malam. Berat 2.4 kg ja.

Bermata sepet, berkulit putih.

Rasa tidak sabar untuk melawat Myra. Tapi sekarang ni, aku ada constraint dari segi usin dan masa (banyak assignment). Kena tunggu lepas exam barulah aku balik Labuan.

p/s: Addin sebenarnya mengharap si Tasha ada baby boy. Konon dia ble ajak main senapang sama-sama. Poor boy. Tunggu la next cousin pula... (Auntie Tasha beranak second one).. Mummy malas mau ada adik baby dalam masa terdekat ni. hehehe..

Wednesday, April 22, 2009

Family visit

Last Friday, mama, bapa dan Lina datang dari Labuan. Saja mau cuti2 di KL + melawat cucu nan baru sorang + anak sulung yang tercinta (aku la tu) + anak ke4 yang sedang study di UITM Shah Alam (si Nurul la tu)...

Sejak mama sampai sini, tiap2 malam, belum lagi kami makan di luar seperti selalu (aku kan malas masak)... jadi mama ja yang masak... yang paling seronok mesti la aku... pasal makan masakan mama yang tercinta... aku pun boring makan luar sebenarnya... walaupun aku kesian jua pasal mama kan memasak.. tapi deep in her heart (aku rasa la), she prefer to cook and dine in house daripada makan luar... bapa aku pun mesti suka... abang edi pun suka.. nda sudah2 memuji ja masakan mama... pandai husband aku ni... kadang2 pandai pula tu “wah.. ni special ni...”.. tau la wife nya ni jarang masak special2... ya la, aku masak special pun kalau kena komplen ja buat apa.. baik aku masak simple2 tapi dipuji melambung...

Untuk rekod, abang edi suka kalau aku masak sambal sardine, sambal ikan bilis, buat sambal belacan... hahahaha.. pasal dia kata special... tapi kalau aku masak kari, dia cakap biasa ja... macam tu, i leave it to the kedai2 yang berhampiran la.. hehehe...

Tapi bukan la every meal pun mama yang masak... sarapan selalu tapau nasi lemak... lepas tu lunch sabtu tu kami bawa dorang ke Restorang Rebung di Bangsar... ala, restoran yang Chef Ismail dan angkasawan negara, Dr. SMS punya tu... hari ahad pula, bawa dorang pigi Zoo Negara, pasal aku ada family day anjuran opis... lepas habis aktiviti, bawa dorang makan nasi ayam hailam di uptown damansara...

Zizou pun seronok.. ramai orang melayan.. bangun pagi senyum.. balik sekolah pun senyum.. kalau boleh malam pun mau tidur lambat.. kalau neneknya tertidur depan tv, dia tolong tepukkan.. hehehe.. petang2 atuk dan nenek bawa Zizou jalan2 pi jusco depan rumah... dah pandai pulak tu.. kalau lepas sekolah tanya sekolah macamana hari ni? Sambil menaikkan jari telunjuk yang sepatutnya thumb up “Besh...”.. ni mesti cikgu baru dia ajar ni.. hehe.. takpe la.. yang penting Zizou bahagia..

Tak bestnya... besok mama balik Labuan.. huhuhuhuh... rasa macam mau balik Labuan ja...

Tuesday, August 28, 2007

Orang Labuan datang..

Last week,family aku datang dari Labuan. Mama, bapa, Lina dan Aqil.

Tapi nda banyak ambil gambar..pasal banyak aktiviti dihabiskan di shopping complex ja.. (ada juga la tengok bunga api di Putrajaya...gila jam)

Bila sampai di LCCT, baru la terhegeh2 mau ambil gambar..

Lepas tu imigresen tahan, pasal nda bole bawa kerang.. jadi, terpaksa la mama dan si lina buka kulit kerang tu...hahaha... satu kerja la pula...



Upacara mengopek kerang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...