google analytic

Nuffnang

Thursday, May 3, 2012

Bapa

Hari ni genap 11 hari pemergian bapa.

Bapa sudah lama sakit.
Seingat aku, sejak aku sekolah rendah lagi, bapa ada kencing manis.
Aku ingat ni sebab dari kecil lagi kami adik beradik dilatih makan sayur pahit.
Dan untuk protein pula, selalunya mama masak rebus, stim dan salai. 
Kuantiti gula yang dibenarkan ialah satu sudu makan untuk seteko teh.
Di rumah juga tiada milo. Tiada sirap ros atau oren. Kalau mau minum segala benda manis ni, aku hanya dapat rasa kalau disajikan di rumah orang.
Semua minuman mesti tawar.

Selain itu juga, bapa ada gout.
Kalau bapa datang ke KL, dan kami naik LRT, aku akan berusaha mencari seat supaya bapa boleh duduk. 

Sejak 3-4 tahun lepas, bapa disahkan ada penyakit jantung pula.
Suatu perkara yang sebenarnya boleh dijangka sebab orang cakap penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung adalah adik beradik.
They come in package.
Tambahan pula bapa kepada bapa (atau nini laki - datuk in brunei slang) juga berpenyakit.
Penyakit keturunan. 2 orang bapa saudara sudah meninggal dunia kerana penyakit. Dua orang abang bapa yang lain masih ada, Alhamdulillah. Seorang daripada mereka pernah melalui pembedahan pintasan jantung.

Seingat aku, sejak 5-6 tahun lepas bapa sudah kelihatan semakin kurus.
Aku pernah bergurau, aku cakap bapa diet. Tapi bapa cakap dia kurus sebab dia sakit. 
Sejak 2010, bapa selalu penat. Lebih banyak berehat, tidak larat jalan jauh.

Hujung tahun lepas, bapa dimasukkan ke hospital sebab bapa tiba-tiba pitam.
Jantung bapa lemah.
Keadaan diburukkan apabila doktor cakap kaki bapa perlu dipotong kerana salur darah di kaki bapa tersumbat. Menyebabkan kedua-dua kaki bapa kehitam-hitaman.
Terdapat sedikit luka dan ada jangkitan.

Kaki bapa dipotong. Tapi doktor selalu mengingatkan mama supaya bersedia kerana risiko pembedahan bapa yang agak tinggi. Sebab bapa ada lemah jantung.
Aku tidak balik ke Labuan sebab rumah masih dalam renovation.
Kadang-kadang, kami akan buat video call dan video chat.

Aku sempat melawat bapa pada bulan Mac. Masa tu bapa sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Sebelum kami balik, bapa beli water heater untuk dipasang di bilik air.
Kononnya, supaya anak-anak aku tidak kesejukan kalau mandi. 
Walaupun kaki bapa masih dibalut, tapi bapa masih boleh memandu.
Pernah satu kali bapa keluar ketika aku tidur petang kerana Addin dan Zara berebut bangku kecil.
Bapa keluar semata-mata untuk membelikan cucu-cucunya 2 buah kerusi kecil supaya mereka tidak berebut.
Sebelum kami masuk boarding di airport untuk pulang kembali ke KL, bapa menangis.

Hujung bulan Mac, bapa dan mama ada datang ke KL sebab mau tengok rumah aku.
Tapi bapa dan mama terpaksa pulang ke Labuan lebih awal daripada yang dirancang sebab luka kaki bapa ada jangkitan.

Balik ke Labuan, bapa dimasukkan ke wad lagi. Kali ni doktor cakap kaki bapa terpaksa dipotong hingga bawah lutut.
Lepas pembedahan, bapa semakin sihat. Muka bapa semakin cerah dan ceria.
Bapa sudah berangan-angan untuk bersiar-siar dengan mama walau berkaki palsu.
Bapa selalu sms aku tanya pasal Addin dan Zara. 
Tapi mama cakap bapa selalu penat.

And then, pada jam 2.30 pagi, 23 April 2012, mama call untuk beritahu yang doktor dan nurses sedang berusaha untuk bagi bapa CPR.  Tidak lama kemudian, sejam lepas tu, mama bagitau yang bapa sudah meninggal dunia.

Hasrat untuk ambil flight pagi dari LCCT ke Labuan tidak berjaya sebab flight full.
Terpaksa ambil first flight ke Kota Kinabalu, lepas tu ambil teksi ke Menumbok. Dari Menumbok, naik bot laju ke Labuan.

Manusia merancang, tapi Allah yang menentukan.
Kami tidak sempat memeluk bapa buat kali terakhir sebab mama mau mempercepatkan urusan pengebumian bapa.
Dengan bantuan teknologi, kami sempat buat video call untuk menatap wajah bapa sebelum bapa disembahyangkan. Alhamdulillah, walaupun time tu kami dalam perjalanan, di tengah kampung, nasib baik ada 3G.

Aku stay di Labuan 8 hari untuk bantu mama uruskan tahlil bapa.
Selain tu, aku mau pastikan mama tidak sunyi. Walaupun sebenarnya ramai sedara-mara di sekeliling mama, tapi aku rasa kehadiran mereka tidak sama dengan kehadiran anak-anak dan cucu-cucunya.

Aku sedih sebab tidak dapat memeluk bapa untuk kali terakhir.
Tapi aku kena redha.
Aku harap bapa redha dengan aku sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
He was a good father.
Banyak kenangan manis aku sama bapa. 
Aku kena doakan bapa banyak-banyak. Semoga roh bapa sentiasa dicucuri rahmat dan tenang di sampingNya.

Sekarang aku kena pastikan yang aku kena sentiasa peluk mama selagi berpeluang.
Sentiasa melayan abang Edi, Addin dan Zara sebaik-baiknya.
Sentiasa menyokong adik-adik aku - Tasha, Jakir, Nurul dan Lina.
Aku belajar yang aku tidak boleh menahan diri aku (hold back myself), ego, bersikap acuh tak acuh (take for granted) kepada orang yang aku sayang.
Tidak mau menyesal lagi.

p/s: Semua SMS bapa aku simpan. Feel seolah-olah bapa sedang berbual sama aku.

4 comments:

  1. Nadia, takziah buat sekeluarga..banyak2 kan bersabar.. semoga ayah nadia ditempatkan bersama orang2 yang beriman.. ameenn...

    ReplyDelete
  2. I broke into tears while reading ur entry..
    Teringat arwah masa kita skolah rendah dulu..
    Stay strong friend..Semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman..AlFatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the du'a shar
      banarnya, bila aku menulis entry ani, mode ku biasa2 ganya.. tp bila baca balik, aku pun jadi sadih jua.. teringat psl aku nda sempat peluk arwah kali terakhir atu..
      bahagiakan hati mama bapa kita selagi ada :)

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...